Keputusan kerajaan di bawah kementerian kewangan untukmemberikan lesen judi sempena "World Cup" kepada kumpulan BERJAYA telah menimbulkan banyak kritikan di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja parti-parti pembangkang tetapi orang awam juga turut mempertikaikan. Kerana bagi mereka , walau bagaimana pun rasionalnya pemberian lesen judi itu, namun hukum agama membatalkan secara total kerasionalan yang hanya bersandarkan kepada logik hukum buatan manusia. Malaysia seharusnya tidak langsung menambah lesen judi di negara ini, sebaliknya syarikat-syarikat Judi yang sedang beroperasi harus secara perlahan-lahan di kurangkan. Seperti rokok dan Arak, yang menyaksikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan kesedaran bersama seluruhnya rakyat Malaysia dengan kenaikan cukai dan harga barangan ini, maka apakah Judi juga tidak harus dikurangkan?
Di Kota Belud, kelantangan MP Parlimen Datuk Rahman Dahlan menyokong hasrat kerajaan itu telah menimbulkan banyak polemik kepada masyarakat di pekan koboi ini. Sejak dulu lagi, masyarakat Kota Belud begitu sensitif dengan perkataan "judi" kerana penglibatan segelintir penduduk di Pekan ini dalam dunia perjudian. Sebut saja...Kuda Kota Belud..siapa tidak kenal lewat 80-an yang menggegarkan padang lumba di Tanjung Aru..Begitu juga dengan kewujudan kedai-kedai nombor ekor di pekan ini dan sesak setiap kali "drow" amat menggusarkan ramai pihak. Dan kerisauan ini seharusnya dikongsi oleh MP, Datuk Rahman Dahlan dan bukan sebaliknya membuatk kenyataan menyokong industri perjudian.
Walaupun rasional akliah digunakan oleh MP Kota Belud ini dengan menyatakan bahawa kerajaan seharusnya membuat pemantauan...dengan cara meluluskan lesen judi kepada syarikat kumpulan BERJAYA ini..namun hujah beliau juga diselitkan dengan kenyataan bahawa pada waktu yang sama kerajaan juga tidak mengenepikan pembangunan umat Islam di negara ini. Beliau juga meminta supaya isu ini tidak dipolitikkan.
DARD harus memberikan jawapan dan hujah bukan berdasarkan akliah dan pemikirannya yang dibentuk ketika berada di luar negara. Kenyataan harus disulami dengan hukum dan persepsi agama. Amat malang sebagai seorang pemimpin muda, beliau bertindak sedemikian. isu judi terus memberikan polemik kepada masyarakat kota Belud atas kenyataan ini.
50 ulasan :
Salam,
Al quran dalam pengharaman arak dilaksanakan secara berperingkat, tidak secara serta merta sebab kegiatan ini sudah berakar umbi dlm masyarakt. 'Qias' ini juga digunakan kepada isu judi sebagaimana judi juga sudah sebati dalam hidup masyarakat.
Kerajaan Kelantan telah menunjukkan method mengurangkan judi dan arak secara berperingkat sebagaimana method drpd Al quran sejak mengambil alih kelantan daripada umno pd tahun 1990.
Adakah dengan meluluskan lesen judi kepada BERJAYA, adakah ia mematuhi method Al quran utk menghapuskn arak dan judi secara berperingkat?..sila beri pandangan, jangan diketawakan orang sudah...
KM..
kita di Kb merasa begitu sedih atas tindakan MP memberikan kenyataan menyokong dasar kerajaan memberikan lesen judi...
bauangkanlah jika pada waktu itu..di KB juga berlaku perjudian..apakah tindakan yg harus diambil?
MP kb ini seharusnya tampil memberikan penjelasan sama ada melalui blognya atau melalui FCB supaya ia tidakmencemarkan nama baik beliau..
setiapa yg beragama islam sama ada ia sedar atau tidak akan menafikan kebaikan judi ini..sebab itu agama mengharamkanya terus...
ini bukannya dipolitikkan tetapi ia menyentuh hukum agama...
salam..
isu ini sudah mula diperkatakan dikedai-kedai kopi terutama di restoran kotaraya..mereka mempertikaikan kredibiliti dan kenyataan DARD ini..
seperti yg dikatakan oleh KM, DARD tidak sepatutnya menggunakan hujah berdasarkan logik semata0mata tetapi isu ini sepetutnya dilihat dari sudut agama..
saya juga terkejut membaca kenyataan DARD ini...kita mohon secara terhormat agar YB yang baik hati ini dapat memberikan penjelasan...
Assalamuwalaikum KM...
benarkah apa yang dipaparkan ini? saya solute atas kelantangan DARD, namun dia perlu berhati-hati apatah lagi melibatkan hal-hal sebegini..
Jangan kerana mengambil hati kerajaan maka perkara sebegini tidak dapat diperhalusi..
memang kita tau, MP KB ini begitu cergas dan cerdas pemikirannya tetapi kita tunggu jugalah apa komen beliau..sebab seperti kata Idahan isu ini sudah mula diperkatakan di KB..
Sebagai org awamyg tidak tahu hal berkaitan cukai dan percukaian ini,rasanya DARD yang berpengalaman tidak akan keberatan menjelaskannya. apakah keuntungan yang bakal diperolehi oleh kerajaan? dan apakah keuntungan meluluskan judi itu hanya pada pihak kerajaan ?bagaimana dengan rakyat terutama keuntungan minda dan emosi..
harap dapat penjelasan sewajarnya..
Astagfirullah.....3X
kenapa boleh jadi macam ni..?
KM,
saya yakin secara peribadi dan kapasitinya sebagai orang Islam, DARD tidak bersetuju memberi lesen judi meramal bola.
Namun sebagai MP dan penyokong kerajaan dengan kedudukan sebagai Naib Presiden BNBBC, Dato Rahman tiada pilihan tetapi menyokong keputusan kerajaan.
