Monday, December 20, 2010



Setelah hampir 3 bulan lepas ,majoriti suku Iranun yang menganuti fahaman “bloggersisme” dan “Facebookisme” dalam dunia cyebr dikejutkan dengan perwar-war-an akan kononnya satu wadah baru Iranun bakal diwujudkan yang diberi nama PERISA, akhirnya idea murni itu tenggelam bersama bibit-bibit idea pro dan kontra yang tidak berkesudahan. Namun sebenarnya idea PERISA itu ‘sedang’ dalam perjalanan untuk santapan anak-anak muda Iranun yang ‘masih’ berkeinginan untuk menyumbang sesuatu yang berharga buat sukubangsanya. Baik sumbangan material mahupun sumbangan pemikiran dan tenaga perjuangan.



Daripada maklumat yang diperolehi PERISA sedang menunggu untuk didaftarkan. Sementelahan itu, ramai anak-naka muda Iranun yang begitu merasai betapa keperluan satu wadah baru disaat-saat penghunjung tahun 2010 ini. Kerana kata mereka,banyak sangat program yang boleh dilaksanakan di musim cuti ini. Setelah “kematian” PISBA dalam longgokan ego para pemimpin terdahulu, dan juga setelah PAGISA ‘tertutup’ pintunya kepada mereka yang belum berkelayakan menghabiskan pengajian di menara gading, anak-anak muda yang ratanya belia umuran 21 tahun hingga 30-an ini masih terumbang-ambing mencari tapak perjuangan untuk bangsa mereka.




Perubahan pendekatan pemimpin Iranun terutama TSP terhadap golongan muda Iranun juga menjadi penyumbang kepada bertapa perlunya satu wadah baru ditubuhkan secepat mungkin sebagai landasan perjuangan yang baru. Kita tidak meragui persatuan sedia ada seperti PAGISA tetapi keahlian yang cukup terhad kepada golongan graduan membantutkan penyertaan lebih ramai anak-anak muda berkemahiran untuk melibatkan diri dalam penyelesaian dan pemudahcaraan permasalahan bangsa Iranun. Dalam beberapa bulan yang lepas dikhabarkan TSP telah ‘membawa’ serombongan” anak-anak muda Iranun ke Manila. Walaupun pada dasarnya ia merupakan acara rasmi beliau sebagai YDP Dewan rakyat Malaysia, namun kehadiran golongan itu ikut sama seperti sdr Milus Aloh, Naddin Sahhidin, Izan Masi dan Kontraktor sdr Fakhrul Bian telah menyemarakkan lagi keinginan anak-anak muda ‘merapati’ agenda kepolitikkan TSP. Namun kerana ketiadaan wadah baru ini, ia menjadikan harapan itu sebagai mimpi di siang hari.




Begitu juga dengan kehadiran beberapa anak muda Iranun di Dewan rakyat yang dikatakan atas inisiatif TSP sendiri, barangkali sebagai pendedahan umum kepada belia Iranun atau sebagai persiapan strategi beliau untuk menawan hati golongan muda dari sukunya, nyata akan lebih tersusun jika wadah baru ini dapat direalisasikan secepat mungkin. Apakah sudah ada natijah tersurat yang benar-benar hinggap di benak TSP ekoran daripada percaturan politiknya yang semakin hampir kepada PRU 13. Masih samar dan belum dapat kita rumuskan, dimana dan harus bagaimana penyatuan anak-anak Iranun ini dapat kita realisasikan.

42 ulasan :

azman said...

jika penubuhan wadah baru Iranun ini bertujuan baik untuk memajukan suku Iranun maka, ianya patut diteruskan.

azman said...

sikap bersatu dan saling membantu akan menjadi sesuatu bangsa itu menjadi kuat dan dihormati. oleh itu, semua kena bersatu jika ingin menjadi bangsa yang kuat dan dihormati.

mandau said...

bangsa iranun perlu bersatu jika ingin menjadi kuat. oleh itu, wadah baru mmg perlu diwujudkan.

Anak Sabah said...

Diharapkan penubuhan wadah baru ini boleh memberikan peluang kepada anak-anak muda untuk menyumbang usaha.

nickko said...

golongan muda juga perlu diberi peluang mengetengahkan idea pemikiran mereka untuk sama2 berjuang dalam memartabatkan bangsa mereka. oleh itu satu wadah baru yang boleh dijadikan sebagai platform untuk golongan ini perlu ditubuhkan segera.

Anonymous said...

wadah baru ini akan dpt menyatukan orang iranun.

Paquin said...

Ya azman, kalau tujuannya baik memang patut dimajukan :)

Paquin said...

Logiknya pun kesatuan mmg penting bagi memastikan setiap individu berdiri teguh :)

Bujang Senang said...

Bersatu kita teguh berpecah kita roboh..Itu yang sesuai untuk bangsa Iranun...Sekirannya semua rakyat iranun bersatu sudah pasti sesuatu yang dirancang akan berjaya.

Paquin said...

Semoga wadah baru dapat mendatangkan sesuatu yang positif utk Iranun :)

Paquin said...

Tahun baru, 2011 bakal menjelma jadi buatlah apa yang patut dan pastikan wadah baru Iranun mencapat matlamatnya.

Bhatera said...

Perkara ini memerlukan semua sokongan padu dari rakyat iranun itu sendiri. Jadi semoga rakyat iranun boleh buat dengan jayanya.

Paquin said...

So all the best.

Hamdan Hadillah said...

Cari cara bagaimana supaya anak remaja muda bersatu untuk memperjuangkan bangsa Iranun...

BELUM PENDEKAR said...

1. Bagi tujuan percambahan fikiran, saya ingin memetik tulisan John C. Maxwell dalam buku beliau bertajuk 360* Leader. Menurut beliau, antara tanggapan salah yang biasanya berada dalam minda seseorang ialah bahawa seseorang itu tidak boleh menyumbang kepada organisasi secara berkesan kerana dia bukan pemimpin tertinggi ataupun CEO organisasi tersebut. Dalam konteks bermasyarakat, kenyataan ini bermaksud seseorang itu merasakan bahawa dirinya tidak boleh menyumbang dengan berkesan kepada masyarakatnya kerana dia bukan pemimpin ataupun wakil rakyat.

2. Disebabkan tanggapan salah sebeginilah, maka berlakulah jatuh menjatuh, tikam menikam, bunuh membunuh Dan sebagainya dikalangan ahli sesebuah masyarakat demi mendapatkan 'kedudukan' tertinggi itu tadi. Natijahnya, berlaku perpecahan masyarakat dan pada intensiti yang lebih besar, kaum tersebut tentunya menjadi lemah.

3. Hakikat sebenarnya menurut Maxwell ialah, kita masih boleh menyumbang kepada organisasi atau masyarakat tidak kira dimana kedudukan kita.

4. Justeru, nilai diri kita sendiri, adakah benar kita hanya bertujuan untuk turut sama menyumbang kepada masyarakat Dan negara atau ada hasrat lain disebalik ungkapan itu????.... Saya, tidak mampu menjawabnya.

