Setelah Pemuda UMNO KB memberikan mandat kepada Sdr Barur, menerajui kepimpinan pergerakan itu tidak ada yang banyak berubah, sama ada dari segi legasi idealisme kepimpinan pemuda yang menjadi sayap kanan dalam UMNO KB ataupun pedewasaan pergerakan itu dari segi percaturan politik yang matang dalam mendekati rakyat. Itu jelas dan tidak ada siapa yang boleh mempertikaikannya. Bukan sahaja orang perseorangan yang berada di luar pergerakan itu yang melontarkan kebimbangan dan kenyataan ini tetapi juga beberapa pemimpin pemuda yang sempat ditemui merasakan kepincangan yang disebutkan.
Barur bukan sahaja dilihat sebagai " air yang sentiasa berkocak" tetapi juga meletakkan pergerakan itu di tahap yang sangat memilukan. Transformasi pemuda yang diwar-warkan diperingkat cawangan dan bahagian hatta di peringkat nasional juga gagal direalisasikan. Sebaliknya pergerakan itu kelihatan lesu, tidak bermaya, pilu, berdukacita dan hanya menyelusuri tabiat semulajadi parti..setiap kali ada perhimpunan, maka suasana akan menjadi riang dan gumbira.
Pemimpin sebegini tidak akan lantang dan putus saraf politiknya untuk membawa rakyat bersama memberikan sokongan kepada parti itu. Sebaliknya ramai perwakilan pemuda KB yang masih rungsing dan kabur dalam menentukan layar dan hala tuju perjuangan pergerakan itu.
Berucap ketika merasmikan persidangan itu, Ketua Umno KB yang juga penasihat Sains kepada KM Sabah, Datuk Salleh Tun Said menyatakan betapa kepimpinan pergerakan pemuda menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti. Menjadikan ramai perwakilan merasakan sudah ada tanda-tanda keretakan berlaku kepada pergerakan itu..terutama dalam soal sokongan dan keyakinan kepada Ketua Umno KB itu sendiri. Apakah DSSK telah mula merasakan bahawa pemuda sudah mula beralih arah kepada memberikan sokongan kepada orang lain apatah lagi kepada mereka yang pernah menerajui UMNO KB?
Atau apakah benar bahawa pemuda UMNO KB telah mula lupa pada ikrar dan sumaph ketika mula memegang jawatan itu, yang ramai pihak mengetahui bahawa kemunculan Barur dalam persada politik KB adalah atas kerana 'ehsan' dan 'percaturan' dua gergasi yang ingin masih berkuasa.
Sesungguhnya jika melihat dan mendengar kepada keluhan mantan naib pergerakan itu, maka dapat kita telusuri bahawa dalam banyak perkara PEMUDA adalah 'alat' dan 'peralatan' yang digunakan untuk meneruskan "legasi" kepimpinan orang tertentu dalam UMNO KB. Jika benar nyata semakin terang kepada kita bahawa 'legasi' itu semakin tidak kesampaian. Perwakilan mula meluat,bahkan ada yang sudah terang menyatakan pendirian bertentangan mereka. Namun Siapakah yang akan mengetuai semula pergerakan pemuda Umno KB di kemudian hari yang lantang dan berwibawa? Pemimpin pemuda semakin ketandusan.
4 ulasan :
Dengan perrmulaan kata, “yang betul itu ada lah benar. Yang salah tetap salah” saya memohon keizinan dari empunya blog Kelapa Mawar untuk meneruskan pendapat dan pandangan saya terhadap isu menarik yang di utarakan disini ia itu “PERSIDANGAN PEMUDA UMNO KOTA BELUD: LEGASI PERJUANGAN YANG TIDAK KESAMPAIAN.”
Saya berani memberi komen fasal isu ini kerana semua nama-nama ketua-Ketua Pemuda sebelum dan kini saya kenali secara personal. Dan mereka juga mengenal saya secara peribadi disamping kadang kala berinteraksi dengan mereka sehingga masa kini.
Bermula dengan sdra Ariffin, Shukor (Kini menyertai parti PKR), Datuk Jaflin dan akhir-nya sdra Barur; semua nya saya kenali sebagai sahabat.
Itu pun kalau ada keraguan, sila bertanya pada mereka sama ada mereka mengenali saya secara peribadi selaku mantan Jurutera Bahagian JKR Kota Belud atau pun saya sengaja mengada-ada disini.
Selanjutnya, dalam pengamatan saya, semua mereka ini okey juga kalau kita bagi mereka ruang dan bantuan moral dsn untuk mereka meneruskan kerjaya mereka dalam arena politik yang kita tahu agak rumit lagi komplek ini.
Walau macam mana pun, sejauh mana kah kebenaran mutlak fakta yang di tekankan dalam artikel ini, pasti nya akan mengundang persoalan dan tanda tanya.
Atau pun mungkin kah ia nya hanya setakat pandangan peribadi KM selaku seorang pemerhati politik 'intellectual'?
