Saudara Pengarang,
RANAU : Masalah pengangguran anak-anak muda Sabah terus kritikal. Dilaporkan seramai lebih 300,000 orang Sabah yang berhijrah bekerja di Lembah Kelang sahaja dan angka ini pasti jauh lebih besar jika dicampur dengan seluruh Malaya dan Singapura.
Sementara kakitangan Malaya yang menyerbu ke Sabah terdiri dari penjawat bertaraf pegawai, Sabahan yang bekerja di Malaya adalah kebanyakannya bekerja di kilang-kilang. Dilaporkan juga bahawa ramai mereka yang hidup merempat di Malaya dan malah ada yang menghabiskan malam mereka di bawah jambatan.
Situasi ini menempatkan Sabahan setaraf dengan rakyat Indonesia, Filipina dan Bangladesh yang datang ke Malaysia sebagai pekerja asing. Amat menghairankan apabila bumi Sabah yang kaya dengan pelbagai hasil tapi rakyatnya adalah termiskin di Malaysia dan dangan kadar pengangguran paling kronik di Malaysia.
Bayangkan sahaja bila hasil cukai Sabah pada 2012 ialah RM 38 billion tetapi hasil sebanyak itu gagal menjana ekonomi negeri Sabah dan gagal menjana peluang pekerjaan yang amat diperlukan anak-anak muda. Apa tidaknya, semua hasil itu Malaya pungut melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Ironinya, semakin ramai pegawai Malaya dihantar ke Sabah. Pada tahun 1980-an dahulu, bila kita suarakan kehadiran mereka di Sabah, pemimpin kita sering buat alasan bahawa Sabahan belum layak memegang jawatan-jawatan itu.
Tapi pada tahun 2013 ini, alasan itu sudah tidak dapat diterima sama sekali. Di Ranau sahaja, saya amat yakin lebih 500 org lulusan Sarjana, sarjana muda dan diploma masih menganggur. Kalau setakat lulusan SPM, angka itu mampu mencapai ribuan orang.
Penghijrahan beramai-ramai anak muda ke Malaya adalah satu kerugian besar kepada Sabah dan Ranau. Pekan Ranau amat lembab berkembang kerana volume wang penduduk amat perlahan meningkat.
Jika peluang pekerjaan dijana d Ranau, dan katalah terdapat 5,000 orang Ranau mendapat peluang pekerjaan itu, jika mereka berbelanja RM800 sebulan, maka sejumlah RM4j wang akan dibelanjakan di Ranau sebagai tambahan kepada yang sedia ada setiap bulan. Ini pasti dapat merancakkan perniagaan dan seterusnya pembangunan di Ranau.
Untuk mengatasi masalah pengangguran di Sabah bukanlah terlalu sukar. Kerajaan BN hanya perlu tunaikan manifesto pilihan raya iaitu menghormati Perkara 20. Perkara 8 iaitu Borneonisasi hendaklah dilaksanakan serta merta supaya semua jawatan d Sabah diisi Sabahan sendiri.
Perkara 11 iaitu kuasa menungut dan mengurus hasil cukai dipulangkan kepada Sabah. Dengan hasil cukai yang terlalu besar, ia dengan mudah mampu menjana pembangunan untuk Sabah dan mampu mengubah ekonomi Sabah dalam tempoh 5 tahun.
Kerajaan BN juga perlu memansuhkan polisi kabotaj serta merta. Gara-gara polisi ini, pelabur asing seperti Jepun, China dan USA tidak berminat melabur di Sabah disebabkan kos tinggi dan masa perjalanan perdagangan perkapalan yang memakan masa panjang. Akibat kekurangan pelabur, peluang pekerjaan terbantut dan pengangguran berleluasa.
Saya menyeru kepada pemimpin-pemimpin di Ranau supaya prihatin dengan nasib anak-anak muda sekarang. Mereka perlu bersuara mendesak Perkara 20 dilaksana dan polisi kabotaj dimansuhkan serta merta.
Amat malang, Ranau yang terkenal dengan paling ramai pelajar di universiti, tetapi akhirnya mereka ini menjadi penganggur dan terpaksa bekerja di kilang-kilang di Malaya. Lebih malang, mereka ini akan menanggung hutang PTPTN selepas habis pengajian tanpa pekerjaan.
