Itulah politik..sukar diramal, sukar dibaca,sukar dipastikan kemungkinan yang berlaku. P212 Sibu sebelum ini yang diwar-warkan oleh media massa arus perdana bahawa BN akan mengekalkan aura politik dan penguasaan mereka di tempat majoriti kaum Cina ini meleset apabila calon DAP (PR) menghancurkan harapan BN itu. Walaupun kemenangan calon DAP Wong Ho Leng hanya mencatat majoriti tipis iaitu 398, namun ia adalah kemenangan cukup 'bergaya' bagi PR apatah lagi ia sekurang-kurangnya telah 'menebus' kemaluan mereka di Hulu Selangor.
Janji pembangunan yang dibawa oleh ramai pemimpin BN pusat, nyata tidak mengubah langsung corak politik kaum Cina di Sibu. kalau di Hulu Selangor, dikhabarkan lebih RM 64 juta dihambur sebagai memenuhi isu pembangunan di kawasan tersebut..di Sibu isu pembangunan ini turut dijaja dalam kempen-kempen Piliharaya, walaupun nilai peruntukan kilat pilihanraya itu belum diketahui jumlahnya,namun isu keputusan mengejut ini nyata membawa impak keatas politk Sarawak. sekaligus turut menyakinkan ramai pemerhati politik tempatan bahawa MCA dan BN masih belum dapat memulihkan kepercayaan politik masyarakat Cina di negara ini. Parti MCA dan Gerakan mempunyai tugas yang sangat besar dan berat untuk membantu UMNO dan MIC serta BN mendapatkan kembali "lampu aladdin" masyarakat Cina. Di Hulu Selangor situasi ini juga berlaku.
Walaupun masih awal untuk diperkatakan tentang natijah keputusan P212 Sibu ini keatas iklim politik Sabah..namun masih ada yang ragu-ragu bahawa situasi terkini ini tidak akan menular di Sabah. Kata mereka walaupun Sabah dan Sarawak saling berjiran sempadan geografinya, namun percaturan politik dan kesudahannya cukup berbeza dan berlainan. Ada juga yang yakin bahawa arus gelombang baru di Sarawak ini akan mengalir ke Sabah. Kaum Cina di Sabah terutama di beberapa kawasan parlimen seperti KK dan Tawau juga akan mengikut rentak yang sama. Begitu mahalnya undi kaum Cina terhadap keberadaan BN di negara ini. UMNO dan BN harus sedar bahawa undi itu tidak akan dapat diperolehi dengan umpan ekonomi dan isu pembangunan.
Jika di Sabah menyaksikan PRK berlaku..nyata ia akan menjadi lebih sensasi kerana mungkin dianggap sebagai penutup diambang PRU 13 akan datang. Namun kawasan mana? dan sama ada DUN atau Parlimen..masih menjadi teka-teki. Kerana di Sabah tidak ada tanda-tanda kubra untuk itu, walaupun ada desas desus tentang status MP kalabakan yang dikatakan telah menghantar surat letak Jawatan kepada Tuan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin, sebelum 'dinasihatkan' oleh Najib, yang dikatakan berikutan dengan tuduhan yang mengaitkan MP kalabakan ini dengan DSAI.
UBN harus berhati-hati agar perkara ini tidak berlaku di Sabah. Sebelum inipun ramai yang mengutarakan betapa berkeperluannya SAPP dipujuk kembali menyertai BN kerana sokongan kaum Cina nyata begitu merosot. Sama ada didengar oleh Datuk Musa Aman dan Najib atau tidak..nyata mereka harus mencari formula baru supaya kekalahan di sibu tidak akan menjangkiti BN Sabah.
15 ulasan :
KM...
isu ini nampak lebih menarik kerana Hulu selangor berjaya di tawan oleh BN manakala sibu pula dpt di rampas oleh PR..saya agak sangs dengan laporan media massa yg kononnya PR sedang mengalami kehancuran..tetapi lihatlah realitinya...PR masih menjadi musuh utama BN danbegitu mengancam..
lalu saya terfikir...apakah kerebiliti Najib utk mentransformasikan BN dan Kerajaan telah diterima oleh rakyat selepas 2 tahun menjadi PM...
MCA yg juga dikatakan telah berubah dengan terpilihnya Chua Soi lek juga nyata tidak benra. Di Hulu Selangor masyarakat Cina tidak menyokong BN begitu juga di Sibu...
Adalah lebiah baik jika di sabah SAPP juga dijadikan teman untuk memancing undi masyarakat Cina...
