Tuesday, September 29, 2009


Ketika Allahyarham Tun Mustafa, “bapa kemerdekaan” sabah mengumumkan pembubaran USNO, pada Feb.1991, rakyat Sabah dilanda ‘histeria’ politik yang membingungkan. Ribuan penyokong setia USNO menyimbahi ‘pengumuman’ itu dengan linangan air mata. Seorang penyokong tegar USNO di Usukan, telah pernah membayangkan bahawa jika ditadah air mata yang mengalir itu bisa menambahkan kapasiti sungai Tempasuk. Banjir besar berkemungkinan melanda daerah-daerah di sabah di mana tinggalnya penyokong USNO. Begitu sampainya tamsilan keteragisan pembubaran parti tertua di Sabah. Namun apabila pemimpin agung pujaan ramai bumiputera Islam , Allahyarham Tun Mustafa, mengibaratkan bahawa pembubaran USNO seperti berpindah dari perahu kecil ke kapal yang besar..sedikit sebanyak meredakan ‘ketegangan’ politik itu. Sebahagian ramai rakyat sabah beragama Islam, menaruh harap bahawa UMNO akan menjadi seperti USNO, meminimumkan kuasa politik bumiputera bukan Islam yang pada saat itu dibuai Huguan Siau mereka..seakan-akan digambarkan bahawa Tun Fuad Stephens ‘kembali hidup’ dalam kepimpinan jiwa Pairin Kitingan.


Kemasukan UMNO ke sabah..tidak banyak menyelamatkan kuasa politik bumiputera Islam..kerana ternyata UMNO gagal memahami banyak perkara tentang percaturan dan pertimbangan serta kehendak akar umbi rakyat sabah. Kebanyakkan keputusan politik dan pentabdiran dirujuk ke Pusat..dan rakyat Sabah terhakis autonomi politik mereka. Maka seperti juga di semenanjung, UMNO di Sabah ‘dipaksa’ menerima naluri politik melayu, sekalipun kita Bumiputera Islam dari pelbagai suku dan bangsa. UMNO pusat tidak banyak menimbulkan polemic suku, kerana di peringkat Pusat..suku Bugis, Jawa, minang dan pelbagai lagi bangsa minority di terima sebagai rumpun “MELAYU”. Berbeza di Sabah, kita masih bergerak atas nama suku dan bumiputera Islam. Atas pertimbangan ini, maka UMNO Sabah ketandusan idea dalam perjuangan memulihkan kuasa politik bumiputera Islam. Penggiliran KM ,misalnya bukan sahaja memberikan ‘ketegangan’ kepada UMNO Sabah tetapi juga mematikan matlamat asal membubarkan USNO. Pemimpin UMNO Sabah mula mencari platform baru untuk berjuang sekalipun enggan keluar dari parti UMNO. Dan bila berakhirnya PRU-12, ramai pemimpin politik rasa ‘kehilangan’ yang amat besar semangat USNO dalam UMNO. Menghidupkan USNO ibarat membuka lembaran lama, Menubuhkan parti baru, ibarat menentang arus politik semasa. Tersepit sungguh keadaannya. Waktu inilah idea menjadikan USBO sebagai landas kepada perjuangan politik dalam UMNO bagi kelompok bumiputera Islam.Kerana memikirkan bahawa rumpun bangsa USBO sebenarnya rumpun bangsa majoriti dan berpotensi menjadi pemerintah kepada rumpun lain di Sabah.