Salam.
BELUM PENDEKAR.

Hati Seorang Wanita said...

Salam KM,

setuju dengan ulasan abg BP...contoh yang jelas TPA tiada dalam sistem cuma Spekaer boleh juga menyumbang. Disilah rasionalnya TPA tidak perlu dicalonkan pada pilihanraya akan datang kerana beliau w/pun tiada dalam sistem mampu menyumbang...diharap ulasan BP dapat memberi ilham kepada TPA

Mohd Ishak said...

Harap apa yang diperlukan akan dilakukan.

BELUM PENDEKAR said...

Sdra HSW,

1. Secara khusus, saya berpendapat bahawa TSPA tidak sama sekali "kisah" walaupun beliau tidak dicalonkan spt mana kemahuan sdra. Ini adalah kerana, seperti yang pernah saya katakan, walau apapun keadaannya, tempat TSPA tetap ada. Ini adalah kerana beliau telah membuktikan bahawa beliau mempunyai kebolehan yang bukan semua orang memilikinya. Dalam ertikata lain, beliau adalah aset Dan bukannya liabiliti. Kebolehan, keupayaan Dan sumbangan TSPA telah terbukti sejak beliau diberi tanggungjawab sbg Speaker, Dan beliau telah membuktikan bahawa beliau boleh melaksanakan tjwb sekiranya diamanahkan. Begitu juga, saya fikir TSPA tidak pernah meminta-minta untuk beliau dicalonkan atau sebagainya.

2. Maka terpulanglah kepada PM untuk menentukannya. Saya percaya, PM cukup bijak untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata kerana PM mahu yang terbaik untuk rakyat. Percayalah, PM tidak Akan memilih kaca apatah lagi permata tiruan.

3. Sebagai rakyat, saya mahukan pemimpin yang bijak, pandai Dan lebih berpengetahuan dalam semua bidang berbanding saya. Dan, semua itu haruslah telah terbukti dengan nyata Dan bukannya sekadar cakap kosong semata-mata.

4. Lagi satu, saya mahukan pemimpin yang benar-benar lelaki sifatnya atau benar-benar perempuan adanya, Dan bukannya pemimpin lelaki tetapi Hatinya Seorang Wanita.

Salam.
BELUM PENDEKAR

Hati Seorang Wanita said...

salam buat abg BP,
setuju dengan abg BP, sudah tentu PM akan memilih pemimpin yang ada sumbangan kepada rakyat, bukan yang pandai cakap kosong saja, macam TPA beliau kalau berjanji bukannya kosong, semua ditunaikannya seperti tali air untuk sawah padi, jalan raya, bantuan kepada nelayan, semuanya TPA telah tunaikan....hahahaha hebatkan abg BP

BELUM PENDEKAR said...

1. Saya tidak hairan dengan pandangan sinis spt yang sdra HSW lemparkan. Ini adalah kerana, telah menjadi lumrah kepada mereka yang berjiwa kecil hanya Akan melihat atau memandang kepada apa yang mahu dilihat olehnya sahaja. Orang spt ini, tidak Akan pernah menghargai sumbangan sesiapa tidak Kira betapa banyak pun sumbangan orang berkenaan.

2. Tatkala kebanyakan orang mengiktiraf atau menghargai perkara baik yang telah dilakukannya oleh seseorang, orang yang "separuh-separuh" ini sebaliknya menunjukkan "kebijaksanaan" beliau dengan membuat sindiran kononnya. Hehehehehehe..... Atas dasar itu, saya memang tabik dengan "kebijaksanaan" orang ini.

3. Barangkali bagus juga kalau beliau yang dipilih oleh PM kelak untuk menjadi calon... Saya percaya, masa itu Kota Belud akan menjadi lebih maju dari Kuala Lumpur kerana apa saja yang dihajati oleh masyarakat KB akan terlaksana dengan "kebijaksanaan" beliau.

4. Wahai masyarakat KB sekelian, marilah kita sokongan orang ini yang cukup heat Dan bijaksana untuk menjadi wakil rakyat kita kelak... Hehehehehehe

Hati Seorang Wanita said...

Abg BP, hahaha terasa pula, bukankah itu yang abg BP war-warkan selama ini. Siapalah kami semua ini yang berjiwa kecil. Lainlah macam abg BP & TPA yang berjiwa besar maka sumbangan pun sudah semestinya besar & makan pun besar, badan pun besar, perut pun besar...hahahaha

Terima kasih kepada TPA atas sumbanganmu kepada rakyat di Kota Belud. Penduduk Kg. Rampayan sangat bertuah kerana lahirnya seorang perwira bernama TPA. jalanraya kami sudah berasphalt termasuk terusan2, nelayan sudah maju menjadi nelayan laut dalam, petani sudah maju menjadi jutawan. bukan kerana siapa melainkan TPA...huhuhuuuu

TPA wajar diberi gelaran bapa pembangunan sabah & kota belud....huhuhuhu

tawadakan said...

assalamuaikum,

baru-baru ini saya ke parlimen atas undangan speaker dewan rakyat dan menyaksikan sendiri betapa tugas speaker itu.

HSW: saudari ini buta mungkin atau memang penulis upahan. hentikanlah perbuatan mu.

BELUM PENDEKAR said...

HSW,

1. Kesian sungguh dgn sdra ini. Utk makluman sdra, saya tidak sedikitpun terasa dengan perkara ini. Namun, Apa yang sdra zahirkan dalam komen sdra, membuktikan bahawa sdra mempunyai hasad yang cukup besar terhadap TSP. Saya tidak faham mengapa sdra bersungguh-sungguh menghentam TSP sedangkan saya katakan pada awalnya bahawa saya fikir TSP juga tidak kisah kalau beliau tidak dicalonkan kerana tempat beliau sudah terjamin. Yang hairannya, Saya lihat, sdra mcm takut sangat kalau TSPA dicalonkan... Mengapa agaknya?... Dan, kalau beliau sdra kata gagal sebagai wakil rakyat, tidak apalah... Kita minta lah supaya sdra yang dicalonkan. Bukankah sdra lebih bijak dan pandai serta berkemampuan berbanding semua pemimpin KB... Sayapun mahu juga tengok KB ini lebih maju dari KL...

2. Mengenai gelaran bapa pembangunan KB, saya fikir beliau memang layak diberi gelatin berkenaan. Untuk lebih specific, TSP pada saya adalah bapa pembangunan "minda" masyarakat KB khususnya masyarakat Irranun. Bandingkan dimana kedudukan masyarakat Irranun sebelum Dan selepas era beliau.. Kalau sdra tahu mcm mana untuk melihat, maka sdra Akan dapat melihat kenyataan ini. Tapi, lainlah kalau sdra ini jenis manusia yang buta kayu, yang hanya tahu dirinya sendiri saja. Maka, sdra Akan menafikan perkara ini.

