Friday, May 7, 2010




Persoalan sama ada perlunya parti Maju Sabah atau SAPP kembali ke pangkuan BN sebelum menjelangnya PRU 13 akan datang adalah antara isu yang sering menjadi bahan bual bicara ramai pemerhati politik tempatan di Sabah. Ada yang mengutarakan betapa peri pentingnya serta berkeperluan yang mendesak bagi sebuah parti pembangkang tempatan seperti SAPP untuk menyertai BN semula demi mengukuhkan apa yang disifatkan oleh ramai pihak sebagai 'keutuhan' politik di bumi di bawah bayu ini. Namun tidak kurang juga yang berpendapat bahawa SAPP di bawah pimpinan mantan Ketua menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee, tidak perlu menyertai BN semula jika ingin menjadi pembangkang yang aktif dan bermaruah. Kata mereka lagi, sama ada berkeperluan atau sebaliknya, seharusnya tidak timbul lagi setelah parti itu bertindak keluar dari BN pada 17 september 2008 dengan membuat kejutan sebelum itu untuk menyokong usul tidak percaya atas kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen. Lalu apalah gunanya SAPP merujuk kembali ke pangkuan BN jika parti itu hanya akan menjadi liabiliti kepada BN Sabah.






Namun bagi pemerhati yang neutral dan bersikap terbuka dengan tidak memihak kepada sesiapa,masih menaruh harap kepada 'berkeperluannya SAPP untuk kembali kepangkuan BN". Kerana kata mereka, walaupun telah melakukan 'dosa politik' yang sukar dimaafkan oleh ramai pemimpin BN pusat termasuk Umno, namun ia tidak harus dijadikan 'alasan' menolak kewibawaan parti itu dalam politik di Sabah. Untuk rekod parti SAPP mempunyai mempunyai 2 ahli parlimen iaitu parlimen Tawau dan sepanggar serta empat wakil rakyat bertaraf ADUN iaitu DUN Tanjung Papat, Luyang, Elopura dan Likas sebelum meninggalkan BN. Alasan konkrit kepada penderhakaan SAPP itu bukanlah alasanutama menolak kembalinya SAPP kepada BN kerana PBS juga telah bertindak yang demikian pada saat akhir sebelum PRU 1990 berlangsung. Malahan lebih besar dosanya PBS pada waktu itu kerana bertindak sebagai 'musuh dalam selimut' dan menikam dari belakang. Namun 'penderhakaan' PBS itu akhirnya dimaafkan dengan penerimaan semula parti itu dalam BN pada 20 januari 2002.





Lantas senario politik di sabah menyaksikan bahawa keberkesanan parti pembangkang tidak akan bertahan lama, apabila tekanan demi tekanan dihadapi sama ada dalam parti atau di luar parti. Justeru itu ada yang berpendapat bahawa penguasaan parti SAPP dalam dua Parlimen dan empat DUN ( sebelum 2 daripadanya, bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan keputusan SAPP keluar dari BN ) tidak harus dipandang sepi. Presiden SAPP yang juga mantan Ketua Menteri dikatakan begitu rapat dengan rakyat di beberapa kawasan ketika menjadi Ketua Menteri Sabah. Dan atas faktor memberi saingan yang hebat, tentunya pada PRU 13 akan datang, adalah wajar parti Cina itu diberikan tempat semula dalam BN. Namun hingga kini, SAPP begitu komited dengan 'alasan' nya keluar dari BN, atas beberapa perkara termasuk layanan kerajaan Pusat dengan Sabah yang disifatkan oleh Parti ini sebagai dianaktirikan. Selain itu beberapa isu seperti PATI dan 20 perkara juga menjadi inti kepada keluarnya SAPP dari BN. Walaupun beberapa andaian dibuat seperti atas sebab kecewanya Yong Teck Lee kerana tidak diberikan tempat dan jawatan dalam kepimpinan BN di Sabah, namun belum dapat dipastikan kebenarannya.






