Kekecohan yang berlaku di dewan rakyat baru-baru ini dianggap oleh ramai pihak sebagai ‘detik’ hitam dalam sejarah demokrasi berparlimen di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan. Malahan penggantungan ketua pembangkang Datuk Seri anwar Ibrahim daripada mengikuti persidangan dewan selama 6 bulan bersama tiga yang lain dianggap oleh pembangkang sebagai keterlaluan dan mencabuli hak-hak demokrasi serta bertentangan dengan hak asasi ahli parlimen. Alasan yang diberikan ialah kerana kononya DSAI tidak diberikan peluang untuk membela diri terutama berkaitan dengan isu APCO. Menimbulkan banyak tanda tanya, apakah isu APCO ini begitu ‘menjejaskan’ kepentingan rakyat sehingga menyaksikan YDP Tan Sri Pandikar Amin mengambil keputusan sedemikian?
Soal undang-undang dewan dan peraturan mesyuarat jelas menyatakan bahawa ‘kuasa’ penuh kepada DYP untuk membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak , baik di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang. Namun pada realitinya keadaan itu tentu sukar diamalkan, kerana kecenderungan YDP tentu pada pihak kerajaan yang mempunyai majoriti di dewan rakyat, malahan perlantikan DYP juga adalah atas ‘kuasa’ dan ‘pengaruh’ pihak kerajaan. Jadi apa yang nak dihairankan sangat jika ‘kecenderungan’ YDP itu melebihi 60% kepada pihak kerajaan.
Apa yang menjadi tanda tanya ialah jika benar apa yang dinyatakan oleh Karpal Singh bahawa keputusan Tan Sri Pandikar Amin itu adalah tidak adil dan tidak menepati lunas-lunas undang-undang maka perkara itu tentunya akan menjatuhkan imej kerajaan di bawah pentadbiran Najib. Malahan ketika mengulas situasi dalam dewan yang kecoh itu, Karpal Singh memberikan bayangan akan merujuk kes itu ke mahkamah untuk menuntut keadilan. Apakah Tan Sri Pandikar akan mencatat sejarah sebagai satu-satunya YDP dewan rakyat yang di bawa ke mahkamah lantaran keputusan yang dibuat memperlihatkan ‘kecenderungan’ kepada pihak kerajaan?
Isu ini tentunya akan dimanipulasikan oleh pihak pembangkang, sepertimana yang mereka war-warkan kononnya demokrasi telah mati di negara ini. Justeru adalah sesuatu yang menakutkan jika tidak ada usaha-usaha untuk membetulkan tragedi ini. Sejauhmana pun kita menafikan peranan DSAI dalam politik negara, namun tidak dapat kita nafikan bahawasanya percaturan DSAI masih signifikan dalam Pakatan Rakyat. Dan ini akan menambah ranjau dalam usaha Najib mendapatkan kepercayaan rakyat pada PRU 13 akan datang. kerana tindakan YDP itu tentunya akan melonjakkan imej politik DSAI dimata rakyat. Lalu siapa yang akan 'membetulkan'dan mengingatkan kerajaan dalam semua polisi pentadbiran jika 'pembangkang' dihiloangkan 'taringnya'? Adakah Bung Moktar mampu melakukannya? atau barangkali Nazri Aziz lebih berperanan sebagaimana Datuk Rahman Dahlan begitu 'aktif' dalam membahaskan isu Apco ini.
9 ulasan :
Salam KM, bagi pandangan SRK, Semua Ahli Parlimen di pilih oleh Rakyat, dan YDP di pilih oleh pihak kerajaan BN yang memerintah, walau apa pun undang undang yang di gunakan oleh YDP, dia Pendekar, tidak berhak mengantung Ahli Parlimen sebegitu lama sehinggah 6 bulan, paling tidak pun hanya beberapa jam, bolehlah, saya cadangkan pada PRU ke-13, siapa Parti pun yang memerintah, YDP harus berkuacuali, harus di lantik oleh YDPA, agar Demokerasi dapat di rasakan oleh semua Rakyat Malaysia.