Secara peribadi, jgn lah DARD dipertanggungjawabkan..
lesen Magnum, Toto, Da Macai, 4D, Sabah 88 (yang dilulus semula kepada Olympia oleh Anwar Ibrahim semasa beliau Menteri Kewangan) Sandakan Empat Ekor, lumba kuda, kelab jackpot semua lesen judi yg diluluskan kerajaan sebelum DARD jadi MP Kota Belud lagi...samada DARD menyokong atau tidak lesen judi adalah hak Menteri Kewangan.
soal menyokong itu tidak adalah pilihan MP..malangnya kedudukan DARD sebagai BNBBC vice chairman menyebabkan beliau terpaksa menyokong keputusan kerajaan.
Salam KM dan juga MO..
Saya tidak nampak hanya kerana naiab presiden dlm BNBBC maka Datuk Rahman Dahlan tiada pilihan untuk memberikan pandangan..
Saya hanya keliru dgn ulasan sdr MO yang mengaitkan pada zman DSAI pun lesen judi diluluskan..seolah-olah menggambarkan bahawa keadaan sebegini sudah lama berlaku..
Saya juga setuju dgn pdpt MO supaya DARD jangan dipersalahkan..tetapi alangkah baiknya kalau DARD juga tidak membuat kenyataan mengenai hal ini..
kita tunggulah penjelasan DARD mengenai hal ini..
sekadar pandangan.
Saya pun hanya mengetahui hal ini melalui Blog One Kota Belud yang dibawah kendalian SdrKu Musram..beberapa hari lepas..
Salam DEPU-DEPU,
lesen judi sudah lama diberikan kerajaan. zaman tunku lesen genting higland dan 4d. Magnum dan Sports Toto semasa Tun Razak lagi. Kelulusan Sabah 88 dipohon syarikat Olympia dan kelulusan diberi Menteri Kewangan masa itu, Dato Seri Anwar Ibrahim pada 1997.
Tetapi KM sabah ketika itu Yong Teck Lee tidak meluluskan premis licence sehingga TKM dan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ghafur Salleh letak jawatan kerana tidak setuju dengan Yong Teck Lee.
Tetapi semasa Dompok KM Sabah, premis licence diluluskan dan Sabah88 mula beroperasi di Sabah pada tahun 1999.
Mengenai kenyataan DARD saya tidak pasti, saya hanya beri komen posting Kelapa Mawar.
Hidup DARD!!!!... Orang kita hanya pandang JUDI sebagai sesuatu yang salah di sisi agama... dalam masa yang lain perkara-perkara seperti mengata, mengutuk bahkan memfitnah orang lain tidak pulak disebut walhal perkara sedemikian juga berdosa. Lebih teruk lagi ada pihak yang menggambarkan diri mereka sebagai pakar dalam agama tetapi mengeluarkan fatwa atau hukum mengikut kesesuaian mereka.. kalau untuk kepentingan mereka boleh kalau tidak haram..
huhuhu... sungguh hipokrit...
Soalnya, kalau tidak suka dengan judi maka kita tidak payah melibatkan diri dengan perjudian.. yang boleh berjudi biar lah mereka berjudi kalau mereka mahu..
Sdr Belumpendekar..
ulasan sdr kali ini begitu jelas dgn pendirian sdr..
ini bukannya perkara siapa yg suka dia buat, kalau tak suka jangan buat..tetapi ini melibatkan dasar sdr...DASAR...bukan kemahuan atau keinginan..
soal orang lain fitnah, mengadu domba dan meperlekehkan org lain itu cerita lain..itu hal dia...terpulang kepada dia utk berhadapan dgn tuhan..
bagi kita di KB ini..kita tidak memihak kepada sesiapa....jika ada parti atau individu yang memfitnah kita tetap kata ia tidak patut dan berdosa..
begitu juga dgn Judi ia tetap haram walau siapa pun yang buat. Macam kata sdr MO itu zaman DSAI pun masa dia jadi Menteri Kewangan dia pun luluskan juga lesen judi..jadi kalaulah pada waktu itu ada Blog atau FCB kita kutuk juga sebagai tanda kita protes!..
ulasan sdr Belum pendekar ini memperlihatkan dirinya yang sebenar..tidak ada pendirian..bahkan mencari kesalahan orang lain pulak...sungguh malang!
Salam buat semua sdr-sdr sekalian..
pertama sekali saya respons sdr bayugunung..idea sdr begitu mantap dan mempunyai mesej yang tersendiri..sebagai org islam kita kena istiqamah dgn pengharam judi ini..sama ada ia melibatkan diri atau pun negara.
Ulasan sdr Musli Oli ..kalau tak silap saya YDP Perkasa sabah bah ni..kan..agak ringkas tetapi ada kebenarannya..
sebagai seorang islam mungkin DARD pun tidak bersetuju tetapi oleh kerana terikat dgn prinsip parti maka dia perlu bersuara..tetapi yang agak mengejutkan juga ialah dia bersetuju malahan menerangkan pula kebaikan dan keuntungannya kalau lesen judi ini diluluskan..
dengar khabar dari rakan saya di semenanjung satu bantahan besar-besaran akan diadakan oleh NGO dan mahasiswa termasuk parti politik PAS..
saya setuju dgn sdr DEPU_DEPU supaya kita mendapatkan kepastian dari DARD kalau ada peluang beliau mesti memberikan penerangan mengenai keadaan yang sebenarnya.
Saudara Pendekar Tua,
1. Apa yang saudara maksudkan sebagai tiada pendirian?.. pada saya jelas, kalau benar kita menegakkan humum agama, jangan kutuk hal pemberian lesen judi saja. kutuk juga benda-benda yang lain yang lebih berdosa di sisi agama mcm yang telah saya sebutkan sebelum ini. Jadi apa yang saudara kata tidak berpendirian dalam hal ini? Dan apa pulak kaitannya dengan mencari salah orang lain?.. saya fikir saudara tidak membaca dengan teliti pendirian saya.