Pun begitu, SAPP hingga kini masih berstatus "BEBAS" dan belum membuat apa-apa keputusan sama ada merujuk kembali kepada BN atau menyertai PAKATAN RAKYAT. Jika usaha PKR Pusat untuk menyatukan kesemua parti-parti pembangkang di negara ini dalam satu wadah perjuangan, menjadi kenyataan maka ada kebarangkalian SAPP dan parti pembangkang di Sabah menyertai PR. Itupun bergantung kepada persefahaman isu dan tuntuan politik parti-parti pembangkang di sabah yang boleh dipenuhi oleh PAKATAN RAKYAT. Mungkin ada yang berpendapat bahawa penyatuan parti-parti pembangkang ini hanyalah 'igauan politik' Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi harus diingat bahawa antara faktor penurunan sokongan rakyat kepada BN di semenanjung adalah kerana kebolehan DSAI meyakinkan DAP dan PAS duduk semeja merangka strategi politik kepembangkangan di negara ini, Walaupun tidak dinafikan akan kewujudan faktor -faktor yang lain. Jadi, apakah penyatuan parti-parti pembangakang di negara ini tidak seharusnya dijadikan sebagai 'ancaman baru' bagi BN?





Mungkin BN di Sabah tidak sangat melihat 'keperluan politik ' yang mendesak untuk memujuk SAPP kembali kepada BN dalam waktu yang terdekat. Ini kerana keanggotaan parti-parti komponen yang begitu banyak dalam BN Sabah. Maka keluarnya SAPP akan mengurangkan karenah parti-parti komponen terutama dalam kes tuntutan pembahagian kawasan PRU yang akan ditandingi termasuk pembahagian kerusi 'jawatan' dalam kabinet. Lojiknya semakin sedikit parti dalam komponen BN, maka semakin senang untuk diuruskan. Namun adalah satu kejayaan besar jika BN di Sabah dapat mengurangkan titik bengik politik suku dengan penerimaan parti-parti lain yang memperjuangkan kepentingan mereka. Setidak-tidaknya mungkin parti SAPP akan menyumbang kepada kejayaan BN dalam PRU 13 akan datang.



8 ulasan :

watasikadi said...

salam KM,
YTL bukanlah seorang politik hingusan yg mudah dipujuk..sebelum PRU-13 pasti SAPP tidak akan menyertai mana2 parti namun lihatlah selepas PRU-13 SAPP pasti diperlukan...

rojokobog said...

Salam KM,
Bapa mana yang tidak gembira dan senang hati bila anaknya kembali ke rumah setelah hampir setahun lebih menghilangkan diri, pasti si ibu akan masak bermacam lauk pauk kegemaran anaknya, bagi si ayah masih ada keraguan dan rasa belum yakin yang anaknya akan terus tinggal di rumah selamanya, takut dan resah jika anak mereka balik hanya untuk makan makanan yang lazat saja hasil masakan ibunya dan menghilangkan diri semula.

