Oleh : Halik Zaman
Biasanya (pengalaman saya dalam politik PKR) sudah menjadi satu trend Jawatankuasa Cabang PKR akan berkrisis dengan PKR Pusat bila hampir pilihan raya umum. Rata rata calon dari cabang ditolak tanpa diberi tahu AJK Cabang, tanpa ada perundingan. Itu salah satu sebab, dimerata rata kawasan tumpuan mengapa calon PKR diSabah menjungkang. Hakikat ini mesti diterima oleh semua pihak.
Rasa tidak puas hati, setiap Ketua Ketua Cabang PKR diSabah ialah selain dari kuasa Pusat, kuasa Negeri kuasa AJK Cabang ada lagi satu kuasa ghaib Jawatankuasa Khas PKR Sabah yang khas diberi kuasa oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan mereka sebagai Ketua Umum Sabah ialah Wilfred Bumburing dan Presiden PKR Sabah ialah Kalakau Untol. Mereka punya kuasa executive melantik calon. Walau pun Pusat selalu menafikan akan wujud kuasa otonomi selain Presiden PKR Malaysia.
Kita secara tidak sedar bahawa dalam PKR ada "parti dalam parti". Dan parti politik yang paling perkauman sekali adalah PKR juga. Justru itu maka wujud pula amalan yang digalakkan oleh PKR Pusat dalam politik PKR mesti mahu tanamkan kefahaman "ketuanan KDM", ini yang dimastermaind-kan oleh Kalakau Untol menerusi Wilfred Bumburing.
Tidak ada ertinya Mesyuarat dan Pemilihan Tahunan AJK PKR Cabang, kalau suara cabang tidak digunapakai.
Kalau ada konvention, saminar, ceramah DSAI, ceramah Presiden dan ceramah Timbalan Presiden, ceramah Naib Naib Presiden, KC diarah keluarkan orang orang kampung. Semua perbelanjaan ini memakan ribuan ringgit yang mesti dikeluarkan oleh Ketua Cabang.
Mengadakan Mesyuarat Agong Pemilihan, Mesyuarat Agong Tahunan, ribuan ahli mesti dijemput. Menjemput cara bersurat, beli sampul surat dan stamp pun menggunakan ribuan ringgit dari KC. Tambang dan makan minum anggota mesti dikeluarkan oleh Ketua Cabang. Ini boleh mencapai puluhan ribu ringgit. Selain itu Mesyuarat keKongres diSemenanjung, tambang kapal terbang untuk 13 orang, makan minum dan tempat tinggal, KC yang keluarkan. (Mahu dapat tiket kapal terbang murah, susah sebab Setiausaha Agong memberi notis yang pendek).
Banyak lagi seminar yang akan diadakan diSemenanjung, KC diarah membawa AJK Cabang menghadirinya dan semua perbelanjaan tambang kapal tderbang, tempat tinggal makan dan minum dikeluarkan oleh KC.(Ada yang minta wang poket juga).
Walaupun pengurbanan berjuta ringgit dikeluarkan oleh KC Sabah, tidak semestinya Ketua Cabang itu menjadi calon. Kalau inilah sudah polisi PKR, siapa kah yang mahu jadi KC PKR lagi semata mata untuk berkorban wang ringgit, harta benda, tenaga dan masa untuk parti ? Ada kah lagi pejuang yang mahu dijadikan lilin ? Atau Ketua Cabang yang menyemai selama 5 tahun, orang yang belum jadi ahli PKR pula diberi peluang untuk menuai. Dengan alasan "Untuk bangsa dan Negara".
Masalah ini boleh diatasi, jika Mesyuarat Agong Pemilihan Cabang hanya berkuasa memilih AJK Cabang sahaja. Ketua Cabang, Timbalan KC dan Naib KC 1 mesti dipilih oleh Ketua Umum PKR Pusat dan tetapkan calon calon orang yang dipilih oleh Ketua Umum PKR Pusat sahaja. Kalau cara ini tiada orang yang mahu mengharapkan menjadi calon.
Kalau tidak gunakan cara begini, pada pendapat saya, jarang orang yang mahu berkorban for nathing
65 ulasan :
Bukanlah suatu yang luar biasa, apabila Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada 24 Jun ini walaupun sebelum ini pembangkang bercadang memboikot majlis berkenaan.
