Tuesday, June 22, 2010


Kalau dulu di tahun 80-an dan 90-an, naluri politik masyarakat Kota Belud hanya berkisar dalam ruang lingkup yang sempit ditiup dengan dongengan politik kesukuan yang menebal, sekali sekala diselang-seli dengan beberapa isu anutan dan agama pada zaman PBS, namun sekarang dengan 'rahmat' kemasukan UMNO di daerah ini, ruang bicara politik masyarakat Kota belud sudah jauh lebih terbuka. Barangkali 'rahmat' politik UMNO ini telah memberikan satu bentuk 'penyatuan' keinginan dan naluri masyarakat di daerah Koboi yang semakin membangun. Isu politik setiap kali PRU bukan lagi ada cerita suku dan ketuanan bangsa tetapi merangkumi persoalan nasional dan antarabangsa.



Wakil-wakil rakyat diteropong saban hari oleh rakyat, kemana mereka? apa kerja mereka? Apa pencapaian mereka? Wajarkah tindakan mereka? dan tertunaikah sudah janji PRU mereka?...Perkembangan ini seakan memberikan situasi 'rimas' kepada wakil-wakil rakyat di KB. Ada yang sekali sekala 'turun' menemui rakyat, bercerita dan minum di kedai-kedai kopi, selebihnya menghilangkan diri, entah tidak diketahui kemana perginya.



Perkembangan ICT juga memberikan satu kelebihan kepada rakyat. pelbagai permasalahan rakyat diutarakan dan dipamerkan. terpulang kepada wakil rakyat memberikan response? Seluruh isi alam yang celik ICT akan berupaya membaca pendirian, dan pemikiran mereka.



Kerana yang demikian, Wakil rakyat di KB yang terdiri daripada ADUN TEMPASUK, ADUN USUKAN, ADUN KADAMAIAN dan MP KOTA BELUD, harus sentiasa peka kepada masalah rakyat di kawasan mereka. isu-isu berkaitan dengan kehendak mereka sewajarnya diberikan perhatian.



Walaupun pelbagai doktrin penyelesaian diberikan berkaitan dengan isu pampasan jalan raya Bypass Kudat-Kota Belud, namun ia masih "gagal' memuaskan hati para penduduk yang terlibat. Bahkan ada laporan menyatakan bahawa ada 'orang tengah' yang mendapat habuan besar dari kesengsaraan penduduk yang diambil tanah mereka. Isu ini tinggal jadi isu, tidak ada minat l;angsung para wakil rakyat untuk mencari jalan penyelesaian yang berkesan.



Terbaru pula ialah berkaitan dengan isu pembinaan empangan di sungai Kadamaian di kampung Tambatuan. Kedengaran sudah ada seramai 36 orang ketua kampung yang dipecat kerana membantah cadangan pembinaan empangan itu di kawasan mereka. Rakyat dikhabarkan begitu tidak berpuas hati sehingga 'memaksa" Datuk Dr. Jeffry Kitingan turun padang dan mewakili serta mendengar kehendak rakyat di kawasan itu. Sedangkan pada waktu yang sama wakil rakyat DUN KADAMAIAN juga membisu seribu bahasa.



Saya tertanya-tanya, apakah sebenarnya peranan wakil rakyat yang demikian? Apakah mereka yakin bahawa sokongan rakyat tidak akan berubah arah dan hanya kepada mereka? Kerana apa? apakah kerana mereka mempunyai 'pulus' yang boleh mencairkan hati dan nurani masyarakat KB?

15 ulasan :

rojokobog said...

Salam KM,

Isu penamatan jawatan Ketua-Ketua Kampung di kawasan DUN Kadamain tiada kaitan dengan pembinaan Empangan seperti yang dimaksudkan oleh KM, dan setakat ini belum ada pengganti rasmi untuk Ketua-Ketua Kampung tersebut, ada kemungkinan satu kajian semula akan dibuat keatas penamatan jawatan ini disebabkan ada masalah dalaman parti menurut satu sumber yang boleh dipercayai.

