Biasanya hikmah terhadap sesuatu malapetaka hanya akan dapat diketahui selepas kejadian itu berlaku. Begitu juga dalam dunia politik, ‘kejatuhan” kuasa politik seseorang politikus setidaknya memberikan ‘kesedaran’ bahawa percaturan sebelumnya membawa kepada kejatuhannya. Kaitan inilah yang berlaku dengan dua orang tokoh paling berpengaruh dalam dunai politik Kota Belud, iaitu DATUK SALLEH SAID KERUAK (DSSK) DAN TAN SRI PANDIKAR AMIN (TSP). Suatu ketika kedua-dua tokoh ini begitu ‘selesa’ dengan kuasa politik mereka, sehingga mereka tidak sedar bahawa selain memerlukan sokongan peringkat akar umbi, mereka juga perlu lebih banyak perhitungan dan percaturan licik di peringkat negeri dan Nasional. DSSK yang pernah menjadi KM dan beberapa jawatan penting dalam parti dan kerajaan selain daripada Ayahandanya SAID KERUAK yang pernah menduduki kerusi TYT NEGERI SABAH, disisihkan daripada barisan kepimpinan negeri dan daerah KB, apabila digugurkan daripada senarai calon DUN dan PARLIMEN dalam PRU-12.Begitu juga dengan TSP, suatu ketika mendapat ‘perhatian’ kepimpinan pusat, apabila beberapa ‘musim’ diangkat menjadi senator di JPM, tetapi turut digugurkan daripada mana-mana kawasan pilihanraya yang lepas.
“Penguguran” ini lah yang menjadi satu malapetaka dalam kerjaya politik mereka. Dan atas bahawa ‘Hikmah’ yang tersembunyi sudah dapat dibaca. Maka satu ‘gerakan’ yang sisifatkan oleh TSP sebagai “KEMBALI KE PANGKAL JALAN’ telah dirangka dan diusahakan bersama. Jika tidak pengguguran kedua-dua tokoh ini, mungkin ‘kesedaran’ itu tidak akan datang bergolek. Sebaliknya kedua-duanya terus-terusan aktif ‘mencatur’ kepentingan politik peribadi mereka. Bayangkan suatu ketika kedua-dua tokoh ini Nampak masih tidak sehaluan, sehingga menimbulkan ‘krisis’ suku di daerah KB, sekarang “hikmah’ terbesar kepada kejadian PRU-12 ialah kedua-dua tokoh ini kembali bersatu dan melupakan sebarang persengketaan yang lampau. KESEDARAN ini berjalan atas satu wadah menghimpunkan kembali suku dan bangsa serumpun yang dilihat berpotensi mendapatkan kembali kuasa politik di Sabah. Wadah yang dimaksudkan ialah USBO. Maka dihimpun segala pemimpin dari suku serumpun untuk melatih pelapis yang akan menggalas kepimpinan yang diimpikan. Namun ini bukan satu tugas yang mudah kerana penerangan perlu diberikan diperingkat belia dan akar umbi supaya gerakan ini berjalan lancer dan Berjaya.Jikatidak ia akan gagal dan USBO akan hanya menjadi wadah gertakkan dan bukan wadah perjuangan.
Dalam dunia politik KB, seorang lagi tokoh yang dianggap sebagai ‘rakan dalam diam’ dan ‘musuh dalam terang’ ialah HJ MUSBAH JAMLI (DHMJ). Kaitan dengan MUSA AMAN menjadikan tokoh yang lahir atas peluang dan ruang yang diberikan oleh TSP ini sebagai “MUSUH DALAM TERANG” kerana, semua sudah mengetahui bahawa yang mencantas TSP dan DSSK ialah MUSA AMAN yang juga menggerakkan orang-orangnya dalam barisan kepimpinan negeri. Walau bagaimana pun DHMJ masih dianggap sebagai “RAKAN DALAM DIAM’ dalam konteks UMNO KB kerana atas prinsip suku Bajau di KB. Biarpun team-team dalam UMNO KB terdiri daripada team DSSK dan DHMJ, namun dalam hal-hal tertentu..hubungan ini boleh dijernihkan atas kepentingan suku di KB.
Buat masa ini DHMJ masih lagi dikatakan sebagai “sesat’ di hujung jalan..sedangkan TSP dan DSSK sudah mula ke pangkal jalan. Bila scenario politik ini akan berlaku di KB…? Bila kepentingan peribadi dan kroni akan berakhir? Kerana dalam politik tidak semua ‘malapetaka’ yang berlaku dapat diketahui hikmahnya.