Sekian, Salam Hormat,
JALIBIN PAIDI
Ahli Jawatankuasa Negeri STAR Sabah

58 ulasan :
Sebagai Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat yang baru, Datuk Siringan Gubat berharap untuk meningkatkan lagi program-program Kementeriannya yang sedia ada untuk menjadikannya supaya lebih berkesan.
Siringan berkata, program-program sudah sedia dilaksanakan untuk pembangunan modal insan dan sumber serta teknologi maklumat. Katanya, ia kini tugasnya untuk mempertingkatkan lagi program-program ini untuk memastikan rakyat Sabah, terutamanya para belia, mendapat manfaat sepenuhnya daripada program itu.
Kementerian mengambil langkah-langkah untuk menangani masalah pengangguran di negeri ini dan langkah-langkah ini termasuk menyediakan pelbagai kemahiran dan kursus-kursus latihan untuk siswazah menganggur, telah berjaya dilakukan.
Sebagai contoh, Siringan menekankan kebanyakan, jika tidak semua pelatih dari Pusat Latihan Kemahiran Sabah (SSTC) - program di bawah Kementeriannya - mendapat pekerjaan selepas menamatkan latihan mereka.
Penembusan Internet yang tinggi juga berada dalam senarai keutamaan Siringan. Beliau akan berusaha memastikan sasaran 50 peratus penembusan Internet di negeri ini menjelang akhir tahun ini, dapat dicapai.
"Kadar penembusan Internet Negeri adalah kira-kira 47 peratus. Kami akan berusaha untuk terus meningkatkan kadar penembusan jalur lebar Internet," katanya.
Program e-Desa yang menyediakan kepada masyarakat kampung yang mempunyai akses kepada Internet, juga akan terus dikembangkan.
Siringan berkata, lebih banyak program berkaitan ICT bagi Negeri sedang dirancang, yang mana Kementerian beliau akan mendapatkan dana tambahan daripada Kerajaan Persekutuan.
kebanjiran PATI atau pekerja asing di negeri ini adalah bukti wujudnya banyak peluang perkerjaan di sabah..
di mana2 negarapun, masalah pengangguran tetap wujud.. malah ditempat yang berlambak peluang pekerjaan pun, asih ada juga penduduknya yang keluar merantau mencari kerja..
masalah pengangguran di sabah sebenarnya turut disumbangkan oleh pembangkang.. bukankah mereka juga yang membantah bila kerajaan bercadang mahu laksanakan projek di kawasan2 mundur??
sejak dulu pemimpin2 pembangkang seperti Jalibin suka sangat mempertikaikan tindakan kerajaan, siap menghasut rakyat supaya tidak menerima projek2 yang hendak dilaksanakan kerajaan.. bila kurang pekerjaan, inilah kesempatan pembangkang seperti jalibin mengkritik kerajaan kononnya gagal menyediakan peluang pekerjaan..
selain membantah projek2 pembangunan ekonomi kerajaan, pembangkang juga gemar menghasut belia termasuk para pelajar untuk berdemo atau terlibat aktif dalam politik.. bila pelajaran mereka terjejas, pembangkang salahkan kerajaan pula..
SISWAZAH JANGAN TERLALU MEMILIH PEKERJAAN
Para siswazah di negeri Sarawak dinasihatkan supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dengan mengemukakan pelbagai alasan remeh dan permintaan kurang munasabah sebelum bekerja.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Peter Nansian Ngusie berkata, mendapatkan pekerjaan bagi menyara kehidupan sendiri dan keluarga adalah harapan tinggi setiap siswazah yang baru menamatkan pengajian.
Justeru katanya, mereka tidak sepatutnya terlalu berbangga dengan segulung diploma atau ijazah sehingga meminta gaji lumayan walaupun tiada pengalaman selain mahukan kerja yang mudah.
"Siswazah mesti bersedia memasuki alam pekerjaan yang memerlukan pengorbanan tenaga dan masa. Tidak ada alasan untuk tidak mahu bekerja lebih masa atau di luar pejabat.
