Wednesday, September 26, 2012

Kalau pada Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dahulu, sebanyak RM220 bilion dibentangkan untuk keperluan rakyat, iaitu kurang RM4 bilion daripada Bajet 2013 kerajaan Malaysia di mana bertujuan untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pada Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) kali ini adalah berjumlah RM233 bilion meningkat RM13 bilion berbandin
g Belanjawan Alternatif Pakatan 2012 (tahun lalu)
Pembentangan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif)
Intipati Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat : Bertujuan mengawal inflasi dan menurunkan hutang
Tujuh teras utama digariskan. Antaranya ialah :

1.reformasi dan ketelusan GLC
2.membina daya saing ekonomi
3.mengangkat martabat wanita
4.hasil minyak untuk negeri
5.menurunkan harga kereta
6.reformasi membanteras jenayah
7.perumahan untuk rakyat.

Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat menawarkan beberapa tawaran utnuk rakyat Malaysia. Antaranya ialah :

(i) Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat : Tawaran Kebajikan Bernilai RM33.5 Bilion
1.Peruntukan RM3 bilion setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional
2.Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu.
3.Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi meyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.
4.Penurunan Harga kereta melalui pengurangan cukai eksasis sebanyak 20 peratus, selain sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus.
5.Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah selain kenaikan gaji lima peratus kepada anggotanya.
6.Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.

(ii) Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat : Sumber Pendapatan?
1.Sebanyak RM134.6 bilion pendapatan negara diperoleh dari sumber cukai iaitu cukai langsung (RM102.3 nilion), cukai tidak langsung (RM32.4 bilion).
2.Pendapatan bukan cukai ialah RM56.8 bilion
3.Lesen dan permit (RM13.9 bilion)
4.Pelaburan (RM36.7 bilion)
5.Lain-lain (RM6.2 bilion),
JUMLAH : Pendapatan keseluruhan RM191.5 bilion.

Sebanyak RM189 bilion pendapatan negara dicatat sebelum RM2 bilion berkurang disebabkan dasar kebajikan Pakatan Rakyat.
Walaubagaimanapun, pihak Pakatan Rakyat mengatakan yang mereka berupaya menambah lagi RM4 bilion hasil dasar penjimatan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan. Seterusnya, ia menjadikan pendapatan bersih negara ialah RM191 bilion dengan RM42 bilion hutang baru.

14 ulasan :

Unknown said...

Pasti bajet 2013 PR ini cuba untuk menarik penduduk Sabah dan Sarawak menyokong mereka.

Unknown said...

Jika kita lihat sendiri pun yang mana Anwar kerap menjanjikan pelbagai kepada rakyat. Adakah ini benar-benar janji ikhlas atau hanya janji Perdana Menteri?

Unknown said...

Maka haruslah sedar akan permainan yang dibuat oleh Anwar ini. Bajet 2013 PR ini tidak menarik mana pun. Cuma bajet biasa saja.

Unknown said...

Kita perlu melihat sendiri akan kejayaan yang telah dilakukan oleh Kerajaan kita sekarang ini sebagai bukti yang nyata.

Unknown said...

Sendiri mahu ingatlah yang mana kerajaan tidak pernah lupa akan tanggungjawab yang diamanahkan.

aku orang sabah said...

jadi janji BN TEPAT KE....SABAH maju kh,,,,rakyat hdp dgn senang kh...bn bnyk menjanjikan bajet..tpi niat yg tsembunyi...undi sahaja bn kmu 2 batresiah....gd lk...pilihan d tangan masing2

aku orang sabah said...

jadi bajet BN tepat kh...PRU12 hari itu pon tidak tepat...bajet bn 2013 nie pun bnyk mksd tersembunyi...apa kejayaan bn sekarang nie di sabah..bagi contoh,,,,semua hak sabah di ambil...PATI banyak dapat ic....tidak kisah lah...hak di tangan masing2....bagi saya bajet bajet PKR adlh tbeak...contoh nya sudah terbukti,,,,bn jnji di tepati apabila PRU akn di buat...

Scarlett said...

Kita tahu Pakatan terdesak untuk berkuasa. Apa yang mereka janjikan menang manis2 belaka tapi jangan mudah diperdayakan oleh mereka.

Scarlett said...

Bajet BN lebih realsitik.

mantera said...

bajet pakatan hya trick untuk mendapat sokongan rakyat.

mantera said...

jglah terpengaruh dgn bajet pakatan.

Mumbai said...

Apabila pakar ekonomi mempersoalkan belanjawan pembangkang secara terperinci, mereka gagal memberikan jawapan yang meyakinkan dan jelas, dari aspek ekonomi. Sebaliknya, pembangkang akan mendakwa pakar ekonomi bertanyakan soalan yang berbaur politik

Mumbai said...

Lebih baik tingkatkan sistem pengangkutan daripada mengurangkan harga kenderaan. Nanti lebih banyak kenderaan daripada jalan raya..

Mumbai said...

Bajet 2013 membantu memberikan golongan tua dan muda di negara ini menikmati hidup yang lebih sejahtera. Ia juga mampu memberi kesan positif terhadap pandangan rakyat kepada kerajaan. Malah sebelum Bajet 2013 dibentangkan, transformasi yang dilakukan kerajaan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) sudah menunjukkan hasil positif