Friday, August 3, 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib  berkata beliau sendiri terpaksa turun ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Ini juga membuktikan bahawa misi timbalannya, Muhyiddin Yassin yang datang minggu lalu gagal menghalang dua ahli parlimen BN dari berpaling tadah.

Beliau juga tidak menolak kebimbangannya bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan keluar beramai-ramai, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

Beberapa nama sudah berada dalam senarai untuk keluar dari BN tetapi Pakatan Rakyat masih merahsiakannya sehingga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berada di Sabah pada 12 Ogos nanti.

Anwar dijadual akan bertemu dengan beberapa lagi ahli parlimen bagi tujuan perbincangan lanjut termasuk beberapa pemimpin parti komponen BN yang berhasrat untuk bersama Pakatan Rakyat.

Buat masa ini, ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin ditugaskan 'menyerang' kawasan pantai barat Sabah manakala Wilfred Bumburing yang juga ahli parlimen Tuaran diberi tanggungjawab memastikan sokongan dari kaum Kadazandusun Murut (KDM).

Bagi pantai timur Sabah pula, Anwar akan merangka strategi bagi menembusi kubu pendatang asing tanpa izin terbesar yang sebenarnya terdapat di bahagian itu.

Pantai timur mempunyai lebih sembilan kerusi parlimen dan 18 kerusi DUN yang mesti digempur dari masa ke semasa, termasuk kubu kuat Naib Presiden Umno, Shafie Apdal di Semporna.

"Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang, kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata, BN akan mengambil langkah yang perlu untuk mengukuhkan Umno dan BN di negeri itu.

RCI itu diumumkan pada 1 Jun lalu tetapi belum ada sebarang perincian dikemukakan setakat ini.

Najib  berkata beliau sudah bertemu beberapa pemimpin BN Sabah ekoran pembelotan sebelum ini tetapi akan sekali lagi turun pada pada Sabtu ini.

Isu melibatkan Sabah khususnya keputusan Lajim Ukin tidak akan melambatkan rancangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), katanya.

"Ia tidak akan melambatkan rancangan untuk diadakan pilihan raya," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Najib  yang disebut-sebut akan memanggil PRU13 selepas sambutan Aidilfitri berkata, kemungkinan ia akan diadakan tahun ini dan jika tidak, tahun depan.

"Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan. Sama ada tahun depan atau tahun ini.

"Tidak boleh menganggap ia (diadakan) tahun ini, boleh jadi tahun depan. Tidak boleh menganggap tahun depan, boleh jadi tahun ini," kata Presiden Umno ini.

Pada 28 Julai lepas, Lajim mengumumkan perletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai anggota Umno.

Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, menyerahkan kepadanya untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada 31 Julai, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan Lajim sebagai timbalan menteri itu.

Umno juga dilaporkan menghantar surat tunjuk sebab kepada Lajim berhubung perletakan jawatannya dalam parti dan BN untuk dijawab bagi pertimbangan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan Umno.

Mengenai desas-desus bahawa Anwar Ibrahim menawarkan Lajim bertanding pada PRU13 atas tiket pakatan pembangkang, Najib Altantuya berkata: "Itu biasalah, itu kerja dia. Dia biasa buat janji macam-macam."

Sementara itu, ditanya mengenai persepsi umum terhadap kerajaan berhubung penahanan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang mendedahkan penyata akaun projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Najib berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana ia sedang melalui proses mahkamah.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya seseorang itu mempunyai maklumat sulit mengenai sesuatu, mereka seharusnya mendedahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya kepada umum.

"... kerana jika anda dedahkan, anda menentang Bafia (Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan)... dan sebab kenapa Bafia wujud adalah bagi melindungi integriti dan kredibiliti sistem kewangan.

"... kerana sesiapa yang mempunyai akaun dalam sistem kewangan mesti merasai bahawa orang itu dilindungi dengan baik atau jika tidak orang ramai tidak akan menyimpan wang dalam sistem itu dan ini bertentangan dengan kepentingan umum.

"Tetapi ia tidak bermakna kita akan membenarkan amalan rasuah atau pengubahan wang haram kerana anda akan sentiasa mendedahkan maklumat berkenaan kepada pihak berkuasa yang berkenaan," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

8 ulasan :

mantera said...

terma dan rujukan RCI akan diumumkan tak lama lagi, ini yang rakyat Sabah ingin dengar.

mantera said...

penubuhan RCI akan tingkatkan keyakinan penduduk Sabah terhdap BN.

Ian Cooper said...

Tindakan Lajim dan Bumburing memang memberi peluang pada pembangkang untuk memperbesarkan isu ni.

Boss ku said...

Najib okay saja bah. Masih ramai yang menyokong beliau.

Boss ku said...

Lebih baik WB dan LU keluar awal2 daripada menjadi beban kepada BN.

Green Sabah said...

The defections of Lajim and Bumburing will not affect the BN party, said Datuk Musa Aman. He also said, those who are no longer sincere to be with BN should withdraw gracefully.

Green Sabah said...

Dr Marcus Mojigoh also said the defections only made BN more solid.

Hinamori said...

Pembangkang belum tentu dapat menang majoriti di Sabah