“Saya menerima keputusan Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada Kabinet dengan hati yang terbuka.
“Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah namun saya tidak langsung terlibat dalam 1 MDB,
“Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri,” katanya
Walaupun bukan lagi tersenarai sebagai salah seorang anggota Kabinet, TSMY akan terus melaksanakan tugas sebagai Timbalan Presiden Umno kerana Timbalan Presiden Umno adalah jawatan yang dipertandingkan bukan lantikan daripada Najib.
“… Saya akan terus memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada Umno.
“… Kepada ALLAH saya berserah,” katanya lagi.
0 ulasan :
Post a Comment