USBO bukan sahaja dikatakan sebagai wacana penyatuan bangsa bajau dan rumpunnya..tetapi juga menghimpunkan kembali beberapa pemimpin suku bumiputera Islam yang digugurkan semasa PRU-12. Semestinya DSSK dan TSP serta Datuk Amir Kahar anak kepada Tun Mustafa mengemudi bahtera USBO. Sebagai pergerakkan Sosial dan Budaya..USBO dilihat tidak jauh perjalanan politiknya..kerana dari pelbagai mata melihat, ia hanya sekadar menyelamatkan politik pemimpin tertentu. Tidak ada satu idelisme yang boleh diperjuangkan dalam USBO. Isu penyatuan rumpun sebangsa diibaratkan sebagai gimik murahan yang menutup kelemahan dan kepincangan UMNO Sabah. Golongan kelas pertengahan , masih enggan akur menerima bahawa USBO perlu dijadikan sebagai wadah perjuangan baru bagi bumiputera Islam di Sabah. Kerananya atas apa, sekalipun. USBO hanya meniupkan kembali semangat lampau politik suku terbesar di Sabah. Ada yang beranggapan bahawa USBO akan mengisi ruang yang ditinggalkan oleh Tun Mustafa. Sayugia isu ‘kelompangan” ini seharusnya dibangkithidupkan ketika ‘penggiliran’ KM, kerana pada waktu itu nyata, isu “kelompangan” kepimpinan bumiputera Islam masih kenampakkan. Namun setelah penggiliran itu ditamatkan, justeru kuasa politik di Sabah, terus-terusan dipegang oleh bumiputera Islam dan parti UMNO. Justeru apakah isu ‘kelompangan’ itu wajar dibangkitkan semula..?


USBO tidak harus dilihat sebagai ancaman dalaman ke atas UMNO Sabah…sekalipun bergerak pada landasan yang benar, kerana DSSK dan TSP merupakan pemimpin yang digugurkan dalam PRU-12, atas beberapa factor kepimpinan. Biarpun perkara ini dinafikan oleh ramai pihak, tetapi harus diakui sejujurnya bahawa percaturan politik kepimpinanlah punca kedua tokoh ini tidak diturunkan. Atas factor percantasan politik atau kerana sewaktu mereka berada di puncak, juga mereka terlibat dalam dilemma yang sama.Justeru apabila USBO “disenyawakan” dengan ideology politik,maka tidak Nampak benar bahawa ia akan Berjaya seperti USNO. Apa yang timbul ialah, perjuangan USBO menyatukan rumpun sebangsa adalah tepat dan mudah diterima oleh peringkat akar umbi..jika diberikan penekanan kepada perjalanan aktiviti dan agendanya tetapi akan tersasar dan gagal setotalnya jika disenyawakan dengan politik peribadi pemimpin tertentu. Kalaupun USBO kekal sebagai wadah penyatuan..tetapi aktiviti dan agendanya akan menjurus kepada perjaminan keutuhan politik peribadi. Mungkin jika USBO sebuah parti politik , lain ceritanya..kerana jelas berjuang untuk kepentingan politik.


Kerna itu apabila saya memaparkan posting TYT SABAH SUATU BAYANGAN membuka satu ruang fikir kepada kita rakyat Sabah mengenai kemungkinan-kemungkinan politik yang akan berlaku pasca PRU-13. Tokoh-tokoh seperti TSP, DSSK MUSA AMAN, Dan SHAFIE AFDAL, adalah antara watak politik berbisa di Sabah. Percaturan sehingga membawa kepada jawatan pencen politik ini, akan turut memberi kesan kepada gagasan penyatuan rumpun sebangsa. Misalnya jika TYT benar diserahkan kepada TSP, maka secara lazimnya, USBO akan menjadi pincang. Begitu juga bila DSSK atau Shafie Afdal menjadi KM, maka akan relevankah lagi isu penyatuan ini..? Jika masih berkait, tentu perjalanan agendanya pun tentu berlainan kerana kuasa politik sudah dimiliki. Jika Musa Aman kekal dalam status KM juga memberikan Impak kepada perjuangan USBO..maka nya kemuncak kepada menghancurkan politik TSP dan DSSK ialah percaturan Jawatan yang diberikan. Bukan bermaksud sebagai sogokkan tetapi lebih kepada pelan jangka panjang..supaya isu penyatuan dan kerukunan bangsa serumpun menjadi tidak ketentuan.


Idea penulisan ini sekadar membangkitkan betapa, USBO tidak harus disalahgunakan. Apa yang sewajarnya berlaku ialah mengiktiraf hak sesama ahli dalam UMNO. Apakah hanya kerana pemimpin itu dilabelkan sebagai ‘tempelan’ politik Sabah, justeru perlu digulingkan. Bukankah pemimpin itu juga berada dalam satu kapal yang sama. Rasa syukur perlu menggunung tinggi kerana setelah penggiliran KM dihentikan UMNO kembali mendapat mutiara kuasanya. Dan kendatipun bumiputera bukan Islam punya pemimpin Huguan siau, namun tidak memungkinkan untuk menerajui kerajaan, selagi UMNO menjadi parti yang mendominsai BN di Sabah. Kenapa itu tidak harus dipelihara?


