Tuesday, September 15, 2009


Selepas PRU-12, landskap politik negara dilanda demam yang tak pernah kebah, Saban waktu politik negara menyaksikan kadang-kadang darjah kepanasan berada dalam tahap maksimum ,walau pun ada juga kalanya turun Celcius nya, tetapi nyata ia tidak lagi dari pelbagai isu yang menarik untuk diluas. Pembebasan DSAI dari penjara sebelum PRU-12 lagi memang dijangka akan menambahkan kepanasan itu. Dan ia nya benar-benar panas kini. Panas kerana bukan sahaja di pihak pembangkang, tetapi kepanasan itu turut di rasai oleh pihak parti kerajaan.


Pemerintahan pembangkang di 4 buah negeri, memperlihatkan bahawa dari segi kemampuan mereka mula diragui..bermacam-macam masalah dihadapi..punca utamanya ialah kerana "kepanasan' yang tidak boleh dibendung lagi. Persefahaman dan kesepakatan mula dipersoalkan diperingkat gabungan atau perikatan. Berpakat mewujudkan persefahaman politik jauh sebenarnya dari mudah dan berjaya,kerana dalam politik adalah ibarat cecair yang mengalir mengikut bekas yang menadahnya. Bentuk terakhir cecair itu bergantung kepada bentuk bekas tersebut. Maka jadilah apa yang dikatakan sebagai menyalahkan politik dan bukan manusia politik yang mendukungnya.

Di peringkat kerajaan juga nampak berkecamuk. Bukan dari segi pentabdirannya tetapi dari segi gabungan kesepakatannya. BN menjadibegitu goyah, bila parti -parti komponennya dilihat berkepentingan dan menghadapi kemelut dalaman yang semakin parah. MIC baru-baru ini dikejutkan dengan ucapan perwakilannya, mencerca Tun Mahathir mantan PM. Membangkitkan rasa tidak puas hati, atas kebiadapan itu. Lantas kritikan Tun Mahathir tidak dilihat sebagai satu yang perlu di ambil perhatian, tetapi nampaknya di salahertikan. MCA pula masih bergelomang dengan najis moral yang menjijikkan. Satu pihak menceritakan betapa kerendahan moral menghakis kepercayaan rakyat, sedangkan isu moraliti rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak disabitkan sebagai mencemarkan imej kepimpinan parti.

Apakah wabak yang melanda politik negara ini. Rakyat melihat banyak pertimbangan perlu dilakukan. PRK kecil pula silih berganti..isu-isu moral dan kewajipan pemerintah sentiasa diekspolitasi. Agak parah rasanya..bibit-bibit perkauman di semai dalam batas yang rapuh berpasir jerlus. Manakah yang lebih baik diteladani, jika semua pihak bercakap atas kepentingan diri dan peribadi politik. Nyata sejauh mana berkecamuknya politik di Malaysia akan berakhir.

14 ulasan :

palingberani said...

Salam ziarah KM..

Menurut TSP politik memangnya penuh dgn kemungkinan, sarat dengan percanggahan, berat dengan kekejaman dan sememangnya itulah dunia politik sentiasa berkecamuk dan bergelora.

teruskan..satu posting menarik.Saya suka penulisan sdri ini. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Watababai said...

ASSALAMUWALAIKUM...KAK KM..

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN SEMOGA SENTIASA DIBERKATI DAN DI RAHMATI. MAAF ZAHIR DAN BATIN

BELUM PENDEKAR said...

Salam Kelapa Mawar,

1. Untuk pertama kalinya, saya ingin mengucapkan tahniah di atas tulisan KM. Kali ini tulisan KM jauh berbeda caranya dan saya akui ia lebih berkualiti dari tulisan-tulisan sebelumnya. Tahniah dan syabas KM. Saya, sesungguhnya merasa bangga dengan KM kerana KM bersifat terbuka dan menerima teguran-teguran daripada teman-teman yang lain termasuk saya. Ketahuilah bahawa bukan niat saya untuk memperkecil-kecilkan keupayaan KM. Cuma, gunakanlah kelebihanyang kita ada dengan cara yang lebih membawa makna kepada orang lain dan diri sendiri. Saya percaya KM bersetuju bahawa selain memaki hamun, ada cara yang lebih baik untuk membina masyarakat dan pemimpin kita agar matlamat akhir kita bersama iaitu ingin melihat masyarakat KB kehadapan akan menjadi kenyataan. Maaf andai saya terlebih dalam komen saya yang lepas kepada KM.

