Wednesday, January 16, 2013

Saya memetik antara lain komen sdr Norjam Endingan dalam FCB mengenai ketokohan DARD selaku MP KB. Walaupun pandangan itu bersifat peribadi tetapi ia mungkin bermakna bagi sesetengah orang dan tidak bererti bagi yang lainnya.

Dalam kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, elemen membanding beza adalah sesuatu yang sangat penting. Dalam soal kepimpinan membandingkan pencapaian pemimpin dengan pemimpin yang lain adalah sangat-sangat mujarab kepada pemikiran rakyat supaya pemimpin yang dipilih dan terpilih mempunyai keupayaan dan daya juang membela nasib rakyat.

Saya memetik juga kata-kata Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa ceramah umumnya menyatakan bahawa 'yakinlah bahawa PR jika ditakdirkan memerintah negara, akan berbuat lebih baik dari kerajaan BN". Keyakinan itulah yang terpegang oleh sejumlah besar anak-anak muda dan pejuang PR untuk memastikan hasrat mereka menawan Putrajaya terlaksana hendaknya.

Begitu jugalah keyakinan rakyat bawahan dalam memilih pemimpin. Bermakna pemimpin yang dipilih itu tentunya lebih baik dari pemimpin yang terkemudian.

Parlimen KB menyaksikan secara kasarnya dimonopoli oleh DSSK. Sudah berapa penggal parlimen, beliau menjadi MP KB? saya rasa ramai yang tahu, bahawa beliau adalah antara pemimpin politik di Sabah yang paling lama berstatus ahli parlimen. hanya 2008 beliau tidak tercalon dan diganti oleh DARD. reputasi DARD bagi saya jauh lebih baik dari DSSK ketika menjadi MP. Ini yang dikatakan banding beza. Banyak permasalah rakyat KB berada di hati DARD dan ada usaha untuk menyelesaikannya walupun pada akhirnya DARD seakan merajuk dan tawar hati.Kesesakan di pekan KB adalah antara contohnya selain dari bekalan air bersih.

DSSK bagi saya harus berubah pendekatan politiknya. Itupun jika beliau dicalonkan semula pada PRU 13 ini. DSSK harus memikirkan halatuju pembangunan KB lebih baik dari yang dilakukan oleh DARD.Itu cabaran paling besar buat DSSK. Jika tidak stail kepimpinan beliau akan ketinggalan zaman dan satu masa beliau akan disisihkan sendiri oleh masyarakatnya.

Sebagai ahli ilmuan dan berstatus dR. rasanya DSSK tidak punya masalah besar menterjemah kembali stail kepimpinanannya supaya rakyat KB dapat melihat setidak-tidaknya beliau lebih baik dari DARD. Sepanjang DSSK menjadi MP KB, tidak semua masalah rakyat diambilkira. Pembangunan KB lembab.Hanya pada era DARD barulah nampak ada perubahan. DSSK di KB lebih banyak dilihat sekadar mengekalkan legasi kepimpinan arwah bapanya yang diwarisinya. nama-nama keluarga diabadikan dalam bentuk bangunan, sekolah, jalan, yayasan , taman dan lain-lainnya. itu tidak salah tetapi aspek keperluan asas rakyat harus diutamakan.

Jika rakyat KB tidak meletakkan DSSK ditempat yang sewajarnya sebagai pemimpin budiman, maka jangan salahkan rakyat kerana penderkatan dan pemikiran lapuk yang dipelihara. Sekurang-kurangnya kehadiran DARD menjadi kayu ukur keberjayaan pemimpin selepas itu.

7 ulasan :

mantera said...

Rahman adalah pemimpin muda yang berpandangan jauh.

CarloS said...

Rakyat, khususnya orang Melayu dan bumiputera, diingatkan agar tidak mengambil risiko dengan menjadikan pilihan raya umum ke-13 sebagai ‘uji kaji’.

CarloS said...

Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rakyat perlu mengamalkan politik yang cerdik dan matang serta tidak memperjudikan masa depan negara di tangan pembangkang.

CarloS said...

“Secara ringkas kita hanya ada dua pilihan…sama ada kita akan bekerja kuat kekalkan kuasa dan berlaku adil kepada orang lain seperti kita buat selama ini, ataupun kita leka serahkan kuasa kepada orang lain dan kita berdoa orang lain berlaku adil kepada kita,” katanya

CarloS said...

Ahli Parlimen Kota Belud itu juga berkata pakatan pembangkang tidak mempunyai jawapan atau strategi untuk Malaysia menghadapi cabaran globalisasi serta cabaran ekonomi dunia yang kian kompleks.

CarloS said...

“Kalau pakatan pembangkang tidak ada jawapan saya minta mereka ketepi dan biarkan Barisan Nasional (BN) memberi jawapan kepada Malaysia,” katanya.

CarloS said...

Beliau juga turut mengusulkan setiap pemimpin dan anggota UMNO serta komponen BN supaya melipatgandakan usaha menjuarai, merasai denyut nadi dan memenangi hati dan nurani rakyat.