Generasi kelas pertengahan tidak lain melihat bahawa USBO adalah Wadah politik peribadi dan bukan wadah politik rumpun sebangsa. Seikhlasnya kita akui perkara ini. Oleh yang demikian apa yang wajar dikatakan ialah..melihat kembali kesilapan terbesar yang dilakukan oleh pemimpin USBO sehingga mereka tidak dicalonkan. Jika kesilapan itu berlaku..harus diperbaiki..bukannya menyemarakkan api pertentangan, dengan melihat bahawa tokoh dalam USBO inilah yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tun Mustafa.


Senario politik UMNO di semenanjung, isu suku dan bangsa minority atau majority tidak sangat mendapat tempat. Mantan PM Tun Mahathir juga dikatakan bukannya Melayu tulen,..tetapi diterima kepimpinannya, kerana konsep kemelayuan itu yang dilihat dalam konteks menyeluruh dan lebih terbuka. UMNO Sabah, masih perlu dianjak dalam hal ini..kerana pemimpin yang diterima dalam UMNO Sabah, masih dilihat sebagai bukan majority dan kerana itu gerakkan menyatukan Rumpun sebangsa berjalan dengan kadar yang senyap dan perlahan. Di luar pertimbangan politik yang matang..jika dalam satu organisasi siasah politik seperti UMNO masih mempersoalkan ‘kelayakkan’ ahlinya memimpin rumpun bangsa majority dalam parti. Maka mungkin itu sebabnya, UMNO Sabah sentiasa bergolak kerana ketidakpercayaan dan percaturan rumpun bangsa yang menyimpang. Justeru bila berlaku pengguguran peringkat kepimpinan atasan, kita rakyat Sabah melihat dengan penuh persoalan di dada. Kesetiaan sekadar dibibir, dalam hati mencatur pertimbangan luar batas kepartian.

Secara jujurnya juga kita mengakui bahawa pengguguran DSSK dan TSP, banyak memberi impak besar dalam politik Sabah. Sekalipun mendapat musibah sedemikian, namun kesetiaan mereka masih mendapat perhatian. Agak sukar kita menyalahkan siapa..tetapi apa yang jelas..budaya mencantas itu sudah lama diamalkan dalam UMNO Sabah..barangkali seawall UMNO mengembangkan sayapnya 18 tahun yang lalu. Maka yang demikian budaya ini harus dihentikan…kerana jika UMNO sabah sendiri bergolak..kita tidak Nampak harus bagaimana KDM tidak mengambil peluang yang terbentang luas.

Resolusi idea ini..membawa satu bentuk pemikiran supaya kita rakyat Sabah berada dalam politik harmoni yang terjalin sekian lama. Menghidupkan semangat yang sudah berkubur..seperti memberikan peluang kepada musuh sedia ada untuk kembali menyerang. Pertimbangan politik USBO harus memikirkan kepentingan seluruhnya rakyat Sabah, dan bukan sahaja terhad kepada rumpun sebangsa. Pertimbangan ini perlu untuk lebih berjiwa Sabah. Melakar bersama dengan idea genarasi politik akan datang akan lebih segar dan tampak bertenaga. USBO seharusnya lebih dilihat dari persepektif berbeza dan bukannya sehala Cuma.

17 ulasan :

Pendekar Tua said...

Salam sdri KM..

Saya banyak kali mendengar bahawa USBO adalah himpunan rumpun bangsa bajau. Banyak suku termasuk di dalamnya seperti iranun,sulug,timor,bugis,kedayan,brunei dan lain-lain..barangkali pakistan pun masuk...Filipino dan indonesia yang mendapat kerakyatan di Sabah juga dimasukkan...

Unknown said...

pendekar tua kena chek dengan USBO siapa termasuk dalam rumpun Bajau. Tidak baik melempar ayat yg tidak betul...

