Dari 1946 sehingga 2010, genap sudah 64 tahun usia penubuhan parti UMNO selaku parti 'teras' orang Melayu. Dalam jangka masa yang begitu panjang, UMNO telah menunjukkan kebertahanannya dalam mengharungi gelora politik negara. Pendewasaan parti itu berjalan bersama pelbagai kemelut yang tragis. Menyaksikan beberapa pemimpin utama orang Melayu " keluar dan masuk semula dalam parti itu..tidak kira sama ada 'dikeluarkan' iaitu dipecat atau bertindak sendiri kerana dengan alasan hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti terbesar orang Melayu itu. Ada pihak yang mula melihat kebelakang sejarah tinggalan parti UMNO serta kesan kepada roh perjuangan asal mereka ke arah mendaulatkan kedudukan orang Melayu dari semua segi dan persada di negara ini sejak merdeka.
Renteten pelbagai isu menjadikan UMNO dan pemimpinnya begitu tersepit..antara tuntutan orang Melayu dalam pelbagai hak dan keistimewaan mereka dengan pelbagai kehendak dan aspirasi orang bukan Melayu yang diterjemahkan dalam semangat kesetiakawanan politik dalam BN. Secara jelasnya,pendewasaan ini telah lebih mematangkan UMNO mengendalikan kes-kes sepeninggalan pemimpin terdahulu. Era kemerosotan digilap dengan Slogan Transformasi dan kejuaraan rakyat. Media massa perdana begitu menggambarkan betapa bagaimana PKR dan PAS yang juga parti pilihan orang Melayu begitu lemah dan bercelaru. Tindakan beberapa wakil rakyat PKR dan juga ahli di beberapa kawasan yang meninggalkan PKR dikatakan akan meranapkan parti itu. terbari di bandar Kulim dan di Sibu apabila lebih 1700 ahlinya dilaporkan meninggalkan parti itu.
Dari kaca mata UMNO, PKR sudah semakin lemah..ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Namun yang menghairankan kita ialah disaat UMNO dan medai Massa perdana mewar-warkan kehancuran PKR , namun parti itu telah menunjukkan pencapaian yang baik dalam PRK Hulu Selangor. Ya, walaupun atas kertas PKR telah kalah, namun ia tidak menunjukkan penurunan undi sokongan kepada parti itu, malahan dapat meraih undi lebih daripada pencapaian pada PRU 2008. Apakah itu bukti kehancuran ?
Di Sabah, UMNO baru berusia 19 tahun, maknanya pendewasaan UMNO di Bumi Sabah baru mencapai tahap 'remaja'. Bagi seorang manusia, umur sebegini begitu kritikal. Proses mencari identiti baru bermula. Pengaruh kawan dan persekitaran akan menjadi pilihan utama. Dalam Politik Sabah keadaan ini berlaku. UMNO dilihat sebagai parti yang tidak dapat mengetengahkan konsep 'penerimaan total' Bumiputera di Sabah. Puak KDM masih selesa dengan parti-parti suku mereka. PBS, UPKO dan beberapa lagi dijadikan sebagai wadah politik mereka. Kebersamaan dan penerimaan konsep "RUMPUN MELAYU" masih ditahap rendah.
UMNO di Sabah dilihat sebagai parti bumiputera Islam walaupun pada realitinya tidak begitu kerana Umno "menghalalkan" penyertaan Bumiputera bukan Islam termasuk dari kaum Cina. Di Sabah realiti UMNO nyata jauh daripada konsep asal di semenanjung..mungkin satu kelebihan kerana UMNO diberi nafas segar dan baru di Sabah. Namun apakah konsep baru itu terlaksana di Sabah? bagaimanakah penerimaan masyarakat di negeri ini ?
Mungkin ada yang kurang bersetuju bahawa 19 tahun adalah satu usia yang jauh lebih muda dari parti PBS yang meenjangkau usia lebih 25 tahun. Mungkin juga ada yang bersetuju bahawa pendewasaan UMNO di sabah kelihatan tempang dengan tertolaknya penyertaan puak KDM secara keseluruhannya. Saya hanya membayangkan bahawa 10 tahun atau 15 tahun terkedepan....pendewasaan UMNO di Sabah akan kelihatan lebih rumit, jika penyatuan kaum dan suku tidak dipedulikan oleh pemimpin UMNO Sabah. Itupun terpulang kepada khayalan politik semasa yang sentiasa berubah-ubah dan sukar ditafsirkan.

11 ulasan :
KM...