"Pada masa sama, mereka tidak boleh hanya berharap kepada pekerjaan dalam kerajaan sahaja sebaliknya harus berani mendapatkan pekerjaan di sektor swasta," katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada jamuan malam Pra-Graduan Sesi Disember 2010/April 2011 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam tadi.
Nansian juga mengingatkan bahawa dalam memperoleh pekerjaan, siswazah harus mengubah minda untuk tidak memilih pekerjaan berdasarkan bidang kursus yang dipelajari atau jawatan diminati sahaja.
"Mereka juga harus mengetahui bagaimana cara untuk mencipta ruang-ruang baru dalam bidang pekerjaan.
"Ijazah hanya sekeping kertas yang hanya melayakkan anda memohon dan bukannya melayakkan untuk mendapat pekerjaan," ujar beliau.
Terdahulu dalam ucapan, Pengarah UiTM Sarawak, Dr. Jamil Hamali berkata, pihaknya kini dalam proses menawarkan lebih banyak program menepati permintaan pasaran pekerjaan khususnya di negeri ini.
"Antara lain, kita berharap dapat memperkenalkan kursus baru yang selari dengan pelaksanaan wilayah pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) bagi memacu pembangunan dan kemajuan di negeri ini," katanya.
Belia, siswazah menganggur jangan pilih kerja
Ewon menerima cenderahati daripada Maryo.
RANAU: Belia dan siswazah yang masih menganggur dinasihatkan supaya tidak merasa malu untuk menerima apa sahaja pekerjaan yang ditawarkan walaupun tidak setaraf dengan kelulusan akademik yang diperolehi.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ewon Ebin berkata sifat sesetengah masyarakat yang terlalu memilih kerja menyebabkan pertambahan pengangguran di negara ini meningkat dari masa ke semasa.
“Selain itu, keinginan dan harapan seseorang untuk mendapatkan pekerjaan dengan kerajaan atau swasta juga memberi impak kepada kadar pertambahan pengangguran.
“Negara kita sebenarnya mempunyai banyak peluang pekerjaan yang hanya menunggu kita untuk mentransformasikannya menjadi sesuatu kerjaya yang boleh menjana pendapatan,” katanya.
Bagaimanapun, tambahnya, ia bergantung kepada usaha gigih dan kreativiti sendiri untuk mengubah segala sesuatu itu menjadi berharga atau menjadi wang.
Sehubungan itu, Ewon menasihatkan para belia yang menganggur supaya mengambil apa sahaja peluang pekerjaan yang ada buat sementara dan pada masa yang sama menjadikan kerja itu sebagai satu landasan untuk belajar dan memperbaikinya.
Beliau turut mengajak belia supaya mengikis sifat malas dan memilih kerja yang didorong oleh perasaan ego bahawa dirinya berpendidikan tinggi kerana sifat itu hanya akan membuang masa malah merugikan diri sendiri.
Katanya, tidak salah untuk mengejar yang terbaik, namun apabila keadaan tidak mengizinkan dan akibat persaingan yang begitu kompetatif, belia perlu mencari alternatif lain yang boleh membantu memajukan kehidupan sendiri.
Ewon berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penutupan Seminar Kerjaya Bersama Belia anjuran Sabah Job Centre, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) di Rumah Rehat Lohan di sini.
Menurut Timbalan Setiausaha Tetap KPSKTM, Maryo Ngasio, seminar dua hari itu telah dihadiri seramai 115 belia lepasan SPM, STPM, para graduan dan pencari kerja/penganggur sekitar daerah Ranau.
Katanya, objektif utama seminar itu adalah untuk membantu belia mengenali jati diri bagi mengadaptasi persekitaran kerja ke dalam diri individu/mereka.
Selain itu, ia juga membantu memantapkan kebolehan, kemahiran dan keyakinan diri para belia bagi merealisasikan potensi mereka di samping mendedahkan pengetahuan berhubung kerjaya dan bagaimana menangani isu-isu belia masa kini, tambahnya.
Pada ceramah itu, pihak KPSKTM telah menjemput dua orang penceramah bertauliah iaitu Prof Dr Balan Rathakrishnan (kaunseling kerjaya) dari UMS dan penceramah motivasi George Clinton seorang usahawan berjaya dan pengurus sebuah syarikat swasta.
