Saturday, December 4, 2010


Politik sememangnya sesuatu yang sukar dijangka, baik jangkaan pada masa depan ataupun jangkaan yang beralaskan imaginasi. Kerana itu bagi kebanyakkan pemerhati politik, segala ramalan awal bisa meleset apabila hakikat sebenar mula terserlah. Mungkin situasi ini bertepatan dengan apa yang berlaku kepada tokoh politik paling menyerlah di Kota Belud iaitu Tan sri Pandikar Amin. Sebelum ini, isu penggugurannya pada PRU 12 menjadi bual bicara di semua peringkat lapisan masyarakat di daerah ini. Ada yang melahirkan sikap pro dan ada juga yang kontra tidak kurang yang berada diatas pagar. Selepas perlantikkanya sebagai YDP dewan Rakyat, pemerhati politik mula berkira-kira bahawasanya Tan Sri pandikar Amin akan dipencenkan dengan tawaran jawatan TYT Sabah. Ramalan ini pernah disuarakan oleh penulis politik sdr Musli Oli. Namun kerana politik adalah ‘cecair’ yang terus mengalir, maka perlantikan Tan sri Hamid Egoh,bekas setiausaha kerajaan negeri yang dikhabarkan akan menduduki kerusi TYT itu menjadikan Tan Sri Pandikar Amin yang dikatakan turut tersenarai tetapi tidak terpilih, harus membuat tindakan berani dalam hidup politiknya , sama ada akan kembali aktif dalam politik setelah melepaskan jawatan ketua umno bahagian Kota Marudu selepas dilantik ke jawatan YDP dewan rakyat, atau Tan Sri Pandikar akan menjadi seperti nasib ratusan ahli politik yang ditinggalkan oleh kehendak rakyat dan akhirnya menjadi rakyat biasa setelah begitu lama ‘berkelana’ dalam poliitk kepartian.



Jika Tan Sri Pandikar masih ‘berselera’ untuk terjun dalam dunia politik semula, dan jika Tan sri Pandikar masih ‘mengidam’ jawatan eksekutif utama di negeri Sabah, maka adalah tidak janggal jika pemerhati politik mengandaikan bahawa harus ada keberanian bagi personaliti politik Iranun itu ‘melobi’ untuk menjadi wakil rakyat semula. Tidak timbul di posisi mana, baik di DUN tempasuk, Dun Usukan, hatta di kawasan parlimen sekalipun. Hanya yang menjadi taruhan politik Tan Sri Pandikar ialah ‘kebersediaan’ beliau untuk mentransformasikan pendekatan politik beliau terutama melibatkan golongan muda atas pagar di daerah ini.




Memang diakui bahawa ‘aura’ Tan sri Pandikar masih bergelojak di kebanyakkan jiwa pengikut setianya di daerah ini yang rata-rata telah mencecah usia 50 tahun setelah ditolak penglibatan Tan sri Pandikar dalam dunia politik sehampir 30 tahun yang lepas. Namun golongan ini tidak sebegitu ramai jika dibandingkan dengan golongan tunas baru yang mula mengenal politik seawal usia 21 tahun hingga 40 tahun. Oleh yang demikian pendekatan politik tan sri Pandikar harus berubah mengikut naluri golongan ini, itupun jika seperti yang saya katakan seawal tadi kalau Tan sri Pandikar masih “berselera” untuk menjadi wakil rakyat di Kota belud.




Dari pemerhatian dan perbincangan secara berkelompok, mendapati bahawa golongan muda non partisan ini masih terus menyembunyikan pegangan politik mereka. Sokongan golongan ini akan memberikan impak besar kepada keberjayaan tan sri Pandikar sekurang-kurangnya mencatat sokongan majoriti paling bergaya pada PRU 13 akan datang jika beliau dicalonkan. Namun harus disedari bahawa golongan muda non partisan ini bukanlah berupa pemuda Umno Kb, tetapi golongan ini adalah antara ratusan anak-anak muda yang masih merahsiakan sokongan mereka kepada mana-mana pihak atau pemimpin politik di daerah ini.