21 ulasan :
Assalamualikum pembuka kata,
salam diberi kpd yg seagama,
dalam UMNO semua mesti buka mata,
yang jadi calon mesti ada sekolah.
kalau lah arwah Jamlidi oli masih ada...
kalau lah arwah Datu Bendera masih hidup...
kalau lah Arwah Kadri Hj nanti masih ada...
Al-fatihah utk mereka.
Assalamuwalaikum Kelapa Mawar..
Bagi saya kalau TSP dan DSSK sudah kembali ke pangkal jalan..kenapa selama ini mereka tidak ingat rakyat dan bangsa mereka. KB masih lagi mundur.masalah air pun bleum dpt diselesaikan.,
Bilang DARD akan selesai pada tahun 2010. Kalau begitu baik minum air bawah tanah dulu kah ?
DHMJ jangan dicerita...satu-satu YB yg tiada sekolah...asyik kumpul harta saja...SEMUT MERAH
Salam Kelapa Mawar,
Saya mencadangkan kedua-dua tokoh ini berehatlah dalam arena politik KB, mereka telah pun menunjukan panca silat politik mereka sebelum ini. Nampaknya suara sumbang masih kedengaran mengatakan mereka ini telah gagal membawa pembangunan dalam daerah KB. Kita sanjung sumbangan mereka sebelum ini, namun berikan peluang pula orang baru menunjukan panca silatnya pula jangan asyik-asyik mereka saja.
DHMHJ pula cukuplah, dia ini sudah kayaraya rakyat masih begitu ja. Tiada perubahan, sementara DARD seharus nya dari KB, banyak lagi orang KB yang berkebolehan dari dia. Manakala Japlin seharus sedar diri yang masalah peribadi dan kes rasuahnya telah diketahui umum undur diri.
Pihak atasan kena peka semua kaedaan sebelum menetapkan calun-calun, jangan nanti rakyat muak mereka undi pembangkang dalam PRU13.
Rakan-rakan Bloggers di Daerah KB,
Kelapa Mawar sungguh bijak mencetuskan idea di dalam tulisannya dengan menulis perkara provokasi untuk menggamit minat kita hinggap di halamannya.
Sebagai pihak pemerhati (jawatan diberi oleh Si Rengit) saya perhatikan cuma beberapa orang sahaja (iaitu bloggers) yang bercerita negatif tentang DSSK dan TSP dan mengkhendaki mereka berdua ini berundur dari politik.
Tetapi, yang kita lupa dan tidak cerita ialah, selepas mereka ini bersara (sudahpun disarakan didalam PRU12)apakah untung dan ruginya daerah kamu?
Yang saya nampak 'keuntungannya' ialah ada pemimpin yang diimport dari luar menerajui KB iaitu DARD.
O, nampaknya (dalam pengeliatan saya orang luar ini), politik KB 'maju' beberapa tapak lagi lagi ke keadaan seperti zaman gemilang BERJAYA dahulu sewaktu Datuk Yahya Lampong (pemimpin luar) bermaharajalela di KB.
Pendapat saya, apa yang dicerita diblog oleh beberapa orang, seperti kita, adallah bahan cerita dikedai-kedai kopi juga. Biasalah, didalam politik ada yang anti dan ada yang pro.
Tetapi sokongan akar umbi kepada mereka berdua ini masih kuat dan belum berganjak lagi.
Saya masih ingat sewaktu Datu Bandira dan Razak Rakunman menentang TSP didalam suatu pilihanraya, undi mereka berdua di kampung sendiri pun amat 'mengaibkan' mereka.
Yang 'anti' kepada TSP sekarang inipun, bagi pendapat saya adalah beberapa orang sahaja, seperti biasalah -mereka- yang juga ada agenda sendiri seperti Datu Bandira dan Razak dahulu.
Seriuslah sikit kalau cerita masa depan rumpun bangsa. Siapa bakal ganti TSP?, Siapa bakal ganti DSSK? Itu semua kita dah tahu, DARD.
Pandangan saya, DSSK dan TSP telah sampai masanya untuk bersarah. Tetapi, sudah bersediakah pemimpin muda dan masyarakat KB, menghadang 'agenda kuasa luar' yang ingin menjajah daerah orang lain untuk kepentingan politik mereka juga?