Bekas Pegawai Khas Anwar, Rahimi Osman menyifat kenyataan Anwar untuk mengangkat sumpah bukanlah sesuatu yang pelik walaupun sebelum ini merancang untuk memboikotnya, kerana memang sudah diketahui umum Anwar mempunyai pelbagai muslihat.
Ini bukan sesuatu yang baru kepada Anwar, dia adalah seorang pelakon hebat, sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya, sebelum ini pelbagai gelagat sudah dilakukan untuk mendapatkan simpati, apa yang diucapkan itu hanya antara mainannya.
Itulah Anwar, yang sentiasa bijak bersandiwara, akan memutar belitkan apa sahaja yang pernah diucapkan dan sudah pasti akan menyalahkan pihak lain apabila rancangannya tidak menjadi, dia pernah bersandiwara dengan memakai penyokong leher dan berkerusi roda untuk dapat perhatian
Perancangan Anwar itu tidak menjadi apabila bukan sahaja rakan sekutunya, DAP dan Pas tidak bersetuju, malah Timbalan PKR, Azmin Ali turut tidak bersetuju dengan apa yang dirancang itu
Anwar tidak akan berhenti berpolitik selagi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai, dan sudah pasti pelbagai usaha akan dilakukan oleh Anwar untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional.
Menyedari perancangan politiknya tidak menjadi pada pilihan raya lalu, Anwar pasti sudah merancang untuk membuat pelbagai kejutan untuk memastikan kesinambungan politik tidak terpadam begitu sahaja walaupun pembangkang gagal menawan Putrajaya.
Sudah pasti persidangan Dewan Rakyat kali akan dipergunakan bukan sahaja oleh Anwar, malah Ahli Parlimen pembangkang lain yang akan mencari apa sahaja idea untuk memburuk-burukkan kerajaan, persidangan ini akan digunakan untuk kepentingan politik bukannya kepentingan rakyat
Anwar akan bercakap apa sahaja tetapi semuanya tidak adalah bermotif untuk kepentingan dirinya tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat, apa yang utama adalah cita-cita peribadinya tercapai walaupun rakyat terpaksa menanggung keperitannya.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata konflik yang berlaku antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor membuktikan tiada muafakat dan persefahaman dalam pakatan pembangkang.
Beliau berkata konflik yang mencetuskan perbalahan terbuka di kalangan parti pembangkang itu memberi gambaran yang tidak baik dan akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap mereka.
"Soal kerusi pun tak boleh selesai kalau esok ada pilihan raya dia (pakatan pembangkang) akan bergaduh dan tentu tidak ada kesepakatan dari segi kerusi.
"Dari segi hala tuju dan dasar pun mereka tidak ada dalam haluan yang sama. Ini hakikat yang ada dalan pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Kegiatan Kemas Sungai Siput di sini, hari ini.
Muhyiddin diminta mengulas mengenai konflik yang berlaku dalam pakatan pembangkang di Johor sehingga menyebabkan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya dalam satu kenyataan semalam.
Karpal dilaporkan berkata konflik antara DAP dan PKR di Johor kini mencetus perbalahan terbuka dan boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau dilaporkan berkata DAP memandang berat penegasan pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau bahawa pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.
Keputusan pakatan pembangkang yang akhirnya membatalkan tindakan yang kononnya akan memboikot upacara majlis angkat sumpah sebagai anggota Parlimen memperlihatkan pembangkang sekali lagi bermain sandiwara.
Barisan Nasional (BN) Sabah memerhati segala tindak-tanduk Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat gagal mencapai kata sepakat sebagai pembangkang di Sabah. Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata perkara itu menunjukkan kumpulan pembangkang tidak boleh dipercayai untuk memegang tampuk pemerintahan negara.
Bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini hari ini, beliau berkata ini berbeza dengan kerajaan BN yang lebih menumpu perhatian terhadap keperluan untuk berkhidmat dan memberi yang terbaik kepada rakyat.
Pairin, yang juga Presiden PBS, berkata rakyat terutama golongan atas pagar perlu membuat penilaian yang betul terhadap segala usaha dan pendekatan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya hanya kerajaan BN yang mampu membela dan meningkatkan taraf ekonomi mereka berdasarkan pengalaman melaksanakan pelbagai program tranfsformasi.
Mengenai kesudian SAPP untuk kembali ke pangkuan BN, beliau berkata: "Sekarang ini mereka sudah keluar...kalau mereka mahu masuk mereka fikir-fikir sendirilah."