2. Berkenaan dengan isu yang KM kemukakan kali ini, saya amat bersetuju bahawa inilah yang berlaku sebenarnya sekarang ini. nampak gayanya, pemimpin-pemimpin diperingkat nasional sekarang ini sudah "gila" berebut kuasa sehingga tidak lagi memikirkan nasib yang bakal menimpa bangsa mereka sendiri. Keadaan menjadi lebih parah apabila tidak satupun kepimpinan yang sedang berebut kuasa tersebut mendapat kepercayaan secara mutlak daripada rakyat di semenanjung. Ada-ada saja tohmahan dan ungkitan keji yang dilemparkan oleh kedua-dua pihak. Dan, oleh kerana sokongan kita di Sabah dan Sarawak menjadi penentu akan nasib mereka, kita kononnya di minta untuk "memilih" pemimpin yang layak menerajui negara. Walhal, kedua-dua pilihan yang diberikan kepada kita juga dicerca oleh mereka. Persoalannya, siapa yang kita pilih? Pada saya, andai mereka sendiri sudah tidak meyakini pemimpin mereka, kenapa harus kita meyakininya?.

3. Namun, jika kemelut ini berlarutan, ia sudah tentulah akan menjejaskan kepentingan semua pihak termasuk kita di Sabah dan Sarawak. Kita perlu melihat ancaman ini dengan lebih cepat kerana sebagai suku yang kecil saya tidak nampak bagaimana kita dapat mempertahankan atau menjaga kepentingan masyarakat kita kelak terutamanya jika berlaku Tsunami politik nasional. Tidak mustahil, jika kita tidak membuat persiapan sewajarnya, suku kita akan terpinggir begitu sahaja dari politik tanahair. Sedarlah bahawa seandainya ditakdirkan parti pembangkang yang akan memerintah selepas ini, nasib kita mungkin berbeza. Saya tidak berani mengandaikan apa yang bakal terjadi, namun kiranya nasib tidak menyebelahi kita, maka saya bimbang kita akan menghadapi hari-hari yang lebih teruk kelak. Paling tidak pun, kita tetap akan turut menghadapi masalah jika negara ini dilanda masalah politik yang serius. Apa tidaknya, masalah politik ini akan membawa kepada masalah keyakinan pelabur dan akhirnya akan menjejaskan ekonomi negara. Memeng benar, bangsa lain juga terlibat tetapi kita kena ingat bahawa kedudukan ekonomi mereka jauh lebih baik berbanding kita.

bersambung...

BELUM PENDEKAR said...

..sambungan

4. Rumpun kita mungkin tidak akan dihargai kerana “bilangan” kita adalah amat kecil. Atas kelemahan inilah maka kita perlu mencari jalan keluar yang mujarab. Justeru, andai bilangan yang "kecil" menjadikan kita lemah, maka kita perlu mencari jalan untuk menjadikan bilangan kita "besar". Dan, satu-satunya pilihan yang kita ada ialah dengan "bersatu". Hanya dengan bersatu sahajalah baru suara kita akan lantang kedengaran dan kehadiran kita akan dirasai. Sebagai pejuang peringkat pertengahan, kita perlulah memulakan usaha ini kerana jika tidak kita, siapa lagi?. Dengan kredibaliti yang kita ada, Tidak perlulah rasanya kita menunggu sehingga pemimpin besar memulakan perkara seumpama ini. Biarlah kita yang memulakannya. Sebarkan kepada sanak-saudara, sahabat-handai serta suku-sakat kita bahawa penyatuan kita penting untuk menjadikan kita lebih kuat dan kukuh. Saya penuh yakin dan percaya, golongan pemimpin atasan sependapat dengan kita dalam soal ini.