Salam KM,
Jika ditakdirkan ada PRK di Sabah dlm masa terdekat samada DUN atau Parlimen,kita kena tengok sebelum ini DUN atau Parlimen tersebut diwakili oleh parti apa, dalam kawasan majoriti kaum apa, dan banyak faktor-faktor lain yg akan diambil kira, sebab mentaliti pengundi di Sabah amat berlainan dgn negeri-negeri lain, sebagai contoh jika ditakdirkan DUN Usukan ada PRK Insyallah UMNO akan kuasai semula kerusi tersebut, tapi jika Parlimen Sepanggar atau Kota Kinabalu akan diadakan PRK sudah pasti ada masalah yg agak rumit bagi BN, akan TETAPI jika semua DUN negeri Sabah dibubarkan dalam masa terdekat....sudah pasti persoalan lain yang akan timbul, dgn erti kata lain penyakit berjangkit mungkin dicegah sebelum merebak, CEGAH SEBELUM PARAH.
Sokongan kaum Cina di sabah juga akan menurun..percayalah..pada dasawarsa pru13 akan memperlihatkan situasi ini. di KB juga pun akan begitu...tiada sudah makna kawan semasa pRU...
Kaum cina begitu berani membuat pilihan kerana mereka tidak bimbang dgn ekonomi mrk. Kita orang tempatan ini terlalu takut membuat perubahan kerana periku nasi akan lingkup..
cuba sdri KM lihat di semenajung..sama ada org melayu kah, org Cina kah, org India kah..mereka ada pendirian dan tidak senang di belia dgn wang RM 50 ketika PRU..soal pembangunan juga tidak menarik minat mereka. keran itu tugas kerajaan yg memerintah dan bukannya BN..
Salam Kelapa Mawar dan Bloggers kalian.
Satu analisis politik yang ringkas tetapi penuh bermakna. Dari apa yang saya perhatikan, rata-rata komen yang ada setuju bahawa sokongan kaum cina kepada BN amat ketara sekali menurun.
Namun persoalan nya sama ada fenomena kemerosotan sokongan kaum Cina kepada BN di Hulu Selangor dan Sibu itu akan menjangkit atau berhijrah ke Sabah?
Secara am nya, memang kita telah mendengar desas-desus tentang kekurangan sokongan suku kaum cina kepada BN ini akhir-akhir ini. Mungkin kah kekurangan sokongan kaum Cina kepada BN ini sudah bermula dari Perlis hingga ke Sabah?
Jawapan nya pasti ada pada pakar-pakar politik BN atau pun kerajaan yang memerentah. Seada nya saya percaya mereka lebih arif atau lebih tahu mengenai perkara ini. Kerana mereka( BN) mempunyai cukup info, finance, kepakaran dan teknologi yang cukup dalam hal ini.
Dengan info yang logik, saya percaya suku kaum Cina di Sabah pun sudah mula dijangkiti oleh doctrine ‘no to BN’ ini, terutama sekali di bandar-bandar dan pekan-pekan besar disini.
Secara personal, saya pernah mempersoal perkara ini dan seterus nya berbincang dengan beberapa orang sahabat saya (golongan professional dan kumpulan peniaga) dari suku kaum cina.
Apa yang saya faham, mereka seakan-akan terasa dipisahkan dengan budaya business mereka sejak akhir-akhir ini. Bukan saperti pada mula nya BN bertampuk di Sabah, kata mereka.
kadang-kadang, saya terasa simpati juga mendengar nya.
Berbalik kepada impak politik di Sabah akibat fenoma yang saya sebut tadi.. bagi saya tidak lah begitu laju sangat meresap kemana-mana. Kerana situasi politik kita disini agak ‘slow’ kalau dibandingkan dengan mereka di sana.
So tidak banyak yang BN perlu risaukan sangat. Apa yang sangat-sangat perlu, pemimpin sensasi UBN kena sedar diri bahawa mereka dipilih untuk membantu rakyat bukan disebalik nya. Terasa mereka ini sudah ‘out of control’.
At last but not least, isu pujuk memujuk parti SAPP ini, bagi saya bukan lah isu utama. Banyak lagi perkara penting yang perlu diurus; saperti pembangunan rakyat termiskin di luar bandar.
Kadang-kadang mereka ini makin di pujuk, makin naik kepala. Lagi pun bukan nya mereka ini ‘ the real champion of Chinese community in Sabah’. Mungkin DAP?
