Wednesday, August 1, 2012

DESAS-DESUS terbaru dari kedai kopi sekitar bandaraya Kota Kinabalu dipanaskan dengan cerita kononnya UPKO akan meninggalkan BN untuk menyertai PR ekoran daripada tindakan Timbalan Presidennya, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing dalam satu majlis di Tuaran baru-baru ini.


Cerita ini dipanaskan lagi apabila Bumburing dalam ucapannya tiada menyebut beliau keluar meninggalkan UPKO, cuma menyatakan halatuju politiknya akan bersama PKR-PR. Ini bermakna, Bumburing hanya keluar BN tetapi kekal sebagai ahli UPKO.


Desas-desus ini selanjutnya mengatakan bahawa sebenarnya telah berlaku perpecahan dalam UPKO itu sendiri. Pecahan pertama ialah UPKO-PRO-BN yang diketuai oleh Tan Sri Bernard Dompok, manakala kumpulan kedua ialah UPKO-ANTI-UMNO yang juga terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama UPKO-ANTI-UMNO-PRO-PR diketuai oleh Bumburing, dan UPKO-ANTI-UMNO-PRO-HAK SABAH diketuai oleh Datuk Wences Angang.


Bumburing dikatakan akan membawa sebahagian besar pemimpin dan penyokongnya, terutama dari luar kawasan UPKO sebab ini saja cara bagi mereka untuk berpeluang dicalonkan dalam PRU13 nanti.


Desas-desus ini diperkuatkan lagi dengan kemungkinan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang dijadual akan diadakan pada 24 Ogos 2012 ini akan memberikan ultimatum kepada Presiden parti untuk keluar meninggalkan BN, yang menurut mereka telah dibolot kuasa oleh UMNO, atau berhadapan dengan kemungkinan mass exodus..


Sekiranya ada kebenaran dari desas-desus ini, persoalan utamanya ialah ke manakah halatuju politik KDM dalam UPKO selepas ini?

24 ulasan :

Nemia said...

Perhaps the real solution is to look into the matter and have a talk.

Nemia said...

Bumburing, you are well rest now. You have moved out from UPKO.

unknown said...

For the time being, you no need to worry. We're still stick together.

unknown said...

Bumburing should just focus on his new party.

Anonymous said...

sejak bumburing letak jawatan dalam BN, banyak desas-desus mengenai UPKO..

Anonymous said...

kita tunggu dan lihat perkembangan UPKO...

Paquin said...

Bikin bingung juga senario ni. Tak pasal-pasal pening kepala.

Paquin said...

Harap hal ini dapat ditanggani dengan baik. Macam makin lama makin banyak pula khabar angin yang timbul.

aku baini said...

belum tentu benar mungkin hanya spekulasi...

aku baini said...

jika benar ada perpecahan dalam UPKO, biarlah ketuanya yang menentukan nasib parti ini samada terus bersama BN atau sebaliknya

aku baini said...

perpaduan dalam parti adalah penting jika inginkan sokongan penuh dari rakyat

aku baini said...

biarlah rakyat yang menentukan parti manakah akan menjadi pilihan untuk memimpin Sabah

aku baini said...

semoga BN akan tetap menjadi pilihan ramai dalam PRU13 nanti

jsiput said...

terpulang kepada UPKO.

jsiput said...

Saya percaya UPKO tahu apa keputusan yang terbaik.

jsiput said...

Tidak tersangka ada effectnya juga terhadap UPKO apabila Bumburing letak jawatan.

jsiput said...

Bumburing tidak perlu risau lagi tentang UPKO. Fokuslah kepada lain parti.

mantera said...

keluarnya Bumburing dari BN pasti akan memberi kesan kepada UPKO, harap UPKO dpt selesaikan hal ini.

mantera said...

moga UPKO akan terus brjuang dgn BN.

kamilla said...

UPKO tidak perlu keluar dari BN untuk mendapat sokongan KDM..

kamilla said...

Biar lah Bumburing letak jawatan, UPKO akan setia bersama BN.

Anonymous said...

UPKO tidak perlu keluar BN untuk dapatkan sokongan KDm kerana KDM memang menyokong BN.

Anonymous said...

Tiada ahli UPKO yang akan keluar lagi selepas ini.

Hinamori said...

Komponen BN terutama upko akan terus memperjuangkan KDM