5. Kita sudah tentu masih belum lupa, bagaimana Y.Bhg Tun Mahathir pernah menyeru rakyat Malaysia untuk bersatu untuk menghadapi tekanan daripada luar yakni semasa kita menghadapi kegawatan ekonomi suatu masa dahulu. Dan, oleh kerana itu, kuasa luar tidak mampu mengguggat kedudukan kita. Percayalah bahawa, “nilai kita sebagai satu bangsa adalah jauh lebih besar berbanding nilai kita sebagai seorang individu”.

6. Sebeb itulah juga barangkali, maka orang tua-tua kita berpesan “Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh”.
Wassallam.

NUJUM PAK BELALANG said...

Salam Kelapa Mawar,

Pemimpin tanah air kita hari ini sudah hilang jati diri terhadap kecintaan kepada negara, agama dan bangsa. Matlamat perjuangan lebih kepada kepentingan peribadi, kalau ini tidak disedari oleh semua lapisan pemimpin dan tidak ada usaha menanganinya secara berhemah, menurut firasat Pak Belalang akibatnya seperti cerita yang menimpa Pak Kaduk kalah berjudi kampung tergadai.

rojokobog said...

Salam KM,
Salah satu sebab tsunami politik yg melanda BN terutama UMNO adalah sikap pemimpin UMNO dari peringkat Bahagian, Negeri yg suka menunjuk-nunjuk kemewahan, ego, berlagak sombong terhadap rakyat, salah guna kuasa, rakyat merasa muak dgn sikap mereka terutama pengundi muda yg mempunyai peratus agak tinggi bilangannya...kejadian ini hanya berlaku di Semenanjung saja..true story beb.

Ajin b. Gagah said...

Salam Sdri Kelapa Mawar dan juga Kalian,

Pergolakan dan kemelut politik masa kini, bukan sahaja melandah negara kita, tetapi ia juga bergelombang diseluruh dunia ini. Kadang-kadang berakhir dengan perubahan kuasa.

Ada yang melalui proses biasa saperti USA, New Zealand, Australia, Jepun dll. Manakala yang lain saperti Iraq, serangan telah di laku semata-mata untuk mengubah trend kuasa politik yang sedia ada.
So dalam persoalan ini, kekasaran dan tindakan brutal bukan lah asing dalam dunia politik.

Di Malaysia, kekalutan politik negeri Perak, Selangor ada lah juga salah satu contoh bahawa politik itu hodoh dan kejam (merujuk artikel Pendekar Cahaya). Banyak hal yang tidak menentu telah berlaku. Sehingga melibatkan kematian.

Jadi tidak heran lah kalau situasi politik itu dikatakan panas dan kadang-kadang karut lagi mengarut.
So, untuk itu bukan lah perkara yang ajaib tetapi norma dalam dunia politik.

Dalam isu yang sama, sesiapa pun yang melibelkan diri nya sebagai ‘Politician’, pasti sedar bahawa ia nya ‘a way of life of a Politician. Take it or leave it’.

So, persoalan sama ada seseorang politician itu tidak senang kalau dikritik, dikutuk dll, bukan lagi satu isu besar yang perlu dipertikaikan dengan panjang lebar.

Namun, dalam hal-hal biasa yang melibatkan norma sebagai seorang manusia, kita harus lah bertanggung jawab dengan apa jua yang kita laku kan.Orang kata ' Berani buat berani tanggung'.

Menyentuh penulisan dan isu yang diketengahkan di sini oleh Kelapa Mawar, bagi saya biasa sahaja. Namun, kerana kita kekurangan platform untuk menyuarakan pendapat, memperkenalkan kebolehan, mungkin untuk tempat berinteraksi dan sebagai nya, maka blog ini telah menjadi sensasi..Menepati sasaran penulis nya.

Walau macam mana pun, saya terasa juga bahawa penulis nya (KM), bukan terlalu mengharapkan persetujuan dengan pendapat beliau. Tetapi disebaliknya, kefahaman yang luas terhadap inti pati penulisan beliau...Satu kerja yang bukan mudah.
Untuk itu saya ‘solute’ dan tabik spring kepada Sdri Kelapa Mawar kerana terus menulis.