DEPU-DEPU said...

Salam Sdriku Kelapa Mawar...

" Kemasukan UMNO ke sabah telah membawa satu harapan baru kepada orang Melayu. Melayu Sabah sanggup membubarkan parti USNO, parti yang telah menjadi wadah perjuangan Melayu selama lebih 30 tahun. Orang Melayu juga sanggup mengenepikan pengaruh peribadi Tun Mustapha untuk terus kekal dalam UMNO walaupun bekas presiden parti USNO itu meninggalkan UMNO menjelang pilihanraya umum 1994. Di kalangan penyokong yang fanatik kepada USNO dan Tun Mustapha meninggalkan UMNO meletakkan mereka dalam serba salah. Menyokong Tun Mustapha bermakna mengorbankan perjuangan selama lebih 20 tahun untuk memulihkan kuasa melayu dan Islam di sabah. Berkat semangan untuk mengembalikan kekuasaan Melayu, krisma Tun Mustapha gagal menarik orang melayu untuk keluar dari UMNO...."

"....Melayu sabah sejak awal lagi perlukan pembelaan dari KL.Kedatangan UMNO diterima dengan hati terbuka dan harapan besar.Mereka bukan menyokong UMNO kerana UMNO menjanjikan pembangunan Sabah dan 'sabah baru'. Itu bukan matlamat utama orang melayu berpolitik di Sabah. seperti juga melayu di semananjung dan sarawak, Melayu di sabah juga berpolitik untuk mendapatkan 'kuasa politik'. Inilah yang telah diperjuangkan melayu sejak berpuluh tahun dalam parti USNO.

Kemasukan UMNO menjanjikan kuasa kepada orang Melayu. dan juga kepada kaum-kaum lain yang bukan Melayu. Ini adalah satu perkara yg tidak pernah terjadi dalam sejarah dan tradisi perjuangan UMNO. satu janji yang dianggap oleh Melayu sabah sebagai pengkhianatan kepada perjuangan utk mengembalikan ketuanan politik melayu di Sabah. Soalan yang kerap diajukan ialah: Apakah UMNO datang ke Sabah untuk menyelamatkan maruah Melayu atau menjadi pengkhianat perjuangan Melayu?....

( dipetik dari ;Dilema Melayu sabah: Musli Oli )


p/s Harap info ini dapat membantu perbincangan ini sekaligus membawa satu pemikiran baru mengenai kehdiran UMNO di Sabah.wassalam.

watasikadi said...

salam kak KM, USBO sebenarnya boleh digunakan sebagai platform penyatuan impian UMNO sabah untuk mula bergerak meninggalkan dengan ucapan bye2 kepada UMNO pusat. Autonomi politik sabah seperti Tuntutan Yong Teck Lee harus segera dikembalikan. Pemimpin BN harus segera berani bersuara sebelum kami pembangkang menguasai sabah. Untuk faedah rakyat sabah apa yang YTL tuntut dalah sangat perlu untuk masa depan sabah. contoh terbaik ialah sarawak berjaya menidakkan UMNO sehingga kini. Bayangkan kita masih berhutan lebih 50 juta dari pusat sedangkan pusat menikmati kekayaan hasil minyak kita. Jika Autonomi tidak juga diberi kepada UMNO sabah kerana sistem berparti Umno itu sebagai halangan, USBO boleh menjadi sayap untuk menyedarkan pemimpin pusat untuk memberi autonomi politik kepada kita sendiri. pemimpin utam sabah harus berani dan tidak menjadi barua orang seberang yang sentiasa mengambil kesempatan atas opportunist dari kalangan pemimpin kita sendiri. Impian saya melihat kita punya autonomi sendiri amat tinggi demi kebaikan rakyat kita, jangan kita kenyang dengan suapan orang seberang yang sebenarnya hanya setitik dari hak sebenar kita. pemimpin dan orang atasan kita harus memikirkan tentang rakyat miskin seperti kami, tidak hanya memikirkan empayar peribadi mereka yang berada di zon selesa. satu posting yang berfaedah dari KM. Thanks. Tapi inilah masalah aku ni, belum gaji bah dari sebelum raya...apapun penutupku macam biasa, aku tatap PAS sampai mati. TAKBIR! ulasanku atas kapasiti kebaikan rakyat sabah.

