Tuesday, June 8, 2010


Sejak isu pemberian lesen judi sempena Bola Sepak Dunia 2010, kepada kumpulan Berjaya menjadi perhatian umum, sejak itu jugalah pelbagai pendangan dan kritikan dilontarkan kepada kerajaan BN terutama kepada Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dan merangkap menteri kewangan 1. Bukan sahaja pihak pembangkang, PKR, DAP dan PAS begitu lantang mendesak penarikan dan pembatalan semula lesen judi itu, bahkan juga NGO Melayu terutama yang sealiran dengan ritual perjuangan PERKASA begitu berani menyatakan pembantahan keatas tindakan kerajaan ini. Para pemimpin BN juga ada yang turut menyatakan ketidakwajaran kepada pemberian lesen judi itu Termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan PM . Maka jalan terakhir kepada PAKATAN RAKYAT ialah mendesak Menteri Kewangan 1 memberikan penjelasan di dewan Rakyat.


Selepas memberikan jawapan dan penjelasan, isu lesen judi ini kembali 'panas' kerana dalam penjelasan yang diberikan Najib mendakwa kerajaan belum pun meluluskan lesen judi berkenaan kepada Ascot Sport sdn. bhd. Di mana Vincent Tan dikatakan mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan. Walhal sebelumnya Vincent Tan dilaporkan telah berkata bahawa lesen judi itu telahpun diluluskan melalui syarikat kumpulan Berjaya dan menyatakan kesediaannya untuk menderma sebanyak RM 525 Million hasil dari keuntungan syarikat berkenaan sehingga dilaporkan saham syarikat itu melonjak naik pada hari pengumuman 12 mei yang lepas.

Kenyataan bercanggah ini telah menimbulkan satu lagi senario baru di Dewan Rakyat iaitu kedengaran suara desakan supaya Datuk seri Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana disyaki membuat penipuan mengenai isu tersebut. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata bahawa kenyataan Najib di dewan Rakyat adalah bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh kumpulan Berjaya. Dan kenyataan itu dianggap sebagai mengelirukan.

Bagi Pakatan Rakyat jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke JK itu kerana dikatakan memberikan gambaran salah tentang kondsep satu Malaysia yang dikatakan dicedok dari konsep satu Israel yang membabitkan syarikat APCO, maka apakah tindakan dan kenyataan Najib ini juga tidak harus dilihat sebagai memberi gambaran salah kepada dewan rakyat?


Kerajaan harus berani mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya berlaku supaya isu pemberian lesen judi ini dapat dimuktamadkan. Jika sudah berlaku kelulusan dan kerajaan menarik balikkelulusan itu, maka ia adalah satu tindakan wajar yang jika diakui lebih awal akan menaikkan imej dan populariti kerajaan Najib...kerana sewajarnya disedari, tidak semua tindakan yang diambil itu selalunya betul dan benar dalam satu-satu keadaan tertentu. Dan memperbaiki dan memperbetulkannya adalah lebih baik dari membiarkannya rakyat membuat kesimpulan sendiri.

1 ulasan :

Tatap PAS said...

Putarbelit memang mainan kebanyakkan pemimpin BN..di nputar-putar kemudian dibelit sehingga putus