Thursday, June 10, 2010


Dalam politik, 'penafian' adalah 'kebenaran yang tertunda', dan 'pengakuan' terbuka adalah tipu muslihat yang merbahaya. Dalam politik juga semuanya adalah kawan, dan semuanya adalah lawan. "berkemungkinan" dan mempunyai 'kebarangkalian' yang tinggi. Begitu tamsilan dunia politik secara umumnya. Sebab itu bila ada isu panas bertiup mengenai rangkaian politik di Sabah..maka ia penuh dengan kemungkinan dan keberanian yang tinggi. Umpamanya sejak akhir-akhir ini hubungan Musa Aman dengan Shafie Apdal begitu rancak diceritakan. Tiada penafian, tiada pengakuan, dari yang empunya diri tetapi politiklah yang membenarkan segala-galanya.


Berpunca dari pengagihan peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang diketuai oleh Datuk Shafie Apdal yang dikhabarkan tidak disalurkan kepada kerajaan negeri melalui Jabatan Pembangunan negeri (JPNS) dan kemudiannya penubuhan unit pemantau dari Kementerian Luar Bandar, yang kemudiannya dikatakan bertaraf "jabatan"...menjadi punca kepada pertikaian itu..malahan ramai penganalisis politik menyatakan kekhuatiran yang melampau mengenai perkembangan ini. Ada yang menyampaikan telah berlaku "krisis" antara dua tokoh ini. Kemudiannya dipanaskan lagi dengan tanggapan bahawa Datuk Shafie dikatakan sedang merangka strategi "tertutup" untuk persediaan mengambilalih jawatan Ketua menteri Sabah.

Perkembangan ini telah menyemarakkan lagi sokongan kepadaDatuk Musa Aman. Misalnya Ex- Usno dikatakan telah mengadakan kunjungan hormat kepada PM Datuk seri Najib untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Musa Aman. Sebelum ini beberapa ketua cawangan di semporna juga dilaporkan menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Musa Aman.

Apa yang mengelisahkan kebanyakan penyokong Datuk Shafie ialah apakah selepas ini akan ramai lagi pemimpin masyarakat dan orang perseorangan serta NGO politik akan menyatakan sokongan kepada Musa Aman? Dan situasi politik ini telah membenarkan apa yang menjadi spekulasi selama ini.

25 ulasan :

jack said...

senario politik sabah dikatakan panas disebabkan oleh andaian dan spekulasi mengenai konflik antara datuk musa dengan datuk shafie..bagi kedua-dua tokoh politik ini, pendapat saya, adalah matang dan profesional...adalah tidak perlu mereka membuat kenyataan berhubung dengan andaian tersebut yang bagi mereka akan memburukkan lagi keadaan..tidak ada sebarang pengakuan atau penafian yang dibuat..ini adalah satu tindakan yang rasional..ramai yang menyatakan sokongan mereka kepada Musa sebagai CM sabah disebabkan oleh kewibawaan beliau sebagai ketua yang membawa perubahan dan pembangunan di sabah sepanjang beliau menerajui kerajaan negeri..bagi saya, tidak salah sekiranya kita menyatakan sokongan kita kepada pemimpin kita yang telah banyak berjasa kepada negeri..

jack said...

KKLW yang menubuhkan unit khas pemantauan projek menyebabkan kerajaan negeri tidak bersetuju kerana di sabah telah ada satu badan yang bertindak sebagai penyalur projek serta pemantau yang dipercayai iaitu JPNS selari dengan perjanjian 20 perkara..disebabkan penubuhan unit khas ini mencalarkan perjanjian tersebut, sebagai ketua kerajaan negeri, Musa mempertikaikan penubuhan unit tersebut yang dianggap membelakangkan JPNS..ini adalah wajar dilakukan oleh Musa untuk memelihara dan memperjuangkan hak Sabah seperti yang dipersetujui dalam 20 perkara.. adakah ianya menjadi satu kesalahan, sabah mempertahankan haknya? sebagai seorang sabahan, Shafie sepatutnya jelas akan perkara ini..

