Dakwaan Wall Street Journal (WSJ) bahawa PM Dato Najib menerima sebanyak AS$700 juta atau RM2.6 5Billion daripada anak syarikat 1MDB yang disalurkan melalui akaun peribadi Ambank Najib telah menggemparkan dunia politik di malaysia. Sebelum ini isu ke mana 42Billion yang dihutang oleh 1MDB gagal diperjelaskan oleh Najib membuatkan ramai yang percaya terdapat unsur ketirisan dalam pengurusan dana awam di negara ini.
Yang mencalar kredibiliti Najib bukan sahaja Tun M yang pernah menjadi PM selama 22 tahun tetapi juga Najib berhadapan dengan pendedahan WSJ dan Sarawak Report berkenaan isu 1MDB ini. Soalnya jika SR boleh dipertikaikan dari segi niat dan tujuan, bagaimana pula dengan WSJ yang dikatakan antara media harian popular di dunia dengan pengalaman melebihi 150 tahun.
Dalam masa yang sama juga DS Najib menuduh Tun Dr Mahathir sebagai dalang di sebalik laporan yang kononnya satu pembohongan yang dibuat termasuk oleh Sarawak Report.
DS Najib juga berkata beliau tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa musuh-musuh politik saya – sama ada dari 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti yang disahkan syarikat-syarikat ini tetapi beliau tidak bersumpah seperti beliau amalkan sebelum ini dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibbu.
Najib berkata, sehingga kini, tidak ada bukti menyokong dakwaan yang dibuat, tetapi peguam negara telah mendapat semua dokumen tersebut hanya tunggu arahan Najib sahaja untuk mendakwa pihak yang terlibat.
Bank Negara Malaysia sehingga kini terus menyepi tiada sebarang kenyataan yang dibuat oleh Gabenornya.
Begitu juga Ambank juga mengambil sikap mendiamkan diri daripada membuat sebarang kenyataan, jika benar akaun Najib tidak ujud di Ambank sudah tentu pihak Ambank sudah membuat kenyataan panjang lebar semalam kerana Najib merupakan perdana menteri Malaysia.
Najib juga mati-mati percaya tangkapan ke atas bekas eksekutif IT Xavier Justo dari PetroSaudi International (PSI) oleh polis Thai kerana kononnya didakwa mengubah suai maklumat yang dikaitkan dengan 1MDB mampu menyelesaikan isu 1 MDB ini, namun malangnya ianya tidak sedikit pun memberi sebarang kesan.
Najib berlagak seperti seorang pahlawan bugis tidak ubah seperti seorang pemimpin yang lupa daratan dan hasil titik peluh pejuang pejuang Melayu dan rakyat Malaysia dalam memastikan BN dan UMNO terus memerintah.
Sebagai timbalan perdana menteri TS Muhyiddin Yassin merupakan orang yang lebih banyak menerima impaknya hasil salahlaku bosnya dan kini mula bersuara dan mahu Peguam Negara menyiasat segera terhadap penglibatan Najib dengan 1MDB secara telus dan adil.
Persoalannya beranikah Najib menyaman akhbar WSJ dan Sarawak Report?
Jika dua akhbar ini dibicarakan di mahkamah, ia mengundang tumpuan seluruh dunia dan andaikan Najib benar-benar menerima wang sebanyak itu dalam akaunnya, apakah imej Najib selepas perbicaraan?
Banyak pertimbangan yang perlu dibuat oleh penasihat Najib sebelum menyaman WSJ dan Sarawak Report.

0 ulasan :
Post a Comment