Kerana itu saya menjangkakan bahawa Tan Sri Pandikar Amin sudah tidak ada pilihan lain selain daripada kembali aktif dalam politik apabila pengumuman calon TYT Sabah diwartakan kelak. Maka bermula dari sekarang pada hemat saya Tan Sri Pandikar perlu ‘turun’ padang merasai denyut nadi golongan ini. Bukan sekadar membawa mereka mengunjungi kota Manila dan melawat Magindanao. Sedangkan yang masih tinggal di daerah ini begitu ramai menanti apakah bentuk program yang boleh mereka sertai sebagai tindakbalas kepada penagihan sokongan terhadap Tan Sri Pandikar. Misalnya pada waktu terdekat ada baiknya TSP menganjurkan program berbentuk riadah seperti pertandingan Futsal, Bola Sepak atau badminton merebut piala TSP.Sama ada suara kecil di blog ini mendapat perhatain TSP atau tidak hanya akan terjawab apabila PRU 13 ‘memberikan’ peluang kepada tokoh dari suku Iranun ini. Bersama kita nantikan!.

12 ulasan :

PAK CIK KORDI said...

dlm politik ada-ada saja. kalau benar TSP mahu calon semula bole bah..


saya sokong KM..kalau TSP buat program belia di KB...

BELUM PENDEKAR said...

Pada hemat saya, tidak perlu bagi TSPA berbuat apa-apa, apatah lagi usaha yang menjurus kepada menjadi calon dsb. Ini adalah kerana, TSPA kalau tidak bertanding sekalipun telah mempunyai kedudukan dalam negara ini. Perlu diingat bahawa perlantikan TSPA sebagai YPDR bukan kerana kedudukan beliau sebagai wakil rakyat tetapi adalah atas kapasiti beliau sendiri yang diiktiraf kebolehannya oleh kerajaan.

Atas sebab itu, kalau pun tidak dicalonkan pada PRU Akan datang, TSPA tidak rugi apa-apa. Rakyat KB sendirilah sebenarnya yang Akan rugi.. Apa yang pasti, Kedudukan TSPA sebagai YPDR tetap terjamin. Maka, rakyatlah yang menilai sendiri apa yang mereka mahu. Samada pemimpin yang kelas A atau sebaliknya.

Salam dari
BELUM PENDEKAR

Observer said...

SALAM SAUDARA KM,

1. SETELAH MEMBACA PENULISAN SAUDARA INI,SAYA SEKALI LAGI TERPANGGIL UNTUK MEMBUAT KOMEN DAN MELIHAT DARI PERSPEKTIF YANG BERLAINAN.

2. SEPANJANG PEMERHATIAN DAN PENGETAHUAN SAYA SAMADA DAPATAN DARI KAWAN2 DARI KB,SABAH DAN SEMANJUNG MALAYSIA TPA SALAH SEORANG PEMIMPIN SABAH,KB DAN DARI SUKU IRRANUN RUMPUN BAJAU BUKAN SAHAJA BERJAYA MENCAPAI IMPIANNYA MENJADI REALITI DALAM BIDANG POLITIK TAPI JUGA TELAH BERJAYA MENGANGKAT MARTABAT DAN MEMPERKASAKAN ORANG SABAH,KB DAN MASYARAKAT IRRANUN DI PERSADA POLITIK KEBANGSAAN DAN DUNIA.

3. SAYA BERANI MENGATAKLAN DEMIKIAN SEBAB DARI APA YANG SAYA DAPATI DAN DENGAR DARI ORANG2 SABAH DAN SEMANJUNG MALAYSIA DARI PELBAGAI BIDANG SAMADA ORANG POLITI,ORANG AWAM,USAHAWAN,PEJAWAT AWAM DAN LAIN2 LAGI AMAT BANGGA DAN TERUJA DENGAN KEPIMPINAN TPA SEJAK DAHULU APALAGI SEBAGAI YPDR.ORANG2 SEMANJUNG SENDIRI MENYATAKAN MEREKA AMAT TERUJA DENGAN KEPIMPINAN TPA SEBAGAI SEORANG YANG DIAMANAHKAN MENJALANKAN TUGAS DI PARLIMEN YANG BEGITU TELUS,ADIL,TEGAS DAN PENUH BERTANGGUNGJAWAB.

