Antara kebejatan politik yang melanda negara dewasa ini, ialah apabila 'serangan peribadi' ke atas poltikus dijadikan amalan setiapkali membicarakan perihal pemimpin dan kepimpinan. Akhlak, pembawaan nilai dan norma, serta kehidupan peribadi yang bersifat "hak kemanusiaannya" turut dipertikaikan. Di Semenanjung, angkara politik jijik ini, rakyat disogokkan dengan tohmahan, dan fitnah yang melangkaui batas dan nilai kemanusiaan. Dalam beberapa siri PRK yang lepas, 'serangan peribadi' ini menjadi senjata utama untuk melumpuhkan musuh politik. Di Permatang Pasir misalnya, isu dibangkitkan ialah sikap ketidakjujuran calon sehingga membawa gambaran peribadi yang lusuh dan kotor, hatta kehidupan beristeri lebih dari satu juga dianggap sebagai satu kelemahan, sehingga mengheret pemimpin cadangan menyesali tindakan sebelumnya. Isu serangan peribadi juga diramalkan akan mewarnai PRK Bagan Pinang ,oktober ini.
Di Sabah, iklim politik nya agak berbeza, sedikit lembab cuacanya di sepanjang hari mendatang. isu serangan peribadi jelas tidak dipraktikan. kalau adapun ,masyarakat di Sabah tidak terpancing dengan isu sedemikian. Masyarakat lebih melihat kepada parti yang diwakili, juga ada yang dilihat mengamalkan ketaksuban yang melampau sehingga pemimpin adalah dewa kayangan yang tidak boleh disentuh kredibilitinya. Rakyat Sabah masih bergerak atas landasan kesukuan dan bukan pertimbangan politik yang matang. Justeru landskap politik sabah..lambat mengalami perubahan dan desakan politik kuasa hanya berlaku di kelas pertama dan kedua yang dihuni oleh pemimpin dan penyokong. Di peringkat ketiga..tuntutan perubahan itu agak perlahan dan tidak sangat mendominasi gagasan menukar kerajaan, dalam waktu yang terdekat ini.
Dalam konteks pemimpin di Kota Belud..gagasan dan pemikiran pemimpin juga jadi perhitungan minda di peringkat kelas kedua dan ketiga. 'serangan peribadi' tidak berlaku..memperkecil-kecilkan prinsip kehidupan mereka juga tidak akan mendapat tempat. Isu kehidupan berkeluarga contohnya dianggap hak peribadi pemimpin yang tidak boleh dipertikaikan. Kehidupan DSSK, kekeluargaan TSP, pertimbangan kehidupan DHMJ, prinsip keluarga DARD dan Datuk Japlin , tidak berbangkit dalam dunia cyber ini. Kerana bagi kita masyarakat di Kota Belud, pemimpin juga adalah manusia biasa yang diberikan hak seadanya sebagai hamba yang maha esa dan hak itu terpulang kepada mereka untuk menyempurnakannya.
Apa yang menjadi perhatian, ialah gagasan pemikiran para pemimpin ini, pertimbangan politik mereka, gagasan membangunkan rakyat yang diwakili, perhitungan politik peribadi, dan peluang merebut kekuasaan kembali. Bila kita mengkritik hal-hal sedemikian, bukan bererti kita membenci mereka. Bila kita mempersoalkan kewajaran tindakan itu, bukan juga bermakna kita 'beregenda", bila kita melihat dari pelbagai demensi pendapat akan pemikiran politik mereka, juga bukan bererti kita 'kepingin' untuk melapisi kepimpinan sedia ada. Semuanya itu dibuat untuk membuka pemikiran bagi setiap isu yang kita bangkitkan. Memerlukan ketimbangan untuk generasi masa depan.
Antara isu yang menjadi tumpuan ialah 'isu penyatuan rumpun sebangsa' atau ada yang mengistilahkannya sebagai rumpun USBO. Diperingkat kelas pertama, pertimbangan untuk mengutarakan isu penyatuan ini telah lama berjalan..seingat kita sejak 2006 lagi, sudah 3 tahun berlalu. Dan resolusinya ialah menyatukan kesemua rumpun bangsa merupakan wadah kepada perjuangan politik baru di Sabah. Di peringkat kelas kedua, juga berlaku yang demikian..isu penyatuan diperbahaskan dan kebiasaanya dipersetujui idea itu kerana adanya sifat "yes Boss" dan 'political thinking' yang bersandarkan kepada prinsip 'mengikut' gagasan. Di peringkat kelas ketiga pula , disinilah idea itu dicerna dengan lebih halus dan terbuka..kerana golongan kelas ketiga ini..berdiri atas tidak punya kepentingan..malah, kesan pemikiran kelas pertama itu impak besarnya ialah pada kelas ketiga. Idea penyatuan itu membuatkan masyarakat membuka medan perbahasan yang lebih kritikal. Seperti yang saya katakan...bila berlaku pandangan yang tidak memihak kepada idea kepimpinan, maka itu bukan bererti satu penolakkan telah berlaku keatas idea tersebut. Justeru 'idea asal penyatuan' itu harus diketimbangkan semula jika 'keterbukaan' pemimpin ada, Jika sebaliknya..maka idea penyatuan rumpun bangsa itu juga akan tetap berjalan ...perbincangan diperingkat kelas ketiga tidak akan berguna.
Dalam iklim politik Sabah..Penyatuan rumpun bangsa, besar peranannya..dengan sentiment bangsa, maka di Sabah kemenangan boleh digapai. Dan itu kita letakkan kepada DSSK, TSP juga Datuk Shafie Apdal. (USBO). Namun jika isu penyatuan ini diekspolitasi sepenuhnya..maka politik Sabah akan lebih bercelaru. Bahana perpecahan akan berlaku. Kemelut gelombang politik Sabah yang mula reda akan kembali bergelora. inilah idea peringkat kelas ketiga yang lebih dominan dan perlu dipandang segar oleh pemimpin. Atas apa agenda yang tersirat di sebalik ini..? Jawapannya ! Kosong ! tidak ada langsung.!..Kritikan idea ke atas pimpinan ini membuka satu pemikiran baru bahawa..gagasan penyatuan yang dilaungkan mereka sekarang perlu dihujahkan atas kepentingan seluruhnya rakyat Sabah. Bukan atas kepentingan rumpun bangsa sahaja.
Para pemimpin kita di Kota Belud ini, semuanya merupakan pemimpin besar yang boleh mengubah landskap politik sabah dengan hanya sekelip mata. Apakah kita pernah terbayang, bahawa jika pemimpin seperti DSSK mengambil keputusan menentang DARD dalam kawasan Parlimen Kota Belud dalam PRU-12 yang lalu setelah tidak dicalonkan. Bolehkah pengaruh DSSK ini bisa ditahan hanya atas nama parti UMNO..? Peringkat kelas ketiga, tetap akan memenangkan DSSK walau atas tiket apa sekalipun yang beliau gunakan . Begitu juga TSP, jika mengambil keputusan mencalonkan dirinya di kawasan Tempasuk, maka akan menjadi kah DHMJ sebagai wakil rakyat sekarang...? Jawapannya ialah tidak. Kerana dua tokoh pemimpin ini masih beraura dan ada krisma politik yang sukar ditandingi, bukan sahaja di Kota Belud tetapi di Sabah dan Malaysia juga.
Kerana atas pengaruh kuat itulah gagasan penyatuan rumpun bangsa yang diwar-warkan oleh kedua pemimpin ini mendapat perhatian terus masyarakat. Justeru perdebatan itu rancak berlaku diperingkat kelas ketiga. Melihat pemikiran mereka dari persepktif berbeza..langsung tidak membawa makna berlaku gerakan menjatuhkan mereka. Itupun terpulang kepada anda memikirkannya..kerana idea seorang tidak akan bisa membawa kesemua idea yang lain untuk merintis satu bentuk politik yang matang.