DSSK dan TSP berkemampuan berbuat demikian. Itu mungkin sebabnya mereka ini 'balik ke pangkal jalan', bukan menghidupkan politik mereka sendiri, tetapi memberikan masa kepada anak-anak muda yang beraspirasi menjadi pemimpin dan ada bakat dan potensi dari dicantas oleh penjajah politik dari lain daerah.
Saya tumpang tanya, ada lagi kah kosong di daerak KB untuk suku kami dari Semporna bercalun dari KB, sebab kami dengar beritanya Boss kami akan balik ke Sabah untuk mengambil tempatnya sebagai KM, kami semua di semporan ramai yang berbakat juga tetapi tiada tempatlah?
Dengar pemimpin-pemimpin KB ini baik-baik orgnya, menyisikan pemimpin sendiri dan mengalu-alukan pemimpin luar.
Jangan marah ya - bloggers KB.
Terima Kasih Kelapa Mawar sebab beri kami peluang melepaskan geram kami kepada pemimpin di alam siber.
SMA
Salam Somprot Mesra Alam,
Salah siapa bah, ketiadaan pemimpin yang boleh bersaing diperingkat negeri sabah. Berapa lama kedua-dua taiko ini berada dipuncuk sehingga mereka ini tidak dapat mencipta anak didik mereka setanding dengan Datuk Shafie yang lahir hasil daripada didikan Tun Sakaran.
Inlah persoalan yang perlu kita fikir, banyak pemimpin yang berkebolehan yang boleh diketengahan sebelum ini sperti Arwah Kadri dan Dr Saijan. mana sudah mereka ini? siapa yang mematikan politik mereka. Semua tahu siapa punya angkara, tak payah sebut namanya. Di pihak TSP cuba sebutkan naman anak Iranun yang diasuhnya sehingga boleh diketengahkan diperingkat negeri pastinya tiada, sebab itu ramai bloger Iranun mengomel kepadanya.
Apakah jika kita bagi peluang kepada mereka sekali lagi, pastinya akan lahir lebih ramai ahli politik KB menyerlah, saya rasa belum pasti, yang pastinya anak mereka hampir matang kini akan memulakan panca silat politiknya dan sudah tentu mereka ini akan berada dibelakang tadbir untuk memastikan kedudukan mereka hari ini tidak ke mana-mana.
Sebagai orang yang terlibat dalam politik KB saya sudah mencium bau benda ini akan berlaku nanti.
Jika mereka ingin membetulkan kesilapan lampau, mereka kena membetulkan kesilapan itu bermula hari ini, sebelum mereka menjadi sumpahan bangsa di suatu masa nanti.
Salam..
SaudarI KM....satu posting yang membuka minda..tahniah..
Buat saudara Somprot Mesra Alam....Kalau saudara Somprot tiada masalah bertanding di kawasan kami...Kami ini didik untuk berkudakan orang luar...Harap2 pemimpin saudara itu berjaya mendapat KM sabah...
Cuma minta dipastikan agar Saudara dan kuda saudara siap siaga menarikan pancak silat yang lebih baik dan moden daripada DSSK dan TSPA...Rakan dan kawan disini semuanya boleh melihat dalam bebola kristal tau...Nanti tak sampai sebulan lari lintang pukang pula....
Saudara bukannya berada ditempat kami dan saudara tidak mengalami keadaan sebenar (Kalau benar saudara orang sampulna lah)...berat mata memandang berat lagi bahu memikul saudara...
teruskan pemerhatian saudara...moga saudara dapat belajar sesuatu dari kedhaifan pemikiran kami...Orang semporna semuanya bujak pandai....kelapa sawitnya berhektar-hektar...harta pemimpinnya tak sehebat dan sebanyak harta masyarakat kami...
Salam dan selamat berbuka puasa....Jangan marah ye...
Salam Kelapa Mawar,
Saya tertarik dengan analisis sdra Somprot Mesra Alam yang menekankan beberapa perkara yang mungkin terlepas pandang oleh kalian blogger KB.
Walau pun sdra somprot ini dalam golongan blogger yang agak bercelaru juga ( maaf); Blog tidak boleh di ‘access’, kita tidak tahu siapa sebenar nya beliau ( kata beliau, dia orang semporna).
Namun sebagai orang luar (saperti saya), pandangan beliau boleh dikatakan bernas juga …Oii nah, umbal nah ketahanan!!!
Ulasan beliau ini juga telah menimbulkan beberapa persoalan yang boleh kita fikirkan bersama.