Turut serta di majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Ranau, Bernard Kimin, Setiausaha Politik dan Sulit Kementerian, Japirin Sahadi dan Dallius Ubin, serta pegawai-pegawai kerajaan daerah Ranau.
Terdapat lebih 32,000 pemohon kerja di Sabah, kata Ketua Men- teri
Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berdasarkan statistik terkini daripada
Jobs- Malaysia.
kerajaan komited membantu golongan ini dengan me- laksanakan program Skim
Latihan 1Malaysia (SL1M) yang melibatkan pihak swasta mene- rusi
Tangungjawab Sosial Korporat (CSR).
Pelaksanaan program SL1M ini adalah bertepatan dengan masanya kerana sekurang- kurangnya ia berupaya mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan.
Kerajaan Negeri sentiasa men- yambut baik usaha pelbagai pihak termasuk
daripada jabatan dan agensi kerajaan, sektor korporat dan swasta dalam
membantu mengurangkan pengangguran di kalangan graduan di Sabah.
Kerajaan amat prihatin terhadap nasib rakyat termasuklah golongan belia khususnya para graduan
Kita telah dan akan sentiasa melaksana- kan pelbagai program bagi memastikan mereka mempunyai peluang untuk mendapat pekerjaan
sektor swasta juga turut berperanan penting bagi memastikan negeri ini
mempunyai kepakaran yang sesuai dengan keperluan industri dan kehendak
semasa dalam memberi peluang pekerjaan kepada para graduan.
Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif potongan cukai berganda
kepada syarikat yang menyertai program ini dengan kelulusan cukai
diberikan selama hanya 5 tahun berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012 sehingga 31
Disember 2016.
Pemberian insentif ini adalah sebagai tanda penghargaan dan
pengiktirafan Kerajaan di atas kerjasama, komitmen dan sokongan padu
yang diberikan serta usaha-usaha murni yang dijalankan oleh semua
syarikat yang terlibat dalam menjayakan program SL1M ini
harap bilangan syarikat khususnya di Sabah akan bertambah selepas program Outreach SL1M ini
Kerajaan Negeri turut menggalakkan pelabur luar datang melabur dan
membuka syarikat di Sabah supaya ia dapat membuka peluang kepada para
graduan di negeri ini mendapat pekerjaan.
menasihati para graduan supaya tidak memilih kerja dan terus berusaha
tanpa putus asa dalam mencari pekerjaan serta melengkapi diri mereka
dengan kemahiran dan pengetahuan secukupnya untuk menghadapi dunia
pekerjaan.
Selaras dengan konsep “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji kemungkinan pelaksanaan gaji minimum kebangsaan untuk pekerja sektor swasta di Malaysia
Kajian ini juga selaras dengan hala tuju Kerajaan untuk merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) yang berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi dan usaha mempertingkatkan taraf hidup isirumah berpendapatan rendah.
Tidak dinafikan, masih terdapat segelintir rakyat yang hidup di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI), malahan ramai pekerja yang menerima upah kurang daripada RM750 sebulan. Sebagai contoh, analisis gaji yang ditawarkan oleh majikan dalam program Fast Track KSM bagi bulan Oktober - Disember 2009, menunjukkan gaji purata pekerja tempatan seperti dalam jadual berikut
Berdasarkan kiraan gaji purata bagi lima sub-sektor berkenaan iaitu Elektrik & Elektronik, Perabot, Plastik, Sarung Tangan Getah dan Tekstil, gaji pokok purata adalah RM626.76 sebulan manakala gaji kasar purata termasuk elaun-elaun tetap adalah RM762.20 sebulan.
Peningkatan kos sara hidup terutamanya harga barang keperluan harian yang semakin meningkat, golongan berpendapatan rendah ini menghadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan hidup mereka terutamanya di kawasan bandar.
Cadangan penetapan gaji minimum kebangsaan sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan permasalahan ini.
Namun demikian, sesetengah pihak berpendapat penetapan gaji minimum kebangsaan akan membawa kepada implikasi negatif kerana ia boleh menjejaskan kuasa pasaran (distort market forces).