Umno di sabah masih mentah dlm menyusun gerak mengaut sokongna rakyat. Rakyat Sabah terutama KDM dan Bajau..masih sangsi dgn keikhlasan itu..buktinya mrk masih memberi sokongan kp pembangkang...
usia 64 tahun bagi org melayu dan bukan bagi penduduk sabah.
kini ada peningkatan dan perubahan yg ditunjukkan oleh Umno tetapi Najib dilihat begitu rapi menyusun perancangan memenangi PRU 13..akan datang.
Salam,
Berapa bnyak pun pengalaman, atau sanjungan melangit tinggi, kalu hukum Allah dipersenda, apa maknanya?
Lesen judi yang 'HARAM' di 'HALAL'kan oleh kerajaan umno-bn sempena bola sepak piala dunia.
Jangan fikir kita tiada saham juga terlibat menentang hukum Allah
Tahniah !!!
setuju bayu gunung..dan cukai hasil dari pendapatan judi ini akan disalurkan jadi punca rezeki kakitangan awam..maka duit itu membolehkan anak2 hasil yang tidak berkat dan anak2 seterusnya bisa menjejaskan akhlak mereka..takbir...
Sdra Bayu Gunung dan Watasikadi,
1. Nak tumpang tanya, di Kelantan negeri yang diperintah oleh PAS tak ada orang jual arak ke?.. dan jualan tersebut tak dikenakan cukai ke? dan cukai tersebut tak digunakan untuk bayar gaji kakitangan awamnya yang akhirnya nanti digunakan untuk membesarkan anak-anak mereka ke?
2. Lagi satu, bagaimana pula sokongan PAS terhadap calon PKR di Hulu Selaongor baru-baru ini? Bukankah beliau juga mengaku beliau berjudi dan minum minuman keras?..
3. Maka, jangan hanya nampak kesalahan orang lain kalau diri sendiri juga tidak kurang "hina".
Wa alaikum salam,
Sdr belum pendekar, pertanyaan sdr itu sudah lama selesai. Berlambak jawapan di internet pasal isu arak di kelantan. Tggl rajin-rajin sj taip.
Isu Sdr zaid, sebenarnya menjadi fire balik kpd umno. Bagusla sejak masuk PR, zaid sndri sdh cakap bertaubat. Masa dlm BN dulu nda pernah pula dia cakap begitu. Nasibla beliau nda mau bongkar siapa menteri-menteri BN yg minum sama-sama dia dulu..
kalaulah dibongkarkan kes 1992, di port dickson, mungkin ada orang bercuti dari jadi PM...hahaha. cukai dikutip oleh LHDN secara berpusat bukan disalurkan kepada kerajaan negeri..
Sdra Bayugunung,
Inilah gambaran sebenar mentaliti penyokong PAS dan Pembangkang. Kalau kena pada orang lain maka perkara tersebut akan di ulang-ulang walaupun sebenarnya tiada isu pun. Sebaliknya, jika kena pada dia sendiri, dia akan cepat-cepat kata.. oh isu tersebut telah selesai, telah basi dan sebagainya... sungguh lucu bukan?..
Telah bertaubat?.. saya tidak fikir itu jawapan yang tepat untuk isu yang dibincangkan. Namun saya akan cuba faham kerana seperti biasa PAS akan sentiasa menghalalkan apa juga benda bila menyebelahi mereka. sebab itulah maka, memakihamun orang lain pun dibenarkan oleh Tuan Guru PAS Nik Aziz.
Sdra Watasikadi,
Saya agak lucu membaca ulasan yang cukup cerdik dari saudara. Tahukah saudara bahawa selain cukai pendapatan yang dipungut oleh LHDN ada lagi cukai-cukai lain yang di pungut oleh pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri? Dan, tahukah saudara bahawa tidak semua kerajaan negeri yang kakitangan mereka diambil atau dilantik oleh kerajaan persekutuan? Sabah, Kelantan, Sarawak, dan Johor misalnya membuat perlantikan kakitangan awam negeri sendiri. Maka gaji dan elaun mereka ini di bayar oleh kerajaan negeri menggunakan cukai-cukai yang dikutip dari sumber-sumber yang ada dan bukannya kerajaan persekutuan yang membayarnya melalui LHDN.
