Monday, November 29, 2010

Dalam kekalutan BN mentransformasikan agenda perjuangan mereka, kita di sabah tidak putus-putus disajikan dengan agenda mengekalkan Fixed Deposit BN tatkala PRU 13 mungkin akan melabuhkan tirainya di penghujung tahun 2010 sebelum penghunjung 2011 akan menjengah kita. Itu tidak sangat membertakan otak untuk memikirkan lantas bagaimana BN akan mengekalkan tampuk kuasa yang dimilikinya sejak awal merdeka...

Saturday, November 27, 2010

Salam hormat saudara Azrone: saya rasa saudara agak emosi jika masalah yang dekat dihati saudara tidak dapat diselesaikan. Dan terus membuat kesimpulan yamg agak keras. Bagaimana pula masalah yang dapat diselesaikan oleh YB YB "bersembunyi" ini yang tidak dilapurkan? Tapi saya agak itu bukan salah saudara juga kerana mana mungkin saudara tahu. Lagipun masalah orang lain yang diselesaikan oleh kami...

Saturday, November 20, 2010

Sejak pemilihan pucuk pimpinan PKR yang dikatakan membuka pintu demokrasi dengan luas melalui slogan “1 ahli satu undi” dan sejak Zaid Ibrahim bertindak menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR atas sebab bukan peribadi tetapi atas sebab apa yang dikatakannya sebagai penyelewengan dan kepincangan dalam parti seripihan UMNO itu, dan kemudiannya Zaid mengumumkan akan keluar dari...

Friday, November 19, 2010

KENDATIPUN orang Bajau merupakan penduduk dan pengundi majoriti di negeri Sabah, namun etnik terbesar ini tidak mempunyai karisma dan kuasa mutlak menentukan halatuju dan halacara politik Sabah.Ketokohan mereka sebagai Tuan Yang Terutama Yang Dipertua negeri Sabah, Ketua Menteri dan Pemimpin Politik gagal menjenamakan Bajau sebagai satu pakej lengkap yang mendasari perjuangan nasionalisme dan lebih...

Thursday, November 18, 2010

Tahun 70-an USNO terlalu kuat di Kota Belud. Tiga kawasan DUN dan satu parlimen dikuasai USNO. Apabila Parti Berjaya ditubuhkan pada tahun 1976, Usno kalah di Tempasuk, Kedamaian dan Parlimen, hanya Usukan menjadi kubu kuat Usno sehingga Usno dibubarkan pada tahun 1991; dan kini dikuasai oleh UMNO.Setelah Berjaya ditumbangkan, Tempasuk, Kedamaian dan Parlimen Kota Belud dikuasai oleh PBS (PBS menumbangkan...

Sunday, November 14, 2010

"Kebenaran" adalah 'kepahitan' yang tidak akan menjadi ubat kepada sesiapa yang tidak ingin melihat kebenaran itu. Dan pada kebiasaannya juga "kebenaran" itulah yang akan meletakkan manusia dikedudukan yang teratas. Baik dari soal kebertanggungjawaban, soal ketergantungan kepada amanah yang diberikan, atau soal kepimpinan politik dan penganut kepada idealisme perjuangan.Kota Belud adalah daerah kecil...

Monday, November 8, 2010

Mana-manapun tamadun di dunia ini, baik ketamadunan yang diasaskan oleh keutuhan dan penguasaan politik yang strategik, atau penguasaan kepada perekonomi, atau juga ketinggian pemoralan dan pengakhlakan masyarakatnya, pasti akan melalui apa yang dinamakan sebagai keruntuhan, kemusnahan dan kemerosotan. Sama ada keruntuhan itu disebabkan oleh kerana pewarisan kepimpinan yang lemah sehingga berlaku...

Sunday, November 7, 2010

Kota Belud adalah merupakan daerah pejuang yang paling menonjol di sabah. Pertama kerana daerah ini banyak melahirkan pemimpin bertaraf nasional, juga kerana daerah ini begitu 'pantas' dalam soal-soal kepolitikan. Allahyarham Tun Mustapha dikatakan 'menghabiskan' 1/3 daripada hayat politik dan perjuangannya di daerah ini. selain itu Kota Belud juga pernah menduduki kerusi TYT dan juga Ketua Menteri....

Saturday, November 6, 2010

Kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi dikatakan sebagai kemenangan yang cukup bergaya. Pertama kerana di Galas, Bn berjaya merampas DUN itu dari pembangkang, meskipun tidak dapat mengubah kerajaan sedia ada namun sedikit sebanyak dianggap sebagai titik mula apa yang disifatkan sebagai 'kebangkitan' semula BN selepas PRU 12. Kedua kerana BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu sapi yang tradisinya...

Monday, November 1, 2010

Sukar untuk kita pastikan sama ada 'naluri' kepimpinan USBO masih begitu relevan pada masyarakat bumiputera Islam di Sabah, kerana sejak kepimpinan kelas 1 NGO itu yang 'disenyawakan' dengan pentarbiyahan politik pada beberapa tahun kebelakangan ini mendapat "bunga" dari kepimpinan bukan majoriti di Sabah...sudah mula nampak betapa USBO akhirnya semakin dilupakan. Dan jika pengukuran dan tanda aras...