Walaupun pelbagai reaksi politik ‘melamar’ UMNO, tatkala dilaporkan sejumlah 40 orang ulama Muda nekad menyertai parti itu, namun masih ada yang menaruh harap ‘kehadiran’ ulama muda dalam UMNO tidak akan menjadi “boneka” yang berpanjangan. Sebaliknya penyertaan mereka sewajarnya dipandang positif sebagai “chek and balance” terutama berkaitan hukum-hukum agama yangh disifatkan oleh kebanyakan orang melayu telah lama ‘dilanggari’ oleh pemimpin UMNO. Isu berkaitan ‘amanah’, ‘kebertanggungjawaban’, ketelusan, riak,takbur dan malahan isu arak judi sudah sekian lama memnbelenggu pemimpin muda UMNO.
Bagi orang muda ‘;atas pagas’ isu kemasukan beramai-ramai ulama muda ini, walaupun tidak diikuti oleh mantan Mufti Perlis, Dr Asri,yang diwar-warkan sebelum ini akan menyatakan pendirian keahlian politik parti mana beliau akan sertai, namun pada hakikatnya ia merupakan perkembangan baru yang berlaku dalam parti tertua orang melayu itu.
Berdentum-dentam jiwa dan naluri politik saya bila, isu ini mengingatkan saya betapa apakah perkembangan ini akan menyaksikan kemasukan beramai-ramai ulama muda di peringkat cawangan dan Bahagian? Kerana jika ia berlaku di peringkat pimpinan tinggi sahaja....maka natijah dan impak kepada kemasukan ulama muda itu tidak akan ke mana. Kerana proses ‘peneguran’ tidak hanya terhad kepada golongan ini. Peringkat akar umbi juga terlibat sama.
Di daerah kota belud di mana UMNO adalah parti keramat bagi suku Bajau dan Iranun, nampaknya adakah juga akan melalui senario ini. Atau pendek kata apakah ‘ulama muda’ di Kota Belud akan turut sama ‘tersentak’ dan mau meraih populariti dengan menyertai UMNO..? Kalau sebelum ini, tidak dapat kita nafikan bahawa di peringkat kampung dan daerah ini, ulama-ulama lama turut sama berjuang dalam UMNO. Ramai pak Imam, Pak Bilal dan Juru nikah yang ‘tegas’ berpendirian dalam idealisme UMNO. Tanya di mana sahaja di daerah ini, semua orang tahu bahawa yang paling ‘keras’ fahaman UMNOnya ialah golongan ini.
Dan boleh juga kita lihat bahawa selepas beberapa tahun dengan kelahiran golongan ulama muda di daerah ini, minat dan kecenderungan kepada parti UMNO mula menurun. Ada yang masih berselindung di sebalik kopiah dan masjid kerana belum bersedia untuk turut berjuang dalam UMNO KB. Kenapa? Kerana kata mereka, UMNO KB menjadi ‘pusat’ kroni, pusat proksi, pusat mencari pangkat dan kedudukan! Sedangkan ahlinya pun saling bertelingkah kerana tidak cukup mendapat pengagihan kontrak dan projek, baik peringkat DUN ataupun Parlimen. Ada pun projek tetapi dimonopoli oleh orang-orang tertentu yang sangat ‘rapat’ dengan ADUN dan MP PARLIMEN.
Jika ini yang berlaku, Najib harus melupakan hasrat untuk “mengulamakan” UMNO kerana, di peringkat cawangan dan Bahagian masih terlalu jauh untuk menerima senario ini. Di Kota Belud..ramai ulama-ulama muda yang belum bersedia...Apakah program yang dibuat oleh UMNO KB untuk menarik golongan ini? Teringat saya lagu M. Nasir “Tanya sama itu Hud-Hud”.
1 ulasan :
Ulama di KB tidak sama dgn ulama di semenajung..siapa ulama di KB?
Post a Comment