Pada akhir penulisan nya, KM menyuarakan keraguan terhadap isu perkauman yang akan dimanipulasi kan oleh politicians demi untuk kepentingan survival politik mereka.

Bagi saya, isu ini bukan nya ‘abnormal’ atau kes serius yang perlu di tangani mati-matian. Mungkin ada diantara kita yang tidak sedar perkara ini sedang dan sudah pun berlaku sejak berkurun lama nya.

Sebenarnya strategi ini telah lama diaplikasi kan di Sabah. Cuma kerana 'orang kita' semua sudah matang, maka perkara-perkara negatif yang drastik, tidak pernah berlaku selama ini, saperti yang terdapat di Negara-Negara Afrika, Europa Tengah dsn.

Saperti biasa mohon maaf kalau ada kata-kata yang salah dan tersasul. Semuga kalian sukses.
“Saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin”.

SMA said...

Kelapa Mawar,

Tahniah, satu paparan yang wajar dan perlu dibincang oleh ‘pemikir’ rumpun bangsa. Paparan ini ‘mengangkat’ minda dan pemikiran kita kesatu tahap yang tinggi ketimbang dgn isu remeh dan kurang releven untuk dibincang oleh ‘dewa-dewa macam kita’ dialam siber.

Walaupun sibuk sebagai seorang nelayan traditional, saya tetap meluangkan masa untuk menjengok sebarang perkembangan baru di alam siber di daerah Kota Belud. Ini adalah kerana, bagi kami orang luar, ‘hot spots’ politik di Sabah adalah berada di tiga tempat sahaja, iaitu Libaran di Sandakan, Semporna dan Kota Belud. Mengapa tiga tempat ini? Sebabnya ialah Datuk Safie berasal dari semporna; Musa Aman bertapak di Sandakan dan DSSK dan TSP berada di Kota Belud.

Kota Belud menjadi fokus politik kepada kami yang serumpun dengan Kelapa Mawar sebab sejarah menyatakan bahawa sejak merdeka Kota Belud adalah antara daerah di negeri ini yang telah berperanan penting mencoraki politik negeri ini dari masa kesemasa.

Kalau dahulu, Daerah Kota Belud telah dapat turut serta untuk mencoraki politik negeri ini, saya berpendapat bahawa Kota Belud di masa ini juga akan turut serta mencoraki politik negeri ini. Kehadiran DSSK dan TSP yang masih aktif berpolitik dan mendapat perhatian yang sewajarnya dari pucuk pimpinan negara masa kini adalah petanda yang tidak boleh dinafikan.

Politik Berkecamuk:

Pengamatan KM bahawa politik di Semananjung kini berkecamuk adalah tepat. Di dalam tulisan KM, nyata KM menunjukkan sikap yang ‘worried’ berhubung dengan kemelut politik perpecahan yang sedang berlaku di sebelah barat negara ini apabila di akhir tulisan ini KM bertanya, ‘Nyata sejauh mana berkecamuknya politik di Malaysia akan berakhir?’

Pada saya, apa yang berlaku di sebelah barat negara ini adalah suatu perkara biasa. Perpecahan di dalam politik di kalangang rumpun Melayu di semenanjung sememangnya telah menjadi budaya politik mereka sejak awal merdeka lagi. Penyokong PAS dan penyokong UMNO, walaupun serumpun dan seagama tetap ‘berbala’ simpai bila-bila’. Dan perbalaan ini tidak begitu terasa sebab dampaknya pada politik negara tidak signifikan. Maksud saya pengaruh PAS yang kuat cuma berada di negeri-negeri tertentu seperti Kelantan dan Terengganu.