Antara lain yang menarik bagi saya, ia lah;
i)Selepas TSP dan DSSK ini bersara, apa kah untung dan ruginya daerah KB ? Kira nya di ganti oleh orang dari luar saperti DARD, Somprot dari semporna atau pun mungkin juga saya dari Tenghilan ?
Fakta nya; Perkara ini pernah berlaku zaman gemilang BERJAYA dahulu sewaktu Datuk Yahya Lampong (pemimpin luar) bermaharajalela di KB.
ii) kira nya fenomena ini terjadi, sudah bersediakah pemimpin muda dan masyarakat KB, menghalang 'agenda kuasa luar' yang ingin menjajah daerah orang lain untuk kepentingan politik mereka juga?
Kira nya sudah sedia, siapa? Dari suku kaum mana?
iii) Walau pun menurut sdra Somprot, sokongan akar umbi kepada TSP dan DSSK masih kuat dan belum berganjak lagi.
Namun ada juga yang mahu mereka tamatkan perjuangan politik kedua-dua mereka di Kota Belud?..Dahysat.
( Untuk rekod, kedua-dua mereka ini bukan nya YB mewakili KB masa kini).
Now, persoalan nya; Macam mana kah cara untuk menasihat atau pun jenis strategi macam mana kah yang agak berkesan untuk menghalang TSP dan DSSK dari aktif kembali di arena politik daerah Kota Belud ?
Setahu saya , dalam dunia politik ini, umor bukan lah batu penghalang no 1 untuk berpolitik. Di negara Jepun, Korea dll , banyak juga ahli-ahli politik di sana yang berumor lebih dari tujuh puluhan .
Sedang kan umor kedua-dua; TSP dan DSSK ini maseh dalam sekitar lima puluhan.Atau pun mereka tidak sehat kah?
Untuk ini, sama-sama lah kita fikirkan
Akhir sekali, saperti biasa, mohon maaf kalau ada perkataan yang tersalah, tersasul dan menyakiti perasaan kalian.
Semuga kalian sukses
Kelapa Mawar,
Rerima kasih sebab 'menyedia'kan warong siber untuk mencambah minda di antara kita bloggers,
Jangan emosi. dari tulisan kita, orang akan nampak, keperibadian dan agenda kita sebenarnya.
Yang nyatakan semuanya adalah fakta. Sebagai ingatan, Datuk Safie bukan anak 'asuhan' semata.
Dia pandai main bola politk. Bola di hantar kepadanya, dia tahu menyumbatnya kepintu gawang terbuka (meminjam istilah kamu di KB juga).
Datuk Sahfie dulukan Ketua Pemuda UMNO Sabah.
Oi Na, kan kah jawatan Ketua Pemuda UMNO Sabah itu diberikan kepada Kota Belud melalui pemimpin muda dan pelapis, Datuk Japlin, yang juga berpendidikan. Apa sudah halnya?
Terimalah hakikatnya, selepas DSSK dan TSP, pemimpin pelapis Kota Belud jadi macam Datuk Japlin juga.
Lagipun, kalau DSSK dan TSP tiada pengaruh lagi di KB, kenapa mereka ini dapat mengatasi pengaruh MA melaui DARD, JAPLIN dan Datuk Musabah.
Kankah DSSK sekarang ini Ketua bahagian UMNO dan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah?
Masih tidak mengaku lagi fakta jelas ini.
Rengit, embal na ketahanan. Jangan emosi semata. Buka mata lah dan belajar lagi lah sepak terjang politik negeri sabah dari pemimpin yang lebih tahu.
Salam semua. Jangan marah-marah saja.
Kelapa Mawar, sekali lagi terima kasih.
SMA
salam kelapa mawar,
saya kerap ajukan pertanyaan kepada "pemikir bangsa" kita (bajau dan irranun)dimana sebenarnya status bangsa kita skg dalam srata politik, ekonomi, pendidikan, pentadbiran kerajaan dan sosial di negeri Sabah ini? nombor berapa kita?
saya jawab kita berada ditempat ke 5 atau ke 6 dibelakang kaum Cina, KDM, bangsa peranakan, Brunei dan kaum Bugis dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, pentadbiran dan sosial.
saya tidak ajukan soalan ini kepada pengkritik politik tetapi kpd "pemikir bangsa". pengkritik politik akan mencari kesalahan pemimpin tetapi pemikir bangsa melihat dari pelbagai aspek lain disamping kepimpinan politik.
