Tuesday, May 18, 2010


Sejak penubuhan Malaysia pada 1963, Brunei terbahagi dua , dipisahkan oleh Limbang. Sejak itu dikatakan Brunei menuntut wilayah Limbang daripada Malaysia. Perjanjian 16 Mac 2009 antara Malaysia dan Brunei rupa-rupanya menyebabkan Malaysia kehilangan medan minyak Blok L dan Blok M yang terletak di luar pantai Limbang Brunei. Berikutan itu Petronas menamatkan usaha carigali dengan syarikat Murphy Oil Corp dari Amerika Syarikat kerana ia bukan lagi milik Malaysia. Konvensyen Undang-undang laut PBB (UNCLOS) 1982 menetapklan bahawa kawasan luar pantai Brunei itu milik Brunei . Kawasan itu yang selama ini bertindih sempadan akan dibangunkan secara usahasama dengan Malaysia.



Isu Kehilangan padang minyak blok L dan M ini telah menajdi isu besar apabila Tun Mahathir memaparkan dalm blognya sehingga mendapat perhatian umum. Seperti yang dikatakan oleh Kadir Jassin bahawa perkara ini perlu segera disiasat supaya Malaysia tidak akan kerugian besar dikemudian hari. Walaupun Wisma Putra telah memberikan kenyataan, namun ia masih kelihatan samar. Malahan isu ini dipolitikkan oleh pembangkang di Sibu. Seperti yang dikatakan oleh Mahfuz Omar bahawa isu pemberian padang minyak ini sebenarnya melibatkan kedaulatan negeri Sabah dan Sarawak. Ia perlu ada resolusi dalam DUN kedua-dua negeri ini sebelum ia diputuskan oleh kerajaan.



Isu ini mengingatkan kita perihal isu Labuan yang menyaksikan menjadi salah satu wilayah persekutuan. Keputusan menyerahkan Labuan kepada kerajaan pusat ini dikatakan antara punca kekalahan teruk parti Berjaya kepada PBS yang hanya berumur setahun jagung. Apakah penyerahan blok L dan blok M ini juga menjadi antara pertimbangan masyarakat Sibu menolak BN dan memilih DAP ? Atau isu penggunaan kalimah Allah yang menjadi ketakutan kepada masyarakat Sibu?


Apa apapun nyata isu Limbang, Blok L dan blok M telah menjadi antara isu PRK yang paling sensasi di Sibu beberapa hari yang lepas. Maka adakah isu ini akan menjadi isu utama dalam PRU di Sabah. Bersama kita tunggu....

15 ulasan :

tombolo said...

kedua blok ini diberikan kepada Brunei sbagai ganti pengguguran tuntutan brunei ke atas Limbang, sebenarnya Limbang adalah lebih berharga daripada kedua blok tersebut.. kerajaan perlu memberikan penjelasan sepenuhnya kepada rkyat sabah dan sarawak agar sokongan rakyat trhadap mereka tidak berbelah bagi.

karaabau said...

brunei mempunyai kedaulatan di blok L dan blok M...perkara ini adalah jelas berdasarkan kepada UNCLOS...namun, isu ini belum jelas sepenuhnya...adakah ianya satu pengkhianatan atau bukan masih kabur...pembangkang akan menggunakan segala kekuatannya untuk menjatuhkan kerajaan kini...maka, kerajaan harus bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa pilihan raya nanti...

dave said...

Limbang will always be ours,no matter how strong the claims by Brunei to that place...

somboi said...

isu kehilangan Blok l dan M ini teleha menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan penduduk sabah dan sarawak, ini juga boleh menjejaskan sokongan rakyat erhadap kerjaaan BN, kerajaan perlu memperjelaskan rasional penyerahan ini kepada rakyat.. diharap sokongan rakyat terhadap kerajaan masih lagi kuat..

2718 said...

blok L dan M brunei yang punya, Limbang, Malaysia yang punya.. kita masih ada kepentingan selama 40 tahun di blok L dan M.

2718 said...

BN hanya gagal meraih undi dikalangan kaum cina di sibu. oleh itu tiada kaitan dengan block M dan L memandangkan masih ramai bumiputera yang menyokong BN. kerajaan hanya perlu fokus kepada pembangunan, hak dan nasib rakyat di sabah dan jangan ulangi kesilapan yang boleh mengundang marah dikalangan rakyat.

Pak Cik Amin said...

isu Blok L dan M ni wajar diperjelaskan kerana ia bukan sahaja merugikan kerajaan tetapi juga melibatkan kedaulatan negara..

Unknown said...

This is quite complicated. Because of the non-explanation from the Govt, the people are ready to revolt. Fuuuu~

pagardawai said...

Janganlah isu blok M dan L ini dipolitikkan bagi tujuan jahat iaitu untuk meraih undi di Sabah dan Sarawak. Bagi saya, kita harus menghormati keputusan yang telah ditetapkan oleh UNCLOS walaupun ramai berfikir ia suatu kerugian besar kepada Sabah. Saya andaikan bahawa keputusan blok M dan L ini bukanlah berdasarkan oleh keputusan yang dilakukan oleh Malaysia sendiri tetapi adalah keputusan antarabangsa yang telah didebatkan dengan bukti-bukti kukuh dan penyelesaian secara win-win situation adalah terpaksa dilakukan kerana masing-masing mempunyai tuntutan. Hubungan baik dengan negara Brunei pun kena dijaga juga dan tiada kaitan kita menyerahkan blok minyak ini kepada Brunei dan secara kebetulan pula isu tuntutan Limbang juga berlaku pada masa sama. Bagi saya simpanan minyak tidak kekal lama tetapi mempunyai tanah adalah kekal selama-lamanya.

POP said...

Manalah Blok L dna M itu Brunei punya? Blokm tu kita punya, dan akan menjadi kita punya selama-lamanya..

Paquin said...

Isu ni mmg menimbulkan pelabagai spekulasi. Jadi saya harap ada penjelesan yg baik utk hal ni bg meredakan ketegangan atau mungkin juga kekeliruan yg timbul.

Paquin said...

Ya urangulama... Penjelasan & penyelasaian dalam hal ni harus dititikberaikan bagi memastikan tidak ada pihak yang cuba meracun fikiran rakyat utk benci kerajaan.

Paquin said...

Ya karaabau.. harap2 hal ni reda cepat sblm tambah teruk..

Paquin said...

Tak dinafikan somboi, isu ni sememangnya timbulkan ketidakpuasan hati rakyat. Apapun, sama2 lah kita harap agar rakyat tidak mudah terpedaya dgn usaha individu2 tertentu utk memutarbelitakan fakta...

Paquin said...

Saya pun harap begitu ragadia. Parah jadinya kalau hal ni terus dipolitikkan kerana ia mampu merosakkan keharmonian sedia ada.