Seakan satu lakonan politik yang dicatur lebih awal, apabila sejurus selapas PRU 12, satu demi satu PRK berlangsung. Setakat ini termasuk di Sibu, sudah sebelas PRK diadakan. Kata sesetengah orang, itulah adatnya politik, ada sahaja ‘pertarungan’ yang berlaku guna merebut 5 huruf “KUASA”. Walaupun secara keseluruhan PRK yang diadakan itu PAKATAN RAKYAT mendahului BN, namun sejak akhir-akhir ini senario itu mula menampakkan perubahan yang drastik. Bermula di Bagan Pinang, BN mula ‘melumpuhkan’ strategi PR. Dan yang lebih membanggakan ialah dengan kemenangan di Hulu Selangor membuktikan BN makin ‘kembali’ kepada akar sokongan rakyat. Namun pada PR, calon PKR di Hulu Selangor tidak mengalami kekalahan, sebaliknya menunjukkan peningkatan undi berbanding PRU 2008.
Semua orang tahu bahawa PRK Hulu Selangor berlangsung di Semenanjung. Dan bagaikan satu percaturan, PRK Parlimen Sibu pula menyususl berikutan kematian wakil rakyatnya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau meninggal dunia akibat barah.Dalam PRU 2008 Robert Lau, 68, dari parti SUPP, salah satu komponen BN, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi menewaskan dua calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu iaitu calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.
Walaupun ramai yang meramalkan bahawa Robert Junior yang merupakan seorang peguam muda, akan mendapat kemenangan dengan majoriti selesa pada PRK kali ini, namun dalam politik banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Bagi PKR dan sekutu politiknya di Sarawak DAP, keputusan mereka meletakan calon satu lawan satu akan memberi saingan yang hebat. Kali ini, PR akan bermati-matian menawan Sibu berikutan kekalahan mereka di Hulu Selangor yang menyaksikan reputasi politik pembangkang merudum seperti saham di BSKL. Bagi PR kemenangan di Sibu akan mengubati luka di hulu selangor.Sedangkan mereka lupa bahawa SUPP dan BN di Sarawak juga menginginkan kawasan ini menjadi milik kekal mereka sebagai dorongan politik paling besar sebelum PRU negeri yang semakin dekat. Tentunya PRK di bumi Raja Brooke kali ini memberi impak kepada BN di Semenanjung.
Hanya tinggal di Borneo Utara iaitu di Sabah, yang masih belum mengadakan PRK setakat ini. Walaupun PRK hanya boleh dilakukan berikutan pengumuman SPR tentang kekosongan sesuatu kawasan itu berikutan beberapa sebab seperti kematian, letak jawatan dan sebagainya, namun ramai pemerhati politik di Sabah menunggu-nunggu, bila agaknya SPR mengadakan PRK di negeri ini sebagai melengkapkan pusingan PRK-PRK di negara ini. Walaupun agak lucu seperti itu, namun alasan yang mereka berikan ialah pengaruh UBN dalam era kepimpinan Najib , bukan setakat diukur di semenajung dan sarawak tetapi juga di Sabah. Lambakan isu-isu politik di negeri ini, termasuk dakwaan sesetengah pihak yang meraikan kedatangan beberapa pemimpin PR pusat beberapa bulan lepas bahawa PR mampu menawan Sabah pada PRU 13, akan terbukti melalui PRK yang diadakan.
Namun yang menjadi persoalannya, ialah antara kawasan yang disebut-sebut perlu mengadakan PRK ialah Parlimen Tawau yang diwakili oleh Datuk Chua Soon Bui atau Parlimen Sepanggar Enchin Majimbun..kedua-duanya adalah dari parti SAPP yang bertindak keluar daripada BN. Ini kerana dikatakan bahawa Kemenangan kedua-dua calon SAPP pada PRU 12 yang lepas adalah atas dukungan dan semangat BN negeri.Maka sewajarnya hak demokrasi memilih pemimpin di kawasan ini diserahkan kembali kepada rakyat setelah mereka bertindak meninggalkan BN. Di Kota Belud, kawasan yang dijangka akan kosong sejak awal lagi ialah DUN USUKAN, berikutan wakil rakyatnya yang dikatakan terlibat dalam politik wang. Namun hingga kini, Datuk Musa Aman masih belum mengisytiharkan kekosongan di kawasan Usukan.
Jika benar perlunya PRK di sabah, maka ia akan memberi impak yang besar dalam iklim politik di negeri ini. Namun sayugia diingatkan bahawa jangan seperti kata pepatah “mengharap hujan kan turun di tengahari”.