Jika SAPP dan seluruh ahlinya bersetuju untuk menyertai BN sebelum PRU-13,ia merupakan advantage kepada BN, sebab service masih berada di tangan BN dalam istilah sukan Tenis, Datuk Yong Teck Lee (YTL) merupakan seorang pemimpin politik yang bijak ' Very Smart person' dalam soal percaturan politik semasa khasnya di Negeri Sabah amnya suvival politik Malaysia, apa untungnya SAPP berada diluar BN ketika ini, hanya Presiden dan Majlis Tertinggi SAPP saja yang maha mengetahui, bagi pengikut setia SAPP mereka hanya akan ikut lenggang lenggok Taiko Datuk YTL saja. Satu persoalan yang sering bermain didalam minda kita selama ini ialah KENAPA DATUK YTL DAN SAPP TIDAK PERNAH MENGISTIYHARKAN UNTUK MENYERTAI PAKATAN PEMBANGKANG SECARA RASMI walaupun mereka berada di luar BN, ini adalah merupakan kunci dan ada keperluan untuk digunakan jika perlu, ibarat pasukan Bolasepak ada pemain simpanannya, ini merupakan senjata utama bagi SAPP, jika mereka berada secara rasmi dalam gagasan pembangkang agak sukar untuk SAPP merangkak keluar. Bila wisel telah ditiup dan semboyan telah bergema, menandakan Parlimen Malaysia telah dibubarkan, maka PRU-13 akan bermula, kita akan dapat melihat kelibat Datuk YTL menyusun atur langkah bagi menerajui parti pembangkang tempatan tersebut, tapi yakin lah bahawa SAPP tidak akan menyertai BN atau Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU-13 nanti atas beberapa faktor, jika ditakdirkan SAPP memenangi lebih banyak kerusi DUN/PARLIMEN seperti sedia ada, maka berlaku lah majlis tawar menawar dalam pasaran politik yang amat digemari oleh Datuk YTL, dan kita percaya mereka akan memilih jalan yang terbaik dan akan menyertai parti yang mendapat majoriti lebih 2/3 untuk memerintah Negara dan Negeri Sabah.

Unknown said...

Salam KM,

peranan YTL amat besar dan tidak ramai yang tahu....high level politics. InsyAllah dalam masa terdekat saya akan huraikan satu persatu.

BELUM PENDEKAR said...

Salam KM,

1. Menegenai isu SAPP, komen saya ialah "Dalam Politik, tiada kawan dan musuh selama-lamanya" Kawan hari ini boleh menjadi musuh politik esok hari, sebaliknya musuh hari ini boleh jadi kawan politik keesokan harinya.

2. Pun demikian, apa yang lebih menarik untuk diperkatakan ialah petikan tulisan saudara ini:-

"...harus diingat bahawa antara faktor penurunan sokongan rakyat kepada BN di semenanjung adalah kerana kebolehan DSAI meyakinkan DAP dan PAS duduk semeja merangka strategi politik kepembangkangan di negara ini..."

3. Benarkah DSAI berpengaruh atau kita yang terkhilap dengan menganggap bahawa kehilangan begitu besar kerusi BN dalam pilihanraya tersebut adalah disebabkan oleh "pengaruh" dan faktor kebijaksanaan DSAI dan bukanya oleh kelemahan BN sendiri. Contohnya, keraguan terhadap keupayaan pucuk pimpinan UMNO memimpin negara ini menyebabkan ramai penyokong BN memprotes dalam senyap dengan tidak mengundi calon BN.

4. Persoalan ini perlu dijawab dengan betul kerana jika salah, kita sebenarnya memberi "milage" secara percuma kepada pihak yang tidak patut menerimanya. Umpama berlumba lari dalam guni, bila saja kita kalah maka kita akan kata oh.. dia memang kuat berlari. Walhal, hakikatnya kitalah yang tidak kuat sehingga dia boleh memintas walaupun sebenarnya dia tidaklah sekuat mana. Namun, oleh kerana kita telah menjadi lebih lemah berbanding dia tadi, maka kita kalah.

5. Maka itulah, kita perlu sentiasa beringat dan berhati-hati sebelum memberi lebel tertentu. Pertimbangan dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik ini perlu bersandar kepada fakta yang sahih dan jelas dan bukannya menerima sesuatu dengan membabi-buta.

mambangtiora said...

Salam belum pendekar...janganlah suka membuat rumusan sendiri dan terlampau taksun pada UMNO sehingga cuba menafikan pengaruh dan kebijaksanaan DSAI dalam politik Malaysia.. berani saya katakan sekiranya DSAI keluar dari PKR dan masuk UMNO pasti PKR akan berkubur.Saya tidaklah berminat pada PKR tapi saya minat karisma DSAI..saya bukan melihat parti tapi lebih kepada tokoh atau pemimpin yang bertanding..
Biasanya orang yang berkepentingan dalam sesuatu yang diperjuangangkan oleh orang lain akan menjadi taksub dan bagi yang tidak mempunyai kepentingan dan bebas pula lebih matang dan bernas memberi pandangan..kalau pengikut UMNO segala pandanganya lebih kepada UMNO sentrik begitu juga sebaliknya.

