Semakin menghampiri PRU 13, semakin wabak percaturan politik di Sabah merebak sehingga sudah kedengaran bahawa kerusi panas "ketua menteri" Sabah akan beralih arah kepada penduduk Pantai Timur Sabah. Di sebelah Tawau dan sekitar daerah yang bersempadan dengannya, isu Ketua Menteri Sabah sudah menjadi milik Datuk shafie Apdal. Berpaksikan kepada banyak hujah politik yang memihak kepada MP Semporna ini. Pertama kerana kata mereka Datuk sahfie dilihat sebagai 'ayam tambatan" Datuk Najib di sabah.Kedua hujah mereka lagi, kedudukan Datuk sahfie sebagai naib presiden Umno, memungkinkan beliau diberi kepercayaan penuh oleh Najib untuk mengemudi sabah di hari- hari mendatang. Ketika sambung hujah mereka kerana Datuk sahfie mempunyai rangkaian akar umbi kepimpinan BN Sabah yang memungkinkan menyatukan fahaman-fahaman songsang terutama dalam UMNO Sabah yang dilihat diluar batas perkiraan Datuk Musa Aman. Walaupun setakat ini hanya Datuk Rahim dan Datuk Hajiji yang dikaitkan akan purnama politik Datuk sahfie, tetapi ramai yang menjangkakan Datuk salleh Tun Said yang sebelum ini sering "dinasihati' oleh Datuk sahfie dalam USBO juga akan "meninggalkan" Datuk Musa Aman apabila penentuannya Siapa Ketua Menteri Sabah akan terjawab.
Namun yang demikian ,politik adalah ibarat air yang mengikut bekas yang menadahnya. Tidak punya bentuk yang boleh digapai oleh sesiapa juga sama ada " pemain politik" itu sendiri atau pun pengkaji dan pemerhati seperti kita. Biarpun desas desus menggambarkan bahawa "sedang" berlaku "sengketa senyap" buat tiga tokoh ini, apakah ia satu kepastian ?
Mungkin hujah- hujah dalaman seperti diatas tidak lengkap tanpa adanya sokongan dan motivasi luaran. Misalnya Datuk Musa Aman dikatakan menghadapi pelbagai masalah berkaitan dengan kes dan skandal membabitkan beberapa orang kanan dan kenalannya menjadi perhatian SPRM berkaitan dengan penggubahan wang haram selain kes-kes pembalakan di kawasan hutan simpan seperti yang dilaporkan oleh media massa arus perdana. Namun jika ditinjau kepada percaturan politik...bagaimana Ketua umno Bahagian Kota Belud pula dilibatkan dalam sengketa senyap ini..? Alasan yang diberikan cukup menyakinkan kerana..DSSK juga berkeinginan dan adalah antara tokoh yang disebut-sebut 'hampir' dengan kerusi empuk itu.
Semuanya ini akan menjadi spekulsi politik selagi ia tidak menjadi kenyataan. kalau benar selepas PRU 13, sabah akan memiliki KM yang baru...itu bukan persoalannya kerana biarpun baru atau lama...hak rakyat tidak pernah dicabuli, yakni..rakyat masih punya hak mutlak memilih siapa KM Sabah..? Pergunakanlah 'hak' yang kecil itu untuk kita dan generasi akan datang.
23 ulasan :
Salam KM,
Saya rasa YDP Perkasa Negeri Sabah Sdra MO lebih arif dan dapat memperhalusi sengketa senyap ini, jika tidak keberataan, untuk ulasan selanjutnya dipersilakan Sdra kita MO.
walau siapa pun ketua menteri sabah, apa yang penting adalah kepentingan rakyat sabah sentiasa terjaga dan tidak dicabuli.