3 ulasan :
KM..
salam buat anda..
saya rasa bole jgk..klu ada PRK di Sabah nie..nak cuba test try kekuatan BN...dan kekuatan pembangkang..
saya yakin BN mesti menang punya...kau letaklah kwsn mana..klu di Usukan lagi gerenti menang...
janganlah pembangkng bermimpi di sabah..
Sebagaimana yang saya komen tempoh hari:
" Saya rasa, kalaulah hendaklah mengalahkan BN di Sabah dan Sarawak... Pembangkang kena original... iaitu yang sememangnya keturunan dari Borneo.. yang membawa isu - isu sejati untuk Orang Borneo..."
Kalau bukan originally Borneon, saya setuju dengan palingberani;
Pembangkang dari Semanjung JANGANLAH MIMPI...
Salam KM,
Jika ditakdirkan DUN Usukan dibubarkan maka terjadi lah PRK, dan kita berkeyakinan penuh bahawa BN akan memenangi kerusi DUN Usukan TETAPI jika Parlimen Sepanggar yang sekarang ini diwakili oleh YB Datuk Eric Enchin Majimbun daripada SAPP maka tidak ada jaminan bahawa BN akan dapat memenangi kerusi Parlimen Sepanggar dengan mudah, berdasarkan kelayakan calun daripada BN yang boleh memikat dan memenangi hati pengundi-pengundi khususnya di Parlimen Sepanggar setakat ini masih samar-samar samaada daripada UMNO, PBS, UPKO dan lain-lain parti yang berada dalam Barisan Nasional..kekuatan SAPP yang diterajui oleh Datuk Yong Teck Lee di Parlimen Sepanggar ini masih terserlah dan masih menjadi idaman kalbu para pengundi di DUN Karambunai dan DUN Inanam yang masing-masing diwakili oleh wakil rakyat BN iaitu YB Datuk Jainab (UMNO) dan YB Johny Goh (PBS), bagi wakil rakyat Parlimen Sepanggar ini YB Datuk Eric Enchin Majimbun Parlimen Sepanggar adalah merupakan tanah tumpah darah beliau yang amat senonim dengan orang-orang Bajau di Kg Rampayan, Gudon, Likas, Karambunai dan lain-lain yang sewaktu dengan nya, apa tah lagi bagi kampung orang-orang Kadazan/Dusun seperti Nongkulud, Sinulihan, Inanam baru, dan lain-lain yang telah sehati dan sejiwa dengan YB Datuk Eric Enchin Majimbun yang sebelum ini bergelar OKK Eric Bin OKK Majimbun dan Taiko Datuk Yong Teck Lee yang sentiasa tersenyum lebar sepanjang masa, terbakar merah mukanya bila melawat mangsa kebakaran di sepanjang beliau menjadi YB dahulu....BN harus menyedari dan bangun dari dengkuran bahawa Parlimen Sepanggar bukan mudah untuk dipindah milik seperti menukar penama pada sebuah kereta, pada zahirnya kita sering kali melihat didada-dada akhbar kerja keras yang ditunjukkan oleh UMNO Sepanggar terutama Ketua Bahagiannya Ybgh Encik Jumat Hj Idris yang telah membuat berbagai-bagai program untuk menambat hati akar umbi Sepanggar, hal-hal berkaitan sosial,kemasyarakatan, Juara Rakyat dll, tapi harus diingat bahawa jasa dan pengorbanan Datuk Yong Teck Lee di Parlimen Sepanggar dan DUN N28 LIkas suatu ketika dahulu ibarat kuku dengan isi, sentuhan Datuk YTL dengan pengundi berbagai bangsa dan Agama di Sepanggar masih terasa hangatnya hingga ke saat ini, kalau di hitung dengan jari jemari tak akan cukup agaknya, mana majlis dan program yang Datuk YTL tidak hadiri, berbuka puasa, kenduri arwah, kematian, kenduri-kendara biasa, Majlis Berkhatan,Musabaqah Al- Quran, Israj Miraj, Awal Muharam, kenduri selamat naik Haji, bahkan semua majlis-majlis yang dihadiri oleh Datuk YTL ini beliau telah lakukan sejak menjejak kaki sebagai Yang Berhormat DUN N28 LIkas dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah dalam era PBS hingga zaman BN, dari segi pembangunan ekonomi memang tidak dapat dinafikan bahawa kawasan Parlimen Sepanggar berdekatan dengan Ibu kota Negeri Sabah, sudah tentu kemudahan asas telah dipenuhi...jangan lah BN terlalu lena tidur hingga lupa bangun untuk sembahyang Subuh, akhirnya fajar menyinsing dipagi hari, waktu subuh sudah berlalu...sekian, wabillahtaufiqwalhidayah, Assallammualikumwarahmattullahhiwahbarakatu,salam sejethera dan Salam 1 Malaysia.
Post a Comment