Dalam hal ini, cuma KM sendiri yang mengetahui apa yang maksud tersirat dan tersurat nya.
Sejurus itu saya pun kurang memahami apa kah maksud kegagalan untuk meneruskan perjuangan legasi itu?
Kerana bagi saya, selalu nya dalam hidup ini selain dari kegagalan pasti nya ada juga kejayaan nya.
Sebagai seorang sahabat, saya agak terkilan juga bilamana dikatakan bahawa Ketua Pemuda UMNO KB masa kini di kategorikan sebagai individu yang ‘Gagal’ dalam missi dan visi untuk menjayakan perjuangan parti UMNO KB.
kerana apa yang saya tahu, perjuangan mereka-mereka yang sebelum nya pun hampir-hampir serupa dengan yang sedia ada.
Apa-apa pun kesah yang menyedihkan ini pasti nya akan menimbulkan persoalan yang menarik selanjut nya.
Thanks KM dan semuga anda sukses selalu.
Kalau tersilap, maaf jua ku fohon
" Sedangkan Artis Jamal Abdillah terlibat dengan Dadah pun masih diminati ramai ini kan pula(ditunjuk) ketua pemuda kita" Kata Datuk Salleh..berderai tawa dan tepukkan perwakilan pemuda.
Entahlah tetiba pandangan mata kasar tertumpu kepada perkataan KAPSUL yang terpampang iklan banner tertera nama dan gambar ketua pemuda. Lain orang lain tafsirannya...pendek kata sendiri mau ingat da........
syok juga ayat saudara solymone ini...lama sudah tidak jumpa kawan lama ini tau..."Yang betul itu adalah benar, yang salah tetap salah" bersama difikirkan
kesian hujah dan pandangan para pemimpin kita...Ya lah kan lain orang lain ragam dan tafsiranya...
Kesian Baharul merah menyala mukanya....
Salam KM,
Fenomena yg berlaku dalam persidangan Pemuda UMNO Kota Belud adalah fenomena yg melanda UMNO seluruh negara pasca PRU12.
Pemuda UMNO Pusat juga lesu setelah KJ tidak dilantik dalam kabinet.
Ayat yang selalu keluar dari mulut KJ "Macamana nak bantu bro...saya pun tak ada kuasa apa-apa bro...macamana kita nak buat aktiviti bro"
Ayat seperti ini adalah ayat kecewa dari mulut KP UMNO Malaysia!!
Namun demikian dalam konteks Pemuda Kota belud, Pergerakan itu perlu menggalas tanggungjawab mereka menjadikan UMNO terus relevan kepada golongan muda.
Pemuda UMNO kelihatan gagal mengadakan program2 yg mampu menarik minat golongan muda utk menyertai perjuangan mereka.
Selain daripada lawatan ke Indonesia dan beberapa program yg tidak melibatkan keseluruhan ahli Pergerakan itu, saya tidak nampak program yang lebih menyeluruh seperti aktiviti Skuad 169!!
Malangnya sekali, Pemuda UMNO Kota Belud tidak menggunakan pengalaman bekas Setiusaha Pemuda UMNO Malaysia, juga MP Kota Belud, Dato Rahman Dahlan dalam merangka aktiviti politiknya.
Saya menghormati KP Barur Sawi sebagai seorang muda yg komited dengan perjuangannya. Barangkali apa yang dilakukan Pemuda tidak cukup utk menarik minat golongan remaja.
Dalam hal ini, Pemuda UMNO Kota Belud perlu muhasabah diri dan melakukan post mortem, kenapa kehadiran perwakilan kurang sambutan pada tahun ini.
Melihat daripada jumlah yang menawarkan diri bertanding sebagai wakil Pemuda (3 orang sahaja) sudah tanda awal minat pemuda berkurangan. Di mana silapnya?
Apakah kerana pergerakan pemuda UMNO Malaysia dibawah kepimpinan KJ secara umumnya tidak lagi menarik? Atau kerana semata-mata kelemahan Pergerakan Pemuda UMNO Kota Belud yang dipimpin Barur Sawi?
Barangkali kepimpinan UMNO Kota Belud yg diketuai Datuk Seri Salleh juga perlu mengkaji fenomena ini. Bukan turut sama mengeluarkan kenyataan negatif atau terus menuding jari terhadap kelemahan Barur. Kelesuan Pemuda UMNO KB adalah tanggungjawab kolektif seluruh barisan kepimpinan UMNO Kota Belud!!
KM<
Ayat saya sepatutnya, "amat malang, Pemuda UMNO Kota Belud tidak meminta nasihat dan pandangan bekas SU Pemuda UMNO Malaysia, juga MP Kota Belud, Dato Rahman Dahlan, dalam merangka aktiviti yang mampu menarik minat golongan remaja Kota Belud, seperti Skuad 169 yang nampaknya lebih diminati dengan aktiviti yang sesuai dengan jiwa dan minat remaja"
Post a Comment