Mengenai sambutan Tahun Baharu Cina, Pairin berkata tradisi rumah terbuka menjadi elemen penting sebagai sebuah keluarga yang mewujudkan semangat kerjasama dan patriotisme.
"Kita perlu memahami keperluan yang kuat dan usaha untuk mewujudkan satu keadaan nasionalisme yang penuh perasaan cinta kasih sayang antara satu sama lain melalui perayaan," katanya.
Tindakan pembangkang khususnya DAP dan PKR yang masih ghairah untuk mengadakan perhimpunan haram 505 tidak lebih sekadar satu usaha untuk perbodohkan para penguikut mereka.
Perhimpunan 505 adalah satu strategi mengelirukan penyokong mereka atau dalam bahasa kasarnya ahli-ahli parti mereka. Ini semua hanyalah satu sandiwara mereka untuk menutup kegagalan dan harapan palsu yang diberikan sebelum ini kononnya mereka mampu menguasai Putrajaya.
Mereka tidak mahu rakyat terutama penyokong mereka nampak kenyataan sebenar bahawa apa yang mereka laungkan selama ini terutama menjelang PRU 13 baru-baru ini hanyalah propaganda palsu. Maka untuk menutup malu mereka mencipta pelbagai alasan dan fitnah terhadap SPR dan kerajaan BN.
Sekiranya benar segala dakwaan mereka contohnya PRU-13 tidak telus, berlaku penipuan dan sebagainya maka kenapa pembangkang setuju untuk angkat sumpah sebagai ahli dewan rakyat dan menerima negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor sebagai negeri tawanan mereka.
Maka sudah jelas tambahnya lagi bahawa pembangkang hanya memperalatkan penyokong mereka untuk mencapai agenda peribadi.
Kita yakin rakyat makin tahu bahawa pakatan pembangkang hanya hidup atas sandiwara yang mereka mainkan. Malah tindak tanduk mereka ternyata berputar belit bak kata bidalan depan cakap lain, belakang buat lain.
Janganlah termakan dan menjadi sebahagian daripada penyokong Anwar Ibrahim yang hanya mahu menjadi Perdana Menteri
Janganlah sejarah diri sendiri ternoda kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang menyokong mencapai cita-cita seseorang yang bertujuan peribadi.
Anwar sebenarnya tidak mempunyai isu terhadap kerajaan. Isu yang ada, semuanya berbentuk penafian kepada usaha kerajaan. Isu yang pada Anwar, hanya menghasut rakyat, mengajar rakyat kurang ajar, menghasut rakyat supaya jangan berfikir rasional.
Bagi rakyat Sabah, cuba tanya diri sendiri, apa sumbangan ANWAR pada rakyat negeri ini? sumbangan terbesar Anwar adalah mengwujudkan PERJUDIAN DI NEGERI INI PADA TAHAP GABAN. Melalui perjudian itu, maka wang rakyat Sabah masuk semula kepada tauke judi, mudahlah Anwar mendapat sponsor.
Seperti kata Ketua Menteri Sabah, Anwar datang ke Sabah seolah-olah mengajar itik berenang, mengajar pemimpin Sabah untuk membangun negeri, sedangkan pengurusan kewangan Sabah mendapat pujian daripada Ketua Audit negara lebih 5 tahun berturut-turut.
Bajet Sabah saban tahun terus meningkat, malah mengemukakan bajet negeri yang senantiasa membuat rekod setiap tahun. Di sebabkan tiada isu, maka Anwar menafikan semua data itu, dengan mengangkat isu-isu pengelipur lara, yang punya jangka hayat yang singkat.
Atas sebab semua isu pembangkang bercorak penglipurlara, maka Perdana Menteri memperlambat PRU-13, agar rakyat benar-benar mengetahui semua tipu muslihat pembangkang.
Sokongan pengundi Semenanjung kerana termakan janji-janji parti pembangkang pada PRU-12, namun selepas 5 tahun semua janji-janji itu hanya merupakan jadi retorik.
Bn semua menunaikan janji-janji yang telah dihibahkan kepada rakyat, malah melaksanakan pembelaan bagi rakyat yang berpendapatan rendah dengan memberikan berbagai sokongan kewangan seperti BR1M, bantuan pra persekolahan dan baucer buku bagi para mahasiswa.
Para pemimpin Bn dan Kerajaan Bn berusaha dengan bersungguh-sungguh menunaikan serta membela rakyat tanpa mengenal masa dan situasi.