2. Ulasan saudara juga memperlihatkan pendirian dan diri saudara yang sebenarnya.. maka, saya sarankan supaya saudara jangan melihat sesuatu dengan sebelah mata saja... fahami dulu apa disebalik ulasan saya agar saudara juga tidak tergolong dalam golongan yang saudara kata "sungguh malang".
salam semua...saya setuju dengan bayu gunung dan yang lain-lain..MO kurang pengetahuan agama..Belum pendekar otak judi...kalau cerita perkara lampau tu..itu adalah sejarah(maksud sejarah..perkara yang sudah berlaku) maka dengan kepincangan yang lampaulah kita jadikan iktibar untuk mencari sesuatu yang lebih baik bukan kita mahu tiru perkara yang lampau walaupun benda tersebut adalah mengaibkan dan tidak boleh diterima oleh kita sekarang...perkara ini saya sudah tulis dalam blog saya..semoga YB kita memohon maaf kepada masyarakat kota belud. walaupun beliau memegang kapasiti sebagaimana yang diperjelaskan oleh MO..undi rakyat adalah suara keramat...
salam KM,
sudah nyata lagi bersuluh, mencegah lebih baik dari mengubati..jika dicegah awal judi maka akan kuranglah iya, maka jika tidak dicegah maka bertambahla iya..bagus berterus teranglah saja kerajaan mahukan wang hasil cukai dan kelulusan itu pasti ada suapannya. kan senang kalo ngaku.kalau ndak ngaku pun orang tahu baa..
Salam KM dan Semua,
SATU RINGGIT!!DUA RINGGIT!!EMPAT RINGGIT LAH!!!SEPULOH RINGGIT!!!HANGGGGUUSSSS!!!KALAU SUDAH GILA JUDI!!JUDI MEROSAK DIRI, MEROSAK DIRI, ini hanya lah lirik lagu Dato' M Daud Kilau....untuk itu kita sama-sama lah tunggu ulasan dan penjelasan daripada Dato' Abdul Rahman Datuk Hj. Dahlan sendiri mengenai hal ini..
Salam KM...
watasikadi....
memang btl kata sdr itu mungkin keuntungan dari lesen judi ini ble digunakan utkmenampung kos yg keluar waktu PRK Hulu Selangor dan Sibu..berapa juta wang yg diumumkan oleh Kjaan utk memancing undi?
Fikirkanlah...
Bila saya baca ulasan Sdr Pendekartua..saya dapati ada kebenarannya..sdr belum pendekar mesti terbuka dlm hal ini..jangan mempertikaikan hukum dan ketentuan Tuhan..
soal fitnah itu cerita lagi..isunya yang utama di sini ialah DARD telah menyatakan pendiriannya mengenai hal ini iaitu BERSETUJU..
malu saya sbg org KB mempunyai MP seperti ini..
KM..
tadi pagi ketika saya ke kk SAYA TUMPANG bAS JAK..CERITA mengenai DARD sokong judi ini masih panas sepanjang jalan driver dan kwn2 dalam Bas mengatakan yang sama..mereka meluat kerana DARD tidak menjada sensitiviti masyarakat KB yang dia wakili..
mereka mula sdh tidak percaya kp MP ini..buruk2 Datuk Salleh kata mereka tidak juga buat kenyataan sokong Judi...
Jadi cuba KM dan Rakan2 blogger fikirkan mengenai perkara ini
KM dan rakan-rakan sekalian..
Saya mencadangkan supaya NGO di KB seperti PERKASA yang diketuai oleh Musli Oli membuat bantahan dan desakan supaya Datuk Rahman Dahlan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Kota Belud yang diwakilinya berikutan kenyataannya yang menyokong pemberian lesen judi itu..
harap dapat ulasan dari Musli Oli..pejuang dan aktivitis sosial KB yang paling menonjol sekali..
Salam sdri KM & salam khas buat Batu Gadung duplicate...mungkin agak terlambat untuk saya memberi respon berhubung isu ini...
saya bersetuju dengan pendapat sdra bayugung berhubung isu ini kerana "Islam tidak menghalalkan cara"...
Bukan saja dalam Islam malahan agama2 lain pun tidak ada yang menggalakkan pengkutnya berjudi, tq
KM dan sdr2 semua..
harap dpt baca petikan dr BERNAMA mengenai perkara ini..
KUALA LUMPUR 12 Mei - Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung menjelaskan, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.
"Syarikat itu pernah menerima lesen tersebut pada 1987 tetapi telah memulangkannya kembali kepada kerajaan pada tahun 1990 kerana pada masa tersebut tidak ramai yang berminat untuk bertaruh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Kementerian Kewangan telah bersetuju mengeluarkan lesen pertaruhan itu kepada Berjaya Group semalam.
Chee Heung berkata, memandangkan banyak kes perjudian secara haram dilaporkan pada masa ini, syarikat berkenaan telah membuat permohonan untuk mendapatkan kembali hak penganjuran pertaruhan Piala Dunia 2010 dalam keadaan yang terkawal.
"Setelah diteliti, kerajaan telah menimbangkan permohonan ini agar aktiviti perjudian dan pertaruhan haram dapat dikawal dan dipantau pihak berkuasa," katanya.
(bersambung)
( sambungan )
Menurutnya, beberapa garis panduan telah diberikan kepada syarikat tersebut untuk dipatuhi antaranya hanya 200 cawangan pusat perjudian di seluruh Semenanjung dibenarkan menganjurkan pertaruhan itu dan tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Selain itu Chee Heung berkata, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.
"Kesemua cawangan diwajibkan untuk meletakkan papan kenyataan yang mengatakan orang Islam tidak dibenarkan membeli tiket pertaruhan itu," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kajian yang dibuat kerajaan mendapati negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Australia turut bersetuju supaya pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 diadakan secara terbuka agar kegiatan perjudian haram tidak bermaharajalela.
"Cukai yang dikutip daripada pertaruhan itu boleh digunakan untuk membangunkan bidang sukan tertentu di negara ini malah digunakan untuk kerja-kerja amal yang bersesuaian," jelasnya.
Isu judi juga jadi polemik di Kedah, negeri yg dikuasai parti PAS. Tentu ada dalil kerajaan PAS tidak membatalkan premis licence judi 4 ekor seperti Magnum, Toto, da ma Cai dll di negeri itu. Kerajaan negeri berkuasa membatal premis licence utk syarikat judi itu beroperasi di Kedah pada bila-bila masa sahaja.
Perkasa pada jam 2pm tadi, sewaktu saya di Ibu Pejabat Perkasa di Grand Season Hotel KL telah mengadakan sidang akhbar menenetang perlesenan judi bola. Saya turut menurunkan tanda tangan sebagai bantahan terhadap kerajaan.
Salam Mambangtiora dan Ali Kemad,
1. Saya suka dengan gelaran yang saudara mambangiora beri kepada saya iaitu "Otak Judi". Ini adalah kerana dengan memberi gelaran sedemikian maka usaha saya untuk membuatkan saudara faham akan apa yang saya maksudkan dalam ulasan saya terdahulu akan menjadi lebih mudah.
2. Apa yang saya cuba sampaikan dalam ulasan saya ialah bahawa jangan hanya mengutuk pemberian lesen perjudian atau kegitan perjudian itu sendiri semata-mata sedangkan dalam hal yang lain yang juga sama berdosanya disisi agama, kita membutakan mata. Contoh yang jelas ialah tindakan Mambangtiora mengutuk pemberian lesen perjudian oleh kementerian kewangan namun dalam masa yang sama menggelar saya sebagai "Otak Judi". Mungkin saya boleh menganggap saudara Mambang sebagai orang yang warak atau mempunyai akidah yang baik dengan menentang pemberian lesen judi berkenaan. Namun, saya kira bila saudara menggelar orang lain sedemikian rupa, maka jelas dan nyata bahawa saudara juga barangkali jenis manusia yang hipokrit dan tidaklah semulia mana. Pada satu ketika menunjukkan kepada orang bahawa akhlak saudara baik dan pada masa yang sama membuktikan juga bahawa saudara ini kurang akhlaknya kerana pandai juga menggelar orang dengan gelaran yang tidak baik walhal saudara tidak tahupun kebenaran gelaran yang saudara beri tersebut.
3. Sebab itulah saya mengatakan bahawa jangan keterlaluan mengutuk aktiviti perjudian jika perkara-perkara mungkar yang lain kita biarkan begitu sahaja.
4. Saya bersetuju dengan sdra Ali Kemad bahawa saya perlu bersikap "terbuka" dalam hal ini. Dan, atas semangat yang sama saya juga menyarankan agar semua kita bersikap terbuka dalam hal tersebut. Saya tidak pernah menyebut dalam mana-mana ulasan saya bahawa saya menyokong aktiviti perjudian. Saya juga tidak mengatakan perjudian itu boleh dihalalkan. Cuma, saya kata jangan hanya aspek perjudian tersebut yang dipandang sebagai perkara besar dan kesalahan-kesalahan yang lain di diamkan sahaja. Yang manjadi masalah ialah bila ada kalangan yang tidak bersikap terbuka seperti yang sdra Ali sarankan. Mereka tidak terbuka untuk menerima apa yang saya cuba sampaikan. Mereka membiarkan diri mereka terkongkong dengan pandangan sempit dengan terus membuat andaian bahawa jika seseorang itu tidak mengutuk perjudian seperti mereka, maka orang itu menyokong atau suka berjudi.
5. Saya tertanya-tanya, benarkah teguran terhadap DARD tersebut di buat dengan ikhlas atau sengaja mencari kesalahan dan kelemahan beliau semata-mata. Saya juga tertanya-tanya, benarkah orang yang menegur ini benar-benar suci hatinya?..
salam,
ada juga pendapat mengatakan DARD sebagai naib pengerusi BNBBC terpaksa menyokong kerana sistem berparti. kalau disuruh jilat taik pun dijilat lah kerana parti kali kan? kali la...
Salam KM, Salam Rakan2..
Kita boleh membuat berbagai ulasan dan rumusan drpd tajuk ini, jgn lah ikut kata hati dan perasaan kepartian, berpaksi pada fakta adalah yang terbaik utk memberi ulasan, walaupun kita mempunyai idealogi dan fahaman politik yang berbeza-beza, tapi kita masih berpandukan kpd Rukun Negara yang kelima KESOPANAN DAN KESUSILAAN, adat ketimuran dan budaya yang lemah lembut harus kita pertahanankan, pendirian saya tetap sama iaitu ulasan dan penjelasan drpd MP KOTA BELUD tetap dinantikan..terima kasih
KM saya minta dengan rasa remdah diri agar MP KB ini supaya tampil dengan ikhlas membuat penjelasan mengenai perkara ini..
Sdr Belum Pendekar..
Rasanya jangan sdr rasa kecik hati dgn gelaran Sdr Mambangtiora mengenai sdr " otak judi" barangkalai membawa andaian bhawa sdr tahu serba serbi tentang judi dagn itu tidak salahg asalkan sdr tidak mengamalkan judi..betulkan..?
Isu polemik judi di KB ini menjadi begitu besar kerana disuarakan oleh seorang pemimpin bertaraf MP dan juga S/U BN di Sabah serta bekas S/U Politik kp Datuk Musa Aman..begitu besar peranannya yg dimainkan oleh MP DARD ini..Sebab itu bila BELIAU menyokong isu pemberian lesen judi dia begitu menjadi sasaran keritikan..
Kita kena dewasa mengenai hal ini..Apakah makna kata-kata pertama Sdr Belum Pendekar "HIDUP ! DARD" bukankah ini tanda sokongan beliau kepada DARD tanpa berbelah bahagi..jadi jangan kita menafikan apa yang ada dlm minda dan niat kita...
Sdr Musli Oli..
Saya fikir bagus sdr letak jawatan sbgi YDP PERKASA.. kerana sdr tidak berani kedepan selaku mengetuai tindakan drastik utk membantah pemberian lesen. Soal sdr Sign utk membentanh hal ini..ia dibuat bersama kepimpinan PERKASA Pusat..
Amat malang sekali kerana sdr tidak berperanan penting di daerah sdr tatkala MP sdr begitu lantang menyokong pemberian lesen judi ini...