Siapa2 yg akan jadi Ketua Menteri perlu ada sokongan daripada pemimpin2 tempatan jg...jika tidak ada sokongan, bagaimana dia boleh jalankan tanggungjawabnya? tapi melihat perkembangan politik Sabah, kecenderungannya adalah siapa2 saja yg dilantik menjadi KM, akan mendapat sokongan secara automatik...
spekulasi dan andaian2 seperti ini adalah perkara biasa dalam 'permainan politik'...mungkin ia bertujuan untuk kebaikan atau keburukkan...namun begitu spekulasi dan andaian seperti ini tidak harus dimanipulasikan untuk mengelirukan rakyat...tiada fakta atau bukti yang sahih yang boleh digunakan untuk menyokong spekulasi dan andaian2 yang bagi saya hanya untuk 'memeriahkan lagi' permainan politik ini...walau pa pun, keputusan PRU13 adalah di tangan rakyat...
ya.. sokongan daripada rakyat perlu ada jika ingin menjadi ketua menteri. mengenai persengkataan antara ketiga pemimpin ini, adakah ia benar? ataupun hanya direka oleh pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri? apapun kita tunggu cerita selanjutnya mengenai perkara ini.
Sekadar kabar angin dan gosip yang ingin sangat kedua2 mereka ini bergaduh....namun hasrat tidak kesampaian... walauapapun saya amat memuji kedua2 belah pihak yang sabar dengan cerita2 panas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab...teruskan YB2
bagi saya, Musa Aman merupakan KM yang berkaliber, banyak pembangunan telah dilakukannya di Sabah. jika tempat dia akan diganti seklipun, diharap biarlah ia seorang pemimpin yang berkaliber sepertinya. diharap beliau akan meneruskan perjuangan beliau dalam membangunkan negeri sabah.
seperti yang dikatakan penulis, ia akan tetap menjadi spekulasi politik selagi tidak menjadi kenyataan. diharapkan kenyataan itu tidak menyebelahi shafie kerana ramai yang tidak yakin dengan kepimpinan beliau.
pemilihan KM biarlah melalui prosedur yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh semua rakyat.. dalam soal memilih pemimpin, kita perlukan seorang yang benar2 berkaliber dan berwibawa.
Salam KM..
inilah tarikan Blog sdr KM ada-ada saja isu politik yg panas..bikin kita tdk dpt tdr malam..asyik fikir benda yg KM tulis ni..rahniah !..
Saya ada dengar juga pertelingkahan antara DSA dgn DMA ini..berkaitan dgn peruntukan dan pembangunan melalui KLBDW..DSA mahu ditubuhkan satau Jwtnkuasa kemajuan L/B lebih kurng mcm, JPPS lah dulu tu..tapi DMA tidak mahu..sbb ia melambatkan sasaran pembangunan..
kata pemerhati politik DSA mahu bt begitu utk tujuan proksi dan kroninya mdpt habuan dr peruntukan kjaan pusat..manakala DMA pula Konok tidak mahu sbb DSA akan menjadi ancaman kp beliau..lalu berlaku insiden hentak meja...
\
DMA hanya rasa DSA adalah ancaman utama slps DSSK kerana SSK telahpun dpt habuan jdi penasihat...
nampak gayanya Umno berkecamuk di bawah DMA ini..sama-sama kita tunggu
KM..
dulu SSK bukan main dekat sama Datuk shafie sama itu TSP tapi skrg dunia politik sdh berubah..SSK dilihat sudah agak selamat berbanding TSP yg masih tidak ketentuan arah mana akan pergi slps jwatan YDP DR akan berakhir?
Slps tidak mndpt 'kyakinan' thdp DSA maka SSK telah pegunakan DMA utk melobi sehingga bininya pun dpt gelaran "datuk"..dia plk jdi penasihat kp KM Sabah..
bagi saya mungkin SSK lebih dekat utk jdi CM drp DSA sbb SSK nmpk lbih librel ble hidup dgn kdua-dua tokoh ini...manakla DSA hnya beberapa sjaa..spti Datuk hajiji dan Datuk rahim...Tapi di pusat dia banyak pengaruh drp SSK pula..
Di Semporna pun DSA bukan disuka sangat Datuk Ramlie Marhaban..masih jadi org kanan kp DMA...dgn Datuk Hj. Herman DUN Sulayaban ..
kalau DSA jdi CM, rasanya TSP akan diberikan peluang drp SSK jadi CM..itu ramalan saya..
Dlm Politik banyk perkara yg kita tidak tahu..sbb itulah kita hanya mampu meramal dn mngkritik..
walaupun org ramai dan rakyat bercerita tentang sengketa senyap para pemimpin ini, namun mrk nampak baik klu berjumpa..
saya baca komen sdr orang sama saya rasa ada juga betulnya..bagaimana dgn nasib TSP...sbb tiga orang ni. SSK, TSP dan DSA adalah teman seperjuangan ketika dlm USBO..
