Wednesday, July 29, 2015



Percaturan politik pemimpin Sabah menyaksikan banyak spekulasi kaki lima tidak menjadi realiti politik yang sebenar. Sebelum ini bertiup kencang bahawa sebelum PRU14, ada kemungkinan Datuk Salleh akan menggantikan Datuk Musa Aman berdasarkan sentimen politik yang kedengaran. Suatu ketika dulu MP Sepanggar yang kini digantung yang juga ketua UMNO Bahagian Sepanggar Datuk Jumat lantang mengkritik kepimpinan Datuk Musa Aman, tetapi akhirnya senyap begitu saja.

Dengan perkembangan politik negara masa kini, perlantikan Datuk Salleh Tun Said sebagai Senator dan memegang portfolio menteri Komunikasi dan multimedia di peringkat persekutuan membawa dua impak besar dalam politk Sabah.

1. Datuk Musa Aman akan merasa 'aman' dengan kerusi ketua menterinya sehingga PRU14.
2. Datuk Salleh tidak akan menjadi ketua menteri Sabah sehingga tarikh itu.

Jika dua senario politik ini mewarnai minda politik di kebanyakan ketua-ketua bahagian UMNO Sabah, maka kehadiran Datuk Shafie Apadl yang 'dilucutkan' portfolionya sebagai menteri KKLW akan menjadi 'ancaman' baru bagi Datuk Musa Aman.

Jika berdasarkan trend sokongan politik ketua-ketua Bahagian UMNO di Sabah ketika pemilihan pucuk pimpinan UMNO Pusat, hampir separuh memberikan pencalonan kepada Datuk Shafie Apdalselaku Naib Presiden UMNO. Maka, apakah jika trend sokongan ini direalitikan pada waktu sekarang,akan memberikan kelebihan politik kepada Datuk Shafie 'melobi'menduduki sebaranjg jawatan politik di peringkat negeri ?

Dilain bicara, perlantikan Datuk Salleh Tun Said oleh PM sudah dijangka dari awal kerana kelantangan ketua UMNO Kota Belud itu membidas setiap hujah Tun M yang mengkritik Najib dalam pelbagai isu terutama isu 1MDB.

Seperkara yang harus diingat oleh Datuk Salleh dan Datuk Shafie Apdal bahawa kedudukan Najib kini berada ibarat telor dihujung tanduk. Apakah pemecatan Tan Sri Muhiyiddin sebagai TPM dan Menteri Pendidikan itu melenakan tidur Najib? dan penyokongnya?...Apakah Tun M akan terus-terusan menyerang Najib? apakah akan ada undi tidak percaya di parlimen? apakah Munyiddin akan mengumpul kekuatan bala tenteranya? dan banyak lagi persoalan akan menanti jawapannya.

Justeru itu, Datuk Salleh tidak harus berasa lega akan kedudukannya kini.begitu juga datuk Shafie Apdal tidak perlu sedih dengan keadaannya. Dalam politik banyak kemungkinan menjadi kenyataan.

0 ulasan :