Apa peranan sdr di daerah KB..tempat sdr mencari rezeki dan hidup dengan maruah politik di KB ini ..? Saat pemimpin sebegitu lantang mahukan kerajaan bagi lesen judi..sdr pula dlm ulasanbanyak berselindung ..malahan mengaitkan dgn keadaan di Kedah dan zaman DASI jadi menteri Kewangan..
kita berada dlm zaman ini di mana MP kita menuyokong judi...jangan kita cerita mengenai keadaan lain..apa perjuangan nkita...saya hanya blogger yg tidak punya nama sprti sdr seorang penulis nasional dan banyak kwn orang2 besar dan politik,....tetapi sdr hanya penakut utk mengkritik mereka bila bt kesalahan..
Akum KM dan lainnya..
saya sokong apa yang dikatakan oleh sdr watasikadi..kita mesti mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan MP KB ini..saya menyarankan supaya semua blogger KB termasuk sdr Musramrakunman, sdr Kibin Samad, sdr Azrone sarabatin dan lain-lain nya bangun menyatakan pendirian mereka mengenai hal ini...
Sekurang-kurangnya mereka dapat berperanan penting utk menyatakan hak dan kebenaran serta aspirasi orang KB...
Saya langsung tidak bersetuju dgn Sdr Belum Pendekar yang begitu berasa sangsi dengan teguran yg dibuat oleh para blogger di KB bila DARD ini menyokong kerajaan memberikan lesen judi...
Salam KM...
Buat Sdrku Orang sama..
bagi saya desakan supaya Musli Oli letak jawatan sebagai YDP PERKASA adalah terlalu "keras"...Walaupun sdr Orang Sama anggap Musli Oli ini gagal berperanan di KB..namun itu tidak perlu dijadikan alasan utk mencabar sdr Musli meletakkan jawatan..
Buat pengetahuan sdr Orang sama..saya mengenali sdr Musli ini daripada seorang penulis kepada aktivits sosila di Sabah..mungkin kita lupa bahawa antara yg terlibat memfailkan injuksi di mahkamat tinggi KK untuk menghalang kerajaan pusat meneruskan sistem penggiliran KM di sabah, orangnya adalah Musli Oli...ini adalah tindakan paling bijak yg pernah dibuat oleh MO seingat saya selama melibatkan diri dlm politik dan sosial..
Ketika penubuhan PERKASA cawangahn Sabah..saya juga turut hadir..dan saya kenal hampir separuh dripd AJK perkasa Sabah..
SDR Orang Sama kena faham bahawa PERKASA di Sabah terpaksa akur dgn polisi Perkasa Pusat..peraturan berpersatuan dan pelembagaannya tertakluk dgn apa yg terkandung dlm perlembagaan Perkasa Pusat..termasuklan peruntukan dan kos operasi..Oleh itu pERKASA di Sabah harus mendapatkan 'restu dari PERKASA pusat untuk menjalankan aktivitinya, apatah lagi melibatkan bantahan dan pendirian persatuan..
Jika pun sdr MO memikirkan perlunya bantahan keatas kenyataan DARD itu ,maka ia boleh dilakukan luar daripada PERKASA atau mungkin atas kapasitinya sebagai masyarakat KB ..tapi harus diingat ia mempunyai risiko politik yg sangat Besar kerana MO juga ahli UMNO..dan mengkritik MP UMNO secara lantang mungkin boleh dikenakan tindakan tatatertib..
Apa yang patut ialah sdr MO harus menyatakan pendiriannya selaku individu dan bukan berpihak dalam mana-mana pihak..
SDR Datu kabogatan..
Saya membaca komen sdr ini..nampak sangat sdr menyokong si MO ni..kenapa?
Isunya di sini bukan si MO tetapi DARD yang membuat kenyataan menyokong pemberian lesen judi..saya harus ada baiknya juga DARD ini meminta maaf kepada rakyat KB kerana dengan kenyataan itu pelbagai spekulasi mula bertiup..
Tidak patut ada orang yang mengatakan bahawa MP kota Belud mahu rakyatnya terlibat dalam judi..
DARD harus bertanggungjawab atas kenyataan itu yang mungkin dimanipulasi oleh pembangkang di KB..kalau DARD masih dicalonkan di KB pada PRU 13 saya kira isu ini akan digunakan oleh pembangkang..
Salam..
Saya ada satu cadangan KM..apa kata kita buat protes secara besar-besaran dengan kenyataan DARD itu..
makin popular isu ni.. hhmmm, tapi soal judi ni mmg terpulang pada invidu sendiri juga ba.. Dibenarkan ataupun tak, kalau memang tak mahu berjudi - tadak juga ba tu. hehe
Apapun saya harap hal ni dipertimbangkan semula jika terlalu ramai rakyat yg menentang... Pandangan rakyat patut diambilkira. Tetapi rakyat juga haruslah matang dan neutral dlm hal ni supaya tak terbawa-bawa dgn emosi. hehehe
Salam KM,
seorang dua tidak setuju dengan saya tidak bermakna saya perlu letak jawatan sebagai YDP Perkasa kerana ada ramai lagi yang sokong!
Jika kerana alasan ada yang tidak bersetuju kena letak jawatan, ramai yg letak jawatan termasuk PM kerana PM Najib pun ramai yang tidak setuju termasuk pengundi2 di Hulu Selangor, Sibu, Kuala terengganu, Manek Urai dll..Kita tidak akan dapat sokongan 100%.
Saya turut dalam PC menentang judi bola di KL kelmarin..di KB tidak perlulah buat publisiti kerana banyak isu besar lagi yg berkaitan dengan masalah rakyat di KB.
Yang membuat dasar di KL, biar bantahan itu diadakan di KL.
salam kepada Orang Sama. Teruskan perjuangan kamu.
salam Dato Kabogatan kerana faham perjuangan saya...
Perjuangan NGO adalah sukarela. Dan saya tidak mencari rezeki di KB seperti dakwaan orang Sama kerana saya berkerja sendiri di KK dan KL.
Sebenarnya saya sudah sampai ke satu tahap di mana saya tidak kisah orang serang peribadi saya dalam beberapa blog orang KB. Jika serangan peribadi untuk mengaibkan saya, anak-anak saya dan keuarga saya itu menggembira dan membahagiakan mereka saya kongsi kegemberiaan mereka itu.
salam MO
Salam Semua..