RANGKAIAN USBO said...

Salam Ziarah.

Pertama sekali, USBO ingin memaklmkan pembaca budiman sekelian bahawa USBO adalah sebuah pertubuhan NGO dan sukarela. Ianya BUKAN Pertubuhan politik walaupun ramai ahli-ahlinya menjadi ahli mana-mana parti politik. USBO tidak berhak menghalang mana-mana ahlinya menganggotai mana-mana pertubuhan siasah yang sah dalam Negara ini.

Kedua, Penyataan PENDIKAR TUA mengenai keahlian USBO yang terdiri dari suku kaum Bugis, Kedayan, Timor, Brunai dan barangkali Pakistan adalah salah, menyeleweng dan tidak berasas. Begitu juga kenyataan PENDEKAR TUA mengenai rakyat Indonesia dan Filipina yang konon mendapat kerakyatan Sabah menjadi ahli USBO. Kenyataan ini juga menyeleweng, salah dan tidak berasas. Tiada mana-mana rakyat asing diterima menjadi ahli USBO.

Apapun niat di sebalik tuduhan PANDIKAR TUA, kami memandang penyataan itu tidak bertanggungjawab, apatah lagi beliau tidak menampakkan penyertaan dan paparan yang bertanggungjawab kerana laman blognya tidak beridentiti dan tidak terbuka untuk dikongsi.

Sebagai pertubuhan NGO dan sukarela yang wujud dengan matlamat untuk memajukan rumpun bangsa dalam USBO, kami merasa terkilan dengan tuduhan yang tidak sepatutnya dilemparkan itu dan memohon agar ahli-ahli USBO dan pembaca menganggap penyataan dan paparan itu sebagai penyataan yang tidak berasaskan atau tidak tahu fakta sebenar mengenai USBO selain niat tertentu yang penulis itu sendiri yang tahu.

Beretika dan bertanggngjawab adalah amalan mulia.

KETUA PENERANGAN USBO

RANGKAIAN USBO said...

Salam Ziarah,

Suntingan dari Perlembagaan USBO.

Fasal 5. KEAHLIAN

5.1 Keahlian pertubuhan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berketurunan Bajau/Sama iaitu Badjau/badjaw, Bajo/Badjo, Jama Mapun/Kagayan, Balangingi/Bangingi, Binadan/Binnran, Kubang, Sama, Sama Delaut, Samal, Simunul, Sibutu, Sikubang, Yakan, Sibaud, Ubian/Obian, atau subsuku-subsuku Bajau/Sama yang lain termasuk Suluk dan Iranun yang tinggal menetap di Negeri Sabah........

Untuk makluman Pembaca.

palingberani said...

Assalamuwalaikum Sdri Kelapa Mawar..

Tahniah atas paparan kali ini. Mengenai USBO..!
Biarpun USBO hanya NGO tetapi dilihat mempunyai kuasa politik penentu di Sabah. Kerana suku yang bernanung di bawah NGO ini adalah rumpun bajau, bumiputera Islam.

Pemimpin nya pun orang politik. Mereka tiada jawatan, bukan wakil rakyat, bukan orang musa aman. jadi, bergerak dalam satu NGO tidak mudah..macam Ibrahim ali dengan PERKASA , hanya sekadar tunjuk nama PERKASA saja...

USBO bagi saya besar peranannya jika tidak dipolitikkan..itupun terpulang kepada ahlinya..kerana Kata Ketua Pnerangan USBO..USBO tdk ada hak menghalang ahlinya bergiat aktif dlm politik...

Sama-sama lah kita nantikan sama ada USBO akan menjadi NGO berkesan di sabah atau menjadi lubuk politik pemimpin yang disisihkan, tentunya dlm pRU-13 akan datang. Wassalam

Unknown said...

Salam Saudari Kelapa Mawar,

USBO merupakan wadah perjuangan mereka yang telah disisikan dalam PRU12 lalu. Ianya sedikit sebanyak merisaukan Musa Aman di masa akan datang. Saranan saya kepada mereka yang mendokong USBO supaya mendaftar pertubuhan dalam politik. Jangan berselindung disebalik tabir, barulah gentlmen.