Unknown said...

politik memang susa untuk kita memahaminya. ini bukan masalah untuk menyebelahi siapa2 dalam hal ini. kedua-dua ini tokoh sabah yang berjasa dengan sabah. Datuk Musa CM sabah yang sangat memahami orang sabah. Krisis yang di kata kan itu hanya andaian dan kabar angin saja. CM dan Datuk Shafie saya harap, kedua2 tokoh ini bersatu untuk menbangunkan sabah.

Hamdan Hadillah said...

Datuk Musa yang sebagai ketua menteri sabah mempertikaikan dengan penubuhan unit tersebut yang dianggap mengetepikan JPNS..ini adalah wajar dilakukan oleh Datuk Musa untuk memelihara dan memperjuangkan hak Sabah seperti yang dipersetujui dalam 20 perkara..

somboi said...

bermacam2 sudah kabar angin mengenai persengkataan Musa Aman dan Shafie Afdal, namun tak daapt dipastikan sejauhmana kebenarannya. tindakan kedua pihak tidak memberi respon terhadap perkara ini adalah baik, perlkara ini bulanlah isu yang besar, ia tak perlulah diperbesarkan. bagaimanapun harap hubungan antara mereka tetap baik.

Sanih Alias said...

itulah yang menjadi masalah. kita tidak tahu sejauhmana kebenaran dalam masalah ini.adakah kabar angin semata2.memang kabar angin saja.walau apa pun, kerjasama harus di teruskan bagi rakyat sabah.

tombolo said...

Musa Aman memang mempunyai banyak penyokong, sya pun sokong dia. Musa Aman adalah CM Sabah yang terbaik dalam sejarah negeri sabah. dialah yang paling lama menjawat jawatan CM. byk juga pembangunan yang telah dilakukannya. harap beliau akan terus menjadi CM Sabah.

Anonymous said...

kita tak tau benarkah hubungan Musa dan Shafie tak baik? Shafie nak merebut jawatan CM Sabah dari Musa? bagaimanapu saya tetap sokong Musa Aman. Musa Aman adalah antara pemimpin terbaik Sabah. Shafie tak boleh menandinginya.

Sanih Alias said...

CM yang lama menjadi pemimpin di Sabah Datuk Musa Aman. mmemang dia pandai mentadbir dan layak untuk menjadi ketua sabah. banyak pembangunan telah dibuat dan banyak masalah sudah di tangani. Datuk MUsa memang yang terbaik untuk Rakyat Sabah.

Hamdan Hadillah said...

saya tetap akan meyokong CM kita DAtuk Musa Aman. Dia memang pemimpin yang betul2 boleh menbantu sabah.

Ted Medresher said...

saya setuju, dalam arena politik banyak kekeliruan yang sukar difahami rakyat. namun tidak dinafikan juga, rakyat pada masa ini semakin bijak merungkai kekeliruan dan mampu membezakan baik dan buruk. dinasihatkan ahli2 politik tidak perlu membuang masa membincangkan isu2 yang tidak berfaedah untuk kepentingan politik masing2. mereka sepatutnya berusaha menjiwai permasalahan yang dihadapi rakyat.

Ted Medresher said...

dengan merujuk kepada tajuk artikel ini, tidak dinafikan lebih ramai yang menyebelahi Musa Aman memandangkan beliau lebih memahami Sabah berbanding dengan Shafie yang hanya kadang2 berada di Sabah. apa2pun sebaik2nya elakkan persengketaan politik ini kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada rakyat.

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar dan kalian,
Isu menarik ..Namun sejauh mana kah kebenaran bahawa ramai nya penyokong Musa di bandingkan dengan Shafie dari aspek logistik dan statistik yang comprehensive maseh kita nantikan..ya tak?

