Tuesday, October 23, 2012

Dalam kedekatan menjelangnya PRU 13 ini, banyak polimek mewarnai persadan politik Sabah. Isu-isu besar yang ditimbulkan oleh pembangkang di Sabah terutama dalam jelajah DSAI dan juga program turun padang Dr Jeffry Kitingan bersama STAR di hampir seluruh daerah  perbukitan di Sabah ini telah mula meninggalkan kesan besar pada jiwa masyarakat asal di negeri yang menyertai pembentukan Malaysia 46 tahun yang lalu.

Selain daripada isu 'pencabulan' hak Sabah dalam 20 perkara yang menjadi isu utama sekarang ini, isu kedua yang meruntun juga adalah berkaitan dengan Tanah Adat atau NCR yang berada pada 'kuasa' kerajaan negeri yang ditadbir oleh UMNO dan BN. Kes NCR ini bukan sahaja berlaku pada teori pertindihan hak milik tetapi juga kes 'rampasan' yakni mengambil tanah NCR yang diduduki dan diusahakan oleh rakyat Sabah oleh syarikat-syarikat besar yang berselindung disebalik nama KOPERASI sangat berleluasa 6 tahun yang lepas. Beberapa kes yang terlibat menumpahkan darah seperti kes di Tingkayu, dan ada juga yang membawa ke mahkamah, selain laporan polis beratus sudah dibuat, termasuk juga laporan kepada SUHAKAM dan SPRM. TETAPI semuanya menemui jalan buntu. Rakyat terus menunggu dan menunggu sekalipun ada yang sudah melepasi  beberapa purnama.

Siapa yang kata kes NCR di Sabah tidak kronik? semuanya berlaku tanpa pembelaan. Hanya dalam waktu terdekat ini ketua menteri Sabah di Dewan Undangan negeri memberikan response akan menjadi keutamaan kerajaan negeri mempertahankan hak rakyat asal terhadap tanah NCR? Persoalannya mengapa baru sekarang pembelaan ini berlaku? mengapa sejak kes ini menjadi runtutan nafsu rakyat Sabah ia tidak pernah cuba diselesaikan walaupun kerajaan negeri mempunyai hak mutlak dalam bidang perundangan mengenai tanah di Sabah?

Apakah ini sandiwara politik? atau gimik murahan yang tidak boleh dijadikan asas kukuh kepada pemberian jaminan itu. Dr Jeffry dalam satu kenyataan menyifatkan kenyataan KM Musa Aman itu sebagai bohong dan tidak serius.

Ibarat nasi sudah menjadi bubur, isu NCR ini pada hemat saya menjadi satu paltform kepada pembangkang untuk membuktikan bahawa pembelaan hak rakyat asal di negeri ini tidak dilakukan secara sungguh-sungguh oleh kerajaan BN dan UMNO. Sebab itu arus kebangkitan mula kelihatan di kalangan rakyat Sabah. Jangankan golongan muda, golongan pertengahan usia sekitar 50-60 tahun juga mula membicarakan isu NCR ini. Mungkinkah ini petanda akan ada perubahan kepimpinan di Sabah selepas PRU 13?

kenyataan Akhbar:

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman menegaskan Hak Tanah Adat Anak Negeri (NCR) adalah keutamaan dan prioriti kerajaan negeri.


Sehubungan itu, katanya, kerajaan sentiasa terbuka menerima teguran dan cadangan yang membina untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan bagi mening- katkan tahap pemeliharaan dan perlindungan NCR dan hak pemilikan tanah oleh anak negeri Sabah.


“Isu NCR tidak seharusnya diputar-belit kerana ia menyentuh kepentingan orang asal, sebaliknya setiap pihak harus memberikan sokongan bagi memastikan isu-isu berkaitan NCR dapat diselesaikan dengan baik demi menjaga kepentingan dan hak asasi orang asal negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Kunak Datuk Nilwan Kabang, pada sesi soal jawab, persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.


Musa berkata, bagi memastikan lebih ramai orang asal mempunyai tanah, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk menukarkan rizab hutan kepada tanah kerajaan.


“Saya secara peribadi akan memastikan prinsip menjaga, memelihara dan melindungi kepentingan hak-hak orang asal, akan sentiasa didahulukan.


“Oleh itu saya berharap, tidak ada lagi pihak yang akan memanipulasikan perkara berkaitan NCR, sebaliknya bekerjasama membantu menyelesaikan apa-apa sahaja perkara berkaitan NCRdemi kepentingan dan hak-hak orang asal negeri Sabah.


“Saya juga berharap isu ini tidak dijadikan bahan politik murahan untuk meraih dan memenuhi kepentingan dan agenda politik golongan tertentu,” katanya.