Pendekar Tua said...

salam Sdri Kelapa Mawar..

Saya memohom maaf atas komen terdahulu saya yang mungkin menyinggung Pihak USBO..saya tidak ada niat jahat..saya hanya dengar melalui cerita-cerita orang..

sebagai orang bertanggungjawab saya menarik kembali kenyataan itu. dan secara terbuka saya memohon maaf.

saya pun tidak tahu sangat tentang USBO..sebagai rakyat biasa itu yang saya tahu..dan terima kasih kepada ketua penerangan USBO kerana menerangkan perkara yang sebenar. Salam maaf saya untuk USBO dan sdri Kelapa Mawar.terima kasih.

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Penubuhan USBO oleh mantan Ketua Menteri Sabah DSSK tidak ubah seperti anak minta perhatian ibubapanya. Apabila Musa Aman memegang tapuk pemerintahan kerajaan Negeri Sabah. Mereka yang mempunyai agenda politik mencari jalan agar isu ketua rumpun bangsa di Sabah tidak diberi peranan oleh Musa Aman di tiup agar ianya dapat di dengar dan dilihat oleh pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur.

Mereka seolah-olah mengugut Kuala Lumpur agar Musa Aman diturunkan dari singgahsana Ketua menteri kerana kononnya dia bukannya dari rumpun bangsa yang besar di negeri Sabah.

Apa pun ceritanya yang jelasnya inilah kepakaran DSSK dan TSP memanipulasikan politik negeri Sabah. Dan Sebagai rakyat KB kita tunggu dan lihat apakah kesudahan episod ini.

Unknown said...

Salam...
maaf...TSP & DSSK dah masam roti yang expire date/tarikhnya dah luput....

Watababai said...

salam mencelah sdri kak KM..

USBO perlu diliha t dari aspek rumpun bangsa bukannya dari kacamata politik..Dengan menyatukan rumpun bangsa uSBO bukan sahaja kebaikkannya dari sudut politik semata-mata tetapi juga dari sudut sosial..mengeratkan tali kekeluargaan rumpun sebangsa..Espek ekonomi juga boleh dimajukan...

Kelebihan USBO ini jangan dipandang dengan rasa tidak puashati kerana biarpun pemimpin USBo orang poltik tetapi mrk juga pemimpin masyarakat bangsanya..

Saya tidak tahu kalau sdr semua masih tidak nampak keutuhan kepimpinan Tan Sri pandikar...Iranun mesti mengangkatnya melebih pemimpin lain...Iranun bermula dari bangsa yg tidak dikenali..tetapi akhirnya mecatat sejarah dengan tokoh yg sdr-sdr tidak puas hati itu...

bangunkan minda dan intelek kita, baca sejarah secukupnya, kerana yang rugi bukan orang lain tetapi kita semua.

maaf kalau pdpt saya tidak sehaluan dgn sdr-sdr semua..Macam mana pun saya tetap orang rampayan..

BELUM PENDEKAR said...

Salam Semua. Saya akan komen mengenai artikel ini kemudian.

1. Pertama sekali saya ingin menjelaskan mengenai ulasan saya dalam tulisan Kelapa Mawar terdahulu. Meminjam kata-mata KM, "sejujurnya".. hehehehe.... saya mendapati bahawa ramai yang tidak senang apabila saya memuji tulisan saudara Musli dan oleh yang demikian saya kononnya dikatakan memperlekehkan idea orang lain. Saya berpendapat bahawa apa yang cuba saya sampaikan tidak difahami oleh kebanyakan pembaca yang mengikuti komen saya terutamanya Datu Panglima Tebuan dan KM sendiri. Atau, mereka ini sengaja buat-buat tidak faham. Tidak tahulah pulak. Pun begitu, Apabila saya menyifatkan tulisan saudara Musli sebagai pandangan yang baik dan profesional, maksud saya ialah, saya menghargai tulisan dan pandangan beliau kerana beliau telah mengutarakan analisis yang baik berdasarkan fakta yang benar. Beliau tidak menulis berdasarkan andaian dan idealisme beliau sendiri dan kemudian melebelkannya sebagai pandangan rakyat di bawah. Yang sedemikian itu, pada hemat saya, ada agenda namanya.... Begitu juga, Datu Panglima Tebuan kata saya tidak tahu mengira kerana saya kata pandangan yang diutarakan bukan pandangan ramai. Mungkin, pada perkiraan beliau pandangan ramai ialah pandangan bloggers yang sealiran dengan pemikiran beliau. Tapi, beliau lupa pandangan sebenar rakyat.. Saudara, apapun pandangan saudara tentang TSP dan DSSK rakyat dibawah sana tetap ramai yang masih menghargai kepimpinan mereka. Jadi, siapa yang sudah nyanyuk tidak pandai mengira ni Datu Panglima Tebuan?...

