Friday, September 11, 2009


Konflik pemimpin dengan rakyat memang selalu diperkatakan. Ada yang mengatakan bahawa pemimpin perlu berubah, pemimpin perlu belajar, pemimpin perlu berhenti dan bermacam-macam lagi desakan dan kritikan dilemparkan. Dulu seorang pemimpin dilihat sebagai orang yang mengatur masyarakat dengan idea-idea baru dan segar. Pemimpin dijadikan sebagai rujukan dan harapan bagi masyarakat. Keadaan itu sudah jauh berubah..sekarang masyarakat dikatakan mendahului pemimpin dari segi idea dan kematangan. sebab itu ada pemimpin yang tidak bertahan lama..sekejap timbul...sekejap tenggelam. Ada pemimpin yang sudah lama mendendangkan lagu-lagu klasik yang sesuai di alunkan dalam majlis adat-istiadat sahaja. Ada pula yang masih cuba-cuba melagukan irama moden kontemporari,mengikut rentak muzik masa kini, biarpun dia tahu, lagunya sumbang..kerana apa..?kerana ingin mengekalkan kuasa politiknya. Ada pemimpin juga yang masih merasakan dia diperlukan oleh bangsanya..kerana jasanya yang terlalu besar hingga tidak terpikul oleh generasi bangsanya sendiri. Begitulah resamnya, dunia seorang pemimpin.


Di Kota Belud, keadaan ini juga berlaku... biarpun sudah mendapat pelbagai jolokan dan sindiran ada juga pemimpin yang masih berjuang demi politik tertentu. Tun Mahathir, menanggap Samy Vellu terlalu lama dalam MIC, hingga menimbulkan pelbagai bentuk kelompok dan kumpulan. MIC berpecah belah kerana SV terlalu berkuasa. Golongan muda yang selalu digosip sebagai golongan" marhain" selalu dipinggirkan idea dan kempimpinan mereka. Inilah keadaan yang berlaku dalam UMNO KB. Pemimpin-pemimpin muda dilabelkan sebagai "kayu mati"..namun agak menghairankan kita kerana 'kayu mati' ini lah yang bila dijadikan kayu api, akan memberikan kesan kepanasan yang berlipat ganda. Bila sesetengah pemimpin muda ini dikatakan sebagai "kayu mati" mereka mengatakan bahawa pemimpin lama pula sebagai 'kayu arang" yang mula malap idea dan kekuatan minda mereka.


Ingatan Datuk Seri Najib bahawa, seseorang pemimpin itu perlu popular kepada rakyat dan masyarakat dan bukan hanya popular dalam parti sahaja perlu diambil perhatian kerana kemenangan dalam jawatan Umno Bahagian , tidak memberi jaminan bahawa ia disukai oleh rakyat dan masyarakat.


Di Kota Belud situasi yang berlaku ialah Bila pemimpin muda mahu menunjukkan daya kepimpinan mereka...banyak pula yang ditimbulkan...semuanya berbentuk tanggapan negatif dan berbaur kebimbangan. Penonjolan mereka di hadkan..bila sudah menampakkan peluang ke hadapan..bermacam-macam rancangan untuk menjatuhkannya dibuat..politik wang..jangan cerita..menjadi perkara biasa.Sentiasa meragui dan jarang mengakui...Samy Vellu sebenarnya bukan lagi dalam MIC tetapi sudah lama dalam UMNO KB.

9 ulasan :

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Satu paparan yang sangat menarik untuk diperbincangkan, apa pun kali ini Nyawa Bin Badan tunggu dulu Komen SMA, apa pula mendapatnya mengenai isu ini sebelum membuat ulasan.

Nyawa dan Badan pasti akan bercerai di suatu masa nanti, samada suka atau tidak , Nyawa akan pergi meninggalkan badan, badan akan kembali kepada asal usulnya yakni tanah. Jadi ingatlah jangan tamak sewaktu berada di dunia. Renung-renung lah kata-kata ini. Wasalam

Unknown said...

Salam KM...
Sajak buat Samy Vellu Kota Belud.......