Diperingkat Bahagian UMNO KB juga memerlukan pertimbangan politik yang tidak merugikan. Perbalahan yang berlaku jelas mencemarkan kepercayaan masyarakat kepada pemimpin. Isu ini juga mendapat tempat di peringkat kelas ketiga. Keputusan DHMJ mempertahankan kedudukannya sebagai ketua bahagian UMNO sehingga mencetuskan pertandingan sengit antara beliau dengan DSSK juga tidak harus berlaku. Kesepakatan perlu diutamakan. DHMJ sepatutnya memikirkan kepentingan masyarakat secara lebih bertimbang rasa. "penyerahan" UMNO KB kepada DSSK akan tampak bertenaga..daripada sebelumnya. Perbincangan atas nama suku dan politik matang tidak berlaku..dan pertimbangan itu kemudiannya membawa perbalahan yang meruncing sehingga kini.
Kehadiran DARD di KB membawa banyak hikmah dan bertindak sebagai 'teguran senyap" kepada pemimpin sebelum ini. Kesilapan DSSK dan TSP sebagai pemimpin di KB, boleh diselesaikan dengan secara berhemah. Masalah bekalan air bersih contohnya, yang cuba diusahakan oleh DARD tidak lain hanyalah sebagai membaiki kesilapan itu. Di peringkat kelas pertama, usaha itu dibayangkan sebagai mencemar kepimpinan DSSK dan TSP, sedangkan di peringkat kelas ketiga..itu sepatutnya berlaku dari dulu lagi..dan penyelesaian isu bekalan air di KB dianggap sebagai rahmat.
Saya masih ingat, apabila Hang Nadim mencadangkan supaya berkubukan batang Pisang ketika Todak menyerang Singapura..maka idea itu dilihat sebagai 'mencemarkan' institusi kepimpinan. Idea itu dilihat dari sudut pembenterasan kritikan ke atas golongan pemimpin. Akibatnya, Hang nadim dihukum...dan impak ilmiah yang berlaku dalam dunia Melayu..ialah puluhan tahun mendatangnya idea dan pemikiran peringkat kelas ketiga tidak tumbuh subur..dan zaman kegelapan dalam pemikiran masyarakat terus menyelubungi persekitaran politik Melayu sehingga kini. Apakah 'kegelapan' itu juga sedang menghampiri budaya politik di KB..? susah diperjelaskan kerana ternyata Hang Nadim belum ada di Daerah bertuah ini.
Di Sabah, iklim politik nya agak berbeza, sedikit lembab cuacanya di sepanjang hari mendatang. isu serangan peribadi jelas tidak dipraktikan. kalau adapun ,masyarakat di Sabah tidak terpancing dengan isu sedemikian. Masyarakat lebih melihat kepada parti yang diwakili, juga ada yang dilihat mengamalkan ketaksuban yang melampau sehingga pemimpin adalah dewa kayangan yang tidak boleh disentuh kredibilitinya. Rakyat Sabah masih bergerak atas landasan kesukuan dan bukan pertimbangan politik yang matang. Justeru landskap politik sabah..lambat mengalami perubahan dan desakan politik kuasa hanya berlaku di kelas pertama dan kedua yang dihuni oleh pemimpin dan penyokong. Di peringkat ketiga..tuntutan perubahan itu agak perlahan dan tidak sangat mendominasi gagasan menukar kerajaan, dalam waktu yang terdekat ini.
Dalam konteks pemimpin di Kota Belud..gagasan dan pemikiran pemimpin juga jadi perhitungan minda di peringkat kelas kedua dan ketiga. 'serangan peribadi' tidak berlaku..memperkecil-kecilkan prinsip kehidupan mereka juga tidak akan mendapat tempat. Isu kehidupan berkeluarga contohnya dianggap hak peribadi pemimpin yang tidak boleh dipertikaikan. Kehidupan DSSK, kekeluargaan TSP, pertimbangan kehidupan DHMJ, prinsip keluarga DARD dan Datuk Japlin , tidak berbangkit dalam dunia cyber ini. Kerana bagi kita masyarakat di Kota Belud, pemimpin juga adalah manusia biasa yang diberikan hak seadanya sebagai hamba yang maha esa dan hak itu terpulang kepada mereka untuk menyempurnakannya.
Apa yang menjadi perhatian, ialah gagasan pemikiran para pemimpin ini, pertimbangan politik mereka, gagasan membangunkan rakyat yang diwakili, perhitungan politik peribadi, dan peluang merebut kekuasaan kembali. Bila kita mengkritik hal-hal sedemikian, bukan bererti kita membenci mereka. Bila kita mempersoalkan kewajaran tindakan itu, bukan juga bermakna kita 'beregenda", bila kita melihat dari pelbagai demensi pendapat akan pemikiran politik mereka, juga bukan bererti kita 'kepingin' untuk melapisi kepimpinan sedia ada. Semuanya itu dibuat untuk membuka pemikiran bagi setiap isu yang kita bangkitkan. Memerlukan ketimbangan untuk generasi masa depan.
Antara isu yang menjadi tumpuan ialah 'isu penyatuan rumpun sebangsa' atau ada yang mengistilahkannya sebagai rumpun USBO. Diperingkat kelas pertama, pertimbangan untuk mengutarakan isu penyatuan ini telah lama berjalan..seingat kita sejak 2006 lagi, sudah 3 tahun berlalu. Dan resolusinya ialah menyatukan kesemua rumpun bangsa merupakan wadah kepada perjuangan politik baru di Sabah. Di peringkat kelas kedua, juga berlaku yang demikian..isu penyatuan diperbahaskan dan kebiasaanya dipersetujui idea itu kerana adanya sifat "yes Boss" dan 'political thinking' yang bersandarkan kepada prinsip 'mengikut' gagasan. Di peringkat kelas ketiga pula , disinilah idea itu dicerna dengan lebih halus dan terbuka..kerana golongan kelas ketiga ini..berdiri atas tidak punya kepentingan..malah, kesan pemikiran kelas pertama itu impak besarnya ialah pada kelas ketiga. Idea penyatuan itu membuatkan masyarakat membuka medan perbahasan yang lebih kritikal. Seperti yang saya katakan...bila berlaku pandangan yang tidak memihak kepada idea kepimpinan, maka itu bukan bererti satu penolakkan telah berlaku keatas idea tersebut. Justeru 'idea asal penyatuan' itu harus diketimbangkan semula jika 'keterbukaan' pemimpin ada, Jika sebaliknya..maka idea penyatuan rumpun bangsa itu juga akan tetap berjalan ...perbincangan diperingkat kelas ketiga tidak akan berguna.
Dalam iklim politik Sabah..Penyatuan rumpun bangsa, besar peranannya..dengan sentiment bangsa, maka di Sabah kemenangan boleh digapai. Dan itu kita letakkan kepada DSSK, TSP juga Datuk Shafie Apdal. (USBO). Namun jika isu penyatuan ini diekspolitasi sepenuhnya..maka politik Sabah akan lebih bercelaru. Bahana perpecahan akan berlaku. Kemelut gelombang politik Sabah yang mula reda akan kembali bergelora. inilah idea peringkat kelas ketiga yang lebih dominan dan perlu dipandang segar oleh pemimpin. Atas apa agenda yang tersirat di sebalik ini..? Jawapannya ! Kosong ! tidak ada langsung.!..Kritikan idea ke atas pimpinan ini membuka satu pemikiran baru bahawa..gagasan penyatuan yang dilaungkan mereka sekarang perlu dihujahkan atas kepentingan seluruhnya rakyat Sabah. Bukan atas kepentingan rumpun bangsa sahaja.
