Wednesday, August 20, 2014

Setelah beberapa pemimpin kanan UMNO mengeluarkan kenyataan mempertikai kewajaran mantan PM Tun M mengkritik Najib secara terbuka dalam blog dan media, namun tidak ada seorang pun yang menunjukkan 'pembelaan' wajar kepada Najib melainkan hanya meragui kewajaran Tun M membuat teguran kepada PM, Najib Razak.Isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun M, tidak diulas, bahkan hanya membidas kesesuaian masa dan...
Walaupun sudah ada beberapa pemimpin kanan UMNO tampil menyanggah teguran Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Najib Razak yang dimuatkan dalam blognya semalam, tetapi malangnya tiada satu pun di antara mereka berhujah memberi jawapan tentang persoalan yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri itu. Sebaliknya, rata-rata mempersoalkan kenapa Mahathir melakukan teguran itu sambil cuba...

Tuesday, August 19, 2014

...
Ada kemungkinan Malaysia akan mendapat Perdana menteri ke 7 dalam beberapa bulan atau tahun mendatang. Ini berikutan perkembangan politik negara semasa yang makin membingungkan. Kritikan secara terbuka mantan PM Tun M kepada Pentadbiran Najib akan memberikan satu landskap politik kepimpinan di negara ini. Walaupun Tun M dalam kenyataannya kepada media menyatakan tidak meminta Najib meletakkan...
Speaker Dewan Undangan negeri Sabah yang juga merangkap timbalan ketua perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said meminta pihak berkuasa yang berkaitan memantau penggunaan  laman sosial di Sabah ini berikutan terdapat pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan agenda songsang mempengaruhi penduduk Sabah untuk bertindak keluar dari Malaysia. Laporan BERNAMA: Speaker Dewan...

Monday, August 18, 2014

Mantan PM, Tun Mahathir Mohamad dalam blog rasminya http://chedet.cc/ mengakui bahawa beliau sudah berada dilandasan tidak bersetuju dengan kepimpinan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sambil mengingatkan bahawa  pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan...
Tindakan PAS u-turn dan mengumumkan persetujuan kepada percaturan PKR meletakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor menggantikan Khalid Ibrahim dilihat wajar dari kaca mata politik kepartian. Situasi ini amat janggal jika diteropong dari sudut pendirian politik berasingan kerana sebelum ini PAS sudah beberapakali melalui tapisan maklumat dan membuat pendirian menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim. Namun...

Tuesday, August 12, 2014

Anwar Ibrahim harus mengumumkan bahawa "Move kajang" gagal dan diberhentikan serta merta. Anwar wajar mengakui bahawa beliau melakukan kekhilafan politik atas percaturan peribadi rakus beliau. Anwar patut menasihatkan orang-orang dalam PKR yang sudah terjajah minda mereka dengan isme-anwarisme menghentikan serangan dan kedegilan mereka terhadap wibawa MB Selangor Khalid Ibrahim.  Anwar...

Monday, August 11, 2014

Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia, sebuah parti bersedia membuka pekung atau 'membasuh dosa' pemimpin sendiri secara terbuka. Tetapi seperti dimaklumi semua, tiada apa yang mustahil atau aneh dalam politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).Itulah yang berlaku kini dalam keghairahan pucuk pimpinan PKR untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) Selangor. PKR...

Sunday, August 10, 2014

Perpustakan negeri cawangan Kota belud yang dimulakan pembinaannya pada 25.Februari.2010 mengikut papan tanda kontraktor binaan ternyata menghadapi masalah besar apabila projek yang dijadualkan siap pada 24 November 2011 itu, sehingga kini gagal beroperasi walaupun pada mata kasarnya bangunan itu telah siap sepenuh meskipun lewat daripada tarikh yang ditentukan. Bangunan Perpustakan baru ini...
Bank Islam dilaporkan terlebih dahulu memulakan tawaran supaya urusan hutang membabitkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama perbankan itu diselesaikan di luar mahkamah ekoran rundingan pertama tidak membuahkan hasil.Bekas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata dirinya terbabit secara langsung dalam rundingan penyelesaian itu selepas diarahkan bekas majikannya...
Kes pemecatan MB Selangor dari PKR berkuat serta-merta menimbulkan kesangsian melampau. Ahli seumur hidup PKR itu, seharusnya diberikan ruang seluas-luasnya sebelum sebarang tindakan luar dari norma kepartian diambil. Dengan mengingati kembali sumbangan serta komitmen padu Khalid ketika PKR berasa dalam longgokan sampah politik kuasa di negara ini, setidak-tidaknya meredakan agenda sesetengah pihak...

Wednesday, August 6, 2014

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan punca yang mendorong PKR untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar sekaligus menjawab persoalan yang bermain di minda rakyat Selangor, khususnya ahli PKR sendiri.Menurutnya, pada tahun 1994, Khalid telah meninggalkan jawatannya di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diberikan keistimewaan untuk membeli lima peratus saham Guthrie serta...

Monday, August 4, 2014

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat."Insya-Allah, itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan Pas akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza."Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum...