Sunday, June 20, 2010



Semua orang tahu, bahkan bukan lagi ‘rahsia politik’ tetapi sudah menjadi cerita umum, bahawa salah satu penyakit kronik pemimpin BN ialah saling cantas mencantas, bertelagah dan berebut jawatan dan kesempatan politik. Mungkin ini yang cuba dinasihatkan oleh PM Datuk seri Najib Najib ketika merasmikan perhimpunan Agung ke 57 PPP semalam. Najib begitu pantas mengingatkan semua pemimpin parti komponen BN termasuk UMNO supaya tidak bertelagah sesama sendiri dan sebaliknya merapatkan saf untuk mengekalkan kerusi dan kuasa pada PRU 13 akan datang. Sambil memberikan ironi bahawa sepatutnya pemimpin BN harus bertelagah dengan pembangkang dan bukannya sesama sendiri kerana kata beliau pembangkang sentiasa mencari peluang untuk berkuasa di putrajaya.



Peringatan Najib ini sepatutnya diambil berat oleh ramai pemimpin BN terutama pemimpin UMNO yang saling bermasam muka hanya kerana gara-gara perebutan projek dan jawatan. Malahan ada pemimpin UMNO yang mula mendaki kuasa pula mula melupakan asal dan usul mereka sehingga bertindak mencantas mereka yang ikut sama mendaki. Seboleh-bolehnya tidak ada orang lain yang boleh mengecapi kedudukan seperti mereka. Inilah antara budaya jijik yang berlaku di kalangan pemimpin UMNO. Tun Mahathir sendiri pernah menyatakan bahawa, ramai golongan muda dan profesional yang disekat daripada mendapat kedudukan dan jawatan dalam UMNO.



Di Sabah isu pemimpin saling bertelagah juga berlaku. Bukan sahaja semasa parti-parti komponen BN malahan semasa pemimpin UMNO. Pernah dilaporkan bahawa Datuk Musa Aman tidak begitu senang dengan tindakan Datuk Shafie Afdal menyalurkan peruntukan KKLBW tidak dengan melalui JPNS sehingga dikatakan ‘bersengketa’ secara senyap.



Begitu juga di Kota Belud, pertelingkahan sesama pemimpin masih jelas kelihatan walaupun cuba dinafikan oleh mereka. Malahan Datuk Musbah Jamli dikatakan kurang disenangi dalam UMNO KB, apatah lagi setelah ‘gagal’ mempertahankan jawatan sebagai ketua bahagian. Perbalahan politik antara dua pemimpin ini bukan sahaja menimbulkan konflik di peringkat akar umbi tetapi juga dianggap sebagai tidak menerima nasihat dan peringatan Najib ini. Di pihak lain Datuk rahman Dahlan juga dikatakan tidak sebulu dengan kepimpinan UMNO bahagian KB apabila dikatakan telah merancang pelbagai aktiviti peringkat Parlimen tanpa ‘restu’ UMNO KB.



Apakah ‘nasihat’ PM ini hanya tinggal nasihat semata-mata? Apakah pemimpin di Sabah dan Kota Belud khasnya masih bertelagah? Atau apakah keadaan ini akan memberikan advantage politik kepada pembangkang di KB? Persoalan-persoalan inilah yang masih belum terjawab sehingga saat PRU 13 diumumkan.

18 ulasan :

jack said...

nasihat daripada PM ini haruslah diambil secara positif leh semua pemimpin BN bagi mengukuhkan lagi kedudukan BN dalam hati rakyat..nasihat ini bukanlah menggambarkan bahawa BN kini berpuak-puak tetapi adalah satu teguran positif yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin BN..

jack said...

berkenaan dengan isu yang mengatakan pertelagahan di antara pemimpin BN, dilihat adalah sengaja disebarkan secara meluas dengan ditokok-tambah atas sebab2 kepentingan politik sesetengah pihak..apa yang pasti, semua khabar2 angin ini adalah bertujuan untuk merenggangkan hubungan baik antara pemimpin BN agar menjadi lebih senang untuk meraih sokongan rakyat pada PRU13 nanti..apa2 pun, rakyat akan tetap menyokong BN..

Anonymous said...

pemimpin 2 tidak seharusnya bertelaga sesama sendiri, mereka seharusnya bersatu padu. saranan daripad PM haruslah diambil serius oleh sebuah pemimpin BN.

dave said...

Pemimpin2 BN perlu sematkan dalam fikiran mereka, kadang kala kepentingan parti perlu didahulukan terlebih dahulu sebelum kepentingan sendiri...

jsiput said...
This comment has been removed by the author.
tombolo said...

nasihat daripada PM perlu diikuti oleh semua pemimpin, mereka perlu bersatu untuk menguatkan jentera BN, jika mereka bertelaga sesama sendiri, ia hanya akan menunjukkan kelemahan mereka sahaja. mereka perlu fokus kepada kepentingan rakyat, bukan kepentingan diri.

jsiput said...

Jacinta said...

Nasihat PM perlu diambil serius. Daripada membuang masa bertelaga sesama sendiri, adalah lebih bagus pemimpin2x bersatu-padu untuk memperbaikikan nama baik BN demi meraihkan sokongan rakyat pada PRU13 nanti.