Apa-apa pun , semua ini hanya lah pandangan peribadi saya., sekadar ‘passing time’ .
Semuga sukses untuk kalian.
salam KM,
kaum cina malaysia boleh ditakrifkan sebagai merajuk kepada BN dan sudah terlalu muak dengan peluang diberikan pada kerajaan membela hak mereka yang diwar-warkan tetapi tidak dilaksanakan. kaum cina dengan budaya niaga yang cukup keras, amat terasa kerugian bilamana mereka adalah antara penyumbang cukai terbesar dimalaysia namun lihat pembahagian kekayaan negara yang nyata 'bias' dan tiada ketelusan. penglibatan kaum cina dalam perkhidmatan awam juga dinafikan tapi duit gaji hasil cukai dari business kaum cina, bukan mahu sebelahkan kaum cina namun hakikatnya sebegitu rupa, bila mahukan tender kaum cina ini terpaksa memberi suapan kepada kakitangan kerajaan lepas dicukai lagi pastu anak-anak study private college lagi.dalam kahidupan perlu ada timbang rasa tidak banyak pun sedikit pun jadilah. namun bila orang muda bersuara sedikit terutama di FB, sudah diugut berhati-hati jangan membuat kenyataan berani, sampai bila2pun orang muda sukar terima parti pemerintah..AMUN AKU PESUT TIGAD KU BETISKU..BERANTI JONO NGUNDI BERISAN...
Tahniah kepada DAP!
ua komen di atas, ada jawapan nya di Blog Suara Rakyat Kunak, suarakeramat1.blogsport.com
Salam KM,
1. Pada pandangan saya, khusus untuk senario di Sabah - samada kaum Cina akan menolak atau menerima BN adalah bergantung kepada siapa yang menjadi "pemimpin" nombor satu negeri pada masa tersebut. Ini adalah kerana, tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan pemimpin inilah yang akan memberi impak yang besar terhadap keputusan yang bakal diambil oleh masyarakat berkenaan. Maka, pucuk pimpinan tertinggi BN perlu sedar perkara ini.
2. Perlu diingat bahawa kaum Cina telah terkenal sebagai kaum yang agak kukuh dan kuat dari segi ekonominya. Justeru mereka tidak begitu berminat dengan isu pembangunan yang dibawa. Sebaliknya, bagi golongan melayu, india dan bumiputera di sabah dan sarawak, pembangunan ini lah yang kita harap-harapkan kerana hanya dengan adanya pembangunan ini lah maka mudah-mudahan taraf ekonomi serta kehidupan kita akan meningkat.
3. Pun demikian, penekanan yang berlebihan tidak boleh diberikan kepada usaha mendapatkan sokongan kaum cina semata-mata kerana seperti kaum cina, kaum-kaum lain juga boleh "berubah" pada bila-bila masa dan menarik sokongan mereka jika mereka merasa bahawa kelompok tertentu mendapat perhatian yang agak berlebihan dari yang sepatutnya.
4. Maka, pada saya kita memerlukan seorang pemimpin yang dapat mejaga kepentingan semua pihak mengikut apa yang sepatutnya.
Salam pendekartua..
ma kasih kerana memebrikan pandangan..sebab tu medai ketiga lebih dipercayai drp arus perdana
Rojokobog..
kalau Usukan ada PRK mungkin PKR atau PAS akan memberikan tentangan...rasanya UMNO tetap menang
Pak cik Amin..
saya setuju org cina berani membuat perubahan. banyak faktor mungkin sbb mrk kuat dr segi ekonomi..
sdrsolymone...
ma kasih kerana sekali lagi singgah memberikan idea dan pengamatan yang telus. banyak penglibatan sdr di peringkat akar umbi dan juga beberapa pemimpin politik..maka pandangan dr kacamata sedemikian agak senang diikuti..
Jika DAP menjadi raja bagi kaum Cina..rasanya kalau ada kerjasama dgn SAPP akan lebih bertamabah utuh...bagaimana dgn LDP..?
watasikadi..
saaya begitu suka membaca komen sdr ni...berlaku di peringkat kelas bawahan masyarakat. Ada logiknya..hairan juga kenapa keadaaan ini berlaku ..mana konsep 1malaysia..?
Sdr MO..
Ada saya baca..tulisan terbaru sdr dlm Sekali ketuk..banyak perkara yg saya tak bersetuju..belum berkesempatan utk memberikan komen...
sdr suara kunak..
saya ada bt ulasan dlm blog sdr
Post a Comment