Sdra KM,
1. Saya ingin membuat beberapa pembetulan terhadap isi kandungan serta fakta penulisan sdra kali ini. Ianya perlu saya lakukan kerana pada pandangan dan pengetahuan saya, fakta yang sdra ketengahkan adalah salah atau jauh tersasar dari kenyataan sebenar.
2. Pertama, penggantungan DSAI dpd DR selama 6 bulan adalah dibuat oleh Majlis Mesyuarat Dan bukannya Speaker. Majlis Mesyuarat bermaksud majlis yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat sendiri yang terdiri dari wakil rakyat pembangkang dan juga parti pemerintah. Dalam bahasa mudah, Majlis Mesyuarat ialah persidangan yang kita semua lihat setiap hari di parlimen.
3. Menurut apa yang saya faham, tindakan yang diambil oleh Speaker tidak menyalahi mana-mana peraturan kerana ianya diambil berdasarkan tatacara yang digariskan dalam buku Peraturan Mesyuarat yakni buku yang sepatutnya menjadi panduan kepada wakil rakyat agar mereka dapat bermesyuarat dengan baik berdasarkan tatasusila yang baik Dan betul.
4. Dalam hal ini, sekiranya Ada mana- mana wakil rakyat yang melakukan kesalahan yang pada fikiran majlis mesyuarat bahawa ianya boleh dibawa ke dalam jawatankuasa hak Dan kebebasan, maka wakil rakyat berkenaan Akan dibawa ke jk berkenaan supaya bentuk dakwaan yang dikemukakan boleh diperhalusi. Perlu juga difahami bahawa sekiranya wakil rakyat berkenaan memang ternyata bersalah sekalipun, jk ini hanya berkuasa "mencadangkan" hukuman sahaja. Wbpun, jk ini tidak berkuasa menjatuhkan hukuman yang mereka fikirkanlah wajar tadi.
Bersambung/-
Sambungan/-
5. Dalam kes DSAI, keputusan menggantung beliau sehingga 6 bulan dibuat oleh ahli-ahli parlimen sendiri yakni majlis mesyuarat. Maka, adalah tidak tepat untuk menyalahkan Speakar dalam Hal ini.
6. Berkenaan dengan 3 wakil rakyat PKR yang digantung tersebut, ianya juga dibuat oleh Majlis Mesyuarat setelah dicadangkan oleh jk hak Dan kebebasan kerana mereka telah mendedahkan perkara yang dibentangkan dalam mesyuarat jk berkenaan yang jika berdasarkan peraturan mesyuarat, tidak boleh sama sekali didedahkan kepada mana-mana pihak sehingga ianya dibentangkan dalam majlis mesyuarat itu tadi. Malangnya, ketiga-tiga wakil rakyat ini telah menghebahkan perkara tsbt sebelumpun ianya dibentangkan di dalam majlis mesyuarat. Dengan keadaan yang demikian, adakah Speakar atau mereka bertiga sebenarnya yang bersalah?
6. Kedua, KM seolah-olah mengakui bahawa kenyataan KSingh yang mendakwa bahawa TSPM selaku speaker telah menyalahi peraturan kerana menghalangnya mereka dpd melaksanakan tugas Dan tjwb kepada pengundi. Pada saya, dakwaan tsbt amat tidak logic sama sekali kerana sepanjang mengikuti persidangan selama ini, mereka sendirilah yang banyak melanggari peraturan mesyuarat. Malangnya, apabila tindakan diambil ketas mereka kerana melanggari peraturan mesyuarat yang merupakan panduan bermesyuarat itu tadi, orang atau pihak lain pula yang dipersalahkan. Apakah keadilan yang mereka mahukan dengan sikap sedemikian rupa?.. Pada saya, walau baik mcm mana sekalipun layanan speaker kid mereka ini, speakar Akan tetap dikata tidak adil, kejam Dan bermcm-mcm lagi "remarks" jahat. Itulah sebenarnya helah mereka. Dimahkamah perbicaraan DSAI sekarang ini pun, mereka Cuba bermcm-mcm kaedah untuk menunjukkan bahawa hakim yang mendengar perbicaraan tersebut sbg tidak adil dsb. Itulah warna mereka ini. Orang lain semua jahat kecuali mereka.
