Monday, December 13, 2010

Apabila Najib mengumumkan bahawa calon BN pada pilihanraya ke 13 adalah calon pilihan rakyat,ramai yang mula mentafsirkan kenyataan itu terutama dari sudut kebenarannya, kerana apakah kayu pengukur dan penanda aras kepada ‘pilihan’ rakyat itu? Apakah formula untuk menentukan bahawa calon yang dipilih itu benar-benara menepati citarasa dan kehendak rakyat diperingkat akar umbi? Apakah cadangan dan pandangan akar umbi itu adalah berdasarkan inspirasi politik Ketua Bahagian? Atau apakah Najib akan memikirkan supaya satu bentuk ‘pungutan’ suara dapat diadakan di sesuatu kawasan seperti alah-alah PRU untuk mendapatkan ‘calon pilihan’ itu seperti apa yang diumukan oleh Najib? Atau barangkali Najib akan menggunakan “mimpi” purnamanya untuk menentukan calon nanti? Masih samar dan tentunya kesamaran itu akan bertamabh bila PRU 13 bakal menjelang tiba.

Asasnya adalah pokok pangkal kepada sistem sedia ada. Demokrasi di negara ini yang berpaksikan kepada “sistem Sample Majoriti” menerbitkan bahawa kemenangan calon dalam PRU kadangkala melewati batas sokongan majoriti. Contohnya jika dalam sesuatu kawasan yang mempunyai pengundi seramai 10 ribu orang dalam ada 3 calon yang bakal berebut menjadi wakil rakyat di kawasan itu, keputusan yang diterima ialah Calon A mendapat 4 ribu, Calon B dan C masing-masing mendapat 3 ribu. Jika diukur kepada sokongan majoriti,maka jelas bahawa calon A ditolak oleh 6 ribu pengundi di kawasan itu, tetapi kerana sistem simple majoriti maka calon A dimumukan sebagai wakil rakyat dikawasan berkenaan.

Pemilihan calon PRU juga jika berasaskan kepada “calon pilihan” rakyat, maka akan berlaku pertembungan antara kehendak kumpulan dalam kelompok masyarakat tersebut. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga ketika mengulas mengenai perihal ini, menegaskan bahawa pada PRU 13 , calon BN adalah calon yang benar-benar mempunyai personaliti pilihan ramai. Yakni sama ada calon itu berada dalam kedudukan selesa dalam parti atau tidak, sudah menjadi pilihan kedua.

Ketika berbincang dengan beberapa rakan dalam kelompok belia, isu memilih calon pilihan rakyat ini terus menjadi tanda tanya. Ada kemungkinan besar bahawa kononnya PM sekarang “memasang” mata-mata untuk melihat dan memantu calon-calon tertentu dalam parti. Jika benar, apakah transformasi yanjg dilaungkan oleh PM itu tidak bersifat nyata? Sebaliknya KPI dan NKRA nya sengaja ‘disembunyikan’?

Di Kota Belud, prestasi YB-YB BN rasanya cukup tinggi, walaupun masih kedengaran di sana-sini pelbagai keluhan dan keresahan penduduk tatkala menghadapi kemelut hidup. Namun seharusnya itu tidak dijadikan sandaran kepada mereka untuk meraih populariti sebagai pilihan rakyat.Datuk Shafie Apdal juga mengakui bahawa calon akan datang wajar popular dan diterima oleh rakyat? Apa yang mengusarkan kita, apakah yang berlaku jika BN meletakkan calon pilihan rakyat tetapi bukan pemimpin pilihan parti? Bolehkan mencapai kemenangan yang membanggakan?apakah tidak akan berlaku ‘sabotaj’ seperti yang terjadi pada PRU 12 yang lepas? Cuba kita fikirkan bersama keadaan ini.

30 ulasan :

joey said...

calon yang paling disukai oleh rakyat dan mempunyai personaliti yang baik memang wajar dipilih.

joey said...

calon yang disukai oleh rakyat juga mudah untuk mendapat sokongan dan mengetahui permasalahan rakyat..