3. Untuk makluman sdra, Tun Abdul Razak juga pernah berjanji kepada temanggung Jugah semasa Sarawak mula menyertai Malaysia dahulu bahawa tempat pertama yang Akan dimajukan oleh beliau di Sarawak ialah Kawasan Kapit. Namun, sampai kini tempat tsbt masih lagi membangun dengan perlahan.. Dalam keadaan yang demikian, adakah Tun Razak gagal? Saya percaya sdra Akan kata ya... Dan atas sebab itulah maka saya katakan bahawa sdra mempunyai pemikiran yang kecil... Dan, pemikiran sdra menjadi lebih kecil bila sdra menuduh orang lain "makan" besar. Agaknya, itulah matlamat sdra kalau sdra menjadi wakil rakyat atau pemimpin. Supaya sdra dapat "makan besar..."

4. Apapun, jangan risau sdra... Kami semua Akan sokongan sdra jadi wakil rakyat kerana hanya sdra saja yang dapat membangunkan KB melebihi KL. Pemimpin sekarang kan semuanya gagal seperti yang sdra kata... Hehehehehehehehehe.......

Salam
BELUM PENDEKAR

Hati Seorang Wanita said...

abg BP,
siapa saya hanyalah sorang wanita untuk membangunkan kb, saya hanya boleh membangunan minda orang-orang yang sudah lama tertidur.

apa lagi sudah ada bapa pembangunan di kb, hahahahahaaaaaaaaaaaaa

pembangunan minda, jawapan yang mudah budak srk.....hauhuhuhuiuuuu

pembangunan minda, betul-betul...masa kami belajar dulu adakah kami dibiayai oleh bapa pembangunan minda....hehehehe

abg bp, berapa orang yang telah dihantar ke oversea oleh bapa pembangunan minda???? huhuhuuuuuu

BELUM PENDEKAR said...

Seorang wanita?...hahahahahahahahahahahahahahaa ...
Hehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehheheheheheheheheheheheheheheheh....

Pada saya, kalau dah tahu melemparkan komen bahawa orang itu begitu Dan begin, maknanya sdralah orang yang "perfect" yang boleh membangunkan KB. Mengapa buat-buat merendah diri pula?,,, kalau setakat pandai cakap, pada saya itu tak ubah mcm burung je... Burung pun pandai juga bercakap... Hahahahahaha

Own... Rupanya sdra mahupemimpin yang membiayai perbelanjaan sdra belajar... Dan kerana pemimpin tidak membiayai atau hantar sdra ke oversea, maka pemimpin tsbt tidak membangunkan minda sdra... Huhuhuhu... Kalau itulah penilaian sdra, Saya rasa saya tidak menyesal mengatakan sdra mempunyai "pemikiran yang sungguh kecil" tempohari... Untuk makluman sdra, orang2 yang berjaya di Malaysia ini kebanyakannya bukan dihantar belajar ke luar negara oleh pemimpin. Namun, tidak pula bermakna bahawa pemimpin mereka tidak mempunyai sumbangan kepada mereka. Lihat kepada "laluan" yang telah dirintis oleh pemimpin spt TSPA yang sekarang ini menjadi rebutan kebanyakan golongan muda Irranun. Kalau itu bukan pembuka minda, apa namanya?...

Bersambung...

BELUM PENDEKAR said...

Sambungan...

Kalaupun sdra merasa bahawa pemikiran sdra tidak "terbangun" oleh pemimpin spt TSPA, saya Kira itu wajar kerana ideology sdra memang sudah sedemikian. Namun, saya percaya ramai kalangan muda diluar sana yang mahu mengikut jejak langkah TSPA menjadi "seseorang" yang boleh memberi sumbangan yang bermakna kepada negara.

Apa pula sumbangan sdra terhadap "pembangunan minda masyarakat agaknya?.... Mencerca?... Mengata?... Komplen?.... Dan, berapa ramai pula yang akan menjadikan sdra sbg contoh agaknya? Hahahahahahahahahahaa.....

Sdra kata sdra hanya mahu membangunkan minda orang2 KB yang telah lama tertindur... Pada saya, bila sdra berkata demikian, sdra sebenarnya menghina masyarakat KB. Apa sdra ingat orang KB ini tidak boleh berfikir sendiri? Tidak boleh menilai sendiri? Huhuhuhu... Kami juga berpelajaran sdra...maka, tidak perlu mengajar itik berenanglah... Kalau orang lain tidak mampu membangunkan minda sdra, sdra bangunkanlah minda sdra sendiri. Itu sudah memadai...

Utk makluman sdra, saya juga mempunyai latarbelakang pelajaran yang agaknya baik walaupun tidak dihantar belajar ke luar negara oleh mana-mana pemimpin. Pun demikian, tidak spt sdra, saya tidak pernah mengungkit atau komplen atau rasa tidak puas hati kerana itu. Malah, dari kecil, saya menanamkan dalam diri saya bahawa suatu hari saya juga perlu menjadi spt pemimpin saya ini yang berjaya Dan saya Akan membantu mereka membangunkan masyarakat KB. Syukurlah, skrg saya telah berjaya Dan saya memberikan sokongan saya yang sepenuhnya kepada mereka agar usaha membangunkan masyarakat ini berjalan lancar. Kalau Ada idea yang saya fikir boleh dipakai, saya Akan memaklumkan kepada pemimpin saya agar idea tadi boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Itu sumbangan saya. Bukannya melemparkan tuduhan kononnya pemimpin tertentu "makan besar" Dan sebagainya. Saya juga tidak perlu menjadi wakil rakyat barulah saya boleh menyumbang kepada masyarakat.

Bagaimana pula dengan sdra? Apakah sumbangan yang sdra berikan dalam membangunkan masyarakat KB setakat ini? Kalau sdra kata dulu pemimpin sdra tidakpun menghantar sdra belajar, nah, sekaranglah masanya... Kenapa tidak sdra cuba untuk hantar seorang dua untuk melanjutkan pelajaran... Tidak payah ke luar negara lah... Dalam negara pun tidak apa... Boleh sdra?.... Atau, Adakah kerana sdra belum menjadi wakil rakyat maka sdra tidak boleh menyumbang? Atau, sdra hanya tahu cakap saja... Tapi, bila Ada orang kampung yang datang minta tolong tiga empa ratus untuk sambung belajar, sdra tidak bantu atau mula berkira. Atau, sdra cuba mengatakan bahawa itu bukan tjwb sdra sb sdra bukan wakil rakyat?.... Hehehehehehehehehehehe... Sebab itu, jangan hanya pandai bercakap....

Salam
BELUM PENDEKAR

BELUM PENDEKAR said...

Sambungan...

Kalaupun sdra merasa bahawa pemikiran sdra tidak "terbangun" oleh pemimpin spt TSPA, saya Kira itu wajar kerana ideology sdra memang sudah sedemikian. Namun, saya percaya ramai kalangan muda diluar sana yang mahu mengikut jejak langkah TSPA menjadi "seseorang" yang boleh memberi sumbangan yang bermakna kepada negara.

