Monday, August 17, 2015



Sejak TPM yang baru Datuk Zahid Hamidi mendedahkan ada MP BN yang bersengkokol dengan Mp Pembangkang unutk menjatuhkan PM, maka banyak spekulasi liar dalam dunia maya ini yang mula menjadi viral.

Ada beberapa nama MP  BN yang mula berlegar dalam portal-potal berita mendapat penafian. Antaranya ialah Datuk Hasbullah Osman (Gerik), Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Datuk Rahim Bakri (Kudat) dan Datuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan) . Selain itu Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh), Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna) dan Khairy Jamaluddin (Rembau).  Datuk Shahidan Kasim juga dikatakan terlibat tetapi dinafikan oleh MP BN itu.

DS Shahidan Kassim yang menjadi mangsa fitnah viral oleh pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengeluarkan nama MP BN yang menyokong gulingkan PM .

Walhal beliau adalah pemimpin senior parti yang menyeru ahli2 parti menyokong PM di mana saja bahagian yang beliau hadir merasmikan .

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengadakan solat hajat bagi memohon petunjuk daripada ALLAH berhubung perbuatan menamakan namanya antara Ahli Parlimen BN yang menyokong untuk menggulingkan kepimpinan Perdana Menteri.

Bercakap kepada Sinar Online, Shahidan berkata, bermula malam ini, beliau akan meminta alim ulama untuk bersama-sama mengadakan solat hajat bagi menunjukkan kebenaran.

“Saya mohon kepada ALLAH, agar tunjukkan kekuasaannya yang lebih tinggi daripada perbuatan viral senarai nama Ahli Parlimen BN. Kita tengok kuasa ALLAH nanti, apa sangat kuasa viral mereka.

“Perbuatan viral ini adalah ‘stupid’ dan dungu,” katanya.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat Ahli Parlimen BN yang menjadi dalang mengumpulkan sokongan dan membuat akuan bersumpah menggulingkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun semalam, Ahmad Zahid menjelaskan gerakan tersebut tidak melibatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada kepimpinan Kabinet baru-baru ini.

Tambahnya, adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk bekerjasama dengan pembangkang menggulingkan kerajaan.

“Kalau mereka ada 87 kerusi, semestinya majoriti. Jadi siapa nak jadi Perdana Menteri kalau menjadi?” katanya.

Dalam masa sama Shahidan menegaskan akan melakukan perbuatan sama dengan mendedahkan nama penasihat dan penyokong Najib yang melakukan perkara ini, bagaimanapun beliau perlu mendapatkan nasihat orang agama.

“Bolehkah fitnah dibalas dengan fitnah, saya perlu tanya orang agama, kalau dia kata boleh, saya akan keluarkan nama mereka yang suka melihat Datuk Seri Najib dapat ramai musuh.

“Sepatutnya orang sebegini yang patut diterajang keluar Umno lebih awal.

“...dan saya percaya mereka keluarkan nama ini kerana percaya Ahli Parlimen BN ini mempunyai kehebatan tersendiri, sebab itu kena fitnah.
Hari ini 20 nama ahli parlimen BN yang dikatakan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan di bawah pimpinan Najib mula tersebar.

0 ulasan :