Sunday, November 25, 2012

Adik bapa kemerdekaan Sabah, Datu Salam Datu Harun yang juga mantan ADUN Bengkoka,Kudat selama 4 penggal hari ini bertindak menyertai PKR di hadapan lebih 10 ribu orang di perkarangan parti itu di Kudat yang turut di hadiri oleh ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datu Salam dalam satu kenyataannya menyifatkan langkah BN/UMNO menafikan hak-hak Sabah sebenarnya membutkikan Sabah sebenarnya belum merdeka walaupun sudah 40 tahun lebih menyertai pembenatukan Malaysia.

Penyertaan dan pengumuman Datu Salam ini dijangka akan merubah keseluruhannya iklim politik di Kudat, kerana ketika era USNO daerah PANTAI BARAT UTARA itu terkenal dengan LEGASI kepimpinan TUN MUSTAPHA. Sekaligus memberi tamparan paling besar kepada UMNO dan BN di Sabah.

Sejak kebelakangan ini ramai pemimpin era USNO yang 'tersisih' ketika kemasukan UMNO ke Sabah mula menunjukkan protes dengan mengisytiharkan tidak akan menyokong parti UMNO lagi.Malahan ada usaha-usaha terbaru untuk menghidupkan partri keramat USNO, walaupun pendaftarannya tidak pernah diluluskan oleh ROS.

Setakat ini desas-desus      bertiup kencanag bahawa akan ada lagi pemimpin politik di Sabah bertindak menyatakan ikrar mereka kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Selain daripada itu, dalam ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa apabila PR memerintah, harga minyak akan diturunkan 24 jam selepas PR mengangkat sumpah.PR juga akan menghapuskan PTPTN yang menjadi beban kepada golongan berpendapatan rendah.Di Samping itu Anwar juga menjelaskan akan membayangkan pembinaan lebuhraya di Sabah termasuk Lebuhraya Sabah-Sarawak.

13 ulasan :

Hinamori said...

setiap parti politik yang mahu kekal utuh atau sentiasa kelihatan berpengaruh, perlu mengambil tindakan-tindakan yang juga kelihatan proaktif dengan mengambil kira citarasa dan kehendak masyarakat umum.

Anonymous said...

pindaan perlembagaan parti Umno adalah satu daripada langkah untuk parti bergerak mara ke hadapan.

Anonymous said...

Di pihak Umno pula, pindaan perlembagaannya akan dimuktamadkan pada perhimpunan agung parti yang dijadualkan pada Oktober depan.

Anonymous said...

Pindaan antara lain membabitkan rombakan sistem pemilihan jawatan dan kuota pencalunan.

Anonymous said...

sejajar dengan anjakan perubahan dan pembaharuan yang dibawa oleh Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

mantera said...

itu pilihan dia, masing2 ada hak memilih.

Anonymous said...

Apa yang nak dihairankan bila adik Tun Mustapha sertai PKR?

Anonymous said...

Belum cukup untuk tumbangkan BN pun..

Anonymous said...

BN Yakin Menang Majoriti Dua Pertiga – Najib

Anonymous said...

Perdana menteri, yang juga presiden UMNO berkata BN, gagasan yang memerintah dengan UMNO sebagai tonggak utama, akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu.

Anonymous said...

pkr kurang calon yang baik di Sabah

Adam said...
This comment has been removed by the author.
Adam said...

PR akan memerintah Malaysia selepas PRU ke-13. PR akan tawan 18 kerusi Parlimen dan 45 kerusi Dewan Undangan Sabah. Percaya atau tidak, kita tunggu tanggal mainnya.