Apa pula sumbangan sdra terhadap "pembangunan minda masyarakat agaknya?.... Mencerca?... Mengata?... Komplen?.... Dan, berapa ramai pula yang akan menjadikan sdra sbg contoh agaknya? Hahahahahahahahahahaa.....

Sdra kata sdra hanya mahu membangunkan minda orang2 KB yang telah lama tertindur... Pada saya, bila sdra berkata demikian, sdra sebenarnya menghina masyarakat KB. Apa sdra ingat orang KB ini tidak boleh berfikir sendiri? Tidak boleh menilai sendiri? Huhuhuhu... Kami juga berpelajaran sdra...maka, tidak perlu mengajar itik berenanglah... Kalau orang lain tidak mampu membangunkan minda sdra, sdra bangunkanlah minda sdra sendiri. Itu sudah memadai...

Utk makluman sdra, saya juga mempunyai latarbelakang pelajaran yang agaknya baik walaupun tidak dihantar belajar ke luar negara oleh mana-mana pemimpin. Pun demikian, tidak spt sdra, saya tidak pernah mengungkit atau komplen atau rasa tidak puas hati kerana itu. Malah, dari kecil, saya menanamkan dalam diri saya bahawa suatu hari saya juga perlu menjadi spt pemimpin saya ini yang berjaya Dan saya Akan membantu mereka membangunkan masyarakat KB. Syukurlah, skrg saya telah berjaya Dan saya memberikan sokongan saya yang sepenuhnya kepada mereka agar usaha membangunkan masyarakat ini berjalan lancar. Kalau Ada idea yang saya fikir boleh dipakai, saya Akan memaklumkan kepada pemimpin saya agar idea tadi boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Itu sumbangan saya. Bukannya melemparkan tuduhan kononnya pemimpin tertentu "makan besar" Dan sebagainya. Saya juga tidak perlu menjadi wakil rakyat barulah saya boleh menyumbang kepada masyarakat.

BELUM PENDEKAR said...

Sambungan.....

Bagaimana pula dengan sdra? Apakah sumbangan yang sdra berikan dalam membangunkan masyarakat KB setakat ini? Kalau sdra kata dulu pemimpin sdra tidakpun menghantar sdra belajar, nah, sekaranglah masanya... Kenapa tidak sdra cuba untuk hantar seorang dua untuk melanjutkan pelajaran... Tidak payah ke luar negara lah... Dalam negara pun tidak apa... Boleh sdra?.... Atau, Adakah kerana sdra belum menjadi wakil rakyat maka sdra tidak boleh menyumbang? Atau, sdra hanya tahu cakap saja... Tapi, bila Ada orang kampung yang datang minta tolong tiga empa ratus untuk sambung belajar, sdra tidak bantu atau mula berkira. Atau, sdra cuba mengatakan bahawa itu bukan tjwb sdra sb sdra bukan wakil rakyat?.... Hehehehehehehehehehehe... Sebab itu, jangan hanya pandai bercakap....

Salam
BELUM PENDEKAR

Tudung Duang said...

Terima kasih sdra BP...
Saya tidak menyokong mana-mana pihak!..cuma saya puas hati dgn penjelasan sdra BP..Apa pun wadah yg diperlukan biarlah dibangunkan secara kolektif!!.. Siapa kah sebenarnya sdra BP ini?...Ahh! rasanya itu tdk penting! yang penting membaca tulisannya!..membaca..memahami..menilai!! TQ

Tudungduang

mambangtiora said...

Salam semua...lama dah tak layari blog KM..maklumlah demi tugas..dan bukan semua tempat di Sabah ni ada line internet..masih ketinggalan jauh...buat saudari HSW..syabas...minda anda mula terbuka sekurang-kurang saya boleh berbangga dengan perubahan minda suku iranun..seperti komen saya sebelum-sebelum ini dan sentiasa ditentang oleh BP..saya rasa BP masih ingat!!!!...saya bukan ahli politik tapi berjuang kepada perubahan minda demi pembaharuan kepada suatu yang baru samada idea,sistem dsb......saya tidak perlu ulas kesemua komen BP tapi..sudah tiba masanya golongan Muda(berkebolehandan telus) di ketengahkan dan yang sudah lama ditampuk kerusi empuk itu terpaksalah berundur...sudah cukup lama tapi tiada apa perubahan drastik kepada penduduk Kota Belud..satu kerugian besar bagi penduduk Kota Belud...TSP..DSSK..DHM...DJ...cukuplah perjuangan tu......saya menghargai setiap pembaharuan mereka...tapi belum cukup kerana terlalu lama ditampuk perubahan amat minima...perjuangan yang gagal....baru-baru ini saya sempat bercerita dengan seorang pelancong dari semenanjung...beliau amat sedih melihat jalan raya disekitar kk ke menumbok,tawau,kudat...
sengsara kita katanya melambung-lambung jalan banyak lubang dan beralun...pelik juga katanya umum ratusan juta untuk jalan di sabah tapi teruk katanya...ini mesti korupsi katanya...disemenenjung katanya ok..ladang getah pun ada tar yang elok...terkedu saya mendengar rintihanya....betul kah ni saudara BP????...mana pemimpin/parti yang saudara tegakkan tu....selagi masayarakat sabah belum ada reformasi minda selagi itu kita tetap dicengkam kemiskinan akibat daripada kebodohan kita yang sentiasa dibodohkan oleh pemimpin yang rasuah....berubahlah...rakyat tidak akan rugi satu sen pun...walau berjuta kali pemimpin berubah setiap pilihan raya...wasalam

mambangtiora said...

Saudara BP...saya faham dan kenal cara saudara berfikir??????(lain kali saya ulas)...HSW bukan menafikan sepenuhnya sumbangan pemimpin KB...malahan mereka ada jasa..dalam matematik mudahnya..perubahan itu tidak nampak waalaupun masa mereka menduduki kerusi empuk itu terlalu lama...secara kiraan mudah.. orang lain boleh selesaikan sesuatu perkara hanya 10 tahun mereka hanya boleh selesaikan dalam maasa 20 tahun..bererti ia tidak efektif...lembab!kalau komputer di bawah satu 1 gigabait...sekarang orang sudah pakai diatas 2 gigabait.....bagus saudara sembahyang Tahjud minta petunjuk kepada Allah manakah yang benar....saya berharap saudara dapat membuka minda "HOKA DAN HOKI" secara empaty atas petunjukNya...tiada kerugian pun saudara dapat sekiranya saudara mencuba sesuatu yang baru....dan mesti berani gagal(Dare to fail)..kecuali saudara ada kepentingan dan akibatnya saudara rugi...contohnya projek..menentang bererti pecah periuk..kan BP..tapi kalau sebagai rakyat biasa berjuta kali bertukar pemimpin pun tiada masalah..dalam ayat mudahnya..kalau saudara yang menggantikkan DSSK..sudah tentu saudara akan menjaga kebajikan pengundi Di KB...begitu juga dengan yang lain...jadi tiada masalah jika YB-YB kita yang sudah lama ini ditukarkan...betulkan....
Tapi bagaimana kita nak tukar mereka..hanya dengan reformasi minda kepada masyarakat kota Belud..dan faham tu politik...Kuasa rakyat adalah kuasa keramat...yang gula itu rakyat dan YB-YB(semut) akan mengerumuni rakyat.....itu yang kita mesti faham....