Para pemimpin kita di Kota Belud ini, semuanya merupakan pemimpin besar yang boleh mengubah landskap politik sabah dengan hanya sekelip mata. Apakah kita pernah terbayang, bahawa jika pemimpin seperti DSSK mengambil keputusan menentang DARD dalam kawasan Parlimen Kota Belud dalam PRU-12 yang lalu setelah tidak dicalonkan. Bolehkah pengaruh DSSK ini bisa ditahan hanya atas nama parti UMNO..? Peringkat kelas ketiga, tetap akan memenangkan DSSK walau atas tiket apa sekalipun yang beliau gunakan . Begitu juga TSP, jika mengambil keputusan mencalonkan dirinya di kawasan Tempasuk, maka akan menjadi kah DHMJ sebagai wakil rakyat sekarang...? Jawapannya ialah tidak. Kerana dua tokoh pemimpin ini masih beraura dan ada krisma politik yang sukar ditandingi, bukan sahaja di Kota Belud tetapi di Sabah dan Malaysia juga.
Kerana atas pengaruh kuat itulah gagasan penyatuan rumpun bangsa yang diwar-warkan oleh kedua pemimpin ini mendapat perhatian terus masyarakat. Justeru perdebatan itu rancak berlaku diperingkat kelas ketiga. Melihat pemikiran mereka dari persepktif berbeza..langsung tidak membawa makna berlaku gerakan menjatuhkan mereka. Itupun terpulang kepada anda memikirkannya..kerana idea seorang tidak akan bisa membawa kesemua idea yang lain untuk merintis satu bentuk politik yang matang.
Diperingkat Bahagian UMNO KB juga memerlukan pertimbangan politik yang tidak merugikan. Perbalahan yang berlaku jelas mencemarkan kepercayaan masyarakat kepada pemimpin. Isu ini juga mendapat tempat di peringkat kelas ketiga. Keputusan DHMJ mempertahankan kedudukannya sebagai ketua bahagian UMNO sehingga mencetuskan pertandingan sengit antara beliau dengan DSSK juga tidak harus berlaku. Kesepakatan perlu diutamakan. DHMJ sepatutnya memikirkan kepentingan masyarakat secara lebih bertimbang rasa. "penyerahan" UMNO KB kepada DSSK akan tampak bertenaga..daripada sebelumnya. Perbincangan atas nama suku dan politik matang tidak berlaku..dan pertimbangan itu kemudiannya membawa perbalahan yang meruncing sehingga kini.
Kehadiran DARD di KB membawa banyak hikmah dan bertindak sebagai 'teguran senyap" kepada pemimpin sebelum ini. Kesilapan DSSK dan TSP sebagai pemimpin di KB, boleh diselesaikan dengan secara berhemah. Masalah bekalan air bersih contohnya, yang cuba diusahakan oleh DARD tidak lain hanyalah sebagai membaiki kesilapan itu. Di peringkat kelas pertama, usaha itu dibayangkan sebagai mencemar kepimpinan DSSK dan TSP, sedangkan di peringkat kelas ketiga..itu sepatutnya berlaku dari dulu lagi..dan penyelesaian isu bekalan air di KB dianggap sebagai rahmat.
Saya masih ingat, apabila Hang Nadim mencadangkan supaya berkubukan batang Pisang ketika Todak menyerang Singapura..maka idea itu dilihat sebagai 'mencemarkan' institusi kepimpinan. Idea itu dilihat dari sudut pembenterasan kritikan ke atas golongan pemimpin. Akibatnya, Hang nadim dihukum...dan impak ilmiah yang berlaku dalam dunia Melayu..ialah puluhan tahun mendatangnya idea dan pemikiran peringkat kelas ketiga tidak tumbuh subur..dan zaman kegelapan dalam pemikiran masyarakat terus menyelubungi persekitaran politik Melayu sehingga kini. Apakah 'kegelapan' itu juga sedang menghampiri budaya politik di KB..? susah diperjelaskan kerana ternyata Hang Nadim belum ada di Daerah bertuah ini.
22 ulasan :
Salam KM, komen ini utk posting yang lalu.
Salam juga kepada Belum Pendekar kerana bersetuju dengan pandangan saya.
Kepada Bruce Lee yang mungkin orang Cina dari Hong Kong tidak faham bahawa USBO yg dulunya PSBB ditubuhkan pada 1965. pada ketika itu Dato Salleh berusia 7 tahun. Usia 7 tahun tidak boleh menjadi ahli NGO.
Sahabat2 bloggers, Jika orang politik menubuhkan NGO, orang pasti akan kata NGO itu utk tujuan politik. Jika orang berniaga atau businessman menubuhkan NGO tentu org kata tujuannya utk berniaga.
Hj Abdullah Sibil menubuhkan Persatuan Samah atau PSS dengan Cikgu Bakrin yusof dll, orang tidak kata NGO itu utk tujuan politik kerana penerajunya bukan org politik. Bagaimana jika PSS diterajui D Musbah atau DARD? apakah mereka juga tidak dikatakan utk tujuan politik?
Org politik apa juga dilakukan termasuk menghadiri kenduri kawin atau ziarah org meninggal, pasti org akan kata utk "tujuan politik", walau seikhlasnya mereka datang sebagai orang biasa.
Persatuan Bugis dan Persatuan Brunei Sabah tidak diterajui org politik. tetapi bolehkah kita katakan NGO ini tidak ada kepentingan politik?Kenapa setiap kali mesyuarat agungnya di rasmi Datuk Musa Aman? apakah Musa Aman bukan org politik?
JIKA persatuan KDCA tidak diterajui Datuk Pairin apakah KDCA tidak ada matlamat politik?
Andaian dan persepsi selalunya menjangkaui kenyataan.
Inilah yg berlaku dengan USBO. SSK, TSP dan Amir Kahar menukar nama PSBB kepada USBO setahun sebelum pilihan raya umum. iaitu sebelum mereka digugurkan sebagai calon. Jika tujuan USBO semata-mata sebagai "batu loncatan" politik maka matlamat itu GAGAL kerana mereka tidak berjaya dalam politik kerana USBO.
Tetapi adakah mereka meninggalkan USBO setelah mereka tidak lagi menjadi YB? jawapanya TIDAK sebaliknya mereka terus menjalankan aktiviti USBO walaupun USBO sebenarnya gagal, jika POLITIK itulah matlamatnya..
Salam Saudari Kelapa Mawar,
Mohon laluan untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh saudara Musli, saya bukannya cina dari Hong Kong, tetapi orang bumiputra tulin dari Kota Belud, akan tetapi memakai jersi Bruce Lee pelakon terkenal dari Hong Kong.
Saya cukup tidak bersetuju bahawa saudara mengatakan USBO itu adalah PSBB. Dari segi istilahpun membawa maksud yang berlainan, PSBB waktu itu ahlinya hanya terdiri daripada masyarakat Sabah yang berbangsa bajau, sedangkan USBO keahliannya terdiri daripada suku-suku minority yang terdapat di Sabah seperti , bajau, iranun, simunul dan sebagainya.
Kenapa sewaktu pengembangan UMNO di Sabah di awal 90 an tidak wujud USBO ini?. Kenapa setelah peneraju USBO seperti DSSK, TSP dan SA yang suatu ketika dulu yang mengemudi UMNO sabah dan kini disisihkan atas alasan peremajaan UMNO dalam PRU12 atau mungkinnya sebelum itu, telah mengambil inisiatif menggerakan USBO.
Jawapannya ialah kerana ingin menekan Ketua Menteri Datuk Musa Aman supaya turun daripada jawatan Ketua Menteri. Kalau dirujuk dari system berdemokrasi mana mungkin golongan miniroti menjadi ketua kepada kumpulan terbesar dalam sesebuah Negara yang ditadbirnya. Kalau pun tekanan ini buat-buat tidak tahu kepada Datuk Musa Aman, tetapi sekuarng-kurang kerajaan Pusat memahami keadaan.