Tentang isu pampasan jalan by pass Kota Belud - Kudat kalau dibincang secara terperinci sebelum pembinaan jalan tersebut dimulakan rasanya tiada masalah yang timbul, kebijaksanaan pemimpin peringkat kampung dan Daerah ketika itu boleh ditagih dalam situasi " Menang-Menang "

Oleh yang demikian perubahan politik di Kota Belud harus dilakukan demi pembangunan berterusan.

Orang Sama said...

Saya rasa terpanggil dgn posting KM kali ini...saya rasa ada kekeliruan terutama mengenai 'pemecatan' ketua-ketua kg seperti yg didakwa? betulkah di pecat?..

Kadamaian secara tradisi adalah kerusi PBS (BN)...perubahan yang didakwa itu tidak akan banyak mempengaruhi pemilihan wakil reakyat di kwsn itu..

barangkali kalau Dr Jefrybertanding di Kadamaian juga akan kalah..

Anonymous said...

pemecatan ketua2 kampung rasanya bulanlah disebabkan oleh pembinaan empangan, mesti ada sebab lain, hal ini perlu diperjelaskan. hal ini telah ambil kesempatan oleh datuk Jeffry untuk memburukkan kerajaan.

2718 said...

mungkin ada kemungkinan pemecatan ketua kampung tersebut bukanlah disebabkan oleh pembinaan empangan. setakat ini belum ada kenyataan balas dari pihak kerajaan berhubung dengan kes ini. oleh itu, saya harap ada penjelasan dari pihak kerajaan bagi memperbetulkan keadaan sebelum isu ini 'diperbetulkan' oleh pihak pembangkang. semua rakyat sabah mahu mengetahui perkara sebenar samada benar atau tidak dakwaan yang dibuat oleh pembangkang.

jsiput said...

Tidak mungkin 36 org ketua kg boleh dipecat begitu sahaja kerana ats sebab membantah cadangan pembinaan empangan.Kerajaan haruslah menjelaskan sebab2x mereka dipecat untuk mengelakkan maruah kerajaan diperburukan.

Hamdan Hadillah said...

Empangan dengan penamatan jawatan ini mungkin tidak berkaitan. ini mungkin ada sebab lain yang berlaku. tetapi pembangkang jadikan ini alasan mereka untuk memburukkan BN di mata rakyat. oleh itu, rakyat haruslah berhati2 dengan tipu helah pembangkang ini.

Boten_Trish said...

Wakil rakyat sepatutnya bertindak untuk menjaga kepentingan rakyat di dalam konstitusi mereka.

Tapi masalahnya sekarang, wakil rakyat zaman sekarang suda mule berfikir, jika mereka tidak buat apa2, rakyat akan menyokong mereka walaupun mereka berbuat salah.

Itu adalah satu kesilapan besar jika mereka berfikir sedemikian.

tombolo said...

mengenai pemecatan ketua2 kampung tersebut, penjelasan perlu diberikan, msti ada sebab tertentu. bagaimanapun isu ini tak perlu diperbesarkan.

tombolo said...
This comment has been removed by the author.
tombolo said...

hal pemecatan ketua2 kampun tersebut tak perlulah diperbesarkan. pemecatan mereka msti ada alasan yang munasabah.

khalid said...

Ini biasalah ni...perubahan politik akan berlaku atas sebab2 tertentu seperti pembinaan empangan dan sebagainya. Untuk mengatahui isu2 yang dinyatakan ini perlulah membuat banyak penyasatan kepada pihak2 tertentu.

Hamdan Hadillah said...

pemecatan ketua kampung..ini memang tidak patut untuk di jadikan isu besar pun. ini boleh diselesaikan tanpa mahu dijadikan isu besar. tapi ini memang langkah pembangkang untuk menarik sokongan dari penduduk.

