Monday, August 31, 2015




Melihat kepada landskap baru politik Malaysia dari kaca mata Antagonis politik ia sangat mendebar dan membimbangkan. Ini bila memikirkan budaya berhimpun dijadikan sebagai platform pendesak untuk mencapai matlamat.

Prinsip Demokrasi 'berhimpun secara aman" diekspolitasi untuk menuntut pengunduran PM Datuk Seri Najib sebagai PM yang sah dipilih oleh rakyat menerusi prinsip demokrasi. kEHADIRAN Tun Mahathir pada perhimpunan BERSIH 4.0 Tempoh hari, bukan petanda mendukung suara Rakyat, tetapi ia sebagai perlakukan tekanan kepada PM Najib untuk berundur.

Malaysia menjadi antara negara yang mungkin terpaksa menerima 'penghalalan' demonstrasi jika tuntutan BERSIH 4.0 dituruti untuk menurunkan PM Datuk Seri Najib.

Soal ketidakpuasan hati sejumlah rakyat yang menurut Pengerusi BERSIH 4.0, Maria Chin mencatat anggaran 500 ribu orang tidak pun boleh dijadikan kayu pengukur kepada sokongan terhadap Najib. Melainkan jika himpunan itu mencatat sekurang-kurangnya suku daripada bilangan rakyat Malaysia yang mencecah sekitar 28 juta orang. Atau lebih rendah dari itu berdasarkan jumlah layak mengundi.

Justeru itu, Najib tidak patut melayan karaneh nakal para demontrasi ini. Najib perlu terus konsisten meneruskan tugas-tugas sebagai PM Malaysia dengan memastikan segala usaha pembaharuan dan transformasi negara berjalan mengikut landasan yang sepatutnya, ekonomi negara berada pada keadaan selamat .

Mengurus persepsi rakyat dengan ledakan massa melalui media sosial sangat susah dan rumit terutama bila media sosial sejak awal dikuasai aliran politik pembangkang. PM Datuk Najib harus tidak sama terperangkap dengan perang persepsi ini, namun pada waktu sama, tidak pula mengambil mudah, sebaliknya menyusun strategi untuk mengurus persepsi ini.


0 ulasan :