Saturday, December 18, 2010


Saya ingin memulakan penulisan kali ini dengan kenyataan 'neutral' bahawa tidak ada pun mana-mana manusia di dunia ini yang tidak mahu beranjak dari kehidupan masa lampau kepada kehidupan yang lebih sempurna. Kerana sifat tabi' manusia memang inginkan perubahan dan kehidupan yang lebih baik. Sebab itulah bagi rakyat di Kota Belud, mereka sentiasa menginginkan dan mengalu-alukan apa jua pembangunan dan perubahan yang dibawa dan dicetuskan oleh para pemimpin politik di daerah pejuang ini. Namun bila pembangunan itu tidak diurus dan dirancang dengan baik terutama berkaitan dengan impak kepada kehidupan rakyat, maka rakyat akan mula mengeluh dan akhirnya kita dapat menyaksikan sejak kebelakangan ini, masyarakat Kota Belud mula 'berani' menyatakan protes mereka melalui demontrasi secara aman dan dapat pula "dipublishkan" di dada-dada akhbar nasional. Budaya ini nampak semakin menjadi-jadi, dan tidak ada pula usaha untuk mencari 'punca' kepada kewujudan budaya baru ini.


Sejak pembinaan jalan raya Bypass yang mernghubungkan Kota Belud dan Kudat secara 'lencongan' melalui beberapa perkampungan yang dihuni oleh ratusan petani miskin , ia terus menjadi polemik kepada rakyat. Di samping dikatakan 'gagal' menyelesaikan isu kesesakan yang berlaku di Pekan Kota Belud, walaupun tujuan utama pembinaan jalanraya Bypass itu adalah kerana masalah kesesakan. Isu Bypass ini juga masih 'panas' apabila dikhabarkan masih ada rakyat yang belum mendapat pampasan sewajarnya, selain daripada tanah pertanian mereka yang 'mati' dan tidak dapat diusahakan kerana jalanraya yang dibina ditengah-tengah tanah mereka telah merosakkan sistem peparitan dan saliran tali air untuk tujuan penanaman padi.


Kemudian impak besar kepada pembinaan jalan raya Bypass KB-Kudat ini ialah 'pemesongan' aliran sungai tempasuk sehingga menyebabkan banjir berlaku setipa kali hujan lebat turun sekitar 4 hingga 5 jam. Banjir berlaku terutama dipersimpangan jalan raya bulatan ke KK-Pekan KB -Kudat berhadapan dengan projek perumahan Yick Meng yang tergendala kononya tidak mendapat kelulusan kerana kawasan itu kerap dinaiki air banjir.


Baru-baru inbi banjir sekali lagi berlaku di KB, walaupun sekejap iaitu sekitar lebih 48 jam, namun ia benar-benar menimbulkan kesulitan kepada para penduduk, malahan melalui tinjuan saya pada waktu tersebut, ( saya turut terperangkap dalam banjir berkenaan dalam perjalanan ke KK), ramai yang menyifatkan bahawa tindakan pihak-pihak berkenaan melencongkan aliran sungai Tempasuk dalam pembinaan Jalan Raya Bypass tersebut adalah punca kepada banjir yang berlaku. Saya terfikir, apakah nasib projek untuk kemashlatan rakyat yang tidak terurus dan terancang dengan sempurna akan menjadi seperti ini?

26 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,

Sebelum itu, ingin juga saya melihat penjelasan selanjut nya maksud kenyataan 'neutral' yang KP papar disini?
'Neutral' dalam bahasa English, bermaksud tidak meyebelahi mana-mana pehak. Namun, apa yang saya lihat, KP lebih memihak kepada yang konon nya pehak yang tertindas?

Masaalah 'ByPass' yang KP sentuh disini, walau pun pada asasnya satu perkara yang real lagi serius namun ia nya seakan-akan sengaja dirumitkan atau pun disengaja disensasikan. Manakala penyelesaian yang hakiki di kemudiankan.

Saperti kata KP, "tidak ada pun mana-mana manusia di dunia ini yang tidak mahu beranjak dari kehidupan masa lampau kepada kehidupan yang lebih sempurna", agak nya pemimpin dan penduduk KB yang terlibat pun merasa demekian.

Cuma mungkin, penyelesaian yang diimpikan oleh aktivist disana mungkin tersalah sasar kaedahnya.
maksudnya, penyelesaian mungkin hanya dapat diselesaikan dengan kerjasama yang telus dari semua pehak(termasuk bloggers).

Contoh nya, kalau masaalah itu, berpunca dari kelalian pentadbiran atau pun kesilapan teknink dan sebagai nya. Sepatut nya kita fokuskan usaha untuk penyelesaian nya kearah itu.