Pelaksanaan gaji minimum juga boleh menyebabkan ‘kehilangan’ beberapa kategori pekerjaan di peringkat rendah yang masih ada permintaan terutamanya untuk golongan yang mudah terjejas (vulnerable groups) khususnya mereka yang bekerja di luar bandar dan secara tidak langsung akan meningkatkan kadar pengangguran negara.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan pelaksanaan gaji minimum, sila layari pautan gaji minimum yang disediakan.
Perintah Gaji Minimum 2012 telah diwartakan pada 16 Julai 2012 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013 bagi majikan yang menggaji enam orang pekerja atau lebih.
jika GST dilaksanakan di negara ini, nescaya Sabah akan mengalami kadar kemiskinan lebih tinggi dari sebelum ini
I strongly think that there is need to urgently create more low costs/affordable housings for the needy in this country
adakah masalah pengangguran anak-anak muda Sabah menjadi beban kerajaan?
Kerajaan BN juga perlu memansuhkan polisi kabotaj serta merta. ===> adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan untuk memansuhkan sistem kabotaj ini di negeri ini, di mana ianya mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan...
Polisi kabotaj sedikit-sebanyak telah memberi kesan buruk kepada Sabah iaitu kekurangan pelabur, peluang pekerjaan terbantut dan pengangguran berleluasa.
Terdapat lebih 32,000 pemohon kerja di Sabah, kata Ketua Men- teri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berdasarkan statistik terkini daripada Jobs- Malaysia.
Sehubungan dengan itu katanya, kerajaan komited membantu golongan ini dengan me- laksanakan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang melibatkan pihak swasta mene- rusi Tangungjawab Sosial Korporat (CSR).
“Pelaksanaan program SL1M ini adalah bertepatan dengan masanya kerana sekurang- kurangnya ia berupaya mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Program Outreach SL1M Untuk Graduan dan Sesi Penerangan Berkenaan Insentif Potongan Cukai Berganda Kepada Syarikat Yang Menyertai Program SL1M Peringkat Negeri Sabah 2012, di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, kelmarin.
Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa men- yambut baik usaha pelbagai pihak termasuk daripada jabatan dan agensi kerajaan, sektor korporat dan swasta dalam membantu mengurangkan pengangguran di kalangan graduan di Sabah.
Kerajaan amat prihatin terhadap nasib rakyat termasuklah golongan belia khususnya para graduan, katanya.
“Kita telah dan akan sentiasa melaksana- kan pelbagai program bagi memastikan mereka mempunyai peluang untuk mendapat pekerjaan,” katanya
Oleh itu katanya, sektor swasta juga turut berperanan penting bagi memastikan negeri ini mempunyai kepakaran yang sesuai dengan keperluan industri dan kehendak semasa dalam memberi peluang pekerjaan kepada para graduan.
“Saya yakin penglibatan sektor swasta menerusi CSR dalam program ini dapat membentuk calon yang berpotensi sebagai pekerja yang berkualiti serta boleh dibimbing meng- ikut pasaran pekerjaan semasa,” katanya sambil menyatakan bahawa program SL1M ini adalah diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan dengan itu katanya, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif potongan cukai berganda kepada syarikat yang menyertai program ini dengan kelulusan cukai diberikan selama hanya 5 tahun berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2016.
“Pemberian insentif ini adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan di atas kerjasama, komitmen dan sokongan padu yang diberikan serta usaha-usaha murni yang dijalankan oleh semua syarikat yang terlibat dalam menjayakan program SL1M ini,”.
“Oleh itu saya berharap bilangan syarikat khususnya di Sabah akan bertambah selepas program Outreach SL1M ini,” katanya.
Sementara itu, Musa menyatakan bahawa Kerajaan Negeri turut menggalakkan pelabur luar datang melabur dan membuka syarikat di Sabah supaya ia dapat membuka peluang kepada para graduan di negeri ini mendapat pekerjaan.
Selain itu, Musa turut menasihati para graduan supaya tidak memilih kerja dan terus berusaha tanpa putus asa dalam mencari pekerjaan serta melengkapi diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan secukupnya untuk menghadapi dunia pekerjaan.
Sementara itu, seramai 400 atau 10 peratus daripada 4,000 pemohon yang layak menyertai program SL1M adalah graduan-graduan dari Sabah, katanya.