Maka, tolong perbetulkan pemahaman saudara.
salam belum pendekar,
sebenarnya semua negeri ada hak melantik kakitangan awam negeri masing-masing, itu pasal lah bila federal umum bonus maka sibuk la kerajaan negeri ni menghutang petronas hasil minyak negeri sendiri. Untuk makluman saudara sabah punya pelbagai enakmen tersendiri terutamanya cukai dan tidak seperti negeri lain, di kelantan pihak berkuasa tempatan tidak menggunakan wang hasil kutipan cukai pihak berkuasa tempatan untuk aktiviti penggajian atau upah, kebanyakan pihak berkuasa tempatan menggunakannya untuk pembangunan dan penyelenggaraan kecil tempatan.sedangkan LHDN nyata dan jelas dalam belanjawan negara wang cukai digunakan untuk penggajian. Dan sekarang saya ingin bertanya lesen judi diluluskan oleh Menteri kewangan itu boleh menghalalkan judi? judi tetap haram disisi agama islam tapi tidak tahu disisi kerajaan BN.
Salam
Saya sdh bg peluang sdr belum pendekar semak sendiri dlm internet, bagaimana berhikmahnya kerajaan negeri kelantan menangani masalah arak n judi ini secara berperingkat. Kalu persoalannya arak n judi masih ada, ya masih ada, tapi usaha telah di laksanakan. Al quran juga mengharamkan arak ini tidak secara total tapi secara berperingkat-peringkat.
Saya sebenarnya tidak terfikir sdr belum pendekar benar-benar menyatakan sokongan terhadap kelulusan lesen judi oleh umno dan sya pun tak mau dgr sdr memang menykong. Politik politik juga tuan..
Dalam surah al-Baqarah ayat 219 Allah berfirman yang bermaksud, “Mereka itu bertanya kepada engkau darihal tuak (arak) dan judi. Katakanlah kedua-duanya itu dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Mereka bertanya kepada engkau, apakah yang akan mereka nafkahkan? Katakanlah: sekadar berlebih daripada hajatmu. Demikian Allah menerangkan kepadamu beberapa ayat, mudah-mudahan kamu memikirkan.”
Sdra Watasikadi dan Sdra Bayugunung,
1. Kelulusan lesen judi oleh kerajaan adalah kepada mereka yang boleh berjudi. Bukannya kepada orang islam yang ditegah untuk berjudi. Seperti juga penjualan arak di Kelantan yang dikatakan khusus untuk orang cina dan india yang boleh minum minuman berkenaan maka samalah halnya dengan lesen judi yang diberikan.
2. Saya tidak menyokong sesiapapun orang samada islam atau tidak untuk berjudi. Tetapi kalau itu adalah pilihan mereka, dan itu yang mereka mahukan, saya fikir itu adalah urusan mereka. Adakah hanya kerana kita tidak boleh berjudi maka lesen berjudi untuk orang yang boleh berjudi disanggah?. Bukankah itu hak mereka?.. ini samalah dengan tidak mengeluarkan/menentang pengeluaran lesen menjual daging babi kerana kita tidak boleh makan daging berkenaan. Bukan begitu saudara?..
3. Dengan tidak mengeluarkan lesen judi tidak bermakna orang akan berhenti berjudi atau tidak berjudi. Malah, barangkali ramai yang akan menjaddi mangsa kepada sindiket perjudian yang tetap akan beroperasi haram. Sebab itu saya kata jangan memandang yang buruk saja. Pandang juga dari sudut yang positif.
4. Ini bukan soal politik pada saya kerana saya memang tidak berminat berpolitik seperti saudara. Kalau pengeluaran lesen berkenaan saudara anggap sebagai usaha menghalalkan judi secara total maka, saya fikir itu perkiraan yang terlalu sempit. Lainlah kalau ianya diguna sebagai helah "politik belukar" bagi mengelirukan orang lain. Bagi saya tujuan lesen berkenaan jelas dan tiada yang sensasi mengenainya.
Salam KM,
Maaf jika ulasan ini tiada kaitan dgn tajuk, sebab dlm blog YB Datuk Japlin tak bole komen sudah....saya ingin buat komen tentang Juara Rakyat yg telah diadakan di Kg Sembirai Kota Belud baru-baru ini, apa yg jelas UMNO adalah tunjang kpd Barisan Nasional, seharusnya program Juara Rakyat di meriahkan dgn pengibaran bendera UMNO dan BN, walaupun bendera bukan lah melambangkan 100% sokongan rakyat terhadap parti tapi sekurang-kurang pihak penganjuran faham akan maksud yg tersirat bila bendera UMNO dan BN di kibarkan dlm program Juara Rakyat sepertimana yg dilakukan oleh Cawangan dan kampung lain, sepertimana yang saya sendiri hadiri di salah satu Cawangan UMNO Bhg Kuala Pilah Negeri Sembilan pada Januari 2010, suasana amat berbeza jika bendera dikibarkan dan sebaliknya...harap pihak yg akan menganjurkan acara Juara Rakyat dpt memantau benda yg sekecil ini tapi mendatangkan impak yg besar.
Post a Comment