Tuesday, August 18, 2015



Kenyataan Mp Kota Belud, Datuk Abdul Rahman dalam wall FCBnya beberapa hari lalu tentang situasi sukar masyarakat Kota Belud mendapatkan bekalan air bersih ekoran pencemaran air lumpur akibat gegaran gempa Gunung Kinabalu beberapa bulan lepas mendapat persendaan daripada beberapa pihak di pekan itu. Abdul Rahman dalam kenyataannya bersifat kitar semula, memaklumkan perihal masalah air yang dikatakan sangat meruncing sejak kebelakangan ini. Wal hal masalah bekalan air Kota belud telahpun meruncing puluhan tahun sejak sebelum merdeka lagi sehinggalah sekarang 2015.

Abdul Rahman dahlan pernah menjanjikan bahawa bekalan air bersih akan dapat dinikmati oleh puluhan buah kampung menjelang tahun 2013 lagi dan kemudian menunda tarikh itu dengan alasan masalah kontraktor dan loji penapis air di Pandasan.

Apa yang berlaku ialah loji di pandasan telahpun siap dan beroperasi tetapi beberapa kampung yang sebelumnya dilaporkan akan dilimpihai oleh air dariloji ini masih kering kontang. Batang-batang paip yang ditanam 3 tahun lepas masih tidak ada air.

beberapa orang yang ditemui menganggap kenyatan Rahman ini adalah janji terang bulan yang dikitar semula.
Sebagai rekod Rahman Dahlan dalam beberapa catatan dalam blognya sebelum dilantik menteri Pusat memberi harapan masalah air di Kb akan selesai dengan menjanjikan beberapa tarikh dateline,namun sehingga artikel ini ditulis, janji itu tinggal janji PRU.

0 ulasan :