Kalau hanya dengan melaung-laungkan hasrat tidak puas hati melalui orang tengah yang tidak bertauliah(mohon maaf), saya rasa sampai 'kuda mangan tembaga' pun kes ini tidak akan selesai. Itu lah realiti nya.

Dalam isu yang sama, kenapa tidak minta bantuan dari PSSM sebagai orang tengah. Justifikasi logik nya, mereka-mereka yang terlibat, kebanyakan nya terdiri dari masyarakat Bajau. Dan begitu juga situasi persatuan tersebut. Yangmana dikatakan, Persatuan itu,berjuang untuk masyarakat Bajau(Sama) dsn.

Saya difahamkan bahawa majoriti pemimpin PSSM itu ada lah terdiri dari Hero Rakyat KB. Saperti Yb Datuk Hj Musbah, Datuk Abdullah Sibil, Sdra Jenar lamdah dll lagi.

Dalam soal ini juga , kita selaku aktivist yang perihatin, seharusnya benar-benar bersikap neutral disamping telus lagi berwibawa untuk membantu mengurangkan kekecohan.

Seboleh mungkin, tubuhkan satu badan NGO bertindak untuk tujuan itu. Minta bantuan pegawai-pegawai dan pemimpin yang terlibat secara langsung atau pun tidak.
kalau niat kita telus, saya rasa mereka-mereka ini, pasti akan membantu.

Salam, semuga sukses
Cuba dulu baru tahu.

zam said...

sebaiknya jika kajian dibuat bagi mengetahui apa kesan yang berlaku. kemudian cari penyelesaian yang terbaik berhubung pekara ini.

zam said...

harap setiap permasalahan yang ada dapat diatasi dengan sebaiknya. jalan yang dibina juga diharap akan memberikan manfaat kepada semua.

Anonymous said...

sepatutnya sebelum jalan ini dibuat, kesan ia terhadap persekitaran dan penduduk perlu diambil kira.

Anonymous said...

kerajaan kena mencari jalan untuk selesaikan masalah ini.

Unknown said...

Memang boleh sudah penduduk KB membuat protes secara aman. Maka kerajaan negeri harus memperbaiki mutu perkhidmatan kepada pembangunan negeri ini.

Unknown said...

Harap pembangunan dikawasan tersebut akan terlaksana dengan baik.

Anonymous said...

samada jalanraya bypass itu dibina atau tidak masing2 membawa kebaikan dan keburukan. sepatutnya sebelum projek itu dilaksanakan kaji dahulu impaknya serta pastikan pembinaan jalanraya itu atas persetujuan penduduk sekitar.

Velove said...

Masalah jalan raya di negeri ini masih menjadi satu tanda misteri.

Anonymous said...

saya harap selepas ini kerajaan tidak terburu2 dalam melaksanakan sesuatu projek. buat kajian dahulu dan dapatkan seberapa banyak kebarangkalian untuk diatasi.

Anonymous said...

sesuatu projek yang akan dilaksanakan haruslah dikaji secara mendalam termasuk kesan2 sampingan yang mungkin berpanjangan atau kekal..janganlah secara terburu-buru melaksanakan projek tersebut semata-mata untuk kepentingan2 khusus seperti kepentingan politik.

Anonymous said...

mungkin pelaksana/kontraktor yang dilantik tidak mengambil langkah2 pencegahan..biarpun projek berkenaan bertujuan baik akhirnya menimbulkan masalah lain yang lebih teruk sekiranya kesan2 sampingan tidak diambil kira..

Anonymous said...

yang pasti, penyelesaian kepada masalah ini harus dicari dan dibuat..

Anonymous said...

diharap pemimpin2 di KB akan lebih sensitif dengan masalah yang dihadapi ini..

Nemia said...

Seems like the road issue is still on the hood.

onong said...

Kalau dibuat dengan baik maka rahmat la maksudnya.

Anak Sabah said...

Harap isu ini akan mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

Anak Sabah said...

Kerajaan negeri haruslah memastikan bahawa semua jalan raya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

chimchim said...

Make sure it is safe during festive season.

Paquin said...

Setiap permasalahan yang timbul pasti ada puncanya. So cari punca itu dan selesaikanlah secepat mungkin.

Paquin said...

Bagi saya pembinaan jalan raya itu mendatang kebaikan juga keburukan. Namun disebabkan keburukannya nampak sangat, tak hairan juga la kalau rakyat mengamuk..

Paquin said...

Jadi sebaiknya kerajaan cari jalan keluar dari permasalahan ini.

Paquin said...

Saya harap perkara ini mendapat perhatian sewajarnya.

Paquin said...

Appaun saya harap jalan penyelesaian ditemukan segera demi kebaikan semua pihak.

Ezef said...

The government has allocated a large sum of money in it.

Mohd Ishak said...

Saya berharap masalah dalam negeri boleh diselesaikan dengan kerjasama semua pihak.