Dengan harapan di dalam PRU 13 nanti situasi ini akan berubah iaitu memihak kepada mereka. Saya sebagai ahli UMNO Kota belud masih meragui akan keikhlasan penubuhan USBO dan secara peribadi mengatakan bahawa pertubuhan ini mempunyai agenda yang terselindung di sebalik penubuhannya.
Saya cukup masak dengan sepak terajang DSSK dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan masa depan politiknya. Kalau orang nombor satu UMNO Datuk seri Najib sekarang ini pernah diperlekehkan oleh DSSK dengan tidak mencalunkannya dalam jawatan Naib Presiden UMNO suatu ketika dahulu apa lagi Datuk Musa Aman yang menjadi musuh tradisi politiknya sekarang ini.
Saudara Musli juga seorang politik apa lagi penganalisis politik yang disegani, kebetulan pula masih dekat dengan DSSK. Saya ingat saudara pura-pura tidak faham agenda USBO disebalik tabir. Saya ingat kalau saudara ini tidak berada dalam kem DSSK lama sudah saudara buat artikel songsang mengenai USBO, saya bukan tidak tahu sewaktu saudara berada di Kem DHJMJ bukan main kutuk DSSK. Lepas DSSK gunakan ilmu guna-gunanya saudara pula berpaling tadah mengutuk DHJMJ. Pada saya saudara dengan DSSK sama sahaja bekerja apabila sesuatu itu memberi keuntungan kepada kalian.
Wasalam.
Salam Sdri Kelapa Mawar dan sdr Musli..
Kekaburan yang terjadi dikalangan masyarakat kelas ketiga (meminjam istilah sdri KM ) tentang perjuangan USBO memang benar berlaku...saya sendiri pada mulanya menyangka USBO terbuka keahliannya dgn bangsa lain..tetapi bila mengikuti penulisan di blog USBO juga blog TSP ,di tambah lagi dengan penulisan sdri KM..saya jadi makin yakin bahawa USBO ada yg tersirat disebalik perjalanannya..
Sdr Bruce lee..
mungkin ada kebenarnnya pendapat sdr itu..saya tengah memikirkannya..! harap blogger lain memberikan ulasan seterusnya.
Salam ziarah Kak KM..
Saya komen posting sdr kali ini dengan ucapan Tahniah kerana memberikan kita satu ruang membincangkan pemikiran pemimpin kita di KB ini..
Tun Mahathir telah memperkenalkan wawasan 2020..sehingga kini ia menjadi bahan perdebatan di peringkat kelas ketiga ( istilah mu Kak KM )..ada yang menyatakan bahawa wawasan itu akan gagal dicapai berpandukan beberapa bukti ilmiah..dan ada juga yang menyatakannay akan berjaya dengan memberikan perkembangan positif rakyat Malaysia.
Kalau di kota belud ini..ada gagasan penyatuan rumpun bangsa ya...! tidak salah kalau kita perbincangankan...ada pro ada kontra..tetapi yang sama ada rakyat mendukungnya atau tidak terpulanglah..
Saya tertarik dengan pendapat Kak KM, tentang ini :
"Dalam iklim politik Sabah..Penyatuan rumpun bangsa, besar peranannya..dengan sentiment bangsa, maka di Sabah kemenangan boleh digapai. Dan itu kita letakkan kepada DSSK, TSP juga Datuk Shafie Apdal. (USBO). Namun jika isu penyatuan ini diekspolitasi sepenuhnya..maka politik Sabah akan lebih bercelaru. Bahana perpecahan akan berlaku. Kemelut gelombang politik Sabah yang mula reda akan kembali bergelora. inilah idea peringkat kelas ketiga yang lebih dominan dan perlu dipandang segar oleh pemimpin. Atas apa agenda yang tersirat di sebalik ini..? Jawapannya ! Kosong ! tidak ada langsung.!..Kritikan idea ke atas pimpinan ini membuka satu pemikiran baru bahawa..gagasan penyatuan yang dilaungkan mereka sekarang perlu dihujahkan atas kepentingan seluruhnya rakyat Sabah. Bukan atas kepentingan rumpun bangsa sahaja."
Saya setuju dengan ini, kerana USBO dimanipulasikan oleh pemimpin tertentu untuk menakutkan pemimpin lain..wajarkah ? sedangkan mrk dalam satu pasukan yang sama..UMNO Sabah.
tersentak saya juga dengan cerita hang Nadim itu..rasanya sdr Musli boleh jadi macam Hang Nadik Kota Belud...
Salam untuk semua. Bagi saya , post yang Kelapa Mawar ketengahkan kali ini nampak nya makin bertambah jauh makna yang tersirat.
Pendek kata, Post beliau makin bertambah susah untuk di ulaskan, kecuali kita benar-benar memahami tujuan penyampaian nya.
Pada pandangan saya, beliau membawa kita berfikir secara global atau kearah satu dunia fantasi yang menjangkau lebih dari setakat membicarakan fasal DSSK, TSP, DARD, , DMHJ, DJA dan pemimpin KB yang lain.
Terasa bahawa apa yang KP hendak sampaikan kali ini ia lah satu pemikiran yang berciri ‘universal’, bukan hanya setakat perbincangan politik sembarangan, tetapi sesuatu pandangan yang jauh ‘ political survival and beyond’ untuk rakyat Sabah am dan warga KB khas nya.
Chontoh nya bilamana KP membawa kita mengikuti cerita legenda Singapura di langar todak dengan menyentuh kisah kreatibiti Hang Nadim untuk menentang serangan ikan todak dengan menggunakan batang pisang. Dipersoalkan lagi dengan harapan yang berpaut dengan situasi yang sedang berlaku di KB.
Saya pasti disebalik cerita ini ada makna yang tertentu KM hendak kongsikan bersama.
Bagi saya, makna disebalik cerita tersebut tersembunyi satu maksud serius yang penuh bermakna dan selalu nya kita terlepas pandang maksud yang tersirat.
(Terasa dalam diam-diam, KP mentertawakan ulasan kita).
Saperti yang pernah saya nyatakan dalam blog Dayang Wulan pada suatu ketika, dalam penulisan beliau ini terlalu banyak menggunakan istillah ‘reads between the lines’ yang perlu di fikirkan... Sungguh dahysat.
Oleh itu sebelum saya memberi ulasan bersama, saya kena hati-hati dan fikirkan sedalam-dalam nya dehulu perkara ‘releven’ yang harus saya postkan di sini nanti…
Untuk itu semoga kalian sukses dan meneruskan perjuangan yang belum selesai
Salam semua,
USBO ada agenda politik disebalik penubuhannya???
saya berpendapat ada tersirat kap-kap politik 50% disebalik penubuhan USBO, yang selebihnya utk persediaan, pemimpin USBO akan mengambil kira dalam semua sudut dan aspek ekenomi, sosial, budaya dan global..jika ada kejadian/fenomina yang membolehkan USBO didaftarkan sebagai sebuah parti politik satu ketika nanti ianya bergantung kpd konflik atau percaturan politik ketika itu, saya rasa tidak menjadi suatu kesalahan, satu inisetif pada masa itu utk ahli2nya mendokong dan menyokong USBO sebagai sebuah parti tempatan Sabah, mungkin sekarang ini agak janggal utk mereka lakukan, tapi utk akan datang kita tidak tahu apa yang akan terjadi dan kejadian apa yang akan menimpa parti yang ada masa kini..hanya Allah yang maha mengetahui segala-galanya.
salam sdr sdr semua..