4. TPA MEMPUNYAI STAIL KEPIMPINAN TERSENDIRI.MALAH BELIAU MEMPUNYAI KARISMA DAN AURA TERSENDIRI BERBANDING DENGAN PEMIMOPIN LAIN APA LAGI DARI SUKU IRRANUN.TPA MEMPUNYAI DAYA TARIKAN SENDIRI DALAM MEMENANGI HATI DAN MINDA SESIAPA PUN TERUTAMA MASYARAKAT KB.SIKAP YANG SUKA BERTERUS TERANG,TEGAS DAN MENOLONG SEPENUHNYA BILA DIPERLUKAN JIKA DALAM BIDANG KUASA DAN KEMAMPUANNYA.SIKAP BERBOHONG ADALAH JAUH SEKALI DARI SIKAP SEMULA JADI TPA.SAYA BUKAN MEMUJI TAPI BERCAKAP ATAS DASAR REALITI BUKAN PERSEPSI.....Bersambung

Observer said...

5. BERHUBUNG ISU "TYT TERLEPAS:TPA....SAYA BERPENDAPAT TPA TIDAK MENGHARAPKAN DAN MEMIKIRKAN PERKARA ITU.APA YANG TPA CAPAI TELAH MENCUKUPI DAN PERCAYA TPA AMAT BERSYUKUR KEPADA TUHAN.KERANA TIDAK SEMUA ORANG AKAN BERJAYA APA YANG TELAH BELIAU CAPAI DALAM HIDUPNYA.

6. PERSOALAN APAKAH TPA AKAN TERPILIH SEBAGAI CALON PRU 13,SAYA YAKIN TPA MENYERAHKAN KEPADA PIHAK KEMPIMPINAN DI ATAS.TPA PASTIAKUR PADA TAKDIR.TAPI REALITINYA KEPIMPINAN TPA MASIH DIPERLUKAN TERUTAMA MEWAKILI SUKU IRRANUN.BERDASARKAN PENGALAMAN DAN HUBUNGANNYA YANG BAIK DGN PEMIMPIN LAIN MERUPAKAN SATU KEKUATAN TERSENDIRI KECUALI KESIUHATAN BELIAU TIDAK MENGIZINKAN LAGI.

7. ADALAH AMAT MERUGIKAN JIKA ADA GOLONGAN SAUDARA DARI SUKU IRRANUN MENINDAKKAN KEPIMPIANAN TPA YANG SUDAH TERBUKTI.JIKA ORANG2 LAIN MENGKAGUMI KEMPIMPINAN TPA TAPI SEGELINTIR ORANG DARI SUKUNYA CUBA MENINDAKKAN SEMUA INI DAN CUBA MEMBUNUH KARIER TPA DIHUJUNG WAKTU2 BEGINI MAKA PERSOALAN SAYA KENAPA SEGOLONGAN KECIL KUMPULAN YANG SEKAMPUNG, SEBANGSA DAN SEAGAMA DENGANNYA TIDAK MENYOKONG TPA DAN MENAFIKAN SEGALA-GALANYA APA YANG SAYA UTARAKAN TADI.PERSOALAN INI BOLEH TERJAWAN DAN JAWAPANNYA ADA TERSIRAT DALAM HATI KECIL SAUDARA SAYA KM DAN TERSELINDUNG SECARA HALUS DALAM PENULISANNYA KALI INI.MARILAH SAMA2 KITA RENUNGKAN DAN HAYATI INTIPATI TULISAN SAUDARA KM KALI INI.

SALAM HORMAT DAN PERPADUAN.

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Untuk menarik golongan muda yang undi mereka masih menjadi teka-teki dimasa PRU-13 nanti adalah lebih baik sekiranya golongan ini diberi muka untuk menerajui kepimpinan khasnya di Kota Belud, sebab citarasa orang muda hanya mereka saja yang mengetahuinya. Peranan golongan muda di masa akan datang dalam berbagai bidang amat diperlukan.
Soal Tan Sri Pandikar untuk aktif semula dalam politik harus diketepikan dan beri peluang kepada golongan muda, TSP hanya sebagai penasihat dan merancang sesuatu untuk dibincangkan di meja bulat.

BELUM PENDEKAR said...