Juga katanya, program SL1M di Sabah telah menerima penyertaan sebanyak 44 syarikat daripada 80 penyertaan syarikat di seluruh Malaysia.
Mengikut rekod, pada tahun lepas (2011) katanya, seramai 8,000 graduan di seluruh Malaysia telah mendapat pekerjaan selepas menyertai program SL1M ini.
Terdapat lebih 32,000 pemohon kerja di Sabah, kata Ketua Men- teri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berdasarkan statistik terkini daripada Jobs- Malaysia.
Sehubungan dengan itu katanya, kerajaan komited membantu golongan ini dengan me- laksanakan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang melibatkan pihak swasta mene- rusi Tangungjawab Sosial Korporat (CSR).
Pelaksanaan program SL1M ini adalah bertepatan dengan masanya kerana sekurang- kurangnya ia berupaya mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Program Outreach SL1M Untuk Graduan dan Sesi Penerangan Berkenaan Insentif Potongan Cukai Berganda Kepada Syarikat Yang Menyertai Program SL1M Peringkat Negeri Sabah 2012, di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, kelmarin.
Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa men- yambut baik usaha pelbagai pihak termasuk daripada jabatan dan agensi kerajaan, sektor korporat dan swasta dalam membantu mengurangkan pengangguran di kalangan graduan di Sabah.
Kerajaan amat prihatin terhadap nasib rakyat termasuklah golongan belia khususnya para graduan,
Kita telah dan akan sentiasa melaksana- kan pelbagai program bagi memastikan mereka mempunyai peluang untuk mendapat pekerjaan
Oleh itu katanya, sektor swasta juga turut berperanan penting bagi memastikan negeri ini mempunyai kepakaran yang sesuai dengan keperluan industri dan kehendak semasa dalam memberi peluang pekerjaan kepada para graduan.
Saya yakin penglibatan sektor swasta menerusi CSR dalam program ini dapat membentuk calon yang berpotensi sebagai pekerja yang berkualiti serta boleh dibimbing meng- ikut pasaran pekerjaan semasa,” katanya sambil menyatakan bahawa program SL1M ini adalah diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan dengan itu katanya, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif potongan cukai berganda kepada syarikat yang menyertai program ini dengan kelulusan cukai diberikan selama hanya 5 tahun berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2016.
Pemberian insentif ini adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan di atas kerjasama, komitmen dan sokongan padu yang diberikan serta usaha-usaha murni yang dijalankan oleh semua syarikat yang terlibat dalam menjayakan program SL1M ini,
Oleh itu saya berharap bilangan syarikat khususnya di Sabah akan bertambah selepas program Outreach SL1M ini
Sementara itu, Musa menyatakan bahawa Kerajaan Negeri turut menggalakkan pelabur luar datang melabur dan membuka syarikat di Sabah supaya ia dapat membuka peluang kepada para graduan di negeri ini mendapat pekerjaan.
Selain itu, Musa turut menasihati para graduan supaya tidak memilih kerja dan terus berusaha tanpa putus asa dalam mencari pekerjaan serta melengkapi diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan secukupnya untuk menghadapi dunia pekerjaan.
Sementara itu, seramai 400 atau 10 peratus daripada 4,000 pemohon yang layak menyertai program SL1M adalah graduan-graduan dari Sabah
Juga katanya, program SL1M di Sabah telah menerima penyertaan sebanyak 44 syarikat daripada 80 penyertaan syarikat di seluruh Malaysia.
Mengikut rekod, pada tahun lepas (2011) katanya, seramai 8,000 graduan di seluruh Malaysia telah mendapat pekerjaan selepas menyertai program SL1M ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Mohd. Harun Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Unit Perancang Ekonomi, di Jabatan Perdana Menteri, Nik Azman Nik Abdul Majid, Pengarah Seksyen Pembangunan Modal Insan Unit Perancang Ekonomi, Dr. Mohd Ghazali Abas, Ketua Sekretariat SL1M, Norashikin Datuk Ismail dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Rahmat Ismail.
PATI tu dorang keja buruh binaan, keja di ladang2, orang sabah mau ka keja tu??? orang sabah mcm org melayu jugak. nak keja opis yg siap ada aircond. sbb tu ramai yg teda keja tu
Post a Comment