BELUM PENDEKAR said...

Salam sdra Tudung Duang,

Saya setuju dengan sdra bahawa sesuatu perjuangan sepatutnya dilaksanakan secara kolektif. Oleh sebab itulah maka, saya Dan semua kita harus bekerjasama membina kekuatan bangsa atau masyarakat KB agar kita mampu menempuhi rintangan yang mandatang dgn jayanya.

Saya yakin, telah ramai anak KB yang berpendidikan tinggi sekarang ini. Maka, secara lojiknya, usaha menaaikkan martabat Dan Nama KB sepatutnya tidak menjadi masalah. Pun demikian, cabaran utama yang terpaksa kita hadapi ialah "resistance" daripada sebilangan pihak yang terpelajar ini yang tidak mahu menyumbang jika mereka bukan wakil rakyat. Mereka berpendapat bahawa oleh kerana mereka sudah burgelar graduan, maka tempat yang layak untuk mereka adalah menjadi pemimpin number 1 atau wakil rakyat sahaja. Tempat atau peranan yang lain, sudah tidak lagi sesuai. Mungkin juga, mereka berpendapat bahawa menjadi orang bawahan itu hanya untuk orang yang "low class" yang tidak berpelajaran sahaja. Mereka lupa, bahawa ular yang menyusur akar tidak Akan hilang bisanya...

Mereka juga lupa bahawa musuh atau cabaran kita yang sebenar datangnya dari luar sana. Bukannya dikalangan kita sendiri. Katakan lah kita menolak pemimpin yang Ada sekarang spt TSPA Dan DSSK, siapa yang boleh menggantikan mereka skrg ini?.. Menjadi wakil rakyat mungkin mudah, tetapi Dapatkah kita namakan calon dari kalangan kita yang mempunyai kharisma seperti mereka berdua? Kalau iya, siapa?... Saya secara peribadi tidak nampak Ada dari kalangan kita yang setanding mereka setakat ini.

Untuk makluman sdra, saya tidak mahu mendedahkan identiti sebenar saya kerana, pada saya yang penting ialah kesejahteraan masyarakat. Atas prinsip itu, kalau saya perlu berada dibawah, maka saya gembira melaksanakan tjwb saya. Saya lebih gembira lagi kalau saya dapat membantu pemimpin mengangkat martabat KB keseluruhannya. Justeru, tidak perlulah saya dikenali kerana saya bukan berjuang untuk diri saya sendiri. Yang penting bukan saya, tetapi masyarakat... Cukuplah kalau saya dapat memberi pandangan Dan bah fikiran serta bantuan sedikit sebanyak yang termampu. Dan, saya percaya ramai yang berfikiran spt saya. Sdra Tudung Duang, Pendekarwati, Sniper, Observer, PAk Cik Kordi, Tawadakan adalah diantaranya yang saya fikir mempunyai pandangan yang sama.

Salam hormat
BELUM PENDEKAR

mambangtiora said...

salam BP "Menjadi wakil rakyat mungkin mudah, tetapi Dapatkah kita namakan calon dari kalangan kita yang mempunyai kharisma seperti mereka berdua? Kalau iya, siapa?... Saya secara peribadi tidak nampak Ada dari kalangan kita yang setanding mereka setakat ini".Ungkapan saudara ini amat mendukacitakan saya...bererti mengalah sebelum mencuba...jiwa kecil...harus dingat yang hilang itu akan berganti...dari segi Psikologi saudara ada perasaan rendah diri....,..kalau kita lihat dari sudut perkhidmatan..pegawai/pengarah/pengetua silih berganti...institusi itu tetap berjalan seperti biasa..malahan kita boleh nampak viariasi pentadibaran yang berbeza.....saya masih teringat semasa Datuk Rahman di calonkan sebagai ahli parlimen....bermacam-macam komen,kritikan terhadap beliau...antaranya ialah beliau adalah orang baru diKB,tidak faham politik KB,jawatan pun rendah saja di Tuaran, kurang pengalaman berbanding DSSK..ibarat langit dengan bumi...terlalu muda..dan sebagainya....jadi sekarang DRD tiada pula masalah mentadbir Parlimen Kota Belud...malahan banyak pujian terhadap beliau..lebih agresif,,sedangkan baru setahun jagung...jadi saya tidak nampak kelogikan hujah saudara diatas...berfikir biarlah jangan nampak sempit...bagi saya semua orang boleh jika diberi peluang ..termasuk saudara BP.....sekiranya BP menjadi YB adakah BP akan membiarkan masyarakat Kota Belud? kerana saudara BP rasa tidak setanding dengan DSSK,TSP,DJA,DHM...dan tidak dapat meembuat sesuatu pembaharuan kerana dibayangi oleh pemimpin terdahulu....berapa kali PM kita berubah? adakah negara kita hancur?.....jangan tulis sesuatu unsur yang menuju kepada assabiyah kerana akan menjadikan keintelekan BP akan diragui oleh pembaca muda....yang bukan senang digula-gulakan...wasalam...

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Mambangtiora,

Berdasarkan kenyataan sdra, Ada beberapa isu yang dapat saya simpulkan.

Pertama, bahawa hampir semua kemudahan asas terutamanya jalanraya di Sabah... Saya ulangi, di Sabah... Bukan di Kota Belud sahaja yang masih berkeadaan amat teruk... Ini yang sdra katakan sdra dapat dari pelancong yang datang dari semananjung yang sdra tanyalah pada saya.

Kalau kenyataan sdra tsbt benar, maka jelaslah bahawa masalah pembangunan yang sdra serta mereka yang sewaktu dgn sdra bukan berlaku di KB sahaja. Maka, mengapa hanya pemimpin spt TSPA Dan DSSK yang sdra kalian hentam?... Kalau ianya isu negeri, maka kenapa sdra tidak sarankan sahaja supaya KEtua Menteri Dan semua cabinet serta semua wakil rakyat di Sabah ini digantikan?... Bukankah itu lebih adil Dan menunjukkan bahawa sdra tidak beragenda?....

Kedua, sdra mengatakan bahawa pemimpin semuanya rasuah kerana walaupun beratus juta peruntukan diberikan, tiada pembangunan berjalan.

Pada saya, kalau sdra pasti Dan mempunyai bukti, sdra shillalah laporan kepada SPRM dengan kadar sagera. Jangan tunggu lama- lama kerana saya juga mahu melihat kebenaran ditegakkan. Walau bagaimanapun, jangan melemparkan tuduhan sembarangan jika tiada bukti... Itu memfitnah namanya. Sebaiknya, sdra semak dulu apakah prosedur Dan proses yang terlibat sebelum melemparkan tohmahan. Sdra perlu ingat, ini membabitkan duit rakyat Dan atas sebab itu, pelaksanaannya tidak boleh sambil lewa saja. Kalau benar peruntukan telah Ada di tang an kerajaan negeri, tanyalah Ketua Menteri, kenapa TSPA Dan DSSK pula yang sdra persalahkan...