Bila membaca komen sdr solymone...saya merasakan beliau ini seorang pemikir yang leteral..mampu mengatasi pergolakan emosinya demi melihat pertimbangan idea yang dikemukakan..kalau dari latarbelakang pendidikan..Sdr Solymone.ternyata ada kredibiliti menyusup masuk dan melihat idea asal sdri KM..
Sealiran dgn cetusan idea itu...sdr Solymone seakan macam regu dgn sdri..KM..(rasanya lah..mohon maaf kalau tidak benar )..
Saya suka membaca ulasan sdr Solymone...macam mebawa kita berfikir secara panjang akal untuk membaca permaknaan tulisan sdri KM ini..
Saya turut memikirkan apa makna sebenar penceritaan Hang nadim dgn politik KB...ulasan saya akan menyusul kemudian..
Selanjutnya, saya perhatiankan melalui blog KP dan juga di luar sana, kita terlalu membicarakan kepentingan ideologi politik dan kekuatan kuasa ‘orang kita’ tanpa memikirkan gangguan kejutan dari luar.
Seakan-akan kita memikirkan bahawa golongan yang lain dari kita ada lah statik.
Sebagai ingatan, pernah saya nyatakan dalam blog ini , KB pada suatu ketika pernah di tadbirkan kuasa politik nya oleh parti PBS. Parti yang di domainkan oleh suku kaum KDM.
Saperti yang kalian tahu, pada masa itu cuma kawasan menggundi Usukan sahaja yang menjadi ‘assets’ kepada ‘orang kita’.
Kalau kita luangkan masa untuk mengkaji semula situasi ‘demography’ penduduk KB dari konteks suku kaum, saya tidak heran kalau sejarah masa silam itu akan berlaku…mana lah tahu kan?
Dalam isu ini, sedang kita terlalu sibuk dan taksub bercakaran untuk menjadi ‘hero’, mereka diam-diam mengatur strategi dengan menggunakan kaedah ‘probability and possibility’.
Walau pun ‘sempadan penggundian’ telah atur-atur, namun keadaan ‘population distribution’ di KB, maseh tidak boleh dikatakan selamat untuk UMNO atau Muslim based party’?
Pendek kata, untuk Kawasan Parlimen KB, penggundi nya dalam keadaan 50-50 dsn. Kawasan menggundi Tempasuk mempunyai lebih kurang 3000-4000 penggundi bukan Islam. Lupakan lah sama sekali tentang kawasan kadamaian, kerana kawasan itu bukan kita punya.
Now, secara rengkas nya, cuma kawasan Usukan sahaja yang selamat untuk dijadikan arena perebutan kuasa diantara tuan-tuan dan puan-puan. Yang lain amat kabur.
Jadi persoalan nya siapa kah yang layak dan yang akan bernasib baik dapat menerajui kepimpinan yang hanya satu di Usukan itu? Pelapis atau yang di lapis? Fikir-fikirkan lah.
Untuk rekod, akhir-akhir ini, saya selalu mengikuti perkembangan politik KDM dan Cina. Dan apa yang sangat memberangsangkan ia lah dengan keadaan politik yang sedia ada ( tidak berpehak kepada masa depan mereka) mereka AKHIR nya akan bersatu dikalangan mereka.
Membiarkan kita meneruskan missi kita untuk berkonfrantasi dikalangan kita…bersendirian..Untuk itu fikir-fikirkan lah.
Salam semuga kalian ditakdirkan bernasib baik dan sukses dalam memperjuangkan masa depan ‘orang kita’ di KB khas dan di seluruh Sabah am nya.
Selamat perkenalan untuk semua..
Saya mengikuti penulisan KELAPA MAWAR ini sejak isu Datuk Rahman dan bekalan air bersih di kota Belud, kerana kami di kadamaian sekrang dalam proses penyaluran batang paip ke kampung-kampung dalam DUN Kedamaian ini. Masih ada lagi kawasan kampung yang mundur dan teruk jalanraya nya...
Tapi Wakil Rakyat Mr. Herbert..sedang merangka kerja menyukupkan keperluan asas yang terdaya...bagi orang bukit seperti kami..kalau jalanraya tidak dpt diperbaiki, bekalan air sekurang-kurangnya..
Kedaan kami di sini jauh lebih teruk dari keadaan sdr- di Tempasuk dan Usukan...jadi jangan asyik memikirkan kehidupan politik sehingga pemimpin sdr-sdr semua melenting kerana di tegur..
salam SDRA Bruce Lee. org KB rupanya dan kenal saya..maaflah jgn emosi kerana nama Bruce Lee ni namanya memang hebat tapi hebatpun orangnya sudah mati.
pertama saya tegaskan USBO hanya nama yg tukar, perlembagaan tidak langsung berubah. Nama PSBB ke USBO dari bahasa Melayu ke Inggeris..saya jadi MKT PSBB sejak 1986. tukar nama utk rebranding kata org sekarang. samalah juga dengan KCA menjadi KDCA.
Saya tidak pula ingat bila masa saya pernah kutuk DMHJ. Kalau kritik kepimpinan itu perkara biasa tetapi ayat "kutuk" ini terlalu bersifat peribadi. Kita boleh bersemua dengan DMHJ bertanya pernahkah saya kutuk beliau?
Memang saya akui sewaktu SSK memegang jawatan KM Sabah saya amat rapat dengan Dato Musbah, kemana sahaja kemi akan bersama. Pada ketika itu saya akui agak kritikal dengan politik SSK tetapi tidak sampai taraf "kutuk". Saya tidak pernah sentuh peribadi beliau, malukan keluarga SSK, keturunan SSK dan sebagainya.
Apabila kita mengkritik dengan ikhlas dan berkata benar bukan niat kutuk atau buat fitnah, pemimpin akan bersedia menerima teguran itu, kerana itu saya masih terus rapat dengan kedua-dua tokoh ini, SSK dan DMHJ.
Ada kalanya DMHJ panggil saya ke rumahnya dan kami bersembang sampai jam 4 atau 5 pagi...kerana saya tidak pernah menyerang peribadinya. Begitu juga SSK walaupun sudah hampir dua bulan tidak bersua muka kami sentiasa berhubung. Saya tidak suka menghadiri "rumah terbuka" kerana itu saya jarang hadir. Hanya rumah terbuka Datuk Japlin saya hadir kerana kebetulan saya hantar org KB ke sana.
Tentang niat USBO terpulanglah pada pandangan masing-masing. Tetapi daripada pengalaman saya dengan SSK selama 28 tahun, beliau bukanlah seorang pemimpin yang berani menentang arus seperti TSP atau Yahaya Lampong. SSK selalu "playsafe". Oleh itu selagi dia presiden USBO saya tidak meramalkan USBO akan menjadi parti politik.
Kombninasi SSK dan TSP amat serasi. Api dan air. Pandikar Api dan SSk Air...
saya minta kepada Bruce Lee dan rakan-rakan blogger, dalam kita buat analisa politk jgn terlalu banyak andaian. Ayat "KALAU" jgn selalu gunakan. Misalnya kalau SSK lawan DARD atau TSP lawan DMHJ..semua ini tidak ada rasionalnya dibincangkan. Ayat "Kalau" ini sama seperti kalau aku jutawan, kalau aku YB...buang masa kita cerita.
Kita cerita fakta dan analisa daripada fakta bukan daripada cerita KALAU!
Salam KM, tulisan kali ini amat baik..perlahan-lahan analisanya dari peringkat nasional, negeri dan seterusnya ke peringkat KB. Tetapi isunya kekal dan tidak menyimpang. Tahniah!
tidak sangka, isu yg kecil tetapi dengan pengolahan ayat yang baik ianya menjadi tulisan yg menarik.