jika kita meninjau keadaan sosial dan ekonomi bangsa pendatang filipina di sinsuran atau kws2 setinggan termasuk di pasar besar KK, begitulah rupa bangsa kita kira-kira 40 atau 50 tahun dahulu. malas, tidak berdisplin, mabuk, gaduh, judi, jenayah, abai keluarga, miskin dan "berani" melawan siapa sahaja.
ada 2 faktor yang telah merubah bangsa kita. politik dan pendidikan. melalui kuasa politik, ramai bangsa kita mendapat peluang menikmati kemewahan hidup disamping dpt memberi sumbangan kepada bangsa kita. barangkali tidak cukup tetapi sumbangan itu ada. melalui kuasa kita dapat projek, peluang kerja,biassiwa, dan sebagainya.
ramai bangsa kita mendapat faedah secara "indirect" bila bangsa kita menjadi KM atau menteri. bangsa kita tidak diperlekehkan seperti sekarang.
melalui pendidikan ramai anak-anak bangsa telah berjaya dan dapat sedikit sebanyak merubah hidup mereka berbanding dengan ibu bapa yang hanya bergantung hidup sebagai petani atau nelayan. ada yang menjadi pegawai tinggi kerajaan dan membantu memberi keutamaan kepada bangsa kita (saya teringat arwah Talikup Lamsin)
soal politik yang kita bincangkan ini adalah soal kuasa. bangsa KDM mahu kuasa. begitu juga bangsa lain bukan bangsa Bajau dan Irranun sahaja. kita barangkali majoriti berbanding dengan Brunei, Bisaya, dan Bugis dalam UMNO tetapi dimana kita sebenarnya?
soal inilah jarang kita lihat dari aspek bangsa, kita lihat dari sudut peribadi dan individu. sewajarnya kita caturkan siapa pemimpin kita mampu bersaing untuk mendapatkan kuasa itu untuk bangsa kita bukan diri kita sebagai individu.
Pairin juga banyak kekurangannya walau telah 9 tahun jadi KM. bukan semua KDM dapat dibantu. bukan semua KDM menyokong beliau tetapi kerana "kuasa" bangsa itu pertahankan Pairin.
SSK jadi KM tak sampai 18 bulan bukan 2 tahun. Harris 9 tahun. Musa Aman 7 tahun. kita nampak perbezaan masa itu. saya bukan membela SSK tetapi untuk "bangsa' dia lah yang paling dekat dengan kuasa dengan izin Allah.
Dengan sokongan TSP, Shafie Afdal, InsyAllah kita yg memikir soal bangsa akan berjaya.
apa yang sepatutnya kita fokus ialah bagaimana bangsa kita berkuasa dan membantu bangsa kita. sebagai keutamaan.
Salam ramadan dan persaudaraan buat semua.
Macam ada Pilihanraya Kecil dalam cyber di ruangan ini. N.61-Kelapa Mawar ini. Ramai yang suka bertanding tapi agaknya semua kena tolak sebab nama dalam IC berlainan dengan nama dalam kertas pencalonan!diruang KM ini....!
Semoga semua telah beroleh kemenangan dalam menunaukan puasa ibadah seharian.
Saya terbaca sejarah DS Najib Tun Razak..dari ADUN biasa, jadi Menteri Besar Pahang, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertahanan, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Pekan, kawasan yg diwakilinya bangga dengan kejayaan Najib. Dia suka makan ikan sembilang dari sungai Pahang di masak Tempoyak.
Najib juga pernah mengalami kemerosotan sokongan sehingga majoritinya di Pekan kurang dari 300 undi. Politik itu permainan kebarangkalian. Namun Najib telah bangun dengan majoriti terbesar setelah mengambil iktibar dari kemerosotan sokongan terhadapnya. Now..Najib ialah Perdana Menteri Malaysia samada kita suka atau tidak.
SSK dan TSP pasti lebih dekat dengan permainan politik kebarangkalian dan sedar akan iktibar seperti yg Najib alami itu.
Cuma satu kemusykilan...ramai yang menganggap SSK dan TSP telah gagal menyediakan pemimpin pelapis. Tetapi dalam masa yang sama mereka tidak pernah bertanya SSK dan TSP samada mereka ini dipupuk (oleh seseorang) sebagai pemimpin pelapis sebelum menjadi "pemimpin" dengan kualiti yg ada pada mereka kini. Atau mereka sendirilah yang mencorakkan "kepimpinan" yang mereka miliki...Kalaupun SSK dilahirkan oleh bekas CM, MOA dan TYT tetapi bukankah kepimpinan itu tidak lahir bersama-sama kita dan tembuni kita..RULE No.1: "Kepimpinan ditimba" bukan "dilahirkanbersama kita". Sekiranya benarlah demikian seperti RULE No.1, Kenapa kita terus terusan menyalahkan TSP dan SSK kerna tidak melengkapkan seseorang SEBAGAI PEMIMPIN PELAPIS dengan KUALITI KEPEMIMPINAN untuk menggantikan mereka.