Kerajaan tidak campur tangan dalam urusan siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 yang lalu
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, SPRM berhak untuk menyiasat siapa sahaja jika terdapat aduan berhubung bidang kuasanya.
Kita serah pada SPRM. Kerajaan tidak boleh campur urusan mereka.
Kalau ada apa-apa aduan, disebabkan perkara itu pihak SPRM perlu ambil tindakan, itu bidang kuasa mereka,” katanya kepada pemberita di selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di bangunan Parlimen semalam.
Saya percaya SPR bersikap terbuka dan beri kerjasama (kepada SPRM),” katanya.
Kelmarin, Pengarah siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali dilaporkan berkata, suruhanjaya tersebut mengesahkan siasatan dijalankan ke atas SPR.
Dipercayai satu pasukan siasatan dibentuk minggu lalu, berikutan rungutan orang ramai berhubung ketahanan dakwat yang digunakan untuk menandakan jari pemilih.
Saya hanya boleh mengesahkan SPRM menyiasat sama ada terdapat penyelewengan dalam pembelian dan spesifikasi (dakwat),” katanya.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya tidak bimbang dengan siasatan itu, sebaliknya percaya ia dapat membersihkan imej SPR yang tercalar.
Menurutnya, SPR juga ingin mengetahui sekiranya ada perkara yang tidak betul dilakukan oleh badan berkanun tersebut, khususnya dalam isu dakwat kekal, yang menjadi perhatian umum.
PKR Sabah kini makin bermasalah.. byk pergolakan
kerana ia tak ada kebebasan, PKR ketepikan orang Sabah
Azmin secara tidak sengaja terbongkar retak dalam pakatan semasa himpunan Blackout 505 Padang Merbok. Kehadiran beliau memberikan sokongan sememangnya sekadar lakonan hambar yang tidak mampu dipentaskan dengan baik. Amat ketara retak menanti belah apabila pentas ceramah Padang Merbok tidak diwarnai oleh beliau.
Kenyataan terbuka penuh kontroversi Azmin Ali yang menolak demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim sebagai langkah untuk menggulingkan kerajaan telah mengundang bala apabila beliau seolah-olah dipulaukan oleh pakatan haram yang sentiasa berorientasikan kekerasan dalam tindak tanduk mereka.
“Saya tak setuju berarak di jalan raya, timbulkan huru-hara. Saya sokong perhimpunan aman dalam keadaan teratur, bukan berarak seluruh Kuala Lumpur. Kita nak berhimpun saja,” kata Azmin Ali.
Disamping itu juga Azmin mendakwa PKR mengamalkan nepotisme dalam memilih Menteri Besar Besar Selangor dan perlantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai pegawai perhubungan politik negeri itu.
Sebarang isu moral pemimpin pembangkang tidak pernah menjadi keutamaan mereka dalam menentukan kredibiliti seseorang pemimpin. Namun sebarang kenyataan yang menentang kekerasan dan keganasan tindak tanduk mereka menjadi alasan yang cukup kuat untuk pembangkang memulaukan dan meminggirkan seseorang pemimpin itu.
Rakyat harus sedar bahawa pembangkang merupakan sebuah parti yang berpegang kepada keganasan dan kekerasan tanpa mengambil kira nilai murni moral yang menjadi teras utama dalam sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu kriteria pembangkang sememangnya tidak layak memimpin negara.
Ahli Parlimen DAP paling layak dilantik menjadi Ketua Pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin Pakatan Rakyat kerana mereka berjaya memegang kerusi Parlimen tertinggi berbanding PKR dan juga PAS.
Namun, kata bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Yusri Mohamad, apa yang berlaku, DAP seolah-olah sedang bermain dengan persepsi untuk membuktikan kononnya tidak wujud sebarang dominasi kaum di dalam gabungan pembangkang itu.
"DAP dilihat cuba bermain persepsi yang kononnya dalam Pakatan Rakyat tidak berlaku dominasi kaum Cina, walaupun jika kita lihat DAP adalah yang paling layak untuk menjadi ketua dalam Pakatan.
"Mereka masih mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang untuk mengaburi mata rakyat berkenaan wujudnya dominasi kaum lain dalam Pakatan, ini helah mereka," katanya.
Yusri yang juga adalah Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI) turut menyelar tindakan Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai tidak bertanggungjawab apabila pada mulanya menyarankan ahli Parlimen pembangkang supaya memboikot sidang Dewan Rakyat.