Sebagai orang tua, saya beri pandangan agar jgn lah serang peribadi rakan2 blogger terutama blogger yg tidak tahu identiti. Mengkritik secara baik dan lebih beretika jika tidak menyerang peribadi sesama rakan blogger.
terima kasih Kelapa Mawar. Saya ke Bagan Pinang Sabtu dan jumpa di sana kepada rakan-rakan blogger yg kebetulan ada disana,
Saudari Kelapa Mawar,
Mohon laluan menjawab apa yang saudara Musli perkatakan. Bruce Lee walaupun telah mati tetapi meninggalkan satu nama yang amat popular sehingga hari ini. Beliau bukan sahaja mempunyai peminat yang ramai, akan tetapi mempunyai penyokong yang setia hingga ke hari ini. Kehebatan Bruce Lee menunjukan panca silat teakwandonya amat dikagumi oleh semua pesilat-pesilat diseluruh dunia. Sehingga hari ini juga belum ada tokoh-tokoh pesilat teakwando yang dapat menandingi ilmu persilatannya. Kalau ada yang timbul seperti Jack Chan pun, ianya hanya trek kamera memanipulasikan filem tersebut. Namun belum pasti Jack Chan itu mempunyai kemahiran dalam persilatan teakwando seperti yang terdapat dengan Bruce Lee.
Mengambil kehebatan tokoh ini saya amat meminatinya dan sewajarnya kita juga dapat mencontohi ketokohannya dalam apa juga bidang yang kita ceburi. Saya kurang berminat mengulas hujah saudara yang saya sifatkan lebih kepada hanya mempertahankan hujah saudara. Pada saya perbincangan dalam isu ini biarlah bersifat ilmiah dengan fakta yang sebenar-benar. Saudara lebih banyak mempertahan fakta yang kebenarannya masih diragui.
Wasalam
posting yang menarik kali ini sdri KM, tetapi ianya tetap tidak lari watak2 utama sandiwara politik KB. penyatuan rumpun bangsa yang diperkatakan sukar menjadi kenyataan di KB tetapi saya tetap menyokong penyatuan ini demi kesejahteraan rakya sabah. Ianya sukar kerana masing-masing ada business yang merupakan periuk nasi yang mahu dijaga dan keberantungan kepada sesuatu pihak dalam perniagaan punca kerugian rakyat kota belud. ini semua tahu adalah kenyataan sebenarnya yang tidak dapat di nafikan lagi. Jika mahu business pun cubalah mencari business yang stabil seperti pertanian, supaya ianya tidak mengganggu prinsip berpolitik seseorang pemimpin. sepertimana yang uncle musli tulis, DSSK merupakan playsafe dalam politik. saya amat bersetuju dengan kenyataan itu. walaupun saya hanya setahun jagung dalam arena politik tetapi saya sudah perasan tindak tanduk politik DSSK. seorang yang licik dan smart dalam berpolitik. permainan yang halus dan tahap pemikiran yang boleh menguasai pemikiran orang lain adalah kelebihan DSSK. tetapi semua tindak tanduk ini sebenarnya adalah demi kebaikan rakyat KB. rakyat KB la punca mengapa DSSK tidak menentang arus politik dan berjaya menahan dan menenangkan amirkahar,TSP,Nazri Abdullah, dan 13 lagi pemimpin bahagian UMNO ketika PRU-12 angkara watikah kosong yang dibawa DMA Dari KL. walaupun saya adalah penyokong setia PAS saya suka memperkatakan sesuatu dari aspek realiti masyarakat KB yang sepatutnya melangkah kehadapan dan anjakkan paradigma pemikiran yang lebih mapan. Penyatuan ini sukar dilaksanakan kerana opportunist yang sentiasa mahu melihat dua team UMNO KB yang bertelagah dan mereka mendapat duit kupi yang mencecah rm2000 seorang ketika pemilihan. perkara inilah antara punca DSSK hampir sahaja tersungkur ditangan DHMJ pada pemilihan tahun lepas apabila DSSK dilaporkan mengeluarkan kata-kata ' jangan jadi pengemis professional' yang mengguris hati para perwakilan yang opportunist.inilah kenyataan harus diterima dan harus diubah mindset akar umbi UMNO demi rakyat yang lain. mereka tidak sedar penyatuan rumpun bangsa ini amat baik untuk masyarakat KB seluruhnya..harus diingat apa pun tindakan kita dalam berpolitik kasihanilah mereka yang sepatutnya menerima bantuan..TAKBIR!!!
Salam Semua. Apa khabar?
Dalam era USNO dulu, USIA amat serasi denga USNO malah menjadi tulang belakang bagi kekuatan USNO. USIA bukan pertubuhan politik per se. USBO pula satu pertubuhan yang berpengaruh di kalangan rumpun bangsa dalam USBO. Bukan sahaja USBO mampu mengambil peranan USO malah ia boleh menjadi tulang belakang kekuatan UMNO.
Apakah USBO berdosa dengan UMNO yang di suntik dengan kekuatan oleh USBO?
Pemimpin UMNO Sabah termasuk CM dan Di Semenanjung termasuk PM telah mengakui kekuatan USBO dan mengiktiraf kewujudan USBO. Tahniah harus diberikan kepada USBO. Janganlah pula bila SSK tarik hand break USBO kerana tidak mahu kelihatan menyaingi UMNO dan disalah tafsirkan maka ada pihak yg menuduh kepimpinan USBO melupakan USBO setelah mendapat kedudukan. Ini tidak pernah terjadi sebenarnya. USBO hormat semua dan semakin popular di Semenanjung..
Ada pihak yg kutuk USBO tak buat apa-apa...tapi jika kutukan ini dari org yg ahlipun tak mahu jadi..sukarlah sedikit..tak tahu maka tak faham. Jika tak faham tak molek buat-buat faham dan lebih-lebih mengata dan membuat reori dan andaian tentang USBO..
Bila orang USBO jadi pemimpin besar, USBO harus bangga..tak perlulah USBO jadi politik.wise kan?. setakat org USBO berpolitik dan USBO sokong dan dokong bukankah strategi yang "beautiful"..Ako tak jealous! USIA pun tak pernah jadi parti politik.. Salam Manis buat semua sekali lagi.
Salam KM,
Cerita tentang Najib dendam dengan DSSK seharusnya berhenti sebaik sahaja Najib sendiri umum perlantikan SSK sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. SSK bukan ahli MKT (ada 2 MKT dari Sabah selain Musa Aman,iaitu datuk Lajim dan Bung Mukthar) SSK bukan MP, juga bukan ADUN, kenapa SSK dipilih?
Maknanya Najib mengakui pengaruh SSK sebagai pemimpin rumpun Bumiputra Islam terbesar iaitu rumpun USBO. Memang benar seperti tulisan rakan2 blogger, pada tahun 1996, UMNO Kota Belud yg ketika itu dipimpin SSK tidak mencalonkan Najib sbg Naib Presiden UMNO. Hanya 2 bahagian sahaja di Sabah tidak calonkan Najib, KB dan Tawau.
KB mencalonkan Datuk Osu Sukam, Datuk Abu Hassan Omar dan Datuk Ghani Osman. Manakala Tawau hanya mencalonkan 2 nama, Tan Sri Isa dan Datuk Osu dan meninggalkan satu cadangan kosong. Mengelak cadangan Tawau itu menjadi satu 'precedent' menyebabkan MKT bermesyuarat dan mewajibkan setiap bahagian mencalonkan 3 nama utk jawatan Naib Presiden.
Perkara itu telah lama berlalu dan Najib memang kurang senang pada awalnya. Namun hakikat juga diakui bahawa pada ketika itu Najib sudah terlalu banyak pencalonan. Dan sekarang UMNO perlu pemimpin Sabah yg berpengaruh, kerana itu Najib tidak memilih Hajiji, Yahaya Husin, Masidi atau Lajim sbg Timbalan kepada Musa Aman dalam UMNO.