Saya teringat kata-kata Dt. Jipanus Malukon "kenapa kamu pegawai-pegawi Daerah sering minta untuk dikursus..adakah kamu tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah atau tidak tahu peranan dan fungsi sebagai pegawai Daerah atau kamu tidak bersedia memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah. Sila angkat tangan (kepada yg merasakan dirinya tidak layak)?..
Rasanya hampir hamir menyerupai politik KB. Hampir kerana kalo terpaksa dipupuk sebagai pelapis, apakah jawapan anda kepada soalah seperi yg ditanya oleh Datuk Jipanus itu?...
(Saya hampir nak padam komen ini tapi tak apalah kita kongsilah. Mudah-mudahan ada manfaat. Ambil yg jernih buang yang keruh)
Kelapa Mawar,
Minta laluan sekali lagi ya Mawar,
Ada satu perkara yang ingin saya kongsikan dengan sdr2 saya bloggers di KB, tentang satu perkara yang saya tahu berhubung dgn keperibadian TSP yang mungkin kamu tidak tahu.
Kami orang luar tahu dia ini dan SSK adalah pejuang rumpun kita bukan untuk kamu saja di KB.
TSP ini bukan 'pencantas' orangnya. Dia bersifat terbuka.
Saya masih ingat, sewaktu dia Presiden AKAR dan tidak bertanding sebagai calon DUN Tempasuk pada tahun 1999, dia 'bertengkar' dengan Osu Sukam, sebab Osu mahu Dato Yahya bertanding di Tempasuk dan bukan Hj. Musbah. TSP telah terus terang nyatakan pada Tan SRi Khalil bahawa jika Datuk Yahya juga bertanding dia tidak berikan laluan, maka Datuk Hj. Musbah dipilih sebagai calon (ketika itu Datuk Hj. Musbah memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO). Saya dengar perbincangan itu semua.
Saya juga dengar bahawa dia yang bermati-matian melobi kepada Dato Hisham untuk melantik Datuk Japlin sebagai Ketua Pemuda UMNO Sabah. Itu sebabnya DARD dibawahnya ke KL sebagai Setiausaha Pemuda Malaysia.
Saya tidak mahu berpanjang lebar tetapi saya setuju dgn pendapat Solymone, Musli Oli dan Sabahkita.
Yang harus kita fokus sekarang ialah memikirkan bagaimana KUASA BESAR kita perolehi kembali. Kalau untuk mahu jadi calon semata dan mahu bergelar YB, oi na, siapapun boleh ba.
Datuk Hj Harman ditempat saya di Semporna yang satu apa benda tidak tahu jadi calon. Dia jadi YB sebab Musa Aman mahu wakil-wakil dari rumpun kita yang tidak tahu apa-apa supaya dia boleh buat mereka 'kadam' politiknya.
Begitu juga Datuk Samsuddin Yahya seorang wakil rakyat dari Sandakan. Dia pilihan Musa Aman tapi dia itu cuma pemandu teksi.
Yang sebenarnya bukan kuasa TSP dan DSSK 'mengasuh' pelapis dan menjadikan mereka calon. Yang buat itu semua adalah Ketua Menteri merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah.
Kan Musbah, Japlin dan Rahman Dahlan adalah YB2 KB. Inilah pemimpin pelapis di KB.
TSP dan DSSK sekarang bukan lagi YB, jadi dalam erti kata lain, pintu terbuka untuk sesiapa lobi jadi calon. Dalam erti kata lain juga mereka ini telah di 'paksa' untuk bersara.
Jadi tunggu apa lagi...melobilah calon..kan Kelapa Mawar kata Usukan mungkin ada pilihanraya kecil.
Bagi saya, saya akan melobi kepada Musa Aman untuk Bajau Semporna bertanding di KB sebab sejarahnya KB ini sanggup menerima orang luar dari orang sendiri atas sebab pemikiran sempit, mahu jadi calon dan pelapis konon.
Mawar, terima kasih sebab mengorak tikar di halaman mu untuk tempat kami melepas geram..
SMA
Salam...