Km..
itu diaurg punya pasallah bergaduh kah atau tidak itu cerita dgn diaurg..jangan saja kita dikacau dan ditindas ahh itu saya tak setuju..
ada juga ceta konok DMA ada ambik itu tanah-tanah rakyat di kwsn pantai timur, LD, Sndkn, Kunak, Smporna dan TWu..sbb itu kali Datuk sahfie mau jadi CM..kasih bela itu nasib rakyat penduduk pantai timur..
saya harap DSA akan jdi CM , mau jgk kita lihat pembangunan yg mcm na dia bawa..sbb dia pali power drp SSK dan DMA sbb dia lama kat Persekutuan..ramai kenalan dr org2 bpengaruh dr semua kementerian..lihat dulu dia jdi menteri pengguna dia tubuhkan cawangan di setiap daerah..waktu jadi menteri pertahanan..itu karambunai jadi pelabuhan TLDM..skrg di jadi menetri KLBDW dia bawa pembangunan bina jln di sabah...kalau dia jdi CM apa akan dia buat?
slm KM..
ini masih lagi berkaitan dgn kes DARD sokong lesen judi..
tadi pagi saya ada jumpa beberapa org kuat PKR dan PAS KB..mereka rasa ada baiknya mrk bt bantahan atas sokongan DARD itu..tapi kena tunggu dri pucuk pimpinan pusat lah pula..
kita tunggu saja kesudahan perjuangan pembangkang di KB ini...
Persengketaan senyap? Nampaknya, perkara ini semakin menjadi tapi harap2 ini hanyalah spekulasi.
mengenai isu sengketa tiga org pemimpin ini..sbnrnya masing2 mau hidup bah..sbb itu nampak saja di luar berbaik tetapi sebenarnya mrk menysusn strategi masing2 utk menjadi CM..
saya ada dgr khabar ketika TSP sakit..masing2 mula sdh melupakn beliau..persahabatan hanya bersifat semntera sahaja.. TSP makin disisihkan...org Iranun gigit jari..ada calon ketua pemuda sokong urg lain...padan muka
Apapun, we will just have to wait and see kesinambungan this so-called-silent-feud-saga..
spekulasi seperti ini sengaja diwar-warkan dan dihangatkan untuk menimbulkan kesangsian dan kekeliruan di kalangan rakyat...spekulasi ini dimanipulasikan sepenuhnya untuk memastikan kejatuhan kewibawaan sebagai pemimpin di antara 3 orang pemimpin sabah ini..ketua menteri sabah, Musa Aman merupakan ketua menteri yang berkaliber dan berjaya membangunkan negeri sabah di pelbagai sektor sepanjang tempoh beliau memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri..kini masalah kemiskinan diperangi habis-habisan agar sabah bebas dari kepompong kemiskinan...
susah utk dipastikan kebenarannya namun sdh ada berita tersebar bahawa DMA dan DSA tidak sebulu dlm membuat keputusan...inilah resam politik..sebagai rakyat biasa kita tahu dengan siapa kita patut memberi sokongan...
salam hormat
Saudara, mohon follow blog saya.
senjapermai57.blogspot.com
Terima Kasih
kalau masing2 mahu berebut pangkat, memang jelas mereka2 ini berjuang hanya untuk mendapatkan pangkat. perjuangan mereka tidak jujur dan tidak ikhlas. kelak hak dan nasib rakyat diabaikan sebab apa yang mereka mahu sudah dicapai. apa salahnya teruskan berjuang untuk rakyat dan biar rakyat yang tentukan siapa yang layak jadi pemimpin. macam mana sabah mahu maju kalau pemimpinnya asik bersengketa..
Semakin lama semakin complicated pula perkembangan politik Sabah ni...sampai susah untuk membezakan mana satu fakta & mana satu fiksyen saja...tapi harap2 tidak la begitu serius pertelingkahan di antara mereka kerana musuh sebenar akan mengambil peluang & 'overtake'...
Guarantee this will the most talk of the town at coffee shops because who would have known about this. I hope this is only a speculation and nothing more..
Post a Comment