Harap kita terimalah kenyataan, kita suka atau tidak dengan SSK, keputusan telah dibuat pucuk pimpinan bahawa Najib telah memberi kepercayaan kepada SSK. Jika apa-apa terjadi dengan Musa, maka SSK lah Pengerusi UMNO negeri Sabah.
memang benar kata Watasikadi, SSK lah yg bertanggungjawab menghalang TSP, Amir Kahar dan lain-lain yg marah kerana tidak dicalonkan daripada bertemu dan berunding dengan Anwar Ibrahim. Sebelum itu Anwar telah bertemu dengan Amir Kahar di Bangkok dan Hong Kong.
Tetapi atas nasihat SSK perkara itu tidak berlaku. Ternyata kesetiaan SSK kepada UMNO tidak berbelah bahagi walaupun SSK tidak ada sebarang jawatan dalam UMNO ketika itu. Barangkali jika SSK termasuk golongan yg menangguk diair keruh, sudah tentu beliau mengambil peluang yg diberikan Anwar Ibrahim kepadanya mengetuai PKR di Sabah dan membawa ramai pemimpin UMNO keluar beramai-ramai. Kita tidak meramal atau membuat andaian apa yg berlaku kerana ianya TIDAK BERLAKU.
Salam Perjuangan. Dalam perjalanan ke Bagan Pinang. Kepada penyokong PAS, bersedialah menerima bukan Melayu sebagai Menteri Kewangan dan TPM jika PR memerintah.
Salam Kelapa Mawar,
Mohon menjawab persoalan Saudara Musli Oli, pada pendapat saya perlantikan DSSK sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah bukanlah kerana Datuk Seri Najib lupa apa yang DSSK buat kepada dia pada tahun 1996 yang lalu, apabila dia tidak mencalunkannya sebagai Naib Presiden UMNO ketika itu. Pada saya, Datuk Seri Najib lebih mementingkan kekukuhan parti UMNO daripada memikirkan DSSK yang mengkhianatinya waktu itu.
Perlantikan DSSK sebagai Timbalan pengerusi Perhubungan UMNO hanya sekadar meredakan permusuhan politik kem Datuk Shafie Afdal yang terdiri dari DSSK, TSP, Datuk Amir Kahar dan lain-lain dengan kem Datuk Seri Musa Aman memandangkan Datuk Shafie Afdal telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah.Ole kerana TSP dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, maka orang yang paling layak mewakili kem ini di negeri Sabah ialah DSSK. Dalam keadaan UMNO yang nazak ini, Datuk Seri Najib perlu mengetepikan sentiment peribadi daripada kehancuran UMNO.
Salah satu sebab juga DSSK di lantik ke Jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah adalah kerana USBO. Pertubuhan yang kononnya mewaikili rumpun bumiputra dikhuaitri akan mengugat UMNO sabah. Bagi meredakan keadaan ini DSSK perlu diberi tempat ke dalam UMNO kerana ditakuti mereka akan menikam UMNO dari belakang dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Namun yang pastinya, saya tidak Nampak Datuk Seri Najib melupakan pengkhianatan DSSK kepadanya. Selepas Datuk Seri Najib masalah DSSK akan berlanjutan kerana Datuk Muhyidin akan mengambil ahli jawatan Perdana Menteri. Datuk Muhyidin juga menerima tempias sepak terajang DSSK apabila dalam pemilihan UMNO Kota Belud tahun lalu tidak mencalonkannya sebagai Timbalan Presiden UMNO angkara saudara Musli mencalonkan Datuk Mohd Ali Rustam kerana mendapat Wang Suapan untuk mencalunkan beliau.
Kesimpulannya malang bagi ahli UMNO memilih DSSK Ketua UMNO Bahagian Kota Belud tahun lalu kerana beliau mempunyai ramai musuh diperingkat negeri dan persekutuan angkara sepak terajangnya dalam politik memakan diri dia sendiri.
Wasalam.
bruce lee ada masalah kerana melempar serangan peribadi dengan membuat bermacam-macam tuduhan. saya minta jika Bruce Lee seorang yg beretika sdra patut dedahkan identiti sdra dan kemukakan bukti. Jangan berselindung di sebalik nama samaran dan sesuka hati membuat tuduhan. Saya cabar sdra, jika sdra seorang gentleman membuat laporan kepada JK displin parti jika ada bukti pencalonan Ali Rustam kerana suapan kepada saya.
Ada 3 bahagian UMNO yg juga tidak calonkan Muhyiddin iaitu Kudat, Kota Marudu dan penampang tetapi dalam mesyuarat agung baru-baru ini Muhyiddin yg rasmi mesyuarat mereka. Beliau juga rasmi mesyuarat Sndakan yg cadangkan Aki Rustam. Sdra Bruce Lee jgn berfikir otak pemimpin nasional mcm taraf otak bruce Lee yg suka dendam,
dan buat fitnah dan tuduhan tanpa asas.
mohon dedahkan identiti dan kemuka bukti. Janganlah jadi seperti ayam bayas berselindung disebalik nama org mati...
salam kelapa mawar..
lama benar saya, tak beri komen pada blog saudara, harapan saya untuk terus melihat KM terus menulis tentang senario politik KB termakbul, syabas kelapa mawar, posting saudara kali ini amat hebat sehingga timbul perbahasan antara brucee lee dengan musli oli..biasalah sepak terajang politik..yang sokong BN akan tetap menegakkan BN walaupun ia di kira benang basah. begitu juga sebaliknya..berbalik kepada topik USBO yang menjadi perdebatan kali ini.. saya bersetuju penubuhan USBO adalah satu agenda politik warlord-warlord atau pendekar cahaya dalam perjuangan politik mereka mungkin ada setitis kebaikan kepada kaum yang cuba disatukan.jika dilihat pada sudut perpaduan ia sememangnya memberikan satu rahmat kepada kaum yang di satukan spt iranun, bajau(samah), bajau laut, simunul dan lain-lain. Kesimpulanya dengan USBO tiada unsur perbezaan dari segi kaum kerana berteraskan penyatuan menjadi satu bangsa(rumpun) dan idea ini dikira baik. Tapi pernahkah DSSK dan TSP mengambil kira pandangan kaum bajau dan iranun di kota belud dengan gagasan USBO ni. Pernahkah mereka ini mengumpul kaum mereka dan membuat pungutan suara untuk memastikan penubuhan dan kemasukan bajau dan iranun dalam USBO dijalankan dengan suara majoriti..semuanya tiada, mereka syok sendiri menubuhkan USBO untuk faedah mereka.Sesiapa yang menidakkan kenyataan saya ini.. saya cabar buat pungutan suara atau kajian ilimiah tentang penduduk/suku bajau dan iranun. keputusan yang pasti bajau tetap PSS dan iranun dengan PISBA atau PAGISA..walaupun PISBA berkubur bersama pengerusinya salisih ukoi yang tidak punya pengetahuan tentang berpersatuan. iranun akan bangkit dengan persatuanya nanti(coming soon).
Salam Adindaku Kelapa Mawar,
Mohon saya menjawab kumilan Saudara Musli Oli, jangan cabar saya mendedahkan identiti sebenar tapi sebaliknya saya mencabar Saudara menulis dalam blog saudara yang Datuk Musbah membeli Ijazah suatu ketika dulu. Saudaralah ketika itu yang memulakan cerita ini dikedai-kedai kopi sehingga panas macam pisang goreng. Saya utarakan ini kerana kononnya saudara tidak pandai menyerang peribadi seseorang, tapi kenapa saudara serang peribadi Datuk Musbah, rupanya saudara ini bukan sahaja pandai menganalisis politik tetapi pandai memutar belit fakta.