Saya bersetuju dgn sdr musli. Kita seharusnya memikirkan bagaimana menyelamatkan sebuah kapal supaya semua penumpangnya selamat. Ambil ikthibar dari filem titanic supaya kita tidak mati lemas seprti jack & rose..
Jadi sya ingin menyarankan agar kita semua menyokong nakhoda2 kita untuk kembali ke pelabuhan demi utk menyelamatkan kapal kita dari pecah dan di rampas oleh org luar..Waina.. Mati kita kalau org sempolna jadi nakhoda, alamat jadi 'pelahu' lah kita...
Minta maaf ya org sempolna.. kita gurau je..
Wslm
salam sdr rojokobog..
Perkataan "kalau' itu kata ustaz tidak baik digunakan..perkataan syaitan...
ma kasih kerana memberikan pandangan.wassalam
Salam kembali sdr palingberani dan sdr nyawa dan badan..
ma kasih atas kunjungan sdr..berdua.
saya memahami apa yg sdr berdua katakan...jika yang demikian..sdr berdua kena berfikir lebih mendalam untuk mencaripengganti yb -yb nie..
selamat berpuasa dan semoga sukses selalu.
Salam sdr SMA dan renggit..
Idea sdr berdua..biarpun nampak berbeza tetapi boleh diketengahkan..saya cadangakan sdr berdua berjumpa secara dua mata untukterus berbincang mengenai perkara ini..cadangan saja. Tapi kalau belum bersedia..sdr berdua boleh dansaya benarkan utk mengunakan halaman saya nie utk sdr berdua berdebat..saya suka itu..
Ma kasihlah sdr kerana memeriahkan halaman KM ini.
Salam kembali sdr Solymone..
satu ulasan yang amat menarik untuk dibincangkan..oleh yangh demikian saya postkan ORANG LUAR ; DATUK RAHMAN utk kita selami bersama. semoga sdr sentiasa sukses dan berani memberikan idea biarpun menyentuh kedudukan orang tertentu.
Salam sdr Musli..
Saya teruja membaca ulasan sdr...perbezaan antara pengkritik dan pemikir..saya amat menghargainya..
Biarpun begitu..:pengkritik'tidak harus dilabelkan hanya mengkritik kelemahan dan kedaifan pemimpin..kerena seorang pengkritik kedua-dua elemen baik dan buruk turut diperkatakan. Pemgkritik juga sebenarnya pemikir kepada sesuatu bangsa..
Menimbulkan beberapa kesilapan yg dibuat pemimpin akan lebih mempercepatkan kesedaran betapa perlunya menjaga kuasa politik mereka. Pemikir mencari jalan supaya yang dihasratkan akan lebih berkesan..
Ma kasih atas pandangan sdr.wassalam
Salam kembali Ayahanda Sabahkita..
Pertama sekali ma kasih kerana terus memberikan pandangan ..saya amat menghargainya...
Memang benar apa yg A.sabahkita katakan bahawa TSP dan DSSK menjadi pemimpin tanpa mentor..dan pemimpin pelapis kena merancang sendiri supaya menjadi pemimpin yg berwibawa..
Namun agak selesa kalau dinasti kuasa politik di KB diperturunkan kp pemimpin pelapis yang ditarbiah lebih awal..proses peralihan kuasa ini akan lebih menimbulkan suasana tenteram dripada yang sebelumnya.
Ma kasih sekali lagi.Semoga A.Sabahkita sukses selalu.wassalam
Salam sdr5 abu..
Kesudian sdr berkunjung sekali lagi membuatkan saya amat menghargainya.
Diharap sdr dapat memberikan pandangan dari semasa ke semasa.Wassalam.
salam...
Alamak saudara ku somprot mesra alam...apasal tak boleh acsess blog saudara....takut ek...! Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepian pantai emas tau....!
Tirulah macam Si Rengit sekali pun seekor rengit tapi boleh lah juga di acsess blog nya... Cadangan KM tu amat menarik ....Panuh palambangan juga ulasan saudara somprot ini tau....mau si saudara solymone bah kasi translate...Tapi betul juga cakap saudara solymone..blog saudara somprot bercelaru dah...Macam namanya juga....hehehe..tak baik kau Rengit...time puasa ni tau...nanti KM marah baru kau tau...
Selamat berpuasalah..jangan marah ya...sassssh...faktalah kono....Saudara Somprot jangan lupa isi borang pencalonan PRU13 nanti k..Ada ruang kami membelasah jiwa dan raga saudara...hehehe...ambal na si....badjau juga bah aku ini....!