Saya cuba memberikan ulasan mengenai perkara ini secara berkecuali..saya tidak pro kepada sesiapa..
Saya rasa keputusan DARD menyatkan sokongan pemberian lesen judi itu adalah tidak wajar ditinjau dr sudur masyarakat KB...kerana ia berkaitan dgn hukum..
Ada baiknya jika DARD turut memperjelaskan perkara ini supaya imej beliau bersih.
Soal Belum Pendekar menyokong DARD itu perkara biasa kerana dlm banyak hal kita ada pro dan kontra..terpulang kp pembaca utk menganalisis pemikiran dan ulasan seseorang..
Mengenai MO yang begitu di desak supaya letak jawatan..saya rasa juga agak tidak patut,..tetapi kita mesti tahu bahwa MO adalah antara Public Figure di KB..pertama kerana beliau adalah YDP Perkasa sabah, Kedua kerana dia penulis nasional, ketiga kerana dia Orang KB, keempat kerana dia sdh menyatakan akan bertanding [pada PRU 13 akan dtg..jadi peranan nya di KB ini perlu juga terserlah..
satu masa dulu dia offer utk menyelesaikan perkara jalan raya Bypass KB-Kudat, tetapi kemudian tidak kedengaran..
Perlantikan sbgi AJK BN Kb dilihat lebih kepada menjinakkan MO kerana peranannya di peringkAT nasional..
itu hanya pandangan peribadi saya...salam manis utk semua
KM dan lain2..
suda saya cadangkan..kita buat bantahan atas kenyataan DARD itu..parti PAS dan PKR di KB..harus bangun..membuat bantahan..kita menyokong penuh supaya DARD tahu bahawa rakyat KB memang tidak merestui keputusannya menyokong pemberian lesen judi itu...
Takbir! 3X
Salam semua..
nampaknya bertambah hangat pula isu ini..para blogger KB ini memang tidak suka dgn judi..tahniah!..
seperti yg saya nyatakan pada awalnya..kita sepatutnya tidak membenarkan pemberian lesen judi di negara ini..sepatutnya di kurangkan lagi..
Beberapa negeri seperti kedah, negeri sembilan, kelantan dan terengganu dikatakan telah membuat bantahan besar-besara mengenai hal ini..
tetapi di Sabah tidak ada pula sbb NGO nya semua tunduk kp BN..ada kepentingannya jarang yg berkecuali..
Orang sama..
saya rasa sdr MO perlu memikirkan komen sdr mengeni PERKASA itu..mungkin dri sudut positifnya ada kebenarannya..
salam..
Yang haram tetap haram...yang halal tetap halal...
rakan dari negeri kedah kata, proses pengurangan premis dan lesen perjudian sedang dilaksanakan dalam keadaan berperingkat...macam bayugunung kata...ikut method drp Alquran...benar atau tidak Allahualam...la. secara peribadi saya selaku anak jati kota belud amat menantikan penjelasan daripada YB Parlimen Kota Belud.
Pada "uncle" MO, teruskan tanggungjawab dan masing2 ada pendirian....
tidak mahu ikut otai...kita pun boleh jadi pahlawan sendiri...takut pada ombak janganlah berumah ditepian pantai...
Semua rakan bloger punyai ieda dan pendapat tersendiri...lucu pun ada..geram pun ada....tapi yang penting benar tetap benar....siapa kata benar itu salah...salah itu benar...maka tunggu lah azab dan balasanya...bukan disini mungkin di akhirat lah jawabnya....
dunia sekarang orang pun sanggup junjung alquran...yang penting periuk nasi tidak disimbah dengan pasir...wang juga tuhannya....manusia...manusia...! paikan pun jadi sedih...
*Takut dan risau kami pemuda Kota Belud....jangan jadi macam cerita hindustan...last2anak tentang bapa sendiri...ironinya....bapa penjahat anak jadi hero..*
Salam Orang Sama,
1. Kalau sdra beranggapan bahawa saya berkecik hati dengan gelaran sdra Mambang, maka sdra tersilap orang!. Saya bukanlah orang yang serendah itu. Apapun anggapan yang dibuat keatas pemberian gelaran tersebut, ianya tidak menjejaskan perasaan saya kerana pada saya isunya jelas; saya ulang sekali lagi supaya sdra faham apa yang saya kata.. JANGAN PANDANG JUDI SAHAJA SEBAGAI SESUATU KESALAHAN YANG BESAR SEDANGKAN PERKARA MUNGKAR YANG LAIN YANG LEBIH BERDOSA DI DIAMKAN.. Kalau itu juga belum cukup jelas, saya fikir memang ada sesuatu yang tidak kena dengan sdra.
2. Sdra kata isu ini menjadi besar kerana diutarakan oleh sorang pemimpin yang bertaraf MP.. adakah ini bermaksud bahawa jika orang biasa yang mengutarakan isu tersebut bahawa beliau menyokong pemberian lesen judi berkenaan maka ianya adalah isu yang kecik, tidak apa dan tiada siapa akan mengkritik?.. Inikah ukuran dewasa yang sdra maksudkan?.. kalau benar sedemikian, maka benar lah seperti yang saya katakan bahawa teguran dan kritikan yang dibuat kepada DARD adalah tidak ikhlas dan berniat mencari kesilapan dan kelemahan beliau semata-mata. Atas sebab itu maka biar saya ulang sekali lagi... HIDUP DARD!!!!...
3. Mengenai kritikan sdra kepada sdra MO, saya fikir beliau telah membuat perkara yang lebih banyak daripada apa yang sdra sarankan iaitu mengetuai bantahan kepada DARD.. sebagai seorang pejuang NGO selama ini, beliau telah membuat perkara yang lebih besar daripada itu. Maka, kenapa tidak sdra saja yang mengetuai bantahan yang sdra sarankan tersebut?.. bukankah itu lebih bermakna pada sdra? bila lagi nak jadi HERO sejati? itupun kalau sdra benar-benar berupaya dan berani lah... Tak perlu MO yang jadi ketua bukan? kalau setakat cakap... budak-budak sekolahpun boleh cakap sdra.. maka saya tetap mengatakan... HIDUP MO!!!..