Buat apa nak laporkan kes Mohd Ali Rustam ke JK displin bukankah beliau telahpun dikenakan tindakan amaran sehingga dilarang bertanding pada pemilihan UMNO tahun lepas. Bukankah ini satu bukti yang jelas yang beliau telah menggunakan sogokan wang kepada semua bahagian seluruh Negara. Dan di Kota Belud bukankah saudara yang mengagih-agihkan wang RM 100-150 setiap seorang perwakilan ketika itu di Hotel loging Kota Belud. Tak baik saudara berbohong tau! dansebagai bukti juga waktu itu saudara telah menang dalam pertandingan G7 kenapa dalam pemilihan G7 tahun ini dimana saudara tidak menagihkan wang saudara kalah teruk. Ini bermakna saudara tiada pengaruh dan pengaruh saudara adalah kerana wang Mohd Ali Rustam.
Bahagian tidak mencadangkan Datuk Seri Muhyiddin sekarang ini terpaksa berbaik-baik dengan beliau kerana dia telah pun menang Timbalan Presiden UMNO. Dan sebagai pemimpin UMNO yang matang seharusnya itulah tindakan yang sepatutnya dilakukannya. Dan peranan untuk menyatukan ahli-ahli UMNO harus dipikul oleh Datuk Seri Muhyiddin sekarang dan tidak timbul orang sokong dia atau tidak yang penting mereka itu ahli UMNO.
Bruce Lee langsung tiada dendam dengan saudara Musli dan saya langsung pun tiada kepentingan dengan saudara , justeru itu buat apa saya berdendam dengan saudara. Apa yang saya katakan ini adalah benar dan bukan lahir dari dendam kesumat.
Saudara jangan terlalu mencabar saya kerana mangkin saudara mencabar saya nanti terlalu banyak kelemahan saudara dan bos saudara DSSK terkeluar oleh saya. Lebih baik saudara berhujah secara berhemah dalam berbicara. Saudara bukanlah seorang penulis atau penganalis politik yang boleh dibanggakan seperti tanggapan setengah blogger. Sebenarnya saudara penulis murahan yang hanya mahukan publisiti, kualiti penulisan terlalu rendah bagi mereka yang mahir menulis hanya mampu memberi markah penulisan saudara( E-)
Wasalam
Salam Semua,
Selaku blogger dan pejuang muda Kota Belud,saya juga berhak memberikan pandangan saya.Walaupun ada yang menganggap saya sebagai budak hingusan namun pada hakikatnya saya tidak lagi berhingus di hidung.Haha..
Saya tidak mahu memihak kepada sesiapa,tapi apa yang saudara Bruce Lee katakan ialah satu tuduhan tidak berasas kepada saudara Musli. Kenapa tidak lapor Musli kepada Jawatankuasa parti?Ali Rustam memang sudah lama kena dakwa.
Apa yang saya lihat ialah saudara Bruce Lee masih berselindung disebalik batu macam udang disebalik mee.Bruce Lee masih menyembunyikan identitinya yang sebenar.
Bunyi ayat "Saudara jangan terlalu mencabar saya kerana mangkin saudara mencabar saya nanti terlalu banyak kelemahan saudara dan bos saudara DSSK terkeluar oleh saya".
Apakah saudara "E" ini terlalu berkuasa sehingga boleh "melemahkan" seseorang itu?
Kalau dah ada fakta tunggu apa lagi?
Saya sangat berharap agar esok nama Bruce Lee ini sudah berubah menjadi nama seorang yang berani serta jujur dalam memberikan komen.
"Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah ditepi pantai.
Kalau takut dinilai orang,
jangan bagi komen dan menulis."
Salam Perjuangan dari saya;
Abdul Maruf Ismail
Pekan Kota Belud,
09:47 pm
salam kelapa mawar, malaslah nak layan budak BRUCEE LEE yg menulis mengikut emosi ini.Mungkin dia marah pasal saya seperti dakwaannya menang kerana duit Ali Rustam. Tapi tahun 2006 saya pun menang juga takkan duit Ali Rustam juga...?
Tentang penulisan saya terpulanglah pada penilaian beliau, E atau F pun tidak apa tetapi setakat ini, saya boleh jual 10,000 naskah buku di peringkat nasional. Saya telah menulis 8 buku dan insyallah buku ke 9 akan terbit bulam depan. Buku tentang politik negara bukan politik KB.
mengenai katanya degree palsu itu utk apa dia cabar saya buat pendedahan kerana pada bulan June 2006 saya telah membuat laporan polis mengenai sindiket jual sijil dan degree palsu. dalam laporan itu tiada disebut nama siapa-siapa hanya beberapa orang berpangkat "Datuk" telah menjadi mangsa sindiket yg beribu pejabat di Asia City. Sebijaknya Brucee Lee rujuk laporan polis itu di IPD Karamunsing.
Brucee Lee ada masalah sakit mental..mungkin berangan2 tinggi tetapi tidak mampu mencapai kerana kejahilan diri sendiri terlalu memandang rendah kebolehan orang lain.
Saya mohon maaf kalau saya salah dengan Brucee Lee kerana mengatakan dia Cina dari Hongkong. Mungkin sebagai orang yg cintakan bangsa sendiri sepatutnya bangga menggunakan nama bangsa tetapi sebaliknya menggunakan nama bangsa pendatang dan beliau jijik menggunakan nama yg bapanya berikan kepada beliau.
Namun saya akui saya masih lagi dalam proses belajar dalam bidang penulisan tidak sehebat tulisan sdra Bruce Lee.
Salam sdr musli
Perdebatan yg hebat antara sdr musli dan bruce lee. Tahniah dan teruskan...keluarkan segala buduh-buduh,(ling sama) supaya 1malaysia tahu. Saya tidak memihak sesiapa,tapi ada kalanya saya jugak menyampah dgn sikap sdr musli yg terlalu arrogant.. Contohnya.. "saya boleh jual buku 10,000 naskah di peringkat nasional"," buku tentang politik negara dan bukan politik KB". Ala 10,000 tu apalah sangat.. nak di banggakan.. klu di darab dgn harga 5.00, nilainya berapa sangat??? Sdr musli jugak terlalu memandang rendah dgn blogger2 lain yg menulis tentang politik KB, kerna kononnya sdr musli mampu menulis tntng politik peringkat nasional.. Saya rasa menulis politik peringkat nasional lagi mudah, kerna buka je newspaper or internet bnyak sangat ulasan/analisis tntng politik nasional, tinggal COPY & PASTE.. ubah ayat sikit2 je.. dah jadi idea kita. Manakala politik KB tidak ada ulasan/analisis dlm news paper/internet.. kecuali dlm blog kelapamawar... I'm sure sdri KM banyak buat research tntng politik KB...kan.. Jadi bukan senang tu.. tiada yg mahu di copy & paste.. Jadi saya merasakn sebenarnya sdr musli belum mampu menulis tntng politik KB, sbb tiada rujukan untuk di cut/copy & paste...kannn.. Jadi jgn pandang rendah dgn penulisan sdri kelapamawar tntng politik KB, kerana beliau jauh lebih bijak dari org yg sudah suka copycat..walaupun org itu pelajar terbaik STPM.. Ala apa sangat lah tu..Tak payah lah britau 1malaysia., ramai jgk org pernah jdi best student, ada 2-3 master degree lg..belajar oversea dpt biasiswa cemerlang lg, tapi tak heboh pun..Makanya, kalau sdr bruce lee memandang rendah secara terang2 terhadap kemampuan sdr musli.. sedar tak sedar sdr musli pulak secara sinikal memandang rendah penulisan mengenai politik KB. 2 kali 5 lah juga.
jawabnya..
Post a Comment