Tuesday, June 1, 2010


Bila isu ketuanan suku dan bangsa diperkatakan ,ramai yang tidak bersetuju kerana beranggapan ia unsur fahaman rasisme, namun pada hakikatnya manusia tidak pernah lari daripada memperkatakan isu ini. Suatu ketika pengendali blog ini di cap sebagai kesukuan...tetapi jarang antara kita yang mula memikirkan dan mentelaah isu ketuanan suku di kota belud ini sebagai satu isu yang wajar didudukkan semeja dalam suasana perbincangan matang dan dewasa. Justeru itu KM mengharapkan agar apa yang dipaparkan ini dilihat dari sudut yang positif.


Apabila Pemimpin kemajuan Rakyat Tempasuk Sdr Baghdad Turogan bertindak melepaskan diri dari jawatan itu, ramai masyarakat Iranun mula gusar atas beberapa sebab. Antaranya ialah siapa pengganti yang boleh mengantikan kedudukannya? kedua, apakah sebab kepada peletakkan jawatan itu? Walaupun sebelum ini DUN Tempasuk datuk Musbah jamli begitu berbangga kerana mempunyai seorang pemimpin bertaraf PKR Dun tempasuk yang berkeliber namun sekarang sudaj tidak lagi..Apakah puncanya adalah disebabkan kerana wujud pertelingkahan senyap antara ADUn Tempasuk dengan orang bawahanya? Atau barangkali kerana atas prinsip penglibatan Sdr Baghdad Turogan sebagai kontraktor Iranun yang memperolehi banyak projek di bawah DUN TEMPASUK?


Apakah tidak wajar masyarakat Iranun di DUN ini berasa risau dengan perkembangan terbaru ini? bagaimanakah gagasan dan perancangan yang dilakuykan oleh sdr baghdad Turogan sebelum ini dapat direalisasikan khususnya beberapa projek di perkampungan Iranun termasuk kota peladok dan Tamau? KM berkeyakinan pemergian sdr baghdad Turogan dalam kepimpinan DUN TEMASUK adalah satu kerugian yang besar kepada Iranun dan Bajau di kawasan berkenaan.

2 ulasan :

palingberani said...

Iranun akan rugi sepenuhnya bila tidak ada wakil rakyat yang berkelayakan dalam suku Iranun yg berperanan utk memperjuangkan kepentingan suku ini dalam politik Sabah..

Gambar seksi said...

Pagari....KM..

eloklah Bagdad letakkan jawatan sbg pelbagai isu melingkari pejabat perhubungan ADUN tempasuk kerana..sebagai kontraktor..ada saja isu mengenai projek yg dikaitkan dengan beliau...semoga beliau terus maju dlm dunia konttraktor...