Wednesday, November 14, 2012

Debat antara Musli Oli dengan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dijangka akan diadakan pada 18hb .Nov.2012 bersamaan pada hari Ahad bertempat di Palace Hotel Kota Kinabalu jam 2.00 petang. Daripada sumebr maklumat yang sah, tajuk debat atau wacana ini adalah "Bajet Bn dan Bajet PR kesan kepada rakyat."

Siri wacana ini dijangka akan mendapat perhatian dari seluruh rakyat Sabah dalam segenap lapisan masyarakat kerana ia adalah merupakan julung-julung kali seumpamanya diadakan di Sabah. Satu bentuk penyuburan demokrasi tulen dan matang yang dibungai oleh wacana debat memperlihatkan ketajaman minda dan keupayaan menganalisis masa depan rakyat yangt menerima impak kepada bajet kedua-dua parti iaitu BN yang menunjangi kerajaan dan PR yang menjadi "check and balance" kepada pemerintah.

Dalam dunia maklumat tanpa batasan kini, Sabah mengorak langkah politiknya dengan menyaksikan wacana debat ini akan menjadi sejarah yang terakam sebelum PRU 13.

Kedua-dua tokoh adalah yang terpilih, DARD begitu lantang mengkritik bajet PR, manakala MO pula secara sinis dan berterus terang mempertikaikan beberapa program kebajikan yang dirancang oleh kerajaan BN termasuk pemberian BR1M dan bantuan one off kepada golongan belia dan murid-murid sekolah.

Apakah kali ini, wacana debat itu akan menjadi lonjakan kepada pemikiran dan minda rakyat Sabah terutama golongan muda yang sejak kebelakangan ini mengecam dan berani bersuara di laman sosial FCb dan blog?

kita saksikan lanjutan episod penulisan ini sejurus selepas debat itu diadakan. nantikan!

17 ulasan :

Unknown said...

Good! Mature!!
This musch better than debate in social networking which dint bring any solution.

Unknown said...

Hope this debate will going on democracy and be end in positive way.

Unknown said...

3This is the way that have been wait for so long by people. Which the party come forward to debate and not kick back. Through this way, people will respect the political activities.

This shows the respect one and another. Bravo!!

mantera said...

apa hasil dari debat tersebut?

Blackforest said...

Lagi debat..tahun lalu pun ramai yang mahu laksanakan debat.

Blackforest said...

Hasilnya akan dapat bandingkan mana satu yang lebih baik antara bajet BN dan pembangkang. semoga debat berjalan lancar.

Blackforest said...

Belanjawan pakatan pembangkang yang hanya memberi fokus kepada aspek "memberi, memberi, memberi" tidak mempunyai kerangka yang jelas berbanding Belanjawan 2013 kerajaan.

Blackforest said...

Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan adalah begitu menyeluruh dan mengandungi pelan dan strategi yang jelas terutama dalam membantu semua golongan masyarakat dan pelbagai sektor.

Blackforest said...

Pembangkang lebih baik tingkatkan sistem pengangkutan daripada mengurangkan harga kenderaan. Nanti lebih banyak kenderaan daripada jalan raya.

Blackforest said...

Belanjawan pakatan pembangkang disifatkan oleh pemimpin kerajaan sebagai kurang kredibiliti dan hanya untuk memancing undi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Blackforest said...

Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, berkata ia adalah satu lagi alat untuk menipu rakyat dengan janji manis yang akhirnya tidak ditunaikan.

Blackforest said...

Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, berkata bajet pembangkang yang dibentangkan hari ini lebih kepada 'angan-angan Mat Jenin' seorang pemimpin yang ingin menakluk kerajaan dengan cara menipu rakyat.

Blackforest said...

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung pula percaya apa yang dibuat oleh pembangkang tidak menunjukkan kredibiliti kerana ia dirangka secara tidak profesional dan akan meruntuhkan ekonomi jika dilaksanakan.

Blackforest said...

Mengulas cadangan belanjawan pembangkang untuk membatalkan 1Malaysia Development Berhad, Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata ini akan menggagalkan usaha kerajaan untuk membantu golongan Bumiputera.

jackie said...

Ada kebaikan dan juga keburukan juga debat sebegini.

jackie said...

Bajet yang di bentangkan oleh pembangkang memang nampak bagus, tapi dapatkh di buat, macam angan-angan sahaja lebih.

ForestOrchid said...

bajet pembangkang hanya ilusi..