Rakyat masih tertunggu-tunggu kapan bila Ibrahim Ali ,presiden PERKASA yang mula diperkasakan oleh rakyat akan menjawat jawatan PM malaysia. Kerana kelantangannya memperjuangkan kepentingan dan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera nyata menjadikan PM Datuk Najib serba salah jadinya. Nak suruh Ibrahim Ali, perlahankan sedikit suara lantangnya, takut orang melayu tambah melarikan diri kerana Najib tahu siapa di belakang PERKASA sebenarnya...kerana yang dibelakang itulah Najib merasai kerusi PM..dan berundurnya Tun Abdullah sebelum sampai masanya. Ini yang ditakuti oleh Samy Vellu..." saya sudah kasi tarikh..lagi apa mau?...
Bila PERKASA membuat bantahan mengenai pemberian lesen judi..Najib mula nampak jalannya semakin berliku..tambah beberapa hari..kedengaran pula idea MBE seperti yang didakwa oleh PERKASA telah ditolak oleh orang Melayu. MBE bukan sahaja di dakwa sebagai membelakangkan isu pembelaan orang melayu dan Bumiputera tetapi juga dikatakan akan tambah 'memundurkan ' orang melayu berkaitan dengan pemilikan ekuiti, dan pendapatan antara orang melayu dengan bukan melayu akan tambah melebar.
Najib, memberikan gambaran bahawa orang melayu akan dibela..tidak pasti dibela dari sudut mana kerana sudah ada ura-ura untuk mengurangkan dan menghapuskan subsidi barang..bukankah kebanyakkan yang terlibat ialah orang melayu dan bumiputera luar bandar..?
Orang dibelakang PERKASA juga mula membuat kenyataan bahawa, Hubungan dengan Singapura perlu dilangsaikan bersama isu-isu tertunggaknya.. Alahai! bilalah Ibrahim Ali menjadi PM? sekurang-kurangnya isu royalti minyak kelantan boleh diselesaikan...
5 ulasan :
Datuk Paduka Ibrahim Ali jadi PM?....
ehhhh..posting suka2kah ni KM..ibaratkan pula aku dapat kereta BMW 7 series ni......kita tanya MO lah sebab bos diakan..kan mereka ni pejuang bangsa melayu..bajau, iranun, bukan melayu(USBO..lah) so..MO mahu perjuangkan melayu mana di sabah ni....
Mambangtiora,
kalau semua katak dalam tempurung itu suku Bajau maka mereka anggap tiada lagi katak-katak bangsa lain.
Jika semua katak dalam tempurung itu irranun, maka mereka rasa tiada katak bangsa lain.
Jika semua katak dalam tempurung itu suluk, begitu juga tanggapan mereka.
Lalu kita buka tempurung itu, menjadikan mereka satu rumpun Melayu yg pernah satu ketika dulu menguasai dunia nusantara Melayu...
Kita ada pilihan: samada terus berada dalam tempurung suku kita atau buka tempurung itu dan memperluaskan skop perjuangan kita kepada umat Islam dan rumpun Melayu.
salam MO
PERKASA adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara. begitu jelas perkataan PRIBUMI bukan perkataan "Melayu". DiSabah, sudah tentu kita faham siapa rakyat pribumi, tidak perlu dipolemikkan.
Dalam apa juga pertubuhan, ketepikan isu siapa pemimpin, tapi cuba lihat matlamat perjuangannya.
Pemimpin boleh berganti: falsafah perjuangan akan kekal!
Salam buat saudara Musli Oli..selayaknya mungkin saya boleh panggil pakcik..pada pendapat saya "PERKASA" ini adalah mengarut..kerana ada beberapa sebab.
Pertama pengasasnya tukang karut dan pengikutnya pula anak2 karut..tentu saudara terkejut atau terhina..sabar dulu..Pengasasnya mendapat kerusi pun atas Ehsan PAS..lepas tu jadi katak pula..jadi pengikutnya anak2 katak...harapkan pagar..pagar makan padi/bapa borek anak rintik/bapa kencing berdiri anak kencing berlari....harap saudara faham kiasan keperibadian dan sejarah hidup pengasasnya....hanya orang yang tak faham konsep ini yang akan terpengaruh dengan "PERKASA"..dan pada pendapat saya saudara masuk "Kelab" ini pun kerana ada agenda politik sendiri..dan berkaitan kaum bajau..irranun..saya berpendapat mereka tetap dengan USBO, sebab tak kan DSSK dan TSP biarkan orang mereka terpengaruh dengan "KELAB" ini..pasti berkubur perjuangan politik mereka...saya rasa mereka lebih bijak daripada BOS saudara..jadi perkasa hanya kelab pinggiran di SABAH dan semestinya..
Jangan marah saudara..sebab ini hanya hipotesis...tapi kebarangkaliannya pasti ada..politik adalah sesuatu yang sukar diduga...salam
Post a Comment