Ketiga, soal sesiapa pun boleh menjadi wakil rakyat... Hehehehehehehehehehehehehehehehehe.... Cetek sungguh pemikiran sdra ini... Kalaulah sesiapa pun boleh menjadi wakil rakyat, maka maknanya kebolehan semua orang itu sama... Dan kalau kebolehan semua orang itu sama, kenapa perlu tukar pemimpin? Sebab, kalau tukarpun, pasti tiada perubahan juga sebab kebolehan mereka juga sama. Tidak begitu sdra Mambang?

Sebaliknya, kalau sdra mengaku bahawa keupayaan orang adalah berbeza, maka sdra namakan kepada kita semua siapa yang lebih handal dari TSPA Dan DSSK dari kalangan kita?... Silalah namakan siapa? Yang saya nampak hanya sdra Dan HSW lah kot agaknya yang lebih bijaksana Dan mampu memberikan perkhidmatan "100 gigabit" kepada masyarakat KB... Maka, kalau sdra berdua jadi wakil rakyat hari ini, esok semua masalah asas KB akan berubah wajah dan diselesaikan. Maklumlah "100 gigabit" lah katakan. Bukan mcm pemimpin sediada yang slow tu kan..... Hahahahahahahahahahaa...

Bersambung/-

BELUM PENDEKAR said...

Sambungan...

Keempat, berkenaan sdra tahu pemikiran saya. Kalau sdra tahu pemikiran saya baguslah... Boleh sdra tolong perjelaskan kepada orang-orang spt HSW yang tidak faham-faham bahasa tu... Barangkali, kalau orang mcm sdra yang perjelaskan maka barulah HSW Akan faham Dan menerima kenyataan... Bukan begitu sdra Mambang?

Kelima, mengenai reformasi minda rakyat... Saya setuju dengan pandangan ini pada dasarnya tetapi pengertian sdra pada saya agak sempit. Untuk makluman sdra, memang kita memerlukan reformasi minda rakyat yakni agar kita menyokong pemimpin yang setanding dengan pemimpin dari semenanjung (Bukan pemimpin cap ayam yang sdra mahu lahirkan tsbt). ini perlu supaya kepentingan kita diperingkat national terjamin Dan terpelihara. Bukan menjadi pak turut saja. Tapi, kalau diperingkat daerahpun kita sudah berpecah belah, mcm mana kita membina kekuatan? Siapa Akan pandang kita?.. Kita hanya Akan dipandang jika kita kuat sdra... Bukan jika kita lemah... Justeru, reformasikan pemikiran sdra dulu baru bercakap mengenai reformasi pemikiran rakyat. Dan, sdra juga perlu ingot, masyarakat KB bukan tidak tahu menilai Dan bukan bodoh sampai sdra mender mereka mereformasikan minda mereka yang sdra katakan tertutup Dan tidak faham politik. Apa yang sdra tahu pasal politik yang orang KB tidak tahu?... Boleh sdra jelaskan?
Hehehehehehe...

Keenan, mengenai konsep Dare to Fail... Huhuhuhu... Nasihat saya, baiklah sdra bermuhasabah diri. Ketahuilah bahawa bukan semua konsep boleh digunakan dalam semua keadaan... Gagal dalam politik tidak sama dengan gagal dalam kerjaya atau perniagaan atau yang lain. Gagal dalam politik mempunyai implikasi yang sungguh besar kepada masyarakat Dan sdra tidak layak memento rakyat memperjudikan nasib serta masa depan mereka hanya kerana sdra mahu mereka mengamalkan prinsip dare to fail. Renungkan sedalam-dalamnya. Jangan bercakap ikut sedap mulut saja.

Salam
BELUM PENDEKAR

mambangtiora said...

alahai....BP.. siapapun boleh menjadi YB...kalau diulas panjang lebar pula..ya kalau ditakdirkan saya jadi YB pasti saya akan buat yang terbaik..dan pada ketika tu BP akan memuji-muji pula saya..kan(berbalik kepada isu asal..BP cuba mengelak mengulas tentang perlantikan pencalonan DRD dulu...macam2 kritikan...skarg DRD ok pun)..Datuk Haji Musbah setakat kelulusan tingkatan 5..boleh pun mentadbir Tempasuk..tiada masalah pula)itu menjawab sesiapa pun boleh yang penting kemahuan dan iltizam serta mahu berubah memungkin perkara tersebut....menjawab kepada tuduhan saudara bahawa saya hanya mensasarkan DSSK,dan TSP itu tidak benar.....sebahagian besar ahli politik tua di sabah harus ditukarkan oleh rakyat...mereka bukan tetap dan berpencen dalam jawatan tersebut..cukuplah mereka sudah kaya...bagilah peluang kepada orang lain untuk mentadbir urus kerajaan negeri dengan lebih berkesan...dan saya meramalkan 20 tahun dari sekarang...perubahan besar kepada mentaliti rakyat sabah akan mengakibatkan gelombang besar pada sistem politik sabah..sesekali jadi tukang ramal la pulak...salah kah?
Memang benar spt MO katakan tentang saudara...saudara sebenarnya ada kepentingan yang perlu dijaga..dan bukan berbahas secara intelektual...teruskan perjuangan saudara yang berbentuk mikro tu...
cara berfikir yang saudara anuti sekarang akan meleburkan UMNO dengan lebih cepat..kerana tidak mengambil pandangan golongan muda...salam

BELUM PENDEKAR said...

Sdra mambang,

Kalau apa yang saya kata bahawa belum Ada dikalangan kita yang setanding dengan kebolehan mereka berdua itu tidak logic, maka sdra tolong tulis siapa?... Jika sdra tidak dapat senaraikan maka sdra tidak menjawab soalan saya.

Mengambil DARD sebagai contoh tidak menjawab solon kerana DARD bukan orang KB. Yang saya tanya dikalangan orang KB... Tidak spt yang sdra faham, DARD sebelum menjadi ahli parlimen KB adalah setiausaha Politik Musa Aman dan SU Pemuda Umno Malaysia bukannya berpangkat rendah spt sdra katakan...

Memang benar beliau kelihatan agak agresif, Namun, saya juga mendapati bahawa ramai juga yang komplen akan prestasi beliau di KB. Maknanya, siapapun yang jadi wakil rakyat Akan tetap Ada pihak yang tidak puas hati spt sdra.