Sdra Ali Kemad,
1. Saya juga TIDAK BERSETUJU dengan pandangan sdra mengenai kesangsian saya kepada teguran yang diberikan... Sdra lihat sendiri apa yang dikatakan oleh Orang sama di atas bukan?.. soalnya, samada kita mahu 'BERFIKIRAN TERBUKA" seperti saranan awal sdra atau tidak. Maka, jangan mengajar orang supaya berfikiran terbuka kalau diri sendiri berfikiran "SEMPIT"..
HIDUP DARD... HIDUP MO!!!!!
Salam KM,
Nampaknya setakat ini telah ada 43 ulasan,andaian,cemuan dan huraian tentang polimek judi ini,walaupun kerajaan telah menerangkan dan memberi garis panduan khas utk orang-orang Islam Negara ini agar tidak melibatkan diri dalam judi, iaitu seperti memberi notis dipremis-premis perjudian yang dimaksudkan, jadi utk itu kenapa orang Islam harus menghampiri dan melibatkan diri,sebagai contoh tempat-tempat perjudian ini sepertimana yang kita dapat saksikan sendiri di merata tempat di setiap Daerah di Sabah iaitu nombor ekor, samalah juga rentetan cerita judi sempena Piala Dunia Afrika 2010 yang telah diluluskan oleh kerajaan kpd BERJAYA GROUP, sebagai orang Islam jangan lah kita libatkan diri kita agar terhindar daripada semua hukum hakam yang telah rakan-rakan paparkan.
Sebelum menghuraikan kesesuaian ini, kita perlu maklum bahawa dalam pemikiran politik pentadbiran Islam, terdapat satu prinsip yang harus dipatuhi oleh pemimpin apabila mereka ingin memutuskan sesuatu tindakan atau dasar terhadap rakyatnya. Prinsip ini terkandung dalam siasah syariah. Imam Syafie r.a dalam kitab Asybah Wa al-Nazzair ada membincangkan satu keadah yang bermaksud: Pemimpin seharusnya bertindak ke atas rakyatnya berdasarkan kesesuaian maslahah ( Kebajikan dan kepentingan umum ) kita harus memahami dan mengambil iktibar daripada berbagai sudut yang tersirat disebalik kesesuaian maslahah ini, Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, beliau pernah mengenakan cukai import ke atas minuman keras yang di bawah masuk dari luar negara. Hasil kutipan tersebut dimasukkan ke dalam sumber am negara dan dibelanjakan untuk pengurusan infrastruktur seperti jalanraya, ini menggambarkan suatu pemerintahan yang bijaksana apabila pengimpotan najis tersebut dibenarkan dan dikawal, maksudnya, pemerintah telah mengambil langkah memilih bahaya ( kemudaratan ) yang sedikit daripada bahaya yang lebih besar. Ini adalah satu prinsip yang terdapat dalam usul Fikah, yang mengizinkan kewajaran ke atas sesuatu tindakan, malah dalam usul Fikah juga terdapat perkara yang menekankan menangani bahaya yang khusus adalah lebih diutamakan daripada bahaya yang umum ( yang boleh melibatkan kemudaratan yang lebih besar ) Dalam hal ini Kerajaan Malaysia tidak memberikan kebebasan sewenang-wenangnya terhadap arak dan judi, baik dari segi iklan atau penjualan kepada rakyatnya, pada masa yang sama juga Kerajaan tidak memaksa rakyat bukan Islam meninggalkan budaya minum arak dan judi kerana melakukan sesuatu secara paksaan hanya akan mengundang keburukan, lebih penting daripada itu, Kerajaan juga mengambil langkah mendidik warganya supaya jangan terjebak ke dalam lembah judi dan arak. Ini persepsi yang sepatutnya difahami apabila Kerajaan mengizinkan pengeluaran lesen judi, kerajaan juga tidak menghalalkan judi atau mendorong dan menggalakkan rakyatnya berjudi. Tegasnya judi adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, yang menjadikan judi itu lumrah dalam kehidupan mereka, lagi pun undang-undang dalan Enakmen Syariah di setiap negeri ada memperuntukkan fasal-fasal yang menjatuhkan hukuman ke atas kegiatan dan penglibatan umat Islam dalam kes judi.
Begitu juga dengan persoalan yang sering diajukan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan cara Kerajaan membelanjakan wang-wang haram ini, mereka tidak sedar bahawa Rasulullah sendiri pernah mengambil cukai daripada masyarakat Yahudi Madinah, dan masyarakat Zimmi, sudah pasti wang cukai yang dibayar oleh masyarakat itu bergelumbang dengan sumber-sumber yang haram di sisi ajaran dan syariat Islam, Imam Malik menyebut, tindakan mengunakan harta/cukai untuk kepentingan Negara sebagai Maslahah al-ammah atau keperluan umum, hikmahnya adalah jika harta/cukai tersebut tidak diambil atau digunakan, harta/cukai itu akan jatuh ke satu pihak yang mungkin menggunakannya untuk mencemarkan nama baik Kerajaan,menentang Kerajaan atau untuk keperluan yang manafaatnya tidak dapat diperoleh oleh masyarakat umum.
Salam Rojokobog,
1. Saya bersetuju sepenuhnya dengan ulasan saudara. Cuma, bersedialah dengan cemuhan dan kritikan daripada mereka yang "dewasa" dan "berfikiran terbuka" selepas ini..