Unknown said...

kerajaan haruslah bijak dalam menyelesaikan masalah. Kota Belud tetap akan memberi sokongan terhadap kerajaan sekarang, masalah yang penamatan ketua kampung itu mungkin akan ada penyelesaian oleh pihak tertentu, dan janglah dengar kata-kata pembangkang yang ingin menghantui fikiran rakyat.

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar dan kalian,

Isu membabitkan pemecatan 36 orang ketua kampung di DUN kedamaian akibat tidak setuju dengan pembinaan ampangan di kawasan tersebut boleh dikatakan menarik juga.
Kerana selama ini KP jarang menyentuhkan isu-isu yang melibatkan situasi di kawasan tersebut?

Soal pampasan jalan lintas KB-Kudat itu, agak nya serba sedikit sudah selesai. Lagi pun masaalah tersebut mungkin hanya melibatkan sebilangan kecil penduduk daerah Kota Belud. So tidak banyak lagi perkara yang perlu di sentuh atau diperbesar-besarkan.

Namun kes pembinaan ampangan di kawasan DUN Kadamaian tersebut, pasti nya maseh dalam selidikan dan perbincangan selanjutnya.

Tidak dapat dinafikan bahawa saperti di kawasan Moyog Penampang, masaalah tidak persetujuan dari banyak pehak pasti nya akan berlanjutan . Apa lagi bilamana kumpulan activist politik telah campur tangan dalam isu-isu pengandalian masaalah tersebut.

Sejauh mana kah kebenaran fakta yang KP nyatakan di sini saya belum pasti. Kerana kajian saya belum sampai kesana. So apa yang saya huraikan di sini ada lah berasaskan ‘hypothesis’. Sorry for that.

Pada asas nya pembinaan ampangan ini bukan lah isu politik semata-mata. Ia nya ada lah berbentuk pembaikan tahap sosial dan cara hidup dikawasan Kedamaian dan persekitaran nya. Dan kira nya pembinaan tersebut berjaya di laksanakan sepenuh nya sudah tentu banyak manafaat yang akan di perolihi oleh masyarakat setempat terutama sekali, bekalan air dan mungkin juga kuasa letrik.

Namun disamping kegembiraan untuk mendapat bantuan ‘services’ dari ampangan tersebut, pencemaran berleluasa pasti nya tidak dapat dielakkan. Banyak tanah-tanah persendirian dan rejab-rejab kerajaan yang akan musnah ditenggelami oleh air tekungan yang banyak. Berhektar-hektar luas nya.

Pencemaran sampingan saperti menggubah situasi habitat binatang liar, ikan dan budaya alam semula jadi tetap tidak dapat dielakkan.

Justru itu, sebelum di politikkan atau pun menggunakan kekerasan saperti ‘compulsory accusation’ atau pun tidakan drastik untuk menamatkan ‘services’ ketua-ketua kampung dsn di sana, agak nya pehak berkuasa perlu juga mendapat bantuan para-para pakar dari pehak yang berkaitan saperti Jabatan Parit dan Saliran, Agensi pencemaran dan lain-lain lagi tanpa memberi ruang yang banyak untuk mainan politik campur tangan dalam strategi untuk menangani hal-hal tersebut.

Walau pun nampak kecil , namun impak tindakan untuk memecat seramai 36 ketua kampung itu, pasti nya ada ‘ side effect’ dalam senario politik dimasa akan datang. Itu saya pasti.

Semuga sukses

jack said...

sebagai seorang wakil rakyat, beliau haruslah memberikan sepenuh khidmatnya kepada rakyat untuk kesejahteraan..maksudnya, beliau haruslah peka akan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat dan bukannya hanya kepada masalah yang 'berkaitan' dengan kedudukan beliau sebagai wakil rakyat..harus diingat di sini, rakyat harus didahulukan, pencapaian diutamakan..