Musa berkata, jumlah keseluruhan keluasan tanah kerajaan yang telah diperuntukkan kepada anak negeri Sabah melalui lima kaedah sama ada dalam bentuk hak milik tanah Native Title (NT), ekuiti dan pewartaan adalah seluas 890,626.47 hektar atau 45 peratus daripada keluasan tanah kerajaan yang telah diberi milik di negeri Sabah.


“Keluasan ini adalah lebih besar daripada keluasan negeri Selangor yang mana berukuran seluas 795,600.00 hektar sahaja. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri serius meningkatkan pemilikan tanah oleh anak negeri Sabah,” katanya.


Katantya lagi, walaupun Ordinan Tanah Sabah telah digubal pada 13 Disember 1930, namun tuntutan NCR masih boleh dikemukakan di bawah Seksyen 14 kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) dan pada masa yang sama kerajaan negeri akan terus berusaha meningkatkan pemilikan hartanah oleh Anak Negeri.


“Kerajaan Negeri Sabah telah menjalankan tanggungjawab fiduciary untuk memelihara dan melindungi hak tanah adat dan pemilikan tanah anak negeri. Tohmahan yang mengatakan kerajaan mengetepikan tuntutan Tanah Adat Anak Negeri Sabah dan mendiskriminasikan pemberi milikan tanah kepada Anak Negeri Sabah adalah tidak benar,” katanya.


Berkenaan dengan pemberi milikan tanah melalui proses kelulusan permohonan tanah kepada anak negeri, Musa berkata sehingga Disember 2011, kearjaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah mendaftar sebanyak 348,652 hak milik tanah dan daripada jumlah itu, 190,452 adalah hak milik tanah anak negeri (NT) telah diberikan kepada anak negeri.


”Jumlah keseluruhan keluasan tanah yang telah diberi hak milik ialah seluas 1,970,961 hektar dan daripada jumlah itu, seluas 487,680 hektar adalah keluasan bagi hak milik tanah NT. Jumlah ini merupakan 24.7 peratus daripada jumlah keluasan hak milik tanah yang didaftarkan di Sabah,” katanya.


Beliau berkata bagi meningkatkan jumlah bilangan dan keluasan hak milik tanah NT kepada anak negeri, kerajaan telah mempercepatkan proses kelulusan dan pengukuran permohonan tanah serta penyediaan hak milik tanah.


”Sehingga bulan Ogos 2012, sebanyak 35,350 permohonan tanah telah diproses dan daripada jumlah itu 10,540 permohonan tanah telah disokong untuk diluluskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (LUC).


”Daripada sebanyak 10,540 permohonan tanah yang telah disokong untuk kelulusan, 9,922 adalah terdiri daripada permohonan tanah syarat NT untuk anak negeri,” katanya.


Dari segi pewartaan tanah simpanan anak negeri, sehingga Disember 2011, keluasan tanah kerajaan yang telah diwartakan untuk kegunaan anak negeri seperti perkampungan dan padang ragut ialah seluas 53,190.857 hektar (131,437.267 ekar).


Dari segi pemberi milikan tanah kepada anak ngeri melalui geran komunal, Musa berkata sehingga Disember 2011, sebanyak tujuh geran komunal NT dengan keluasan 12,777.14 hektar telah dikeluarkan kepada seramai 2,661 peserta yang melibatkan tiga buah daerah.


Sebanyak 52 geran komunal dengan keluasan 23,046.07 hektar akan dikeluarkan kepada seramai 5,373 benefisiari (peserta) yang melibatkan tujuh buah daerah. Jumlah keseluruhan geran komunal yang telah dan akan dikeluarkan ialah sebanyak 58 geran komunal NT dengan keluasan 35,823.21 hektar, melibatkan seramai 8,034 benefisiari (peserta). Geran komunal NT tersebut terletak di sembilan buah daerah melibatkan sebanyak 122 buah kampung.


Katanya lagi, kerajaan negeri juga merancang untuk mengeluarkan geran komunal di kawasan Kota Marudu seluas 17,000 ekar, Pitas seluas 10,000 ekar, Tongod seluas 15,000 ekar, Semporna (Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung Nagas) seluas 5,177.12 ekar


“Bagi membolehkan beberapa geran komunal dikeluarkan, kerajaan negeri melalui Persidangan Dewan Undangan Negeri pada April 2010 telah membubarkan seluas 24,563 hektar daripada Hutan Simpan Sook Plain dan Mandalom secara land swap dengan tanah kerajaan demi kesejahteraan rakyat di luar bandar khususnya anak negeri Sabah,” katanya.