Salam,

Mengetepikan kepimpinan tertentu dengan alasan untuk memberi ruang kepada golongan muda untuk memimpin pada saya adalah merupakan tindakan yang tidak berpandangan jauh. Perlu diingat bahawamempunyai usia muda tidak menjamin bahawa kualiti atau mutu kepimpinan seseorang itu akan lebih baik berbanding mereka yang lebih berusia. Bahkan, lebih tua seseorang itu maka Akan lebih baik kepimpinannya kerana orang berkenaan Akan lebih bijaksana atau "wise" dalam pertimbangan dan tindakannya.

Selain dari itu, faktor utama yang sepatutnya menjadi pertimbangan dalam memilih pemimpin ialah "kebijaksanaan serta kepandaian" dan bukannya factor "muda atau tua". Saya fikir, tiada orang yang waras yang mahu dipimpin oleh orang yang lebih "bodoh" berbanding dirinya sendiri. Ini adalah kerana tuntutan utama daripada seorang pemimpin ialah seseorang pemimpin harus mampu membawa orang yang dipimpinnya kearah kehidupan yang lebih dan bukan sebaliknya.

Maka, tertanya-tanya saya, dimanakah agaknya kewajaran cadangan untuk mengenepikan pemimpin tertentu untuk memberi ruang kepada golongan muda ini?

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Soal ketepikan pemimpin seperti yg saya katakan bukan lah terus dipinggirkan tetapi sebagai idola utk pemimpin muda memimpin seperti yg telah dikecapi dan dicipta oleh pemimpin terdahulu malah akan merancang sesuatu yg lebih baik lagi selaras dgn keinginan dan kemahuan akar umbi, sebab kita akan menghadapi PRU-13 yg lebih mencabar..jika sekiranya TSP dipilih utk menjadi calun di mana-mana kawasan Kota Belud itu adalah rezeki utk beliau dan kita harus terima hakikat, tetapi kalau dapat dipertimbangkan agar org muda diberi peluang yg sewajarnya.

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar dan Selamat Menyambut Ma'al Hijrah untuk kalian.

Rasa nya, isu pokok yang penulis ketengahkan disini, sungguh jelas; ia itu sama ada TSPA maseh releven untuk meneruskan career beliau dalam arena politik atau pun bernokta setakat ini?

Bagi saya, jawapan sebenar nya ada lah terletak pada budi-bicara TSPA sendiri. Walau pun terdapat ada beberapa golongan tertentu berusaha sangat untuk menidakkan ‘urge’ TSPA untuk meneruskan perjuangan politik beliau.

Sama ada kita ‘setuju atau pun tidak’, dan ‘kita suka atau pun tidak’, semua ini tidak bermakna. Kerana ‘destiny’ TSPA sudah pun terukir dalam carta hidup beliau. Dalam soal ini, tidak banyak yang kita boleh buat.

TSPA, sebagai seorang negarawan dan ahli politik yang sungguh mahir serta mempunyai personaliti yang bukan calang-calang, rasa nya pemimpin kanan BN termasuk Perdana Menteri telah pun buat keputusan dimana kedudukan TSPA pada PRU13 akan datang. Kita hanya sekadar menanti dan menunggu masa tersebut.

Dalam persoalan yang ada kaitan, BN telah memutuskan bahawa calon yang akan di pilih mewakili komponen tersebut (begitu juga PR) pada PRU13 akan datang, ada lah yang terdiri dari juara kesukaan rakyat dsb.
Bukan semestinya dari mereka-mereka yang sedang menyandang gelaran YB kini atau pun ketua dari mana-mana parti dalam komponen.

Untuk itu, dijangka PM telah pun mempunyai lapuran sulit, siapa dan siapa kah mereka yang akan menjadi calon tersebut. Kalau nama TSPA ada tersenarai sebagai calon ketika PRU13 nanti; atas dasar prestasi dan merit beliau yang dianggap maseh lagi layak untuk memimpin, maka akan bertanding lah beliau. Untuk itu, kata orang puteh, “nothing we can do about it’.

So bagi saya, langkah paling bijak yang kita boleh lakukan pada masa itu, ada lah sama ada kita sokong atau pun tentang beliau nanti.