Anonymous said...

memilih calon pilihanraya tidaklah begitu sukar berbanding memilih calon pilihan rakyat. Calon pilihanraya semudah memetik jari maka muncullah calon berlari2 hingga terguling2 jatuh disana- sini kerana terlalu teruja di pilih ataupun bimbang tempat tersebut dikebas orang. Bagaimana pula dengan calon pilihan rakyat? jawapannya sesukar dan meruncing sebagaimana memilih calonnya. calon pilihan rakyat sudah pasti calon yang menjadi idaman rakyat.

Anonymous said...

rakyat sekarang bukan lagi seperti dulu yang dengan mudah memilih mengikut lambang dan slogan yang mencairkan jiwa dan hati. rakyat tidak lagi memilih mengikut sejarah kegemilangan masa lampau. rakyat memilih mereka yang berkemampuan untuk menyelesaikan masalah mereka dan disamping mereka yang memahami tugas dan peranan institusi wakil rakyat. sudah tentu calon itu seorang yang cerdik dan mempunyai daya fikir yang tajam dan kreatif serta berwawasan. rakyat sudah ke depan masakan wakil rakyat terkebelakang? dengan ledakan teknolgi maklumat, pengetahuan dan informasi mengalir dan berterbangan merata2 tempat tanpa kawalan dan sekiranya wakil rakyat masih terkial2 maka berlakulah fenomena kebencian rakyat terhadap mana2 parti juga yang melahirkan wakil rakyat sedemikian rupa.

joey said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Let the people chose their own candidates.

Sanih Alias said...

Bukan mudah untuk mencari calon pilihan rakyat yang sebenar. Apa yang perlu berikan yang terbaik, janji dan pertolongan kepada rakyat itulah calon yang benar-benar terbaik.

Bujang Senang said...

Bila rakyat akan tahu siapa yang terbaik untuk mereka??Itu satu persoalan kepada pemimpin. Janji, hak rakyat dan sebagainya dibantu itulah pilihan utama rakyat. Jadi siapakah calon yang layak, maka jawapan itu hanya rakyat sendiri saja yang tahu.

Jason said...

Jika BN hendak menang dalam PRU13 nanti, pastikan calon pilihanraya disukai oleh rakyat.

Jason said...

Apapun, semoga BN berjaya mencari calon yang sesuai. Yang penting, calon tersebut adalah bertanggungjawab dan berdedikasi untuk membantu rakyat.

getah lastik said...

cadangan - n6(muka baru)/n7(kekalkan)/n8( timb.ketua perhubungan umno)/ parlimen p169( tan sri - no need outsider)

Anonymous said...

hendak memilih calon pilihan rakyat bukanlah mudah kerana ia memerlukan calon yang benar2 berjiwa rakyat dan disukai oleh lapisan masyarakat.

Anonymous said...

calon yang disukai rakyat atau pucuk pimpinan tinggi parti? mana 1 yang akan menjadi calon?

Anonymous said...

pucuk pimpinan BN harus bijak untu memilih calon pilihanraya nanti..jika calon yang bermasalah dikekalkan maka BN akan kalah..

Anonymous said...

namun, diharapkan calon tersebut biarlah seseorang yang benar2 bertanggungjawab..

Anonymous said...

apa pun, terserah kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.

mandau said...

calon yang menjadi pilihan rakyat adalah calon yang sntiasa membantu dan mendekati rakyt.

Velove said...

Mungkin juga.

Paquin said...

Samar pun samar la.. Yang pasti calon itu harus berkelayakan :)

Paquin said...

Pastikan calon yang dipilih adalah dekat dihati rakyat kerana rakyat kini semakin bijak menilai.

Paquin said...

Ya rebirth. Calon pilihan rakyat sememangnya calon yang diidamkan rakyat dan dipercayai utk mewakili rakyat.

Paquin said...

Semoga BN dapat berjaya mencari/memilih calon yang tepat. Jangan tersilap pilih calon nati buruk padahnya.

Paquin said...

Ya mike. Terserah lah pada pucuk pimpinan utk buat keputusan :)

ROJOKOBOG said...