Di raut wajahmu terdampar kenangan
Di hatimu penuh dengan dugaan
Bicara mu hanya angan2
Yang tinggal hanyalah kesinambungan

Keperibadian mu Pemimpin ku
Nampak menyerlah di setiap daerah
Kemanangan dalam UMNO hanya berseri
Kemajuan di Kota Belud hanya tak bererti

Anda disinggung
Anda terasa
Anda mengenang
Anda tak berperisa


Jalan2 raya bertaburan batu
Hanya sekerat yang telah diaspalkan
Kenapa PEMIMPINKU berhati batu
Jalan raya di Kota Belud tidak diendahkan
Air bersih dilupakan
Perigi buta jadi hamaparan

Tiada puncak yang dapat dicapai
Hanya kata2 pengganti gemilang
Hasrat menjadikan Kota Belud gemilang tak tercapai
Undang2 rapuh keadilan canangkan


Jika hanya menubuhkan jawatankuasa pembangunan daerah,
sedangkan daerah masih kehausan pembangunan,
Hanya ada tersembunyi terhiris
Perbalahan pemimpin terus menggunung

BATU GADUNG said...

Salam,
Kelapa Mawar ku...yang enak rasanya diminum...jgn mrh... suatu artikel yang sungguh menusuk kalbu tetapi perlu direnungkan dengan penuh keikhlasan dan tawadhuk...

Namun buat masa ini, saya masih belum punya apa2 komen terhadap artikel sdri...selamat berpuasa

Ajin b. Gagah said...

Tales Of The 2 Cities

Salam Kelapa Mawar,
Baru-baru ini saya telah dijemput untuk menghadiri ‘Malam Alumni ‘ sebuah kolej. Disitu, saya telah sempat bertemu dengan beberapa orang pemimpin dan golongan intellectual dari suku kaum KDM yang juga turut hadir pada malam itu.
Antara nya, ada juga mereka ini beragama Islam.

Perbualan yang bermula dengan cerita biasa, berakhir dengan cerita ‘heavy duty’ politik.
Yang menarik bagi saya, ia lah pandangan politik mereka yang berbeza dengan kita.
Mereka lebih memikirkan kepada penyatuan antara kaum dalam perkongsian kuasa serta pengagihan sumber yang saksama.
Dalam isu itu, mereka rasakan bahawa DSMA telah gagal untuk memertabatkan ‘ideaologi’ ini. Rata-rata diantara mereka bersetuju bahawa sesuatu harus di dilakukan di masa akan datang.

Sebagai permulaan, mereka telah membayangkan hasrat untuk menyatukan semula kaum mereka (KDM) tanpa mengira agama. Tambah menarik lagi, bilamana mereka tidak mempersoalkan siapa dan siapa dikalangan mereka (KDM) yang akan menerajui kumpulan itu. Yang penting bagi mereka ia lah satu fahaman yang bersepadu di kalangan pemimpin lama dan muda. Mereka tidak pun menamakan sesiapa yang layak atau pun tidak layak.

Dalam soal pembangunan, mereka lebih menekankan pembangunan moral dari pembangunan fizikal. Menurut mereka, dengan teknologi yang sedia ada, tidak berapa susah untuk menguruskan pembangunan fizikal. Tetapi masaalah besar bagi mereka, macam mana cara-cara untuk menyelesaikan masaalah moral yang tidak terkawal.

Dalam beberapa persoalan, mereka tidak tertarik dengan acara untuk mencari kesalahan dan kelemahan pemimpin-pemimpin lama mereka. Atau pun mengira sejauh mana kah kekurangan pengalaman golongan muda mereka. Apa yang penting bagi mereka ia lah impian mereka menjadi realiti.

Bagi mereka, untuk tujuan yang lebih besar, hal-hal saperti itu ada lah remeh. Boleh di selesaikan dengan banyak cara dan kaedah, formula, ketelusan, politik dsn..
Menurut mereka, persoalan-persoalan saperti ini ada lah elemen negatif yang tidak akan membantu untuk merealisasi kan impian mereka untuk bersatu… kata nya.

Apa-apa pun, itu cuma pendapat mereka. Namun, kita pun berhak juga untuk berfikir di sebalik nya..Apa yang penting, asalkan bahagia.

Saperti biasa, mohon maaf kalau ada kata-kata yang salah dan tersasul.
Semuga kalian sukses

palingberani said...

Salam ziarah KM...

Pendek saja..posting sdri KM kali ini..macam tak puas membacanya..

Kepada Sdr Solymone..

Idea dan cerita sdr menarik dan perlu difikirkan...saya harap sdri KM dapat memaparkan pandangan mengenai perkara ini..