Namun buat masa ini, kita hanya sekadar membuang masa untuk memikirkan hal-hal yang konyol dan bukan-bukan saperti speculation, prediction dan sebagai nya.

Sekali lagi salam dan semuga kalian sukses.

Observer said...

SALAM SEMUA.

1. DALAM PEMGAMATAN SAYA KOMEN SAUDARA RK BUKANLAH BERMAKSUD MENINDAKKAN KEPIMPINAN TPA TETAPI LEBIH MENJURUS KEPADA MEMBERI PELUANG KEPADA GENERASI MUDA UNTUK MEMIMPIN POLITIK KB DI MASA MENDATANG.

2. SEHUBUNGAN DENGAN ITU KOMEN SAUDARA BP DAN SOLYMONE ADA ASAS DAN RASIONALNYA DAN PERLU DIAMBIL PERHATIAN UNTUK MEMBAWA HALATUJU KEPIMPINAN POLITIK KB KHASNYA.

3. DALAM PENIKAIAN SAYA KEPIMPINAN TPA MASIH RELEVAN DAN DIPERLUKAN DENGANJ GANDINGAN DSSK DI KB KHAS DAN SABAH AMYA.TPA MASIH PENGARUH DARI SEMUA GOLONGAN KAUM DI KB WALAU PUN PADA SUATU KETIKA DAHULU TPA HANYA DILABELKAN SEBAGAI PEMIMPIN SUKU IRRANUN.TETA[PI SENERIAONYA KINI SUDAH BERUBAH TPA ADALAH MILIK SEMUA DI SABAH APA LAGI DI KB,BAJAU,IRRANUN,KADAZAN DUSUN,CINA DAN LAIN2.

4. SEPERTI MANA YANG PERNAH SAYA CETUS DALAM BLOG INI BAGI PEMIMPIN MUDA KHUSUS SAUDARA DARI SUKU KAUM IRRANUN SUPAYA MENDEKATI TPA UNTUK MENJADIKAN DIA SEBAGI MENTOR DALAM POLITIK SEBAGAI BAKAL GOLONGAN PELAPIS.ADALAH AMAT MERUGIKAN JIKA SESEORANG ITU MENJAUHKAN DIRI DARI TPA ATAU PEMIMPIN2 POLITIK LAMA.MEMANG ADA KEBENARANNYA DENGAN BERBEKAL UNUR MUDA DAN SEGULUNG IJAZAH BELUM MENJAMINKAN SESEORANG ITU MENJADI PEMIMPIN POLITIK YANG BERKESAN DAN DINAMIK.KULAITI KEMPIMPINAN AMAT BERSANDARKAN KEPADA ADUNAN PENGALAMAN MASA LALU.TPAS TELAH BERJAYA MEMBUAT ADUNAN KEPIMPINAN ITU.TIDAK PERLU SAYA RUNGKAIKAN BERDASARKAN PENGALAMAN TPA MASALALU DI SINI TAPI CUKUPLAH BERDASARKAN LATARA BELAKANG TPA YANG SANGGUP BERKORBAN BUKAN UNTUK DIRINYA TAPI DEMI PERPADUAN,KEMAJUAN DAN KEHARMONIAN MALAYSIA AMNYA DAN SABAH KHAS.

SALAM HORMAT DAN PERPADUAN.

watasikadi said...

salam KM dan rakan blogger sekalian,
politik tatap politik, orang politik hidup matinya politik, TSPA bagi saya tetap mahu berpolitik dan jika boleh saya lebih suka kelantangan TSPA ini digunakan untuk NGO yang memperjuangkan permasalahan masyarakat.. rehat2la dulu tan sri, berNGO la kerana NGO baik untuk kesihatan. namun siapalah saya untuk menasihati,tu semua terpulang kepada tuan punya diri kerana itu stering dia yang pigang...hahaha

BELUM PENDEKAR said...

Salam rakan-rakan semua,

1. Dulu, ada pihak (bukan KM) yang mengaku kononnya mewakili golongan muda, begitu bersungguh-sungguh mengatakan bahawa kepimpinan sediada di KB sudah tidak lagi releven dan perlu diberikan kepada golongan muda. Untuk menguatkan hujah mereka, pelbagai alasan Dan justifikasi diberikan seperti perjuangan Wadah Baru, hanya orang muda yang tahu aspirasi orang muda, orang muda sekarang lebih terpelajar Dan sebagainya...