Musa berkata, penggubalan undang-undang tanah pada 13 Disember 1930 pada zaman pemerintahan British North Borneo Chartered Company telah memberi kesan besar terhadap tuntutanNCR di negeri Sabah.


Beliau berkata, sebelum tahun 1930, pendudukan tanah oleh seseorang anak negeri adalah secara bebas tanpa sekatan undang-undang. Bagaimanapun, sselepas tahun 1930, pendudukan tanah kerajaan oleh seseorang anak negeri adalah tertakluk kepada Seksyen 5, Seksyen 6(1), Seksyen 65 dan Seksyen 88 Ordinan Tanah Sabah di mana pendudukan tersebut perlu ditentu-sahkan secara sah atau tidak sah terlebih dahulu.


“Jika pendudukan didapati sah dan memenuhi kriteria Seksyen 15 Ordinan Tanah Sabah (definasi Hak Tanah Adat), maka pendudukan tersebut akan dipertimbangkan dan diiktiraf sebagai pendudukanNCR dan hak milik tanah boleh dianugerahkan,” katanya.


Katanya lagi, sejak penggubalan undang-undang tanah tersebut, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah menggunapakai perundangan tersebut sebagai asas untuk memutuskan sebarang tuntutan hak tanah adat di negeri Sabah.


Sehubungan itu, katanya sejak 1997 hingga September 2012, Jabatan Tanah dan Ukur menerima sebanyak 615 kes tuntutan NCRmelibatkan seramai 1,164 orang penuntut di seluruh Sabah. Daripada jumlah itu 207 kes diiktiraf sebagai pendudukan NCR, 70 kes telah ditolak dan 338 kes masih dalam penyiasatan.


“Kerajaan Negeri berjanji akan mempercepat proses siasatan terhadap 338 kes dengan menggunakan Unit Bergerak Anak Negeri atau PANTAS. Kehadiran PANTAS di kampung-kampung, masalah berkaitan tanah anak negeri di luar bandar akan dapat diselesaikan dengan cepat dan teratur mengikut undang-undang Ordinan Tanah Sabah,” katanya.

37 ulasan :

Star said...

kenyataan ini belum pasti betul. Rakyat tak seharusnya termakan dan kenyang dengan rumor spt ini.

Star said...

KOTA KINABALU: Kepimpinan di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang dinamik merupakan antara rahsia kejayaan Sabah mendapat pengiktirafan cemerlang iaitu Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut sejak tahun 2000 mene- rusi Laporan Audit Negara.

Star said...

Menurut Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Tintingan, kejayaan tersebut juga tidak akan tercapai tanpa adanya visi dan keupayaan dari segi pemikiran yang bernas dan tindakan susulan untuk mencapai sebuah negeri yang maju jaya, aman makmur dan sejahtera.

Star said...

Datuk Tawfiq Abu Bakar Tintingan “Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Musa Aman yang juga selaku Menteri Kewangan yang buat sekian kalinya telah berjaya membimbing dan mengemudi negeri ini kea rah kejayaan dan kecemerlangan,”

Star said...

Sementara itu, Tawfiq turut men- yangkal segala dakwaan dari pihak pembangkang yang mendakwa tanpa merujuk fakta bahawa kononnya pengurusan kewangan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional tidak teratur dan sebagainya.

Hinamori said...

Diharap kerajaan akan tunaikan janji2 kepada rakyat

Anonymous said...

masalah tanah di Sabah diharap dapat diselesaikan.

Anonymous said...

masalah tanah di Sabah diharap dapat diselesaikan.

Anonymous said...

Kerajaan Negeri memberi jaminan tidak akan mengambil tanah yang dipajakkan kepada pemaju dan pihak komersil lain selama 99 tahun. Bagaimanapun, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pihak yang berkaitan boleh memperbaharui tempoh pajakan dalam masa 10 hingga 20 tahun sebelum tamat tempoh.

Anonymous said...

Walaupun tempoh tamat pajakan itu tinggal 20 atau 10 tahun, kerajaan masih boleh meluluskan pembaharuan tempoh itu kerana tanah itu dimiliki rakyat dan bukannya kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Gabungan Persatuan Cina Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini

Anonymous said...

Sebelum ini, Persatuan Pemaju-pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) meminta kerajaan negeri supaya mengembalikan tempoh pajakan berbanding 99 tahun khususnya yang berkaitan hak milik tanah yang dibelah bahagi kepada pemilik dan pembeli rumah.

Anonymous said...

berhubung kedudukan harga tanah yang tinggi di Sabah, Musa berkata ia adalah bergantung kepada kuasa pasaran dan bukan bidang kuasa beliau untuk mengawal pasaran harga.

Hamdan Hadillah said...

Itulah kebenaran. Percayalah dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Musa itu.

Hamdan Hadillah said...