Next, kita tidak berapa jelas kes sebenar sama ada perselisihan faham antara Musa dan Shafie ‘pertaining to’ berebutan kuasa sebagai Ketua Menteri Sabah, maseh dalam tahap kabur-kabur atau pun tahap kronik ?

Disamping itu, justifikasi kenapa Shafie menggunakan bantuan unit khas, kita belum selidiki sepenuh nya dari aspek positif dan negatif nya kepada rakyat Malaysia dan Sabah khas nya ?

Apa yang kalian rumuskan hanya lah berdasarkan dari segi ilmu ‘logik dan norm’ nya bahawa Ketua Menteri dimestikan untuk memegang wakitah sebagai CEO untuk mentadbirkan perlaksanaan peruntukan yang di salurkan dari Perseketuan ? ( Walau pun pada hakikat nya mungkin terdapat kelemahan kerajaan Negeri dari aspek personal, teknologi, ‘operational speed, dan sebagai nya).

Setahu saya terdapat 'loop hole' kelemahan dalam JPNS itu sendiri. Contoh nya kebanyakan projek yang disalurkan dari Federal akan dilaksanakan ‘pembukaan tender’ dan ‘projects supervision’nya oleh unit JPNS itu sendiri tanpa melibatkan sepenuh nya Jabatan-Jabatan Teknik Negeri saperti JKR, Jabatan Air, JPS dll.

Dikatakan, JPNS lebih berminat untuk menggunakan khidmat ‘private consultants’ yang di pilih sendiri oleh pengubal dasar JPNS itu sendiri. Sehinggakan Jabatan-Jabatan Teknik Negeri yang saya sentuhkan tadi kehilangan banyak kerja-kerja yang sepatut nya diamanatkan kepada mereka selama ini ( Selaras dengan ‘ state general accounting procedure’ dsn).

Apa yang Shafie lakukan sebagai Menteri KKLW setakat nya ini bukan lah ‘isolated case’. Sememang nya selama ini dasar implementasi kerja-kerja tersebut selalu nya di kendalikian oleh kementerian tersebut sejak Sabah di tadbir oleh UBN.

Mereka menggunakan sistem bantuan ‘FELCRA accounting services’. Advantages nya mengurangkan ‘red tapes’, ‘ increase the speed of projects implementation’ dan pembayaran kontrak tidak perlu ‘kelam kabut’ pada penghujung tahun bilamana tiba masa nya’ closing account’.

Dalam kontek siapa menang dan siapa kalah di antara Musa dan Shafie bukan lah isu penting untuk BN. Kerana resiko nya ada lah ‘Lost-Lost’ kepada mereka.

Semuga kalian sukses

Unknown said...

Too much speculation. Hanya tuan empunya badan saja yg tahu tentang kebenaran cerita ini.

hulubalang said...

bukanlah menyebelahi MA adalah menafikan SA? kenapa tidak bersatu? pada pandangan saya, rakyat sabah akan dapat lebih banyak manfaat kalau kdua-duanya bersatu....takut nanti 'gajah sama gajah berperang, pelanduk mati ditengah-tengah'

hulubalang said...

krisis antara SA dan MA tidak wajar digembar gemburkan..sejauh mana kebenaran krisis tersebut tidak diketahui...manatau just nak panaskan senario politik sabah?

Gambar seksi said...

KM dan rakan blogger yg lain..

para pemimpinsabah tidak pernah serik dgn perbalahan yg berlaku antara mereka..memangpun selama ini..rakyat menjadi mangsa..bagaimana perbalahan antara Tun Mohd. Stephens dgn tun mustapha..telah melahirkan parti BERJAYA kemudiannya Datuk hariss salleh berbalah dgn Pairin kitingan dan melahirkan PBS..kemudian lahir pula BERSEKUTU dan macam-mnacam lagi..

wlupun kita menafikan perbalahan antara MA dgn SA..namun ia sudah menjadi cerita umum..persefahaman dlm politik mermang sukar diwujudkan..