2. Secara peribadi, saya seajack mula sememangnya amat meragui niat pihak ini. Ternyata, tidak sempatpun beberapa ketika, niat sebenar mereka tergambar. Usaha terbaru pihak ini, yang memertikaikan pemilihan YB Linda Tsen, sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil Batu Sapi, membuatkan niat sebenar mereka tidaklah begitu sukar untuk dibaca.

3. Telahan saya bahawa mereka ini cuma berjuang untuk kepentingan individu tertentu ternyata benar... Dan, bukan rahsia lagi skrg ini bahawa misi mereka ialah untuk mempastikan agar orang tertentu boleh menjadi calon dalam PRU yang akan datang. Sebab itulah maka, gerakan perang saraf awal dilaksanakan bagi tujuan mempengaruhi minda masyarakat agar percaya dengan dakyah yang mereka lemparkan. Terbaru, mereka cuba menggunakan sentimen kesukuan untuk mencapai matlamat mereka.

4. Kepada mereka ini, saya ingin mengingatkan bahawa TSPA dipilih menjadi pemimpin oleh pucuk pimpinan di Kuala Lumpur bukanlah kerana "suku" beliau. Sebaliknya, kerana kepandaian, kebijaksanaan, kepandaian Dan kharisma beliau sendiri. Sebab itulah maka, bila pihak-pihak ini menyifatkan bahawa penolakan atau kegagalan almuddin kaida untuk dipilih jadi calon Batu Sapi, sebagai "penyisihan" suku tertentu, saya amat skeptical mengenainya.

Bersambung/-

BELUM PENDEKAR said...

Sambungan/-

5. Pemilihan TSPA menjadi Presiden AKAR semasa bertanding dengan Dr Jeffry jelas membuktikan bahawa TSPA mempunyai keistimewaannya sendiri.

6. Malangnya, suku beliau sendiri khususnya yang mengaku sudah terpelajar tidak sedar akan hakikat ini. Mereka menganggap bahawa TSPA jadi sedemikian kerana pemimpin politik tertentu memberi ruang kepada suku Irranun terlibat dalam politik negeri dan negara. Pendeknya, mereka ini beranggapan bahawa TSPA jadi pemimpin hanya kerana belas ehsan dan bukannya atas kelebihan semulajadi yang beliau miliki. Dan, belas ehsan inilah yang mereka mahu. Belas ehsan kepada suku Irranun yang minoriti untuk terlibat dalam perjuangan politik negeri dan negara. Atas kepercayaan sedemikianlah, maka mereka tidak pernah menghargai kelebihan pemimpin ini. Mereka mungkin beranggapan bahawa tanpa TSPA pun, Irranun Akan tetap Ada wakil dalam politik kerana adanya unsur belas ehsan yang saya sebutkan tadi.

7. Namun percayalah, politik tetap politik... Tidak Akan Ada unsur belas ehsan. Siapa yang lemah, maka Akan hanyutlah ia.. Begitu juga, siapa yang berpecah, maka Akan menerima padahlah akibatnya. Sebagai suku minority, Irranun sepatutnya tahu bagaimana untuk memperkuatkan suku mereka. Malangnya, sesetengah orang Irranun sendiri, berusaha Siang Dan malam untuk menghancurkan tembok yang selama ini menjadi kekuatan kepada mereka.

8. Sedarlah wahai sdra-sdra ku, bahawa Irranun dipandang sekarang ini kerana jasa bakti dan sumbangan kharisma dan aura TSPA. Kalau bukan beliau, Irranun belum sampai ke mana di mata masyarakat Sabah Dan Malaysia. Sesiapa yang mengkaji sejarah tentunya ariff dimana Dan bagaimana kedudukan politik suku Irranun sebelum era TSPA. Memang benar, Irranun mempunyai sejarah yang lama dalam berpolitik, tetapi dimana tarafnya berbanding era TSPA?.. Justeru, sebelum kita kehilangan "permata" yang dianugerahkan kepada kita, syukuri Dan hargailah...

Salam hormat
BELUM PENDEKAR