Benarkah KDM mengutamakan perpaduan mrk dri pembangunan fizikal..?

Kenapa Rumpun kita ni sukar utk mencontohi budaya ini dlm politik..?

sekian utk kali ini.wassalam

Watababai said...

ziarah sekali lagi..

mungkin KDM ni ramai jadi tak nampak sangat mrk berpecah tetapi sebenarnya berlaku juga...kenapa kita tiupkan sentimen bangsa kepada generasi muda sebaliknya tidak kepada gagasan yg lebih bermakna.

SMA said...

Sdr/i,
Kelapa Mawar,

Saya pandai eja,
Saya pandai tulis,
Padai mengeja dan tulis saja,
Belum boleh 'menjadikan' saya 'pengubah minda' pemimpin-pemimpin muda.

Saya pandai cakap itu dan ini,
Orang lain juga padai cakap ini dan itu,
Yang saya cakap dan tulis itu orang lain baca, Tapi orang lain tulis dan cakap dan kena orang lain baca juga.

Dalam dunia politik, masing-masing ada selera tapi minda dan selera pengundi bukan macam minda dan aspirasi saya. Saya mahu dia undi saya dan keluarga saya dan parti saya, tetapi mereka tidak ikut kehendak saya...

Itu lah politik namanya. Tapi saya tertarik dengan komen Solymone dan ceritanya berhubung dgn masyarakat KDM sebab itu sesuai dengan selera dan pemikiran saya.

Kelapa Mawar,

Teruskan menulis untuk kita sama-sama menghabiskan masa.

Salam,

SMA

BELUM PENDEKAR said...

Salam,
Saya tidak tahu kenapa, tetapi setelah membaca beberapa artikel tulisan KM ini, yang saya nampak ialah, semacam ada ketakutan yang besar kepada DSSK dan TSP sehingga dituduh mcm-mcm... Saya tidak fikir KM tidak mempunyai agenda dalam hal ini kerana disetiap penulisan beliau, hanya DSSK dan TSPM yang dicerca. Sedangkan MA, DARD, MJ dan JA diangkat melangit kononnya telah membawa itu dan ini... agak lucu pada saya, kerana seorang yang jelas agendanya mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa agenda.

2. KM bercerita soal pecah dan perintah, walhal tindakan beliau ini adalah merupakan usaha pecah dan perintah yang sebenarnya. Jika jujur, dan ikhlas membangunkan masyarakat KB melalui kepimpinan yang baik (kononnya), dan jika benar KM mengingatkan rakyat sabah supaya menjauhi unsur pecah dan perintah ini, bukankah lebih baik jika KM bersatu memantapkan idea-idea serta usaha-usaha DSSK serta TSP dan bukannya menimbulkan tohmahan serta kebencian yang akhirnya membolehkan beliau atau orang yang mengupah beliau memerintah?... Untuk rakyat sabah, tektik yang digunakan oleh KM ini adalah merupakan tektik yang dipelopori oleh Amerika (Yahudi) dalam menjatuhkan Soviet Union yang merupakan ancaman kepada usaha mereka menguasai dunia. Kini setelah jatuhnya empayar Soviet Union melalui usaha seumpama ini, bukankah mereka kini telah menjadi satu-satunya kuasa besar dunia tanpa pesaing...

3. Pada saya, tohmahan dan usaha jahat terhadap DSSK dan TSP tidak lebih daripada usaha halus untuk melemahkan sokongan masyarakat terhadap kedua-dua tokoh ini kerana dikhuatiri boleh mengancam kepimpinan tinggi negeri. Almaklum saja, DSSK kini adalah Timbalan Ketua Perhubungan UMNO sabah yang bila-bila masa sahaja boleh menjadi Pengerusi Perhubungan.. Ada orang tengah takut beb... takut-takut kalau DSSK berkuasa, mereka yang selama ini mengaut keuntungan berjuta-juta dari projek yang diperolehi dpd Pemimpin atasan akan hilang... Untuk rakyat sabah, sila-silalah ke Taman Kingfisher di Likas untuk melihat sendiri betapa besarnya istana pemimpin-pemimpin yang di sanjung-sanjung oleh KM ini... Rumah bagai istana, walhal mereka baru saja menjadi wakil rakyat.

4. Akhir sekali, KM ini tak ubah seperti ayam jantan "kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi"....

taikoraya said...

salam sahur