Berbeza dgn sdra, saya tidak pernah merasakan bahawa saya layak menjadi wakil rakyat walaupun pendidikan saya juga agak baik. Ini bukanlah bermakna bahawa saya bodoh atau tidak tahu buat kerja dsb... Sebaliknya, kerana saya faham benar bahawa menjadi wakil rakyat itu tanggungjawabnya cukup besar Dan berat. Dan, kerana itu saya insaf bahawa saya tidak mampu memikul tjwb tsbt. Saya tidak tahu setakat mana pengetahuan sdra tentang tjwb serta tugas wakil rakyat yang sebenarnya. Yang jelas, ia bukan terhadap setakat megawatt kawasan sahaja... Tanyalah DARD apa tug as beliau di Parlimen yang kadang-kadang diarahkan mewakili negara untuk persidangan antarabangsa... Sdra fikir semua orang boleh buat perkara tsbt?....

Janganlah hanya kerana sdra "rasa" boleh buat maka sdra membuat kesimpulan bahawa sdra sudah layak menjadi wakil rakyat... Kalau setakat rasa-rasa, itu bukan caranya...

Lagi satu, samada hujah saya atau hujah sdra yang diterima oleh masyarakat yang membaca ulasan kita, biarlah mereka yang menentukannya. Saya percaya mereka tahu menilai Dan membaca apa yang tersirat disebalik ayat-ayat kita. Mereka juga tahu menilai siapa yang benar Dan siapa yang tidak..

Salam
BELUM PENDEKAR

BELUM PENDEKAR said...

Sdra mambang,

Sekarang jelas bahawa masalah sebenar sdra ialah sdra mahu melihat pemimpin yang sdra kata sudah tua diganti kerana mereka sudah "kaya..." maknanya, sdra mahu peluang itu sebenarnya... Mahu jadi kaya... Huhuhuhu

Siapa kata pentadbiran DHMJ di tampasuk tiada masalah? Bukankah banyak orang komplen termasuk dalam blog ini bahawa beliau juga tidak menunaikan janji janji beliau dulu?... Bukankah juga Ada komplen bahawa rumah beliau di KK besarnya mcm istana?... Sdra tidak tahukah mengenai perkara ini?

Mengenai ulasan saya, kenapa pula saya tidak boleh mengulas komen sdra sedangkan sdra boleh mengulas komen saya?... Pada saya, bar kita sama-sama ulas, biar masyarakat menentukannya.

Mengenai sdra kata komen MO bahawa saya Ada kepentingan, hehehehehehe... Saya tidak pernah den gar pula beliau kata saya sedemikian. Yang saya tahu beliau kata BP adalah TSPA Dan beliau telah terbukti salah dalam Hal itu walaupun pada awalnya beliau berkeras Dan mengemukakan bermcm-mcm hujah. Beliau telah memento maaf secara terbuka kepada TSPA mengenai keterlanjuran beliau menuduh TSPA kononnya saya. Ok, kalau benar saya berkepentingan, sdra jelaskan kepentingan saya?.. Sdra jangan fikir semua orang Mempunyai sikap spt sdra, menyokong bila Ada kepentingan.... Saya tidak seperti itu... Saya Ada penilaian saya sendiri Dan saya komited untuk mempertahankan prinsip saya.

Akhirnya, saya tidak fikir apa yang saya perjuangkan Akan menjauhkan golongan muda. Pemimpin sediada bukannya tidak releven kepada mereka.. tapi, kalau orang mcm sdra, memang Akan menjauhkan lah sb sdra tiada peluang kalau menyokong mereka bukan...

Salam maju jaya untuk sdra juga.

Salam dari
BELUM PENDEKAR

mambangtiora said...

salam BP..."sesungguhnya nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah sekiranya kaum itu sendiri tidak mengubahnya" betulkan jika silap...saya rasa BP pernah terjumpa hadis ni..masa belajar ditingkatan 5...saya pernah pelajari dan saya masih ingat sampai sekarang......pengajaranyaa kepada masyarakat kota belud dan amnya sabah...nasib kaum kamu tidak akan berubah sekiranya kamu tidak juga mahu berubah kerana atas kepercayaan tahyul bahawa tiada yang boleh menggantikan pemimpin yang kamu puja selama ini..sedangkan sudah puluhan tahun mengetuai kamu..begitu-begitu juga kehidupan kamu ..dulu dan kini.....siapa yang bersalah??????....berfikirlah secara rasional..
Tidak seperti BP sentiasa merasa kecil dan rendah diri dan suka membayangkan bukan2...terlalu beratlah jadi YB konon itulah di tidak sanggup....hahahaha..terlalu dramtiklah....tanya lah YB-YB BN kita tu berat sangat kah..ada yang terus mati apabila jadi YB???ada yang letak jawatan kerana tidak sanggup menangung bebanan tugas????...kenyataan BP berbentuk retorik/propaganda yang cuba menakut-nakutkan masyarakat bahawa hanya golongan itu saja mampu menjadi ketua/YB kerana adanya niat atau unsur kepada pengekalan kuasa...

wasalam...sesungguhnya ALLah lebih mengetahuiNya....amin

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Mambang,

Memang benar bahawa nasib sesuatu kaum tidak Akan berubah andai kaum tersebut tidak mahu mengubahnya. Saya tidak pernah mempersoalkan perkara itu. Namun, Persoalan yang lebih penting selepas pernyataan ini ialah, bagaimana kaum tersebut mengubah nasib mereka. Adalah dengan cara seperti yang sdra Mambang cadangkan tersebut?.... Dare to fail?..... Apakah jaminan sdra bahawa selepas gagal tsbt, maka kaum sdra Akan berjaya. Juga, apakah jaminan bahawa selepas pemimpin skrg tiada maka kaum sdra Akan melonjak maju kehadapan?....

Sdra memang pendek akal agaknya... Bukankah saya kata bahawa Tanya DARD apa tjwb Dan tugas sebenar wakil rakyat... Kalau sdra kata bahawa saya mengada-awaken cerita kononnya jadi wakil rakyat itu sukar, Tanya kepada beliau... Agaknya, sdra mampu ke menjadi wakil negara berdialog Dan bermesyuarat dengan wakil-wakil negara asing? Membentang kertas kerja di peringkat antarabangsa Dan sebagainya?.. Mampu sdra?..

Bila sdra mengatakan bahawa saya rhetoric Dan propaganda, saya fikir sdra sebenarnya amat dais pengetahuan. Barangkali sdra hanya tahu halaman rumah sdra saja... Makanya, kalau tidak tahu, cubalah term kenyataan...

Di sampling itu, sampai skrg pun sdra tidak menjawab atau menyenaraikan siapa yang boleh menggantikan TSPA Dan DSSK... Kenapa? Sebab hanya sdra yang mampu ke?... Hehehehehehehehehe

Ok lah, sdra lah kelak yang kita sokong Dan calonkan jadi wakil rakyat ya..

Salam
BELUM PENDEKAR

mambangtiora said...

