Ramai yang mempercayai bahawa bila berlaku 'penghijrahan' beramai-ramai wakil rakyat PKR sama ada yang berstatus DUN atau MP, maka ada sesuatu yang tak kena. Tak kena dalam parti PKR, satu hal, yang satu lagi ialah kenapa DSAI tidak pula beriya-iya 'memujuk' ahli MP nya yang bertindak 'keluar" parti itu sepertimana DSAI 'memujuk' beberapa MP UMNO untuk menjayakan misi 16 September, sehingga menghantar Tian Chua mengikuti MP UMNO ke luar negara.
Lalu, masih ramai juga yang menjangkakan bahawa PKR sedang "membersihkan' Roh perjuangan mereka sebab itulah sengaja membiarkan ahli dan MP yang 'bermasalah' kata mereka untuk keluar sendiri meninggalkan parti itu termasuk Setiausaha Parti tersebut. Itulah alasan luariyyah yang disajikan kepada rakyat keseluruhannya. Walaupun ada juga ahli PKR yang mendakwa, MP PKR yang bertindak menjadi BEBAS itu adalah mereka yang mempunyai masalah dengan pucuk pimpinan parti sejak awal lagi..Mungkin ! mereka 'ditawarkan' dengan pelbagai keistimewaan dari parti pihak lawan khususnya UMNO.
DSAI sengaja membiarkan perkara ini berlaku kerana pada akhirnya "jerat" politiknya akan mengena. Di awal memang merugikan PKR kerana itu..sedangkan pada jangka panjangnya ia menguntungkan parti itu di mata Rakyat. Pembersihan diri satu hal, tetapi yang paling mujarabnya ialah dakwaan DSAI bahawa MP nya yang bertindak keluar parti kerana ditawarkan oleh UMNO dan agen-agennya dengan habuan wang ringgit dan kontrak bernilai jutaan ringgit. Dan ini kata DSAI akan dia dedahkan tidak lama lagi.
Walaupun Najib ketika mengulas dakwaan ini, menafikan,, namun apakah jika benar bukti yang diperolehi oleh DSAI ini akan juga menafikan penafian Najib itu? Lihat apa yang DSAI dan PKR perolehi...Imej parti PKR dan DSAI akan melonjak di mata rakyat bila segala bukti itu di dedahkan. UMNO dan Najib akan dipalitkan dengan rasuah politik dan sikap 'membeli' MP PKR dengan tawaran lumayan. Strategi DSAI inilah yang jarang dapat dibaca dari awal lagi. Sebab itu bagi DSAI lebih baik 'kena' jerat awal supaya pelanduk ingat sangat jerat dan tipu helah pemburu. tetapi akan lebih besar fadhilatnya jika Pelanduk menjerat pemburu.
Kemudian dari itu, DSAI juga telah mula memasang jeratnya kepada pengundi Cina, apabila beliau mendakwa jika PR memerintah Malaysia pada PRU 13 akan datang, maka Timbalan Perdana Menteri 2 akan menjadi milik DAP. Melompat bukan main Lim Kit Siang kerana tidak pernah termimpi oleh beliau, akan jawatan seumpama itu. DAP pastinya akan menjaja pelbagai isu perkauman untuk mendapatkan kerusi nombor dua itu. Sedangkan pada waktu yang sama DSAI seakan-akan lupa bahawa ada pihak juga yang akan memasang jerat dan perangkap samar politik untuk beliau. Itulah politik penuh dengan perangkap samar yang membahayakan.
2 ulasan :
KM yang budiman..
saya rasa masing-masing ada agenda tersendiri..bukan sahaja di pihak DSAI tetapi juga di pihak BN...
mungkin sdr KM juga lupa bahawa DSAI pernah juga memujuk beberapa MP BN utk lompat partiutkmenubuhkan kerajaan 16 sept...itu juga disogokkan dgn jawatan dan wang ringgit..
kalau tak silap saya MP Kota Belud pernah menggemparkan Dewan Parlimen apabila mendakwa ditawarkan habuan yg lumayan utk menyertai PKR...
Jadi bagi saya sama saja...betul kata KM dlm politik penuh dgn perangkap samar yg membahayakan.
Salam buat kesekian kalinya buat pengendali blog kelapa Mawar..
saya sudah lama tidak mengikuti perkembangan blog di KB ni..sebab sibuk sangat tetapi bila kwn2 menyatakan bahawa Blog KM begitu aktif maka saya buka juga untuk mengikuti cerita politik..
saya setuju dgn Hussin bahawa kedua-dua pihak juga mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin berkuasa..jadi masing-masing menyusun strategi utk meraih sokongan rakyat..
bagi PKR 'ketuanan rakyat" dijadikan slogan ,bagi UMNO pula ada "juara Rakyat" . ertinya kedua-dua pihak mahukan sokongan rakyat..
kalau begitu, "rakyat" ternyata begitu mahal utk dinilai dlm politik demokrasi ini..adalah lebih baik jika kedua-dua pihak mengambil berat tentang kebajikan rakyat...jangan BN sahaja yang buat..sedangkan PKR haram jadah...
Post a Comment