Kerajaan sudah menyatakan yang akan memandang serius akan usaha menangani masalah tanah di Negeri Sabah ini.

Hamdan Hadillah said...

Teruskan menyokong parti yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Hamdan Hadillah said...

Isu tanah ini sudah lama dibangkitkan dan sebelum ini pun kerajaan ada merancang yang terbaik untuk memastikan masalah ini dapat ditangani. Tapi menjadi masalah adalah pihak pembangkang yang cuba memutar belit usaha kerajaan itu dengan fakta yang tidak tepat.

Hamdan Hadillah said...

Buktikan yang mana kerajaan yang dipilih selama ini adalah kerajaan yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Bea Raymond Kisil said...

Anwar dan Jeffrey sibuk mahu menghasut rakyat. Semasa mereka berkuasa dulu, apa yang mereka buat? Mengumpul harta kekayaan??

Bea Raymond Kisil said...

Musa sendiri anak negeri, tentu saja perkara yang berkaitan dengan NCR menjadi keutamaan kerajaan.

Anonymous said...

apa yang sukar dipercayai? musa telah memberikan penjelasan dan penerangan secara panjang lebar termasuk statistik2 terkini...

Anonymous said...

musa juga telah memberi jaminan bahawa isu NCR akan menjadi prioriti/keutamaan kerajaan negeri..

Anonymous said...

hanya kerajaan saja yang boleh menyelesaikan isu ini...pembangkang tidak boleh buat apa2 kecuali mempolitikkannya kerana ianya tidak tertakluk dalam kuasa mereka..rakyat jangan keliru..

Paquin said...

Aiks bukan Musa pernah cakap isu NCR akan diberi keutamaan ka?

Paquin said...

Janganlah timbulkan perkara-perkara yang boleh mengelirukan rakyat. Kita patut percaya kepada kebolehan Musa.

Paquin said...

Tak dinafikan isu NCR agak merisaukan di Sabah,nmaun saya yakin dengan adanya kerajaan sedia ada yang menjaga kebajikan rakyat pasti setiap masalah yang timbul dapat ditanggani dengan baik.

Paquin said...

Mungkin ia akan ambil masa yang agak panjang, namun setiap masalah itu pasti ada penyelesaiannya.

Paquin said...

Harap Musa dapat menanggani setiap permasalahan yang timbul mengenai isu NCR:)

Unknown said...

Bila ada kenyataan positif, dipertikaikan juga. entah apalah yang mereka mahu ni.

Unknown said...

Bagaimana sudah dengan penubuhan 'Tribunal Tanah' bagi 'Penjenayah Tanah Adat'?

zam said...

sudah dinyatakan bahawa isu NCR akan diberikan keutamaan.

zam said...

apa pun yang dibuat pasti akan ada yang pertikai.

zam said...

ada pihak yang lebih suka menyalahkan orang lain daripada membantu mencari penyelesaian.

zam said...

setiap permasalahan haruslah diselesaikan dengan sebaiknya.

zam said...

semoga setiap isu yang berlaku akan diatasi dengan sebaiknya.

Sotong Kurita said...

Laporan Audit Pecahkan Tembelang Sebenar Pentadbiran Pembangkang

Kini, para peneroka dan penduduk tempatan yang pernah teruja dan tertipu dengan janji palsu PAS Kelantan, pastinya sedang menyala amarah dalam hati mereka selepas membaca Laporan Audit 2011 yang dibentangkan baru2 ini.

Kemarahan mereka ada asasnya kerana selain tanah yang sekian lama diterokai telah dirampas dan permohonan mereka untuk memiliki tanah tersebut telah dinafikan, mereka juga dinafikan hak menerima dividen bulanan RM200.00 manakala janji diberi peluang bekerja di ladang tersebut juga gagal ditunaikan oleh pihak terbabit.

Sotong Kurita said...

Laporan Audit Pecahkan Tembelang Sebenar Pentadbiran Pembangkang

Malah Orang Asli di beberapa kawasan berdekatan yang tanah adat mereka turut menjadi mangsa kerakusan syarikat swasta yang bersekongkol dengan kerajaan negeri juga sudah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dan protes aman membantah perlaksanaan Ladang Rakyat tersebut.

Umpan dan pengharapan yang ditabur oleh kerajaan negeri konon melalui Ladang Rakyat akan mampu membantu meningkat taraf hidup 4,767 orang peserta hakikatnya tidak lebih sekadar janji politik semata-mata.

Unknown said...

bila ditanya manganai si izzah, jeffrey ni diam berkecuali plak! berpura2 pula cari helah yg lain, padahal i.c + imigran jadi pengundi ni slu berputar di minda si jeffrey neh! adoiina