Friday, September 21, 2012

Ramai yang percaya Najib mempunyai kegemaran tradisi dengan angka 11.Sebab itu ramai juga yang percaya Dewan Parlimen akan dibubarkaan pada bulan 11 tahun ini. Namun begitu segalanya mungkin tidsak menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Persidangan Agung Umno 2012 akan diadakan pada 27 November hingga 1 Disember depan dan pengumuman itu menunjukkan kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan dilaksanakan tahun depan.


Najib yang juga Presiden Umno mengumumkan tarikh persidangan tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Ibu Pejabat parti itu di sini.


“Majlis Tertinggi (Umno) menetapkan persidangan Agung Umno bagi tahun 2012 akan dilaksanakan bermula pada 27 November hingga 1 Disember 2012,” kata Najib kepada pemberita kelmarin.


Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali meramalkan Najib akan mengadakan PRU selepas Tahun Baru Cina untuk memanfaatkan perayaan tersebut bagi memenangi kembali undi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN).


Menurut Ibrahim, PM tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya memandangkan belanjawan juga hanya akan dibentangkan pada 28 September.


“Pertama, tidak ada keperluan untuk Datuk Najib mengadakan pilihan raya tergesa-gesa pada bulan November.


“Kerana fokus dia terhadap beberapa perkara masih belum lagi selesai, contohnya bajet, tentu bajet kali ini, dia nak bentang bukan sahaja yang bagus kerana pilihan raya nak datang, tetapi dia nak tengok juga selepas dia bentang tu, ada kesempatan masa untuk rakyat merasai bahawa bajet itu betul-betul bagus,” kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider dalam sebuah temuramah eksklusif.


Presiden Perkasa itu juga mengatakan tidak masuk akal pilihan raya diadakan November ini kerana umat Islam baru pulang mengerjakan haji, bulan peperiksaan bagi pelajar sekolah dan musim tengkujuh.


“Saya dengar SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) ada kerja-kerja administratif yang belum selesai, perlukan lebih masa.”


The Malaysian Insider bagaimanapun sebelum ini turut melaporkan bahawa BN mensasarkan untuk mengadakan pilihan raya mengejut pada bulan November, 60 hari selepas Bajet 2013 dibentangkan, sejurus selepas Najib dalam satu majlis memberikan isyarat dengan mengulangi perkataan 11, yang mana merupakan nombor kegemarannya.


Jelas satu sumber, difahamkan bahawa pegawai kementerian pelajaran telah diminta untuk memeriksa kesediaan sekolah, terutamanya sekolah menengah kerana pada waktu itu kebiasaannya peperiksaan bagi pelajar tingkatan lima dan enam sedang dijalankan.


“Kerajaan sedang melihat pada akhir November, hanya selepas penerbangan yang terakhir membawa pulang jemaah Haji pada 19 November,” kata seorang ahli strategi BN kepada The Malaysian Insider.

16 ulasan :

Unknown said...

Berkemungkinan besar PRU13 pada tahun depan tapi apa2 pun boleh terjadi.

Unknown said...

Masalah pengundi hantu perlu diatasi sebelum PRU13 supaya adil.

Unknown said...

Ramalan demi ramalan dibuat. ada yang kata bulan November ni sebab no 11 nombor kegemaran Najib. apapun, yang pasti ada lebih kurang 7 bulan lagi masa untuk PRU dilaksanakan.

mantera said...

sebelum ini bermacam ramalan mengenai PRU dilakukan.

mantera said...

PRU pasti tak lama lagi dan smeua perlu bersedia.

Sotong Kurita said...

dari tahun lepas lagi ni ramalan angka 11.. tapi tidak ada pun apa2 yang berlaku..

DorianG said...

The 13th general election will be held depending on the success of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak infulfilling his promises to the people, according to an academician.

DorianG said...


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) School of Social, Development andEnvironment chairman, Assoc Prof Dr Fuad Mohd Jali, said Najib wanted the peopleto enjoy the benefits from the transformation programmes implemented by thegovernment.

DorianG said...

"I think Najib wants to ensure 2/3 majority win for Barisan Nasional (BN). He also wants to ensure that all promises, such as going to the ground to meetthe people, are fulfilled. We can feel it already."

DorianG said...

As such, Dr Fuad said he expected the 13th general election to be held around November this year or after the Chinese New Year celebration next year.

DorianG said...

He said this during question time at the roundtable discussion on ''13thGeneral Election: Who Will the Malaysians Vote For?'' organised by the Political,Security and International Affairs Cluster of the National Professors Council.

DorianG said...

Other opined that the 2013 Budget will be tabled in September and it will probably become the best announcement for the people. So, there is a possibility that the Parliament be dissolved in October and the general election be held in November," he said.

DorianG said...

"These criteria have vital roles, but they depend on how the people see thecandidate. The people can think for themselves," he said.

DorianG said...

On a question whether the Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim would make an impact in the 13th general election, Dr Fuad said a candidate must not corrupt, but instead should have a good personality and moral values.

DorianG said...

"They prefer to focus on issues that will benefit them and their future as compared to issues raised by Anwar, which are deemed outdated, fabricated and no longer have any impact," she said.

DorianG said...

Meanwhile, Assoc Prof Dr Rohana Yusof from Universiti Utara Malaysia (UUM) said a recent survey showed that 70 per cent of 10,800 respondents in Kedah had no confidence in Anwar''s leadership.