Salam Semua,
Saya tertarik dan berteriak dgn cadangan Getah Lastik tentang calon bagi PRU-13 untuk seluruh kawasan Kota Belud..N.6 Tempasuk muka baru, N7 Usukan dikekalkan, N.8 Usukan Datuk Salleh Tun Said, P.169 Tan Sri Pandikar Amin.

Bagi DUN Tempasuk wakil rakyat sekarang Datuk Hj. Musbah Hj. Jamli hendaklah diganti dgn muka baru, itu cadangan Getah Lastik, memang ramai calon berkelayakan di kawasan Tempasuk sama ada disukai rakyat atau sebaliknya kita semua tiada jawapan yang tepat, tapi apa rasionalnya untuk ADUN yang ada sekarang digugurkan? adakah beliau tidak menepati citarasa akar umbi? sudah terlalu lama menjadi ADUN? ada kes sulit yang masih tergantung? tiada jawatan diperingkat UMNO bhg? ini semua andaian yg ada kemungkinan bersangkut paut dgn beliau jika tidak dipilih menjadi calon pada PRU-13 nanti, peluang masih terbuka luas kepada yang berminat menjadi calon utk N.6 Tempasuk.

ADUN N.8 Usukan Datuk Japlin Hj.Akim, sebahagian besar ahli-ahli UMNO khasnya di Kota Belud tahu bahawa keahlian UMNO beliau telah digantung selama 3 tahun kerana didapati bersalah politik wang, adakah wajar beliau diganti? siapa pula pengganti beliau? Lastik Getah mencadangkan Datuk Salleh Tun Said yg telah digugurkan pada PRU-12 dinobatkan kembali sebagi ADUN Usukan yg amat sinonim dgn Datuk Salleh, apakah era politik Datuk Japlin berakhir di Usukan, itu semua hanya lah menjadi teka-teki kpd kita.

N.7 Kadamaian, Getah Lastik mencadangkan agar Datuk Herbert Timbun Lagadan dikekalkan sebagai ADUN kawasan tersebut, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah ini masih releven kah di Kadamaian, adakah pengundi akar umbi akan merestui beliau utk terus menerajui DUN Kadamaian, hanya waktu dan ketika yg akan menentukan.

Parlimen 169 Kota Belud boleh lah dikatakan kerusi panas bagi PRU-13 nanti..panas kenapa? sebab kawasan Parlimen ini luas, banyak masalah yang harus diselesaikan maklum lah kawasan yang mempunyai pengundi lebih kurang 40 ribu lebih, itu lah sebabnya PANAS BERCILI..Ahli Parlimen Sekarang Dato' Abdul Rahman Dahlan telah menduduki kerusi panas ini lebih kurang 3 tahun, hanya penduduk Kota Belud yg dapat menilai apakah sumbangan beliau terhadap kawasan Parlimen 169 kota Belud ini, penilaian tersebut berdasarkan pemerhatian terus ke bawah tanpa bermotifkan prasangka, berpaksi pada kenyataan bukan khayalan.Kewajaran beliau untuk dikekalkan sebagai AP 169 adalah berdasarkan prestasi cemerlang yang telah beliau lakukan, bersandarkan fakta dan teras yg berasas..Getah Lastik mencadangkan agar Tan sri Pandikar dicalonkan sebagai AP 169 Kota Belud utk menggantikan AP yg ada sekarang, memang dalam politik benda yg mustahil boleh jadi tidak mustahil, tapi adakah Tan Sri Pandikar sanggup menggalas tugas sebagai AP 169, hanya beliau sendiri yg mempunyai jawapannya...Speaker Parlimen sila turunkan idea dan pendapat YB Tan Sri..mohon undur diri,,tabik

Anak Sabah said...

Rakyat sekarang lebih pandai membuat keputusan. Biar rakyat sendiri yang memilih calon yang boleh dipercayai.

chimchim said...

Of course we are. The political scene in Malaysia is totally spinning my head.

onong said...

Semestinya masalah ini berlaku kepada mana2 parti juga.

dollie said...

PRU 13 is just around the corner, no one will ever believe the outcome.