BELUM PENDEKAR said...

Salam Mambangtiora,

1. Terima kasih atas komen saudara terhadap ulasan saya. Bagimanapun, barangkali lebih baik jika sdra membaca ulasan saya secara mendalam supaya sdra faham samada ulasan saya bersifat UMNO sentrik ataupun sebaliknya.

2. Saudara juga perlu faham bahawa saya mengatakan "benarkah kehilangan begitu banyak kerusi BN di sebabkan oleh pengaruh DSAI atau disebabkan oleh kelemahan UMNO sendiri?". Saya fikir, jika UMNO dan komponen BN yang lain tidak dalam keadaan lemah pada waktu itu, kerusi-kerusi berkenaan tidak akan jatuh ke tangan pembangkang.

3. Saya faham mengapa sdra yakin dan percaya bahawa DSAI seorang yang berkarisma. Ini adalah kerana DSAI seorang yang amat pandai dan mahir dalam berpidato. Oleh sebab itulah maka apa juga yang diucapkan oleh beliau akan dianggap betul dan sahih oleh mereka yang mendengar lebih-lebih lagi orang seperti sdra yang barangkali tidak menilai "substance" apa yang diperkatakan tersebut. Lalu sdra juga menyimpulkan bahawa beliau seorang pemimpin yang hebat dan berpengaruh.

4. Selain dari kepakaran beliau dalam berpidato, sdra tolong berikan kepada saya akan kelebihan DSAI sehingga sdra memberikan "lebel" bahawa pemimpin ini berkarisma? Maaflah, Saya tidak nampak ada apa-apa kelebihanya.. Dan, perlu juga sdra tahu bahawa spt sdra, saya juga tidak berminat dengan UMNO dan jauh sekali taksub kepada parti berkenaan seperti yang sdra sangkakan. Maka, saya percaya pandangan saya bebas daripada pengaruh parti berkenaan. Cuma, kalau sdra tidak mengakui bahawa BN memang lemah pada PRU 12 yang lalu, maka berdirilah di atas keyakinan sdra bahawa DSAI adalah seorang pemimpin yang hebat. Saya tiada masalah dengannya.

5. Saya juga tetap dengan pendirian saya bahawa DSAI tidaklah sehebat mana. Kalau dikatakan berpengaruh, beliau tidak akan berkerjasama dengan DAP dan PAS. Dan, kalau bilangan pengikut jadi ukuran bahawa orang itu adalah berkarisma dan hebat, maka saya percaya ketua kumpulan al-arqam iaitu "abuya" bolehlah kita "lebel" sebagai pemimpin yang hebat juga.

wassalam.

pendekarwati said...

salam semua,

Artikel KM adalah mengenai kemungkinan Datuk YTL akan memasuki BN, bukannya mengenai DSAI??

Mambangtiora, anda mungkin perlu fokus semasa membaca, bukan sahaja yang tersurat; makna yang tersirat adalah lebih.

Belum Pendekar,

saya setuju, bukannya kalau hebat berpidato maknanya pemimpin yang berkebolehan. kenalah pandai " Walk the Talk "

watasikadi said...

salam,
saya lebih berminat menanti ulasan dari uncle MO tentang SAPP kerana saya percaya MO sentiasa mengikuti perkembangan SAPP. malahan sebelum SAPP keluar BN dan pada saat mesyuarat di antara terakhir SAPP dalam BN, MO berada diluar menanti keputusannya. saya pun ada namun manalah MO perasan. MO tunggu depan pejabat SAPP untuk bertanya sendiri ketika itu. itulah penjelasan dari MO biasanya terus dari AMT.