Bersambung/-
Sambungan/-
8. Ketiga, kenyataan KM bahawa undang-undang Dan peraturan dewan jelas menunjukkan bahawa kuasa penuh kepada speaker untuk membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak adalah tidak berapa tepat dalam konteks isu penggantungan DSAI ini. Seperti saya katakan tadi, bukan speaker yang berkuasa membuat keputusan tsbt sebaliknya majlis mesyuarat. Semakan saya terhadap Peraturan Mesyuarat 44, speaker hanya berkuasa menggantung wakil rakyat untuk tempoh tidak melebihi 10 hari. Ini membuktikan bahawa, speaker hanya berkuasa penuh dalam mempastikan mesyuarat berjalan lancar Dan bukannya berkuasa penuh dalam semua perkara apatah lagi menggantung wakil rakyat untuk tempoh lama sesuka hati.
9. Keempat, berhubung kononnya jika benar dakwaan KSingh tsbt, perkara ini Akan menjejaskan imej kerajaan Dan Akan dimanipulasikan oleh pembangkang, pada saya hanya mereka yang mahu diperkotak-katikkan oleh KSingh Dan kuncu-kuncunya sahaja yang terpedaya dengan dakwaan sedemikian. Sebenarnya, tindakan Dan sikap mereka yang tergamak membawa plakad ke dewan itulah yang menjijikkan rakyat. Mereka terang-terang tidak menghormati dewan rakyat yang mulla itu. Disamaping itu, sebemarnya mereka telah memanipulasikan isu ini sejak dari awal lagi. Tindakan mereka membawa plakad jelas membuktikan bahawa ianya dirancang rapi. Atas dasar itulah maka, saya katakana bahawa hanya mereka yang merekakan diri mereka diputarbelitkan oleh KSingh Dan rakan-rakannya sahaja yang menerima dakwaan sedemikian.
Bersambung/-
Sambungan/-
11. Maka itu, kalau dikatakan bahawa ramai pihak yang kononnya menganggap bahawa kekecohan di Parlimen tempohari sebagai detik hitam, maka, lebih ramai lagi yang menganggap bahawa tindakan DSAI Dan konco-konconya adalah amat memalukan dan tidak sepatutnya dilakukannya oleh wakil rakyat.
12. Mereka bercakap mengenai hak asasi ahli parlimen Dan demokrasi, tetapi dalam masa yang sama merekalah orang yang paling kuat melanggari peraturan mesyuarat. Di manakah pula mereka meletakkan hak ahli parlimen yang lain? Mereka memaksa semua orang mendengar apa mereka kata, tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak pernah mahu dengar apa orang lain kata termasuk speaker... Adakah ini orang yang patut dipercayai?...
13. Tepuk dada, tanyalah fikiran...
Salam dari
BELUM PENDEKAR
Salam kembali sdr SRK
ma kasih atasa buah fikiran itu..saya amat2 bersetuju supaya YDP bertindak 'berkecuali' supaya pjalanan mesyuarat tampak lebih telus, terbuka dan memberi manfaat kp negara..ada rasanya YDP perlu dilantik oleh YDPA..
salam sdr BP
1. ma kasih atas penerangan itu..banyak pembetulan yang dibuat..ma kasih sekali lagi..
2. saya tertanya2 kenapalah TSP selaku YDP tdk mengambil jalan menerangkan keadaan itu kp rakyat melalui laman blognya..sekurang2nya atau melalui FCB supaya rakyat yg mengikuti perbahasan di dewan rakyat tdk terus menyalahkan speaker dlmperkara ini.