2. Begtu juga apabila saya mengatakan bahawa isu siapa TYT selepas PRU13 tidak releven. Bukankah, apa yang kita mahu ialah pemimpin yang boleh memertabatkan suku bangsa kita?. Sebab itu saya kata, isu yang releven ialah "siapa KM selepas ini". Tapi, nampaknya, mcm ada ketakutan yang besar kepada KM bila saya utarakan idea ini. Kenapa agaknya ya?.. Seperkara lagi, saya tidak dapat menyampaikan kepada DSSK dan TSP apa yang saudara pesan kerana saya tidak rapat dengan mereka berdua. Mereka berdua kenal saya pun tidak. Saya rasa mereka lebih kenal saudara KM yang berpendidikan tinggi dan berpengetahuan. Komen-komen saya adalah atas pendirian peribadi dan didasari oleh pengetahuan sedikit sebanyak tentang politik tanahair. Maklumlah saya kan Belum Pendekar seperti orang lain yang sudah merasa diri mereka "pakar" dalam politik terutama politik Kota Belud.

wassallam.

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr-sdr sekalian..

ma kasih atas kunjungan sdr semua..segala pandangan dan idea sangat-sangat saya hargai.

Buat sdr belum pendekar...

Ma kasih atas ulasan sdr biarpun seakan mula mencurigai setiap penulisan saya..tapi saya tidak melabelkan sdr sebagai tidak profesional...malahan teguran sdr saya ambil sebagai penambahan pengetahuan . saya sesungguhnya amat menghargai kunjungan dan pandangan sdr..

Bila membaca ulasan sdr..saya rasa begitu teruja sekali kalau sekiranya sdr SOMPROT MESRA ALAM yang dimanjakan dengan (SMA) dapat bersama-sama kita mengupas persoalan ini.. dah lama benar sdr SMA memukat di laut...takut pula sekarang ni musim ribut..angin kuat ! ..saya rasa sdr semua termasuk sdr Belum pendekar tertunggu-tunggu ulasan sdr Somprot..kan!.

sdr Renggit, sdr abu, sdr datu Pidtailan, sdr si badang, dan sdr Solymone pun lama sudah tak menjenguk laman KM ni...Sibuk agaknya..

salam persaudaraan utk anda semua.Ma kasih kerana mengikuti blog KM.wassalam

Unknown said...

Salam Adiku Kelapa Mawar,

Hamba kini dipertapahan, ilmu di tuntut belum habis dipelajari, namun Datu sentiasa melayari blog Adik selalu. Sebelum saya lupa Saudara Abu menyampaikan salam buat adinda, beliau kini berada di Amerika atas urusan bisnes.


Wasalam.

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,
Somprot Mesra Alam sedang mempelajari langkah-langkah baru dalam ilmu persilatan politik. Ilmu dia terpaksa ditingkatkan sudah ramai pesilat-pesilat baru yang setanding dengan ilmunya. Saya terpaksa menurunkan ilmu terbaru kepada beliau. Tunggu senggatan baru dari Somprot Mesra Alam.

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr datu Pidtilan..

kalau sudah habis pertapahan itu jangan lupa tunjukkan langkah silat pahlawan...pertontonkan supaya mrk yg sudah lama berkecimpung dalam dunia kependekaran terkejut melihat bunga-bunga silat sdr...sdr Datu Pidtailan juga boleh..hehehehe