Sunday, July 29, 2018



Empat faktor utama Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ketika berucap di sebuah hotel, di sini, bekas Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan beliau tidak boleh menawarkan pelbagai ganjaran namun berjanji akan membawa idealisme reformasi dalam kepimpinan parti.


"Nilai kami, undi kami dan bawa kami atas satu sebab saja iaitu kalau ahli setuju agar PKR mengangkat idealisme reformasi dan kembangkan sampai bila-bila.

"Ada empat sebab saya tawarkan diri selepas mengadakan banyak perbincangan dengan sahabat-sahabat yang minta saya pertimbangkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

"Sebabnya adalah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebab kedua, pengukuhan Harapan, PKR. Sebab ketiga, kerana jiwa reformasi tak boleh lari dengan PKR dan keempat, demi menjaga kebajikan akar umbi parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokongnya dalam satu majlis memperkenalkan barisan pemimpin dan calon yang bersamanya dalam pemilihan parti tahun ini.

Menggelarkan dirinya sebagai 'penganggur terhormat', Rafizi merasakan beliau merupakan orang paling sesuai untuk membantu memperkuatkan parti kerana pemimpin lain 'sibuk' dengan urusan kerajaan.

"Parti perlukan orang menganggur seperti saya sebab sahabat dalam kerajaan sibuk dengan kerja kerajaan. Dalam PRU akan datang, kita mahu PKR menang 70 kerusi Parlimen.

"Jadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlukan tangan yang kuat untuk tumpukan kepada reformasi dan masyarakat. Jadi, amat sesuai untuk saya dan Anwar Ibrahim gunakan masa terluang untuk bantu kukuhkan parti," ujarnya.

Tambahnya, beliau akan terus menegur kepimpinan parti meskipun tewas dalam pemilihan kali ini dan memberi amaran 'mulutnya tidak boleh tutup' kerana kepimpinan memerlukan proses timbang tara.

"Jangan ada mana-mana pemimpin cuba bawa budaya kotor dalam parti. Siapa-siapa, pimpinan mana bawa budaya kotor, budaya feudal, kita lawan habis-habisan. Ini parti rakyat.













"Buang politik wang, jangan gunakan kuasa untuk tindas orang. Mulut saya memang tidak boleh tutup, saya akan tegur (sebarang kesilapan pimpinan parti)," tegasnya.

1 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Nampak gayanya DS Anwar kempunan jadi PM. Sbab Tun M tetap blok Anwar.

Tun M ada kaedah rahsia untk jadikan Dtk Mukhriz penggantinya jadi PM.