Saturday, August 4, 2012

PETALING JAYA: Bibit-bibit tidak puas hati Sabah terhadap kerajaan Pusat susah mula tercetus sejak pilihan raya umum 2008, kata penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.


Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah di Sabah itu.


“Najib nak pergi Sabah pada 11 Ogos ini, ini sudah terlambat. Sepatutnya dia jumpa pemimpin-pemimpin itu sejak awal lagi.


“Bincang dengan mereka…selesaikan awal-awal,” kata beliau ketika dihubungi petang ini.


Walaupun, Sabah memberi kemenangan besar kepada BN tetapi Pusat tidak melayannya dengan baik, tambah beliau.


Bagaimanapun, Dr Mohd Azizuddin menegaskan banyak faktor yang menyebabkan rakyat Sabah tidak puas hati atau pun marah kepada Pusat.


“Orang Melayu marah kerana isu pendatang asing tidak diselesaikan. Mereka merasa pendatang asing ini telah merampas hak-hak mereka.


“Orang Kadazan pula mahukan jawatan Ketua Menteri sebagaimana era pemerintahan Tan Sri Pairin Kitingan. Mereka marah kerana penggiliran jawatan Ketua Menteri sudah ditiadakan,” katanya lagi.


Jawatan Ketua Menteri kini disandang oleh Datuk Seri Musa Aman dari Umno.


Isu pembangkang lebih menarik


Dr Mohd Azizuddin menambah, pembangkang telah membentangkan isu-isu yang lebih menarik minat orang Sabah.


Katanya, isu seperti pemberian royalti minyak dan ekonomi diterima oleh orang Sabah.


Bagaimanapun, beliau berkata masih awal untuk mengatakan Sabah akan membuka laluan kepada Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.


“Tetapi jika lebih ramai lagi pemimpin Sabah keluar BN, ini bermakna negeri itu bukan lagi simpanan tetap kepada BN.


“Saya nampak gelombangnya sudah ada tetapi masih awal untuk melihat hasilnya,” tambah Dr Mohd Azizuddin.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan dua pemimpin BN Sabah – Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing – meninggalkan parti itu.


Lajim merupakan ahli Parlimen Beaufort dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Wilfred adalah ahli Parlimen Tuaran. Senator Datuk Maijol Mahap juga mengisytiharkan keluar BN hujung minggu lalu. (FMT)

8 ulasan :

mantera said...

kerajaan BN kena dengar ketidakpuasaan hati rakyat dan berusaha penuhinya.

mantera said...

tapi mmg bukan mudah nak penuhi segala rakyat inginkan.

Ian Cooper said...

Apa yang penting sekarang ialah kerajaan dapat mengenalpasti apa yang tidak memuaskan hati rakyat dan cuba memperbaikinya.

Boss ku said...

Bukan mudah untuk puaskan hti semua. Kerajaan sedaya upaya buat yang terbaik untuk rakyat.

Boss ku said...

Moga belanjawan yang bakal dibentagkan akan memperuntukkan lebih banyak bantuan kepada Sabah.

Green Sabah said...

Datuk Najib Razak has already announced the Terms of Reference for the RCI on illegal immigrants. He has also set up an RCI panel to do the inquiry.

Green Sabah said...

Datuk Najib Razak during his visit to Sabah, has said that Sabah's development will be made a priority.

Hinamori said...

Dekat2 PRU13 pasti banyak masalah akan timbul dan perlu selesaikan banyak perkara dan masalah.