Ketika berkesempatan berbicara mengenai politik kota Belud dengan seorang penggiat politik di daerah kota belud beberapa hari yang lepas, beliau menyifatkan bahawa lagak pembangkang di daerah ini terutama PKR dan PAS hanyalah umpama "biduk lalu kiambang bertaut". Kehadiran mereka hanya bermusim dan tidak langsung menjiwai permasalahan rakyat di kota belud. beberapa insiden yang menuntut penglibatan mereka langsung tidak dipedulikan. Umpamanya masalah bekalan air bersih dan kepincangan pentadbiran MDKB yang disifatkan sebagai "gagal' menangani isu kebersihan dan sistem pengangkutan 'parking' di pekan ini.
PKR dan PAS hanya terlibat menyajikan isu-isu nasional yang tidak sangat dipedulikan oleh masyarakat Kota Belud. Isu blok L dan M, isu Israel, dan pelbagai isu lain dijadikan sebagai platform untuk mempengaruhi masyarakat KB memberikan sokongan kepada mereka.
Keadaan ini telah menyebabkan beberapa pemimpin BN di daerah ini berkeyakinan penuh bahawa tiga DUN di kota belud dan Parlimennya akan 'tetap' menjadi simpanan tetap BN diperingkat negeri. Bila menyebut tentang pertambahan sokongan kepada pembangkang pada PRU 12 yang lepas..pemimpin masyarakat ini menyifatkannya hanya bersifat sementara dan ia tidak sampai menafikan majoriti calon BN terutama dari UMNO.
Keadaan yang selesa ini telah membuatkan pemimpin BN mula lupa diri dan tidak sangat mengambil tahu beberepa permasalahan rakyat di kota belud. Dakwaan ini beliau utarakan apabila keadaan di perkampungan sekitar daerah KB masih ditahap seperti dahulukala. Tiada pembangunan dan jalan raya masih tidak beraspal, begitu juga bekalan air bersih yang diwar-warkan akan berakhir pada tahun 2010, masih belum menampakkan keberhasilannya, hanya di kawasan pekan sedangkan di perkampungan lain masih menggunakan air telaga dan telaga tiub.
Secara peribadi beliau menyatakan kepada saya bahawa PKR dan PAS harus segera berubaha jika tidak ingin melihat mereka akan gagal meraih sokongan pada PRU 13 akan datang. Sama ada benar atau tidak pandangannya, ia harus diambil kira kerana dalam politik segala-galanya boleh berubah sekelip mata.
12 ulasan :
KM..
memang betul di KB calon BN tetap akan menang tetapi apa yang kita mahu ialah perubahan pemikiran para pengundi..kalau hari ini mereka sokong , kita juga fahaman sokongan itu boleh berubah sekelip mata...
kita tetap yakin rakyat akan memberikan sokongan kepada PAS dan PKR di KB
beginilah sikap segelintir pemimpin yang lebih mengutamakan kepentingan masing2 dan sengaja menyimpangkan tanggungjawab asal mereka. jika ini berterusan, rakyat akan terus terpinggir. PRU 13 semakin hampir, jika pemimpin tidak bertindak dari sekarang, tidak mustahil rakyat juga akan meminggirkan mereka. oleh itu dinasihatkan semua pemimpin tidak kira mana2 parti perlu memanfaatkan masa yang ada untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat.
memang benar PKR dan PAS asyik-asyik membangkitkan isu-isu seperti minyak blok m dan l (yang memalukan Malaysia sebenarnya bukti menunjukkan ia milik Brunei) dan juga mengatakan kaum kdm yang paling rugi di Sabah dll. ia adalah isu-isu yang menunjukkan parti2 tersebut desperate meraih undi rakyat sabah
mana2 pemimpin tida kira dari parti mana sekalipun seharusnya menunaikan tanggungjawab mereka. kepentingan rakyat haruslah diutamakan. jika mereka mengabaikan kepentingan rakyat, sokongan rakyat terhadap mereka akan berbelah bagi.
PKR dan PAS masih belum mampu menggugat kedudukan BN di Sabah. mereka juga mempunyai masalah dalaman yang dilihat sebagai ketidakmampuan mereka memimpin parti mereka sendiri. melihat kepada senario politik di Sabah, saya yakin, masih ramai rakyat sabah yang belum bersedia menerima kerajaan baru.
PKR dan PAS memagn tidak akan dapat menggugat kuasa BN di Sabah. Sabah merupakan kubu kuat BN. bagaimanapun BN sabah kena juga berusaha untuk mendapatkan lebih banyak sokongan rakyat. pembangunan rakyat kena diutamakan kerana ini kunci utama kepada sokongan rakyat agar terus kukuh.
walaupun BN yaakin bahwa mereka tetap akan menguasai Sabah, BN seharusnya utamakan kepentingan rakyat, jika bersikap sambil lewa ja, lama-kelamaan sokongan rakyat terhadap akan semakin pudar.
Kerajaan BN masih kukuh di Sabah di bawah bayu..Memang parti lain susah untuk menjatuh kan BN apa lagi di Kota Belud yang di pengaruhi kuat oleh kerajaan BN..maka PAS dan PKR nanti-nanti sajalah aa..Kukuh kan dulu parti sendiri yang tidak terurus itu..BN tetap teguh dan kekal di Kota Belud dan Sabah..
BN..berusaha dan janganlah abaikan kepentingan rakyat..BN boleh melakukan..dan bagilah rakyat keyakin dan kepercayaan yang BN adalah sebuah kerajaan yang mentadbir untuk Sabah..pelbagai kaum tapi 1 Sabah 1 malaysia...
salam KM,
mungkin ada benarnya PAS dan PKR kempunan namun semakin lama semakin bertambah dan semakin mendapat tempat di hati pengundi, mungkin benar orang-orang tua yang saya rasa tidak keterlaluan jika saya takrifkan buta huruf hanya mengenal lambang dacing atau timbangan. Namun perlukah BN terus angkuh? perlu diingat kota belud biasanya menjadi titik tolak perubahan politik negeri. harus BN berhati-hati dan kami akan tetap berusaha dipihak pembangkang. AMUN AKU PESUT TIGAD KU BETISKU..
Apapun yg pembakan lakukan nanti, saya tetap yakin BN pasti jadi pilihan utama :)
Sama2 lah kita tunggu next GE nanti. Appaun yg berlaku, semauanya terpulang pada rakyat juga.
Tapi firasat saya memang cukup kuat mengatakan BN pasti akan menang lagi. hehehhee
Post a Comment