Ted Medresher said...

apa jua bentuk perbalahan yang timbul dikalangan pemimpin umno-BN, mereka sepatutnya mencapai penyelesaian dengan cara yang profesional. jika ini berterusan, rakyat sendiri akan membuat keputusan untuk menyebelahi pembangkang. oleh itu, pemimpin2 BN perlu mengambil langkah2 profesional dalam setiap konflik dalaman samada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Ted Medresher said...

konflik yang berlaku dikalangan pemimpin2 BN di Sabah tidaklah terlalu kritikal sehingga boleh menjejaskan reputasi BN di sini. mana2 parti pun akan dan telah mengalami fenomena yang sama. namun, ianya amat wajar dielakkan bagi menghalang sebarang tanggapan negatif terhadap kepimpinan BN.

Boten_Trish said...

Why fight when there are more important issues to handle? Listen to the PM and start serving the people.

Anonymous said...

pimimpin BN seharusnya bersatu dan tidak bertelagah. perselisihan faham yang wujud haruslah diselesaikan dengan cara yang baik.

BELUM PENDEKAR said...

Salam KM,

1. Agak lama juga saya tidak menjenguk blg sdra. Maklumlah sibuk buat kerja kampung untuk menyara keluarga.

2. Pada pandangan saya, isu yang lebih penting yang barangkali kita terlepas pandang ialah bahawa apabila pemimpin-pemimpin sesuatu pasukan itu bertelagah, maka ini menunjukkan bahawa ketua/pemimpin tertinggi bagi pasukan tersebut sebenarnya tidak cukup "kuat", tidak cukup dihormati/disegani dan tidak cukup berkarisma untuk menjadi pemimpin sebenar.

3. Saya mengatakan demikian kerana sekiranya ketua kepada pemimpin ini mempunyai ciri2 berkenaan, sudah tentulah pemimpin-pemimpin yang lebih kecil yang lain tidak berani untuk bertelagah sesama mereka kerana mereka segan dengan ketua pemimpin. Bahkan kalau adapun perbalahan antara pemimpin kecil ini, maka dengan karisma sebagai pemimpin tertinggi bukanlah menjadi masalah kepada ketua pemimpin untuk menyelesaikannya tanpa diketahui umum pun.

3. Barangkali tidak keterlaluan bila saya mengatakan bahawa kita pernah mempunyai ketua pemimpin dengan kualiti sedemikian rupa. Di Sabah misalnya, semasa USNO memerintah, Tun Mustapha dilihat sebagai seorang pemimpin yang cukup disegani sehingga tiada pemimpin lain yang sanggup membuat onar kerana merasa cukup segan dengan ketokohan beliau. Ibarat satu keluarga, jika si bapa benar-benar disegani oleh anak-anak atau siabang benar-benar disegani oleh adik berasiknya maka anak atau adik-adik tadi sudah tentu tidak berani bergaduh sesama mereka didepan siabag atau si bapa tadi. Kalaupun ada perselisihan mereka akan merujuk kepada bapa atau abang untuk penyelesaian secara baik.

4. Di Sarawak, kita melihat bahawa Taib Mahmud walupun dikritik begitu hebat oleh pembangkang, namun pada saya boleh dianggap pemimpin yang cukup berkarisma kerana dibawah pemerintahannya kita tidak mendengar ada pemimpin komponen yang bertelagah secara terbuka di Sarawak. Di peringkat kebangsaan, kita pernah melihat bagaimana Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir mempunyai kualiti yang sama sehingga pemimpin parti komponan yang lain tidak berani bertelagah secara terbuka. Saya tidak percaya tiada perbalahan pada masa tersebut. Cuma barangkali ianya tidak dilakukan sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin2 komponen sekarang.

5. Justeru, jgn salahkan pemimpin2parti komponan bila mereka bertelagah kerana yang menjadi punca kepada perlakuan mereka ialah "kelemahan" kepimpinan tertinggi itu sendiri. Jika tidak mahu perkara sedemikian berlaku, pimpinan tertinggi BN perlulah cukup "kuat" dan cukup berkarisma. Bagaimana untuk mendapat
"kekuatan" dan "karisma" ini, terserahlah kepada pemimpin berkenaan untuk mengusahakannya.

Unknown said...

Setiap pertelagahan pasti ada penyelesiannya.

Unknown said...

pertelagahan itu memang tidak patut di nampakkan depan rakyat. datuk najib ada berkata, kalau kamu tidak puas hati dengan orang sendiri, datang dengan beliau berbisik beritahu. tgk cara Datuk Najib..

Sanih Alias said...

BN haruslah lebih profesional dalam hal. harus pandai memikirkan. jangan keran ini akan melemahkan kerajaan sendiri. kita mesti bersatu untuk membangunkan kerajaan BN. itu yang perlu BN lakukan.

Paquin said...

Biasalah tu, sedangkan adik beradik kandung pun boleh timbul salah faham, inikan lagi yang takda pertalian darah... hehhee

Apapun nasihat Najib ni patut diterima baik :)

Paquin said...

Kalaupun betul berlaku pertelagaan, saya harap semua pemimpin boleh fokus kepada hal yang lebih penting lagi iaitu menjaga kebajikan rakyat:)
So bersikap la profesional dan terimalah nasihat PM - baik utk kempimpinan negara :)

khalid said...

Bersama-sama berganding bahu dalam mempertahankan parti dan saling hormat menghormati.