Sekadar tempat persinggahan minda kita...terima kasih Langah KM...Na raya aya anda ka mbaling...pun sa kampung ka na taruh kabu...manatau aden ah masa...maksama2 ta mamantek sa walai ah TSP...Masi pen su no ah idtawag reka ka kena....?
Salam Mawar Ku,
Adindan Rengit,
Sdr Solymone,
Maaf pada kalian semua sebab nak masuk pintu saya tetapi tak dapat masuk. Sabunalnya saya ini tiada rumah ba. Keluarga saya tinggal dalam perahu aja ba ini.
Itu sebab, kalau saya tiada air paip saya tiada komplin. Datuk-datuk saya pilih cara hidup begini.
Kamu pula Iranun, Datuk-nenek kamu pilih persisiran pantai sebab supaya senang tangkap ikan. Sabunalnya sama juga bah kita ni.
Tetapi, kalau kita berfikir dengan serius dan membuat komen-komen dengan mengambilkira fakta-fakta releven, maka kita akan takut buat komen, sebab kita akan dinampak bahawa kita cuma bercakap melalui lubang hidung.
Maksud saya, saya amati bahawa beberapa org bloggers salahkan DSSK dan TSP sebab kononnya mereka berdua ini telah gagal untuk menyediakan kemudahan asas seperti air, lampu, jalan raya dan sebagainya.
Yang dahsat lagi ada yang menuduh dengan sewewenang bahawa kononnya mereka ini belum pernah tolong bangsanya.
Sebelum saya jawab itu semua, saya persilakan anda2 yang berkenaan ke kawasan Tengku Razaleigh Hamzah di kawasan Gua Musang, di Kelantan dan bandingkan kawasan tersebut dgn Usukan dan Tempasuk.
Dan singkatnya bandingkan Negeri Kelantan dan Negeri-negeri yang lebih membangun di semenanjung Malaysia.
Keadaan di Gua Musang lebih teruk. Keadaan di Kelantan lebih teruk.
Kenapa, Tengku Razaleigh sampai umur menjangkau 8oan masih juga kedudukannya tidak di ganggu gugat oleh pelapis.
Kenapa, Kelantan walaupun tiada pembangunan, majotiti rakyatnya masih juga undi PAS.
Kelapa Mawar, maknanya ini semua, ada pihak yang menjaga marwah pemimpinnya walau pun sama-sama 'derita'(ketiadaan infrastruktur) sebab itu sahaja pemimpin yang ada pada mereka. Akan tetapi, ada juga pihak yang inginkan sesuatu untuk memelaksanakan agendanya, walaupun mengorbankan marwah pemimpin dan rumpunnya.
Hakikatnya yang sebenar, apa yang sdr/i bloggers d KB perkatakan ini, cuma sekadar omong-omong saja.
Saudara-saudara mungkin sudak duduk dikerusi empok, di dalam pejabat berhawa dingin sebagai pegawai tinggi, ada rumah besar di kampung, ada kereta setidak-tidaknya proton saga, dan semestinya mempunyai komputer riba (kalau tiada macamana berblog) dan sebagainya.
Kalaupun kamu tidak pernah ditolong oleh DSSK dan TSP, mungkin ayahanda DSSK ada pernah tolong keluarga kamu yang lebih susah.
Kalau TSP tidak pernah tolong si Rengit, mungkin dia pernah tolong keluarga Iranun yang lebih susah dari keluarga si Rengit.
Mesej saya dalam posting ini ialah, 'hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh'.
Ya lah, kalau keinginan untuk mendapatkan sesuatu itu sudah sampai ke umbun-umbun, ada pihak yang sanggup buat sesuatu walau menjatuhkan maruahnya, dan dia akan cari seribu satu macam alasan untuk menjustifikasikan tindakannya itu.
Tetapi ada pihak, dengan sedaya upayanya (walaupun susah)mempertahankan sesuatu sebab maruah bangsanya.
Itulah sebenarnya apa yang berlaku di Kelantan dan di Gua Musang.
Tetapi di lain tempat lain lah ceritanya.
MAWAR KU,
Sekali lagi terima Kasih atas kebaikan mu yang sentiasa memberikan ruang kepada 'orang luar yang' yang tinggal di perahu mencari nafkah kesana sini, tetapi menyalahkan diri sendiri kalau air tiada dan lampu tiada, sebab saya sendiri yang memilih untuk tinggal di laut.
Tabik Hormat,
Mawar Ku,
SMA
Post a Comment