Perpecahan pertama politik Melayu yang berdampak negatif kepada politik negara ialah pergeseran di antara Tunku Abdul Rahman Putra dan Dr. Mahathir Mohamad. Perpecahan kedua, di antara Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh pada satu pihak dan Tun Mahathir Mohamad pada pihak yang lain, dimana pergeseran tersebut telah mengakibatkan UMNO diharamkan. Ekoran dari perbalahan ini Parti Semangat 46 yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah telah mengambil tempatnya dipersada politik negara. Beberpa pemimpin kanan UMNO (termasuk Rais Yatim) telah menyertai Semangat 46.

Namun, apabila ‘ahli-ahli pemikir Melayu yang tidak berpolitik’ nampak bahawa perbalahan ini menjejaskan kedudukan politik Melayu, mereka membuat peranaan ‘dibelakang tabir’ untuk menyatukan politik UMNO. Usaha ini berbaloi dan politik UMNO bertaut kembali. Tungku Abdul

bersambung....

SMA said...

sambungan...

Rahman Putra dan Dr. Mahathir berbaik semula. Parti Semangat 46 dibubar dan pemimpin-pemimpin kanannya diberikan tempat di dalam pentadbiran negara seperti Dato Rais Yatim.

Perpecahan ketiga ini , yang berwadahkan PKR dengan DSAI sebagai kaptennya adalah hampir serupa dengan perpecahan kedua. Beza kecilnya ialah, PKR adalah parti berbilang kaum. Sifat nya sebagai parti berbilang kaum ini telah memberikan ruang pada pemimpin-pemimpin dari bangsa lain seperti Cina dan Indian (yang tidak ada tempat di MCA dan MIC) untuk menyertai PKR.

Pada mulanya, tidak ramai pemimpin India dan Cina yang menyertai PKR atas sebab bahawa pada ketika itu (sewaktu era Mahathir (UMNO), Liong Sik (MCA), King Yik (Gerakan), Samy (MIC) UMNO dan kerabatnya masih mendapat sokongan dan dukungan dari masyarakat Melayu, Cina dan India.

Namun landskap politik negara telah berubah setelah Pak Lah menerajui pentadbiran negara. Perubahan yang amat ketara berlaku dipenggal kedua pemerintahannya. ‘Kegagalan’ dan ‘kejayaannya’ tidak payah lah saya huraikan dgn panjang lebar, memadai kalau kita ambli contoh keputusan PRU12 di Semenanjung Malaysia.

Pada pendapat saya kalau Mahathir, Liong Sik dan King Yik masih mengemudikan parti masing-masing pada PRU12, keputusan pilihanraya tersebut mungkin tidak seperti keputusannya yang kita lihat pada hari ini.

Kepimpinan lemah yang dipamerkan oleh Pak Lah dan sikap yang ditujukkan oleh DSAI yang ‘tidak peduli’ dengan risiko tindakannya pada politik bangsa Melayu telah menceteruskan keadaan politik yang berkecamuk pada ketika ini. Keadaan ini sememangnya membimbangkan. Kalau KM nampak bimbang, bayangkan betapa bimbangnya ‘ahli-ahli pemikir bangsa Melayu yang tidak berpolitik’ pada ketika ini.

Itu makanya saya katakana bahawa pada saya keadaan ini adalah seperti biasa. Macam perpecahan dulu juga.

Saya berkeyakinan bahawa pada ketika saya menulis komen ini, ‘ahli-ahli Pemikir Melayu yang tidak berpolitik’ sedang membuat peranan mereka ‘dibelakang tabir politik’ untuk menyatukan politik Melayu kembali.

Tanda-tandanya sudah kita dengar dan baca dari liputan media massa. Kononnya Najib dan DSAI telahpun berjumpa secara rahsia. Dan saya percaya mereka ini telah berjumpa.

Politik Melayu bertaut kembali:

Berpaksikan kepada sejarah dan atas ‘kebijaksaanan pemimpin-pemimin dan ahli-ahli pemikir Bangsa Melayu’ saya yakin dan percaya bahawa politik Melayu akan bertaut kembali seperti yang telah terjadi di era Mahathir dan Tengku Razaleig. DSAI dan Dato Seri Najib akan berikthiar untuk menyatukan politik Bangsa Melayu.

