Situasi politik di Pantai Timur Sabah menjanjikan bahang yang sangat panas sejak kebelakangan ini. Di samping isu Datuk Shafie Apdal yang dikatakan bertegang urat dengan datuk Musa Aman ekoran daripada keputusan Datuk Shafie ingin menubuhkan Jabatan Pembangunan Luar Bandar (JPLB) di Sabah yang disifatkan oleh ramai pemerhati politik di negeri ini sebagai 'menghidupkan' kembali semangat Jabatan pembangunan Persekutusan Sabah yang dimansuhkan kerana dikatakan terlalu dibebani oleh karenah birokrasi sehingga peruntukan tidak dapat menepati sasaran yang dikehendaki. Kerana itu ada yang berpendapat langkah Datuk Shafie itu sebagai 'mengenepikan" kerajaan negeri, ada juga yang berpendapat tindakan sedemikian untuk mempercepatkan penyaluran peruntukan dari KKLW. Apapun tujuan dan hasratnya, nyata isu ini mewarnai bual bicara para penggiat politik di sepanjang Pantai Timur Sabah.
Selain daripada itu, desas-desus perletakan jawatan Datuk Ghapur Salleh , MP kalabakan turut 'memaniskan' cerita politik di Pantai Timur. Kerana kecewa apabila dinamakan oleh Datuk Zahrin sebagai salah seorang ahli Parlimen Umno yang menyetujui rancangan 16 september tajaan Datuk seri Anwar Ibrahim, maka MP kalabakan itu dikatakan telah menghantar surat perletakan Jawatan kepada YDP Dewan Rakyat , Tan Sri Pandikar Amin. Hal ini disahkan 'kebarangkaliannya" oleh ketua Strategik Keadilan Tian Chua dalam satu sidang akhbar. Tetapi kerana dinasihati oleh Datuk Seri Najib , maka MP Kalabakan itu terpaksa akur untuk 'memendamkan' niatnya itu. Jika ini satu kenyataan, dan kiranya MP Kalabakan yang juga Ketua Umno kawasan itu 'berpatah arang' untuk meneruskan niatnya ,maka landskap politik di Sabah akan menyaksikan satu lagi PRK akan berlaku. Inilah Isu politik yang sangat signifikan di Tawau dan sedang merebak keseluruh daerah yang bersempadan dengannya.
Meninggalkan Tawau, Isu politik bertiup kencang di Kinabatangan. MP Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar telah didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran. Dia beliau bersama isetri mudanya yang juga pelakon sensasi Zizie Izzate Abdul Samad telah dijatuhi hukumanpenjara sebulan dan denda 1000 ringgit atau penjaran enam bulan jika gagal membayar denda tersebut. Kini Bung Moktar sedang membuat rayuan untuk penangguhan hukuman itu. Jika gagal maka Bung Moktar yang sebelum ini terkenal sebagai seorang MP yang 'keras' dan 'panas' ketika dalammembahaskan pelbagai isu di Parlimen akan hilang kelayakkan sebagai ahli parlimen meskipun masih berkelayakan untuk mengamalkan poligami. Ini juga akan menyebabkan satu lagi PRK akan berlaku di Pantai Timur.
Di samping sibuk dengan perkembangan isu-isu semasa dan terkini yang menyaksikan Sibu jatuh ke tangan PR,gelojak MIC berkobar lagi, penurunan sokongan pengundi Cina walaupun transformasi kepmimpinan MCA telah selesai, begitu juga dengan formula rebrending BN yang dijangka akan dilaksanakan pada penghunjung tahun ini. Mana lagi isu melibatkan kepentingan dan kedaulatan negara berkait dengan blok L dan Blok M yang dikatakan 'diserahkan' kepada Brunei darussalam..kemudian isu tanah KTMB di Singapura bersama isu-isu tertunggak...maka kita dapat menyaksikan bahawa politik BN di SABAH sememangnya memerlukan kesabaran yang besar.
Apakah beberapa isu politik di pantai timur ini akan mengubah landskap politik di Sabah? kita tunggu kesudahanya.
16 ulasan :
Jika Rakyat Sabah pandai menilai kesilapan kesilapan UBN di Semenanjung dan Sabah, maka, pasti Rakyat Sabah akan cuba menukar Kerajaan yang memerintah, sebab masallah ini masallah Negara, sedangkan masallah Labuan pun Rakyat sangup tukar Kerajaan memerintah.
salam KM..
di Pantai Barat terutama di KB apa juga kurangnya..DUN USUKAN bakal mengadakan PRK dgn ADUN nya yang terlibat dlm kes rasuah...masyarakat kita di KB tengah menunggu-nunggu utk itu..
Di Sulaman juga begitu..dengar khabarnya akan ada perubahan..tapi kita tunggulah..
Saya berpendapat di pantai Timur,PRK tidak akan berlaku walaupun sdr menyatakan ada kemungkinan di dua Parlimen Kalabakan dan Kinabatangan..masih terlalu awal untuk memutuskan perkara itu
KM..
biarlah berlaku PRK di kwsn itu supaya kita lihat mana konok aura PKR di Sabah...jangan hanya cakap saja nak buat mcm-mcmlah ,nak rangka strategilah tapi nasib rakyat tak diambil peduli...
di Sabah..BN akan tetap memerintah
hanya spekulasi...kebenarannya, kita akan tahu juga nanti...andaian2 saja yang boleh dibuat...
bermacam-macam sudah spekulasi dan kabar angin mengenai politik di Sabah, namun semua ini belum dapat disahihkan kebenarannya. hubungan Musa dan Shafie masih lagi baik, takkan hanya kerana poligami sahaja Bung Mokhtar akan disingkir dari parlimen? tak masuk akal la.. ini semua adalah proganda pembangkang yang ingin menjatuhkan kepimpinan BN di Sabah. sejauhmanpun usaha pembangkang, BN tetap kuat di sabah.
saya rasa PRK takkan berlaku di Kalabakan dan Kinabatangan.. tak ada alasan kukuh yang boleh menyebabkan PRK berlaku di kawasan tersebut. ini hanyalah andaian dan kabar angin yang tidak benar.
betul tu, PRK takkan berlaku di Kalabakan dan Kinabatangan, lagipun takkan pasal poligami ja Datuk Bung mau kena buang dari parlimen. mengenai persengkataan antara Musa Aman dan Shafie Afdal tu, betul ke ni? ada bukti? ini hanyalah spekulasi pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN di Sabah.
Too much speculation. Truth will be told if the time is right. For now, this is just rumours, rumours and more rumours.
sebenarnya semua ini adalah agenda pembangkang yang bertujuan membuka mata rakyat sabah berkenaan dengan kepincangan pentadbiran BN di sabah.
bagaimana sekalipun usaha pembangkang, rakyat sabah belum bersedia menerima kerajaan baru.
gelora politik pantai timur dengan isu Shafie Afdal berselisih pendapat dengan Musa Aman, dihangatkan lagi dengan MP Kinabatangan beristeri muda dan dipenjara jika gagal membayar denda dan isu MP Kalabakan yang ingin meletak jawatan sebenarnya isu biasa dalam politik..politik memang begini. Jangan dipedulikan sebab yang paling penting mereka menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi!
Biasalah politik. Terlalu banyak perkara yang dikaitkan dalam satu masa. Apa yang penting ialah rakyat perlu tahu menilai perkara sebener.
spekulasi hanyalah spekulasi...nanti kebenarannya akan diketahui juga..yang penting rakyat tidak keliru...
Post a Comment