Katanya, sikap sebegitu menunjukkan bahawa Anwar tidak layak untuk menjadi pemimpin dan memberikan pandangan negatif kepada umum.
"Anwar Ibrahim memang melihatkan kredibiliti dia yang rendah, kita tak mahu Parlimen itu menjadi gelanggang 'drama' ataupun lakonan.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Datuk Aidit Ghazali berkata kemungkinan bahawa Anwar akan mengkhianati rakan-rakan seperjuangannya adalah besar jika mereka tetap mengangkat beliau sebagai Ketua Pembangkang.
Menurutnya, Anwar dilihat terlalu taksub untuk memenuhi cita-cita peribadi sehinggakan sanggup untuk mengingkari dan melanggar undang-undang negara.
"Sekiranya diteruskan juga memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, saya amat yakin satu hari nanti beliau akan peralatkan rakan-rakan sama ada dari DAP ataupun PAS dan termasuk juga PKR yang tidak setuju dengan beliau.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau merupakan seorang yang begitu kemaruk dengan kepentingan peribadi sehinggakan sanggup untuk membuat perkara yang sebenarnya bercanggah dengan amalan tradisi serta peruntukan yang disediakan," katanya.
Aidit turut meminta ahli Pakatan Rakyat untuk berfikir dengan lebih waras dan rasional dalam memilih ketua yang akan memimpin mereka bagi membuang persepsi bahawa Pakatan bergerak di bawah satu agenda yang sempit dan tidak telus.
Menurut beliau lagi, seorang pemimpin bukan sahaja perlu petah berbicara namun mesti berwibawa dalam berhujah bagi mewakili kumpulan itu.
"Justeru nasihat saya kepada pihak pembangkang untuk bijak memilih orang yang betul-betul boleh mewakili kewibawaan dan integriti mereka dan bukan sekadar memilih Ketua Pembangkang yang masing-masing memperalatkan untuk satu tujuan yang sempit ataupun semata-mata hendak duduk di Putrajaya.
"Sesiapa pun yang akan jadi ketua pembangkang dia sebenarnya perlu memainkan peranan untuk memurnikan semula persepsi ini mengenai puak pembangkang yang mereka ini mempunyai sebuah agenda yang terlalu sempit dan menyimpang daripada tunggak-tunggak negara kita," katanya.
Baru-baru ini, Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyelar Anwar yang didakwanya tidak layak untuk terus menjadi Ketua Pembangkang kerana bertindak untuk memboikot sesi taklimat sidang Dewan Rakyat.
Rosnah pada masa yang sama mencadangkan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar kerana beliau merupakan ahli Parlimen pembangkang tunggal yang hadir pada sesi taklimat berkenaan.
Er bagaimanapun diberikan amaran keras daripada DAP kerana menghadiri sesi taklimat berkenaan.
Sebab itulah kenapa ramai ahli tertinggi PKR keluar daripada parti mereka. Baru saya tahu perkara ini punca utama.
Nampaknya masalah yang dihadapi oleh PKR ini memang tidak patut. Tidak sedar diri sendiri lebih teruk yang mana menuduh BN bukan-bukan.
Jika kita lihat banyak ahli PKR berpaling tabah. Sebagai contoh Ketua PKR Sabah Ansari dan Jeffrey.
Memang patut juga PKR ditolak di Sabah. Ini kerana rakyat sudah sedia maklum dengan sikap PKR ini.
Kenapa perlu kita tolak PKR? Kerana parti ini bukannya parti yang jujur seperti kata-kata yang mereka berikan itu. Semua itu hanyalah untuk mencari sokongan semata-mata.
Macam-macam kita dengar dari mulut PKR. Rupanya mereka sendiri yang bermaslaah sebenarnya.
Makin bermasalah PKR sekarang ini. Begitu juga yang berlaku di selangor. perebutan kerusi Menteri Besar di negeri tersebut.
Ansari dikatakan keluar disebabkan Pucuk kepimpinan PKR memilih orang luar berbanding orang yang sudah lama berkhidmat dalam parti.
Sabah masih percya dengan kerajaan BN untuk menerajui negeri tersbut. Ini terbukti apa bila BN menang sekali lagi pada PRU13.
Mari sokong kerajaan BN untuk meneruskan membantu Sabah. Tidak perlulah tukar kerajaan selagi kerajaan yang ada itu mampu membantu rakyat.
Post a Comment