Apabila politik Bangsa Melayu bertaut kembali, maka bangsa lain akan merasa ketakutan dan mahu tidak mahu mereka ini akan kembali menyokong BN melalui MCA, Gerakan dan MIC.

bersambung....

SMA said...

sambungan....

Kita di Sabah dan Sarawak macamana?

Sementara politik di Semenanjung berkecamuk pada ketika ini, saya nampak rumpun bangsa lain, iaitu Bumiputra bukan Islam dan Cina sibuk membuat gagasan untuk bersatu. Bagi mereka siapapun yang akan menjadi Perdana Menteri selepas PRU13 adalah soal kedua. Soal pokoknya bagi mereka ialah, asalkan mereka memegang kuasa di negeri Sabah dan Sarawak.

PBS telah pernah meninggalkan BN dan menyokong Tengku Razaleigh Hamzah dan PAS demi untuk kuasa di Sabah.

Jadi pada PRU13 yang akan datang ini, saya tidak akan hairan kalau sejarah dahulu berulang kembali.

Tetapipi kali ini, saya nampak Bumiputra bukan Islam di Sarawak akan bertindak sama seperti PBS di Sabah.

Dalam pada itu semua, apakah agaknya strategi dan rancangan rumpun bangsa kita di dalam scenario politik yang sedemikian rupa?

KM, itu makanya saya nyatakan di awal komen ini bahawa pada saya, di negeri Sabah ini cuma ada tiga tempat yang saya anggap sebagai “hot spots’ politik, iaitu Sandakan, Semporna dan Kota Belud.

Apakah agaknya gagasan pemimpin-pemimpin rumpun bangsa kita untuk mendepani masa depan politik yang berkecamuk ini?

Benarkah bahawa USBO itu adalah ‘wadah’ perjuangan baru untuk rumpun bangsa kita untuk mendepani politk yang berkecamuk masa kini?

Atau, kita sibukkan diri sahaja untuk ‘lapis dan melapis’ yang pada akhirnya merugikan kita semua termasuk mereka yang ‘dilapis dan terlapis’?

KM, entah lah!,

Salam siber, dan Selamat Hari Raya untuk semua. Kalau ada kata-kata yang menyinggung perasaan sdr2 bloggers di KB dan yang lainnya saya mohon maaf.

Terima Kasih.

SMA

Unknown said...

Kelapa Mawar...kenapa ndak sudah ba kau ini cerita itu politik TSP dan DSSK...na kenapa ba ini, apakah kau takut atau sudah dapat itu duit...kasih rosak perjuangan ba ini...

Unknown said...

betulkah seperti dakwaan radimoda itu? mohon KM beri penjelasan. soal duit ini sensitif sikit.

mambangtiora said...

apa sudah jadi, kelapa mawar..

komtar politik kb saya sedang tunggu..mudah-mudahan selepas raya nanti boleh mula menulis ttg politik KB. masa raya ni bolehlah muhasabah diri sama ada hendak meneruskan penulisan ttg kb..harap-harap kelapa mawar dapat ilham menulis semula..kenapa kelapa mawar konco-konco yb kita warning kelapa mawar kah..

watasikadi said...

sebenarnya politik itu suci dan bersih. cuma mereka yang berada dalam politik mengotorkannya menyebabkan pemuda-pemudi kurang tertarik dengan politik kerana menganggapnya kotor dan penuh dengan tipu muslihat. siapa harus dipersalahkan? renungkanlah saudara2ku. selidikilah rentetan sejarah politik negara kita. apa yang membuatkan politik dianggap kotor dan sudah ada dikalangan orang muda berpendapat politik bukan platform perjuangan tetapi platform kepentingan peribadi seperti projek. Harus kita akui segala kekusutan dan kekotoran yang dipalit hanya boleh dibersihkan oleh kita sendiri. bersihkanlah ia dengan berpaksikan agama sebagai pedoman dan kurangkanlah semangat perkauman dan kebangsaan yang ditebalkan sejak dulu lagi yang menjadi punca kekotoran terpalit pada kain yang pada asalnya suci dan bersih.ALLAH MAHA MENGETAHUI. TAKBIR!!