Terlalu dangkal hujah saudara berkaitan dengan betapa sukaranya menjadi YB kerana terpaksa berdailog dan bermesyuarat dengan orang asing...saya bukan merendahkan BP atau bersikap bongkak....setakat berdailog dan bermesyuarat dengan mereka itu adalah sifir dua...sajalah....kan diuniversiti kita biasa berbahas..berdailog..membentangkan kertas kerja..membuat tesis...terpaksa berhadapan dengan profesor2..tu sudah jadi kebiasaan apa pula susahnya...kalau dalam bahasa indonesia perkara "enteng"
maaf sekiranya mengganggu emosi BP...
2..berkaitan dengan siapa yang boleh menggantikan DSSK..TSP..dan yang lain-lain dan saudara minta saya tunjukkan.....terlalu abstrak...adakah dari segi pencapaian????...pengalaman jadi YB...???? atau dari segi budaya kerja????atau dari segi ketelusan???atau dari segi ketawadukkan kepada ALLAH?..yang mana satu....????ok..saya ambil dari segi pengalaman menjadi YB...siapa yang saya boleh tunjukkan sekiranya mereka tidak memberi peluang kepada orang lain..bagaimana kita boleh membuat perbandingan?...dari segi akademik dan pengalaman mentadbir? ..mungkin boleh...sebab mereka ini pernah menjadi ketua-ketua jabatan...tidak perlulah saya nyatakan disini kerana seolah-olah saya lebih cenderung kepada mereka dan ada unsur mengampu....perjuangan sebenar saya adalah perubahan minda kepada masyarakat kota belud.....membolehkan mereka mampu memperolehi pengetahuan,pemahaman,aplikasi,analisis, sintesis dan membuat penilaian(Bloom 1956 dan Krathwohl 1964)kepada isu-isu yang dibawa oleh parti demi kebaikkan mereka..sekiranya mereka mampu berbuat demikian mereka tidak akan dengan mudah digula-gulakan oleh kata-kata retorik YB-YB kita dan termasuk saudara BP..
3..saudara BP..banyak2lah baca buku politik seperti Political Mind by George Lakoff..bagus ceritanya....buka minda sikit jangan terlalu sempitkan pemikiran..banyak lagi buku2 poltik yang bagus ..dalam internet banyak...Alan Grayson...Drew Westen..beribu lagi...bacalah tulisan mereka...jangan asyik bertanya siapa yang boleh menggantikan Mereka?
4. Kesimpulanya jangan suka meperlekehkan orang lain...kerana kemampuan sebenar mereka tidak akan teruji apabila tidak diberikan peluang..jangan nilai teralu awal..nilailah selepas mereka melakukan kerja tersebut..dan barulah buat perbandingan?....

wasalam.....

BELUM PENDEKAR said...

Sdra mambang, apa pun alasan yang sdra berikan, selagi sdra tidak menyenaraikan Nama siapa yang layak menggantikan DSSK Dan TSPA, pada saya sdra tetap tidak menjawab isu yang dibicarakan. Usaha sdra mempersoal dari sudut mana kelayakan yang dimaksudkan jelas membuktikan bahawa sdra sebenarnya Cuba lari dari isu sebenar iaitu memberikan nama, siapa yang layak. Pada saya, jika sdra tidak dapat menyenaraikan Nama berkenaan untuk penilaian umum, maka itu bererti bahawa sdra sendiri mengakui bahawa tiada orang yang layak menggantikan mereka bukan? Kalau Ada, mana dia? Siapa?... Atau, mcm saya kata dulu, hanya sdra yang mampu menggantikan mereka berdua?..

Berbalik kepada isu berhadapan dengan wakil negara lain di peringkat antarabangsa, saya rasa mcm nak tergelak besar membaca keangkuhan sdra bahawa perkara tsbt sifir dua saja... Hehehehehehe.... Kalau orang yang mengaku terpelajar spt sdrapun bersikap sedemikian, apatah lagi kalangan yang merasa bahawa mereka telah layak menjadi pemimpin tsb. Inilah sebabnya saya katakan dari awal bahawa menjadi wakil rakyat itu bukan mudah. Harus Ada sifat merendah diri walaupun hakikatnya kita cukup berilmu. Bukan berbicara menggunakan agama sebagai sandarac tetapi dalam masa yang sama bersikap bongkak spt sdra. Utk makluman sdra, suasana pembelajaran diUniversiti tidak sama dengan suasana persidangan bersifat politik diperingkat antarabangsa. Mungkin sdra boleh mewakili negara, tetapi apa tahapnya? Kalau setakat jadi wakil negara tetapi akhirnya dilihat dungu, itu hanya memalukan negara namanya.

Untuk kesekian kalinya juga, saya ulangi lagi bahawa orang-orang KB bijak menilai... Maka itu, bila sdra katakan bahawa sdra mahu membuka minda Dan mata orang KB supaya tidak terus digula-gulakan, pada saya itu satu penghinaan. Sdra seolah-olah mengatakan bahawa orang KB ini bodoh Dan tak tahu membuat penilaian sendiri. Sdra fikir, hanya sdra seorang kah yang berpelajaran di KB ini?.. Atau, sdra fikir, hanya penilaian sdra seorang saja yang betul Dan penilaian orang lain semuanya salah?... Itulah nilai yang boleh dicontohi dpd seorang yang mahu membuka mata orang KB?... Hehehehehe... Saya takut, mata orang KB terbuka tapi mata sdra pula yang tertutup...

Own... Rupanya sdra ini seorang yang amat luas pembacaannya. Syukurlah... Ada juga rupanya pakar politik yang belum kita kenali...hehehehehe... Dan, atas sebab itulah barangkali idealogi sdra lebih bersifat "idealistic". Apapun, apa yang tertulis didalam buku tidak semestinya boleh terpakai secara praktikalnya sdra. Dalam buku memang lah nampak cantik... Tetapi, aplikasinya tidak semudah itu. Maka itu, jangan ambil apa yang tertulis bulat-bulat. Samalah dengan jadi wakil rakyat, teorinya mudah, praktikalnya sukar... Tapi, untuk orang bijaksana Dan pakar politik mcm sdra, saya rasa mudah lah barangkali... Sifir dua saja kan.... Hahahahahahahahahahahahahahaa...

Mengenai isu kononnya saya memperkecil-kecilkan seseorang... Siapa yang saya perkecilkan? Bukan sdra ke yang berbuat demikian? Kata org KB boleh digula-gulakan, kata pemimpin Sabah "makan besar" dsb.. Itu bukan memperkecil ke? Apa yang saya kata, jadi wakil rakyat bukan mudah... Siapa yang saya perkecilkan dengan berkata demikian... ? Kalau sdra fikir bahawa jadi wakil rakyat itu sifir dua, tidak apa lah... Mengapa sdra harus merasa diperkecil pula?...

Nah, skrg untuk pertimbangan semua pembaca, sekali lagi saya minta sdra senaraikan siapa yang layak tersebut. Dan, untuk lebih mudah... Layak dalam semua sudut lah.. Bukan satu sudut saja.... Nanti jadi sempit pula ruang lingkup sdra membuat senarai... Jadi, silakanlah wahai sdra ku Mambang... Bagilah orang KB yang sdra kata mata Dan minda mereka tertutup tsbt menilai pilihan sdra, biar kita tahu mata Dan fikiran siapa yang tertutup Dan siapa pula yang terbuka...

Salam
BELUM PENDEKAR