2. Hidup Rojokobog!
salam semua ..ulasan semakin banyak..46 ulasan ..suatu yang amat membanggakan bagi blog kelapa mawar yang memberikan posting yang bersesuaian..kita memberikan komen dan ulasan disini adalah mencari "sesuatu" yang difikirkan boleh memberikan kebaikan kepada semua khasnya masyarakat kota belud..nasib baiklah ada internet..kalau tidak tiada saluran yang digunakan untuk memberikan pendapat kerana kecenderungan pemimpin kita tidak suka dikritik..asal dikritik masa mesyuarat pasti tidak "timbul" sipengkritik tersebut dalam mesyuarat seterusnya...internet adalah rahmat kepada generasi abad ke 21..Rojokobog..ulasan saudara bagus..sebab masa tu zaman nabi dan para khulafa al Rasyidin..yang benar-benar menghayati perundangan islam...satu soalan bonus kepada saudara rojokobog..selepas khulafa al rasyidin ada negarakah yang benar-benar mengamalakan islam dan perundangan islam sama zaman nabi dan khulafa....kalau malaysia jauh sekali...pusat perjudian nombor ekor dikb dipenuhi oleh orang islam..pernahkah jabatan agama islam menangkap orang2 ini...berapa kali setahun operasi mereka???....Belum pendekar..berhati-hati dengan ulasan judi kerana.yang kita ulas ini hukum Tuhan( judi itu haram)jika kita tersilap langkah kita pun akan dapat syernya di akhirat nanti..kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita menentang hukum tuhan dan natijahnya membawa kepada kekufuran.walaupun didunia kita kita warak mengerjakan solat penuh tetapi dihari kemudian kita masuk neraka..kan menghairankan tu...sebabnya kita banyak mempersoalkan hukum Tuhan dan menokok tambahnya .wasalam
Sdri KM...
saya mau response sama itu Sdr Belum pendekar..
ulasan nya agak bersifat provokasi dan tidak ada kelogikan..seolah-olah membayangkan bahawa Judi boleh dibiarkan selagi ada kekufuran lain yg berlaku..selagi tidak dibenteras selagi itu ia dibolehkan oleh Sdr Belum pendekar..
kita nampak gayanya sdr belum Pendekar ini lebih cenderung kp DARD dan MO itu takmengapa kerana dlm perbincangan ada pro dan kontranya..cuma saya nak tanya dgn hati yg ikhlas kp Sdr Belum Pendekar...apakah pendirian beliau terhadap isu pemberia lesen judi ini?
saya harap beliau dpt memberikan ulasan...Terima Kasih..
Saya setuju dgn ulasan sdr mambangtiora...sdr Belum pendekar kena berhati-hati dlm hal ini..kita mmebicarakan mengenai hukum tuhan..
Sdra Lempoyong,
1. Saya kira sdra sengaja tidak faham atau memang tidak faham apa yang saya maksudkan.. Kalau dengan menyampaikan perkara tersebut secara halus tidak boleh difahami maka biar saya berterus terang saja.
2. Sdra, saya tidak pernah kata judi itu boleh dihalalkan. Dan, saya juga tidak pernah menyokong perbuatan judi. Yang saya maksudkan ialah, sikap kita yang hanya melihat judi sahaja sebagai satu kesalahan paling besar sedangkan kesalahan-kesalahan yang lain, yang juga berdosa seperti mengata, menjatuhkan hukum kepada seseorang yang berlainan parti politik, dan sebagainya didiamkan. Lihat saja bila Nik Aziz melebal seseorang sebagai begitu dan begini, semua orang diam. Kenapa? adakah kerana itu tidak salah dan tidak berdosa?Kenapa beliau tidak dihentam sepertimana DARD dan MO dihentam kerana bercakap mengenai pemberian lesen judi?..
3. Saya tidak mempersoalkan hukum ALLAH.. yang saya persoalkan ialah SIKAP manusia yang bersifat MEMILIH dalam menghukum seseorang... Kalau Nik Aziz kata boleh mencarut, itu boleh tidak apa dan tidak berdosa.. kalau DARD bercakap mengenai pemberian lesen judi kepada orang bukan islam tidak boleh, tidak patut dan sebagainya.. maka beliau terus dilebal dengan bermacam lebal yang keterlaluan yang sepatutnya tidak keluar dari seorang yang mengaku menegak dan patuh kepada ajaran agama. Sebab itu saya kata orang-orang sebegini sebagai hipokrit. "Umpama ayam jantan, kokok berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi"
4. Kalau kita benar-benar ikhlas membawa ajaran yang sebenar kepada seseorang, saya percaya ada cara yang lebih BERHEMAH yang boleh diambil. Bukannya menghentam dengan sesuka hati sedemikian rupa. Bukan begitu sdra Lempoyong? Bukankah dengan memberi ulasan sedemikian cara maka kita juga sebenarnya bersikap hipokrit kerana berlagak kononnya kita patuh kepada hukum agama sedangkan dalam masa yang sama kita menunjukkan bahawa kita tidak berhemah dan tidak beriman kerana tidak mampu bersabar dengan kelemahan seseorang. Bukankah ini berlainan daripada yang disarankan oleh agama agar sentiasa berkelakuan dan menegur kesilapan seseorang dengan baik?. Bukankah perbuatan sebegini juga akan membawa kepada kekufuran sdra Lempoyong dan sdra Mambang? Sebab itu, maka saya mempersoalkan niat orang yang menegur tersebut. Kalau benar kita berniat suci hati dalam menegur, gunalah pendekatan yang berhemah dan cara yang lebih halus. Ini yang tidak difahami oleh sdra sebenarnya.
5. Biar saya ulang sekali lagi agar sdra faham maksud saya.. SAYA TIDAK MEMPERSOALKAN HUKUM ALLAH, YANG SAYA PERSOALKAN IALAH TINDAKAN SESETENGAH MANUSIA YANG BERSIKAP MEMILIH DAN TIDAK BERHEMAH DALAM MEMBERI TEGURAN LEBIH-LEBIH LAGI YANG BERKAITAN AGAMA. Kalaupun DARD dan MO terkhilap misalnya, tidak bolehkah mereka ditegur dengan kaedah yang lebih sopan dan selari dengan agama?..
6. Maka, saya fikir sdra juga perlu berhati-hati kerana dikhuatiri sdra juga akan dianggap "hipokrit".
wassalam.
Judi adalah haram, tapi terpulang kepada orang yg main judi kerana dia yg tanggung dosa itu....
sekadar memberikan pendapat...
Post a Comment