3. ketika saya minum di sebuah rstrn di KB ada juga sesi pbincangan scara tdk formal blaku ada yg kontra dan ada yg pro..tetapi kerana tdk faham atau mungkin pura2 tdk faham ada yg myalahkan TSP slaku YDP..
4. Saya pada dasarnya melahirkan kebimbangan bahawa jika pembangkang mengambil tindakan mahkamah..maka isu ini akan berpanjangan..setidak2 nya akan menjejaskan imej TSP selaku YDP..
5. Mengapakah PR btindak membiokot dewan ketika TSP btindk sbgai pengerusi mesyuarat tetapi tidak pula apabila mesytuarat di pgerusikn oleh timb. speaker? alasanya yg diberikan ialah kerana TSP dilihat tdk bkecuali? benarkah?
Salam sdra KM,
1. Mengenai isu memberi penjelasan yang sdra sebutkan, sebenarnya telah banyak penjelasan yang dibuat oleh para pemimpin diperingkat nasional mengenai perkara tersebut Dan ianya disuarakan melalui TV Dan juga surtax khabar yang lain. Begitu juga dengan ahli-ahli akedemik yakni kalangan pensyarah undang-undang dan penganalisis politik terkenal di negara ini. Mereka memberikan ulasan Dan komen secara terperinci mengenainya berdasarkan undang-undang negara.
2. Walau bagaimanapun, secara peribadi saya merasakan bahawa Speaker tidak perlu membuat penjelasan mengenainya kerana dengan berbuat demikian, ia seolah-olah telah mengheret beliau ke dalam agenda politik pihak pembangkang. Perlu diingat bahawa semua tindakan yang dilakukan oleh pihak pembangkang pada hari tersebut adalah atas kepentingan politik Dan bukannya kepentingan rakyat atau negara. Tujuan mereka ialah untuk mendapat simpati rakyat walhal sebenarnya mereka menjejaskan imej negara di mata dunia.
3. Andai perkara ini dibawa ke mahkamah, saya fikir speaker tidak perlu risau kerana beliau telah melaksanakan tug as Dan tjwb berdasarkan peraturan mesyuarat. Beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam perkara ini dan ia Akan memperlihatkan lagi kebodohan pihak pembangkang.
Bersambung/-
Sambungan/-
4. Mengenai mengapa pembangkang keluar semasa TSPA mempengerusikan mesyuarat, saya difahamkan oleh seorang kawan yang bertugas di parlimen bahawa sebenarnya, usaha awal pihak pembangkang ialah untuk mempastikan TSPA tidak mempengerusikan mesyuarat kerana mereka tahu beliau adalah seorang yang cukup arif Dan mahir dengan Peraturan Mesyuarat Dan dengan yang demikian, amat sukar bagi mereka untuk mengganggu perjalanan mesyuarat. Sebaliknya, andai timbalan yang mempengerusikan mesyuarat tsbt maka Akan lebih mudahlah has rat mereka tercapai kerana mereka tahu timbalan YPDR tidak sehebat TSPA dalam berhujah dengan mereka. Oleh kerana tiada pilihan lantern TSPA tidak berganjak dari kerusi tersebut, mereka memprotes keluar Dan mendakwa speaker tidak adil.
5. Sebagai orang KB, saya secara peribadi merasa amat bangga dengan TSPA kerana beliau telah berjaya membuktikan bahawa kebijaksanaan orang KB adaalah setanding dengan pemimpin-pemimpin dari sjung yang selama ini dianggap hebat oleh masyarakat termasuklah segelintir orang kita sendiri. Oleh kerana mereka tidak dapat mengalahkan speaker berhujah, maka mereka memprotes keluar Dan membawa plakad mcm budak-budak.
6. Apapun, saya menghargai kebimbangan sdra bahawa perkara ini Akan menjejaskan imej kerajaan terutamanya TSPA. Tapi, jangan risau sdra ku, kita di pihak yang benar.
Salam dari
BELUM PENDEKAR
Post a Comment