Friday, August 3, 2012

Khabarnya DSAI akan ke Sabah pada 12 ogos ini dengan membawa perkhabaran politik baru. tentunya ada yang lebih besar dan lebih penting setelah Lajim dan Wilfred bisa di tawan oleh mantera politik Mantan Timbalan perdana menteri ini.

"More positive news will be coming" kata Anwar Ibrahim.

Barangkali Anwar Ibrahim yakin positif seperti yang berlaku kepada Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing.


Kedua-dua pemimpin ini sudah diberikan tugas khas oleh Anwar untuk menarik seberapa ramai pemimpin UMNO, UPKO, LDP dan PBS untuk serta bersama dengan Ketua Pembangkang.


Sumber dalaman PKR memberitahu setakat ini Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing masih gagal menarik mana-mana pemimpin BN di Sabah. Ramai yang masih berdiri teguh dibelakang DS Najib.


Cuma ada dua tiga nama pemimpin BN Sabah ini masih 50-50 mahu lompat atau mahu terus bersama BN ... Takut miss soru kata sumber dalaman PKR.


Lajim dan Wilfred mahu Anwar turun ke Sabah secepat mungkin. 12 Ogos ini adalah tarikh yang sesuai untuk memancing dua tiga pemimpin BN Sabah ini ... Ghafur salah seorang daripadanya.

9 ulasan :

Unknown said...

Ghafur pun mau keluar juga?terserahlah kalau mau keluar lagipun itu hak sendiri cuma harap tiada berlaku penyesalan kemudian hari.

Unknown said...

Terlalu mengharap Anwar ni. kalau keluar 2 atau 3 pemimpin dari BN belum tentu menjamin kemenangan PR di Sabah.

kamilla said...

Ini lagi khabar angin yang tidak boleh di percayai. Harap Ghafur setia dengan BN.

kamilla said...

Anwar jangan terlalu mengharap.. bukan semua pemimpin BN macam Lajim dan Bumburing.

mantera said...

ini hnya khabar angin, belum tentu lagi benar.

mantera said...

ktia tgklah 12hb nnti, adakah Ghafur akan keluar UMNO.

Anonymous said...

12hb sudah berlalu dan Ghapur masih setia dengan BN.

Anonymous said...

Pembangkang ni siok sendiri saja. Belum ada apa2 sudah mahu riuh sekampung.

Hinamori said...

Tiada berita lanjutan mengenai isu ini