Gambar seksi said...

sdr Jack..

pemansuhan JPPS kerana disebabkan oleh birokrasi yg banyak..namun fungsi JPPS telah dapat menyalurkan pembangunan yg sepatutnya..

Walupun begitu kita juga mahu JPNS tidak dipergunakan utk kepentingan kroni dan proksi kp pemimpin tertentu...

Paquin said...

Dunia politik memnag ragamnya. So better tengok dan lihat ja kehebatan para pelakon di pentas politik kerana akhirnya rakyat yang akan tentukan siapa yang terbaik utk menjadi pemimpin :)

Paquin said...

Bagi saya Musa Aman merupakan pemimpin yang baik dan tidak hairanlah jika makin ramai yang menyokong beliau. Sebagai pemerhati luar, kita hanya dapat membuat andaian dan kebenaran tu hanya diketahui oleh empunya diri.

Paquin said...

Pasal gosip krisis yang timbul tu, tak payahlah kita hairan sangat. Just let it be.. lambat laun ia akan kembali sunyi sepi. hehhehee
Neway, kepada CM all the best :)

Unknown said...

Cerita mengenai perbalahan antara Musa Aman dan Shafie Apdal semakin menyengat. Semakin ramai yang ingin tahu kesinambungan drama sengketa mereka berdua. Saya dapat rasa lagi banyak spekulasi akan timbul.

Indeed it's true politic is hard to understand but then again, I hope everything will be alright soon.

Unknown said...

Ini menunjukkan pemimpin seperti CM adalah berkaliber dan amat sesuai untuk memimpin. Tidak heranlah ramai menyebelahi beliau. Jika selama ini CM memimpin kurang baik maka sokongan dan respon dari rakyat sudah tentu negatif. Segala tohmahan dan spekulasi dibuat diharapkan rakyat mengambilkira hujung, tengah dan pangkalnya daripada terus membuat andaian.

rojokobog said...

Salam KM,
Perbalahan / sengketa diantara Datuk Musa Aman dan Datuk Shafie Hj. Afdal ini cuma kita dengar dari mulut ke mulut ( khabar angin ) tidak ada bukti yang sahih dan kukuh menyatakan bahawa mereka ini bersengketa dengan erti kata lain tiada hitam putih mahu pun media massa dan media eletronik yang mempaparkan dan melapurkan bahawa perbalahan ini ujud seperti perang mulut diantara Datuk Yeh Moh Chai dan Datuk Yong Teck Lee yang terpampang di dada- dada akhbar sejak akhir-akhir ini.

Tetapi tidak ada masalah untuk kita memberi pendapat dan idea serta ulasan tentang tajuk ini, tapi jangan lah terlalu emosinal dan menurut perasaan, kita kupas isu ini dengan cara sopan tanpa menyentuh perasaan sesiapa kemudian beri penjelasan bagaimana cara untuk menyelesaikannya jika sengketa ini benar-benar ujud..tapi harapan kita jangan lah ada usaha-usaha untuk mengeruhkan lagi keadaan, sebab ini melibatkan soal pembangunan Negeri Sabah yang kita cintai ini, kepada rakan-rakan sekelian harap dapat memahami,melihat situasi ini dan mempertimbangkan dari semua aspek dan sudut yang terbaik...BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH..Sekian

Anonymous said...

Krisis diantara dua pemimpin ini mungkin jg digembar-gemburkan oleh pihak2 yg berkepentingan, bertujuan untuk melaga2kan kedua2 pemimpin ini, untuk kepentingan pihak2 lain...

tidak mustahil jg hubungan Musa-Shafie ini sebenarnya baik & tidak mempunyai masalah...& Shafie jg kelihatan selesa berada di Federal, malahan dilantik menjadi pengerusi Umno Kedah...ini bermakna jika Kedah berjaya dirampas kembali oleh Umno/BN pada PRU akan datang, Shafie kemungkinan besar akan menjadi Menteri Besar di negeri tersebut...