Seusia dengan saya! bahkan lebih lagi! sejak saya menghirup udara segar di pekan Kota Belud, seingat sayalah hingga kini isu tandas awam kotor di daerah kota belud tidak pernah diselesaikan. Agak menghairankan saya kerana pemimpin MDKB dan juga pemimpin politik sering bertukar ganti tetapi persepsi masyarakat terhadap 'kebersihan'tandas awam begitu rendah dan menyedihkan.
Penjagaan tandas awam di daerah ini dikaitkan dengan keperluan bekalan air bersih yang tidak sempurna. Kini daerah kota belud sudah agak selesa dengan projek bekalan air bersih yang dikatakan diusahakan oleh MP Kota Belud , Datuk Rahman Dahlan, dan daripada tinjauan mata kasar hampir 85% kawasan di sekitar Pekan ini sudah tidak mengalami gangguan bekalan air termasuk di kawasan yang didirikan tandas-tandas awam, seperti di perhentian Bas Kota Belud- Kota Kinabalu, Pasar Tani dan dewan masyarakat Tun Said dan Pasar Besar. Tetapi apa yang menyedihkan keadaan tandas masih kotor , menjijikkan dan berbau.
Walaupun yuran atau bayaran dikenakan sekitar RM 0.20 sen sekali masuk, namun ia tidak menjamin keadaan tandas yang kotor seolah-olah tidak diselenggarakan dengan baik. Pada waktu yang sama para pegawai MDKB juga seakan-akan menutup mata mengenai perkara ini. Setidak-tidaknya situasi ini akan mencemarkan imej kota belud di mata pengunjung dalam dan luar negeri.
Walaupun sudah beberapa kali pemimpin di daerah ini seperti Salleh Tun said, Rahman Dahlan, Musbah Jamli dan Herbert Lagadan serta Japlin Akim sering mengutarakan betapa perlunya kebersihan diri dan anjakan pemikiran dikalangan masyarakat KB ,namun saranan itu tidak diendahkan. kalau suatu ketika MP Kota Belud 'turun padang' menyertai program membersihkan najis-najis lembau yang bertaburan disekitar Pekan itu, dan juga Datuk salleh turun menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan pekan...mengapa program juara rakyat yang dianjurkan oleh UMNO KB juga tidak menekankan isu kebersihan tandas ini.
Papan-papan tanda iklan juga di sekitar pekan ini tidak terdapat mengenai peringatan betapa perlunya menjaga kebersihan. Apa yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin politik ialah membawa peruntukan dan pembangunan bertaraf mega di pekan ini, kononnya untuk melonjakkan taraf hidup rakyat dan kapasiti pendapatan daripada aras kemiskinan. Sedangkan isu-isu sebegini tidak diambilkira. Penjiwaan pemimpin kepada rasa empati terhadap situasi hidup rakyat tidak hanya terletak kepada isu pokok tetapi juga melibatkan perkara seumpama ini. Kita mengharapkan agar MDKB dan juga pemimpin di kota belud dalam membuat beberapa tindakan susulan mengenai perkara ini.
10 ulasan :
KM..
mana sudah pemimpin yg suka mendabik dada kononya banyak melakukan perubahan utk masyarakat KB..mana dia..mana mereka? bagilah respon kp isu ini..
mana sudah pejuang bangsa USBO konon? mana sudah yg ingin mengubah kehidupan usbo..mana sudah?...
tandas pun tempat buang taik tidak dpt diselesaikan apa lagi...kalau....
kemudahan awam seperti tandas harus diselengara dengan baik...keadaan tandas awam yang tidak memuaskan serta menjijikkan membawa kepada persepsi bahawa warga Kota Belud adalah pengotor dan tidak tahu erti kebersihan...tindakan segera harus dilakukan..sama2 lah kita menjaga imej kita di mata masyarakat baik dalam atau luar negeri...
tandas awam seharusnya bersih,adalah tidak berbaloi jika kita membayar untuk masuk ke tandas awam jika ia kotor. tandas awam yang kotor juga boleh menjejaskan imej penduduk KB. diharap tandas awam di KB akan diselenggara selepas ini.
Tandas Awam Kotor! Perkara ini berlaku bukan di kota belud sahaja malah ia juga berlaku di beberapa bahagian premis di KK. Memang jelas sebilangan masyarakat di Sabah kurang kesedaran terhadap kebersihan tandas walaupun ada penyelenggaraan tandas dilakukan tetapi sebilangan pengguna juga tidak bertanggung jawab selepas selesai menggunakan tandas tersebut. Kekurangan bekalan air juga di setiap tandas awam yang disediakan adalah antara penyebab tandas awam kotor dan menjijikan.
kerajaan telah memberikan tandas awam, rakyat sebagai pengguna patut memanfaatkannya dengan baik. jangan jadikan 20 sen sebagai alasan untuk membinasakan tandas awam. pihak MDKB juga perlu menyediakan pekerja untuk menjaga tandas awam dan sentiasa memantau kemudahan2 awam seperti ini agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Salam KM,
1. Gelihati saya membaca ulasan Pak Cik Amin di atas... hahahahahaha.... Ini kah peranan pemimpin pada mata sdra kita ni.. Kalau najis sendiri pun tak boleh nak uruskan dan harap orang lain (pemimpin) untuk bersihkan susahlah... saya fikir sdra kita ni memerlukan pemimpin bukan untuk menjadi ketua kepada pembangunan bangsa tetapi memerlukan pemimpin untuk menjadi kuli beliau... sungguh malang...
kerajaan dan rakyat sama2 memainkan peranan. kerajaan menyediakan kemudahan itu dan bertanggungjawab menyelenggarakan sekiranya berlaku kerosakan. yang orang awam ni pula pandai guna pandai la kasi bersih bukannya datang untuk melepas kemudian pergi begitu sahaja.
jika semu pihak memainkan peranan, masalah ini tidak akan timbul.
ntahla... kdg kala kita x boleh salahkan PBT semata2. org kita sebenarnya kesedarn siviknya masih d tahap rendah.. cuba kalo buang taik 2 ngam2 d lubang. lepas 2 siram kalo memang malas mau tarikh flush @ pun flushnya mmg da rosak..
org yg d amanahkan menjaga tandas (cleaner) pun kena aktif juga menjenguk2 kebersihan tandas ni, jangan asyik/leka menjalankan bisnes sigup, dan rokok batang2 atas meja 2 saja kan.. kalo mau bisnes dan bekerja kena seiring la.. itu saja komen ikhlas dr saya. terima kasih.
Kesedaran sivik masih perlu ditingkatkan lagi.
Post a Comment